CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 penyelia pembersihan ditahan kes pukul

[Copy link]
Post time 13-10-2021 10:10 PM | Show all posts |Read mode
2 penyelia pembersihan ditahan kes pukul[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 13, 2021 @ 7:44pm[email protected]


Rakaman video tular menunjukkan salah seorang mangsa dipercayai berstatus OKU, mengalami kecederaan dengan kesan darah di kepala.





Georgetown: Polis menahan dua penyelia pembersihan disyaki memukul dua individu, termasuk seorang mangsa dipercayai berstatus kurang upaya (OKU), berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Kedua-dua suspek lelaki warga tempatan berusia 27 dan 43 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat seorang mangsa terbabit, 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata berdasarkan laporan diterima, mangsa mendakwa terdahulu melihat dua suspek terbabit memukul seorang gelandangan OKU berhampiran sebuah bank kira-kira jam 2 petang 6 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau berkata, pengadu dikatakan bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbitnya.

"Bagaimanapun, kedua-dua suspek didakwa berang dengan tindakan pengadu itu lalu memukulnya berkali-kali menggunakan rotan sehingga mengakibatkan mangsa cedera di belakang badan, siku kanan dan betis kiri.

"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Namun, mangsa OKU terbabit masih belum dapat dikesan, setakat ini," katanya kepada BH, hari ini.

Berikutan itu, Soffian berkata, polis menahan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan, selain merampas dua bilah rotan dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.

Berdasarkan hasil siasatan awal, beliau berkata, kedua-dua suspek didakwa sering dilihat memukul golongan gelandangan dan peminta sedekah di sekitar kawasan berkenaan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya negatif pengambilan alkohol. Hasil pemeriksaan rekod pula mendapati seorang suspek terbabit memiliki dua rekod lampau berkait jenayah.

"Kedua-dua suspek direman dua hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan cedera menggunakan senjata.

"Kertas siasatan lengkap akan diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut," katanya.

Terdahulu, beberapa rakaman video berkait kejadian itu tular dalam media sosial yang mendakwa mangsa dipukul di tempat awam, malah turut memaparkan seorang lelaki OKU mengalami kecederaan dengan kesan darah di kepalanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070432 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list