View: 3223|Reply: 1
|
97 Peratus Bekalan Air Di Gaza Tercemar, Penduduk Palestin 'Diracun Perlahan-Lah
[Copy link]
|
|
GAZA: Penduduk Palestin seperti ‘diracun secara perlahan-lahan’ apabila 97 peratus bekalan air di Gaza tercemar dan tidak boleh diminum.
Perkara itu didedahkan oleh Institut Global Air, Alam Sekitar dan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah-Mediterranean yang menjelaskan perkara itu hanya menambah penderitaan rakyat Palestin.
Organisasi hak asasi manusia sudah memberikan amaran selama bertahun-tahun mengenai situasi air tercemar di Semenanjung Gaza.
Kebanyakan penduduk terpaksa membeli air minuman daripada pembekal swasta kerana air perbandaran selalu tidak berfungsi akibat bekalan elektrik terputus terlalu lama.
Foto: AFP
Malah, bekalan air itu juga terlalu masin sehingga tidak boleh diminum.
Kebanyakan pembekal swasta menjual air yang sudah ditapis kepada penduduk di Semenanjung Gaza dengan kos purata sebanyak 30 shekels (RM38) bagi 1,000 liter air.
Situasi itu dialami oleh Muhammad Saleem, 40 dari kejiranan Al-Sheikh Redwan di utara Gaza.
Katanya, usaha untuk membina kebun di rumahnya gagal kerana air sudah tercemar terlalu teruk.
“Semua tanaman saya menjadi kering dan mati akibat mengandung klorida dan tahap kemasinan tinggi,” katanya kepada Al-Jazeera.
Muhammad memberitahu, adalah ‘mustahil’ baginya dan keluarga menggunakan paip air perbandaran untuk minum, masak serta kegunaan harian lain.
“Kalau tumbuhan mati kerana air, apakah nasib kepada badan manusia?” soalnya.
Dalam pada itu, Falesteen Abdelkarim, 36, dari kem pelarian Al-Shati berkata, bekalan air di kawasan itu ‘tidak boleh diminum’ lagi.
“Rasanya seperti air laut. Kami tidak boleh menggunakan air itu untuk minum, masak atau mandi.
“Kehidupan dalam kem pelarian amat sengsara. Kami terpaksa membeli air dari pembekal,” luahnya.
Bekalan air tercemar di kawasan itu memberikan kesan serius kepada kesihatan awam, kanak-kanak serta risiko akibat penyakit bawaan air.
Krisis semakin memburuk sejak berpuluh dekad akibat sekatan Israel, bantuan kemanusiaan berkurangan dan siri serangan berterusan tentera Israel. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka ko israel, smoga konditempatkan di neraka jahanam slmnya! |
|
|
|
|
|
|
| |
|