CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
Post time 30-1-2005 03:09 PM | Show all posts

GURUKU

GURUKU

Guruku insan paling berharga
Insan paling berjasa buat diriku
Mengenalkan erti kehidupan
Semoga Allah memberkatimu


Guruku engkau ibarat bulan purnama
Di malam hari engkau bercahaya
Menerangi ala mini
Daripada kegelapan


Guruku berjuang
Ingin melihat islam ini gemilang
Kembali mulia di bumi Allah
Setelah sekian lama dihina
Oleh musuh dan kafir durjana


Guruku insan bertaqwa
Guruku insan mulia
Guruku insan tinggi akhlaknya
Guruku besar jasanya


Hasil perjuanganya
Islam kembali mulia
Sungguh meriah di tanah air kita
Malaysia tercinta


Sungguh besar jasamu wahai guruku

Terima kasih oh terima kasih
Ingin kami ucapkan terima kasih
Oh terima kasih
Dari anak-anak mu
Terima kasih
Terima kasih wahai guruku
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2005 03:11 PM | Show all posts

GURUKU

GURUKU

Guruku insan paling berharga
Insan paling berjasa buat diriku
Mengenalkan erti kehidupan
Semoga Allah memberkatimu


Guruku engkau ibarat bulan purnama
Di malam hari engkau bercahaya
Menerangi ala mini
Daripada kegelapan


Guruku berjuang
Ingin melihat islam ini gemilang
Kembali mulia di bumi Allah
Setelah sekian lama dihina
Oleh musuh dan kafir durjana


Guruku insan bertaqwa
Guruku insan mulia
Guruku insan tinggi akhlaknya
Guruku besar jasanya


Hasil perjuanganya
Islam kembali mulia
Sungguh meriah di tanah air kita
Malaysia tercinta


Sungguh besar jasamu wahai guruku

Terima kasih oh terima kasih
Ingin kami ucapkan terima kasih
Oh terima kasih
Dari anak-anak mu
Terima kasih
Terima kasih wahai guruku
.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2005 03:13 PM | Show all posts
Sorry terpost dua kali
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 1-2-2005 09:20 AM | Show all posts


Mengapa kita bangunkan ekonomi? Bukan untuk mencari untung, walaupun disitu ada untung. Kita berekonomi untuk menambah sifat taqwa. Tetapi kebanyakan orang berniaga untuk tujuan komersial dan untuk mendapat untung. Itu tidak betul. Untung itu datang sendiri. Jadi sebenarnya berdasarkan avat tadi, hendaklah kita berekonomi untuk menambah bekalan iaitu sifat taqwa.

Dalam Islam kita berniaga untuk menambahkan lagi sifat taqwa. Kita berkebudayaan, hendak menambah lagi sifat taqwa. Kita bangunkan jemaah, moga-moga dengan jemaah jtu dapat membangunkan lagi sifat taqwa. Kita bekerjasama, mengajar, bangunkan pendidikan, maka di situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita bangunkan kesihatan, klinik dan sebagainya, moga-moga dari situlah kita dapat menambah sifat taqwa. Kita berdakwah, buat perhubungan, semoga dapat menambah sifat taqwa. Kita nikah kahwin, berkeluarga, beranak cucu, moga-moga dari situ dapat menambah lagi sifat taqwa. Kalau campur-campur banyaklah jumlahnya.

Janganlah mencari taqwa di atas syariat yang terbatas seperti yang terkandung di dalam rukun Islam yang lima itu sahaja atau berwirid, berzikir, baca Al Quran dan duduk-duduk di dalam masjid dan di surau sahaja. Seluruh tindakan lahir kita dalam kehidupan walaupun yang harus, itu adalah syariat. Angkat tangan, pandang sana, pandang sini, hayun kaki, itu syariat. Maka moga-moga dengan syariat itulah kita dapat menambah sifat taqwa.

Kalau benda itu dianggap kecil, kecillah sifat taqwanya. Kalau dianggap besar, besarlah sifat taqwanya. Dari situlah Tuhan tulis pada kitab amalan kita. Itu yang akan dibagi kepada kita, digantung di leher di Padang Mahsyar nanti. Setiap orang ada catatan amalnya. Masing-masing akan bawa. Yang tukang baca ialah kita sendiri.


