Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkan menerusi ciapannya di Twitter bahawa ada individu yang menyalahgunakan gambarnya.
Gambar asal adalah Hisham memegang buku berkenaan penyakit diabetes tetapi telah diubah menjadi produk pengiklanan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Foto :Twitter
Pengguna Twitter turut berkongsi pengalaman mereka mengenai hal yang sama.
"Ramai kena esp Facebook promo/adverts, even my Prof DS friend. They simply photoshopped the photo of a famous person holding , as if endorsing their products. Pls make a police report or better still Sue them."
Selain itu, ada juga yang menjelaskan bahawa teknologi memang pelbagai, lalu meletakkan beberapa keping KP yang sudah disunting.
Setakat artikel ini ditulis, tiada tindakan yang diambil, atau DG redha? - CARI
|