Aktor kacak, Fikry Ibrahim menolak gossip sesetengah pihak yang mengatakan dirinya berkahwin secara senyap-senyap.
Menurut Fikry, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya.
"Kalau betul saya kahwin, saya tertanya mana isteri saya sampai hari ini tak balik rumah. Beritahu isteri saya, tolong balik rumah."
Kata Fikry, soal percintaan dan peribadi bukanlah keutamaan buatnya pada masa ini.
"Dalam keadaan diri mak saya yang tidak sihat, saya tidak fikir langsung untuk mendirikan rumah tangga kerana ia bukan keutamaan."
Seperti temubual secara maya oleh Melodi TV3, Fikry turut memberitahu dia mengimpikan calon isteri yang boleh menerima dirinya seadanya.
Foto : IG
"Insya-Allah kalau tiba masanya, saya akan berkongsi kepada semua siapakah gerangan permaisuri di hati saya."
Okey, kita pegang kata-kata Fikry Ibrahim ya. - CARI |