Barulah kita faham bahawa menambah sifat taqwa itu adalah di atas usaha, aktiviti, pandangan, pendengaran, gerakan tangan, gerakan kaki, pergi sana, dan pergi sini. Di situ kita akan dapat taqwa
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2005 10:40 AM | Show all posts
kerajaan perlu mengambil pendekatan berhati2 terhadap situasi terbaru ni, kerana walau setinggi mana pujian Ashaari kpd Pak Lah, muslihat politik tetap perlu diambil kira.. dahulu Ashaari mengambil pendekatan menentang kerajaan dgn Ashaari mewarwarkan akan menjadi PM menggantikan Mahathir.. kini, pendekatan berbaik2 dgn kerajaan pulak yg dipilih.. adakah Ashaari sudah surrender hasratnya menjadi PM? kita tunggu je lah...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-2-2005 10:54 AM | Show all posts


Tetapi kita perlu ingat benda-benda lahir itu syariat. Syariat dalam ajaran Islam ialah kulit. Kalau syariat macam kulit tidak ada isi maka tidak ada erti apa-apa. Macam kita beli buah, kita hendak isinya. Contoh kita beli ubi kayu, ada kulitnya. Kalau tidak ada kulit, isi mudah rosak, namun yang penting ialah isinya. Jadi syariat itu kulit atau rangka. Kalau rasa tidak ada, tidak bernyawa, tidak ada roh, maka tidak ada apa-apa. Sebab itu dalam ajaran Islam, makan bangkai itu haram. Sebab makan satu benda yang asalnya sudah tidak ada nyawa. Yang halal itu waktu ada nyawa dan disembelih. Kalau makan kambing yang sudah tidak bernyawa walaupun elok lagi dagingnya, haram hukumnya. Itu sindiran Tuhan.


Dalam Islam ada kulit, ada isi. Kulit dan isi kena dipertahankan, tetapi keutamaan adalah pada isi. Kita contohkan dalam ibadah asas, macam sembahyang. Rukuk, sujud dan bacaan itu rangka. Kalau hanya badan saja yang rukuk, hati tidak rukuk ertinya kita hanya bawa kulit. Bawa rangka yang dalam-nya bolong. Kalau badan saja yang sujud, hati tidak sujud, Ertinya rangka saja yang sujud. Kadang-kadang dalam meniti di atas syariat pun tidak menambah taqwa. Padahal itu ibadah asas. Kalau kita bawa rangka saja, kulit sahaja tidak membawa roh maka tidak akan menambah taqwa.
Taqwa kebanyakannya adalah benda dalaman. la bersifat rohaniah, paling tidak bersifat maknawiyah. Kalau tidak ada rohaniah, walaupun ibadah cantik, jadi bualan orang sekam-pung, sembahyang hanya bangkai, haji bangkai, perjuangan bangkai, pendidikan bangkai, jemaah bangkai, ekonom' bangkai, kebudayaan bangkai. Padahal itu syariat, tetapi tidak boleh hendak menambah taqwa.



Apa kata orang? Hebat orang ini, hebat Islam orang Macam-macam syariat dibangunkan. Tetapi isi tidak ada. Manusia melihat syariatnya dibuat, yang sunat pun dibuat. Satu negara kata hebat, orang ini kuat syariat. Itulah yang kita lihat, tetapi dalamnya atau isinya tidak ada, kosong. Tuhan berkata ibadah yang dibawa orang itu ialah ibadah  bangkai. Tuhan kata bawa bangkai sembahyang, bangkai puasa, bangkai dakwah, bangkai jihad, bangkai ekonomi, bangkai pendidikan. Orang tidak boleh objek sebab cantik. Tetapi Tuhan pandang yang dalam. Syariat lahir itu dinilai 10%, yang dalaman 90%.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-2-2005 09:55 PM | Show all posts
Katalah kita hendak bangunkan ekonomi. Tuhan kata bangunkan ekonomi untuk menambah taqwa. Tapi kita nampak untung. Belum berniaga lagi, di depan kita untung. Mengapa untung bukan taqwa? Sedangkan berniaga bertujuan untuk menambah taqwa. Mengapa kita berniaga hendak menambah untung. Ini salah. Patut kita berniaga niat untuk menambah sifat taqwa. Disetiap perniagaan tambah sedikit sifat taqwa. Tambah di kebudayaan sedikit, klinik sedikit, sekolah sedikit, campur-campur banyaklah jumlahnya.

Jadi sifat taqwa itu banyak berkaitan dengan hal-hal dalaman. Soal syariat lahir hanya 10%, yang dalaman 90%. Sebab itu Tuhan nilai taqwa ini yang dalaman 90%, usaha lahir 10%. Senangkah kita hendak berniaga? Hendak bagi nyawa kepada perniagaan supaya tidak menjadi mini market bangkai, supermarket bangkai, hypermarket bangkai. Bukan senang hendak bagi roh pada perniagaan. Bila dikatakan roh, semua yang terlibat dengan perniagaan tersebut daripada pemimpin-pemimpinnya, pengurus-pengurusnya, petugas-petugasnya, fikirannya mesti selari. Semua hati-hati orang yang terlibat mesti berkata bahawa buka kedai itu untuk khidmat, bukan untuk untung. Moga-moga dari situlah kita dapat menarik orang kepada Islam. Kita dapat berkasih sayang. Kita diterima
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 2-2-2005 09:59 PM | Show all posts
Dari syariat yang kita bangunkan itu dari yang asas mahu pun yang tambahan, hendak bagi roh itu memang susah. Kalau boleh bagi roh, seronok. Kita bukan hendak fikir untuk dapat untung, tetapi untuk dapat taqwa. Kalau dapat taqwa, rugi tidak mengapa. Di sini kita kerja dengan jiwa yang hidup, tidak jemu.


Sebab itu bagi para Sahabat, berjuang dan berdakwah itu satu hiburan walaupun susah. Sekarang kita dakwah senang. Dewan cantik, kerusi cantik, kenderaan cantik, jalan cantik, sedangkan dulu naik unta. Dulu mana ada dewan. Kalau tengok orang sedang perah susu kambing, dia didatangi. Orang berjalan, dipanggil. Memang susah. Tetapi seronok sebab jiwa hidup. Orang dulu terhibur sebab akan dapat sifat taqwa. Kalau sekarang tidak larat. Sekarang dakwah hendak nama, hendak duit, hendak glamour. Kalau orang kritik atau yang datang mendengar sedikit, maka tidak seronok. Kali kedua tidak datang lagi. Tidak cukup orang hendak puji aku, buat apa datang.


Tetapi kalau dia fikir hendak tambah sifat taqwa, dia terhibur untuk sampaikan ajaran Tuhan walaupun yang men-dengar hanya bilangan jari sebab dia akan dapat menambah taqwa. Tetapi bila fikir hendak duit, fikir hendak nama, hilang semangat. Ertinya dakwah dan jihad yang dibuat adalah dakwah dan jihad bangkai. Jadi faktor taqwa adalah faktor dalaman.


bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 3-2-2005 07:40 PM | Show all posts
Betullah kata Tuhan melalui hadis Rasulullah, Tuhan tidak tengok lahir kamu, Tuhan tengok hati kamu. Lahir hanya 10%, itu pun kalau dibuat dengan sempurna. Kalau tidak sempurna, dapat dua tiga peratus sahaja. Tuhan pandang roh ibadah. Sebab itu dalam ajaran Islam ini diam pun ibadah, tetapi mesti ada roh. Diam yang tidak ada roh, tidak ada rasa bertuhan, tidak ada rasa hamba, diam yang sia sia.

Kalau nampak diam tetapi ada roh, iaitu dia sedang fikir dosa, dia fikirkan kuliah, dia fikirkan kebaikan apa lagi yang hendak dibuat untuk dapat menambah sifat taqwa, maka diam itu diam taqwa. Paling tidak dia niat, aku diamlah sebab cakap banyak nanti dosa. Sebab ada faktor dalaman, maka ada roh. Indahnya hidup dengan Tuhan.


Kalau roh ibadah ini dapat diterapkan, gagal pun tidak apa, tetap seronok dan indah. Sebab kejayaan bukan matlamat. Matlamatnya adalah untuk menambah sifat taqwa. Kalau kita fikir hendak untung, hendak orang terima kita, kalau tidak untung dan orang tidak terima kita maka hilang se-mangat. Kalau kita fikir hendak menambah sifat taqwa, apa jadi pun tidak ada masalah. Kita tetap rasa puas.


Hendak wujudkan, hendak lahirkan dan hendak hadirkan roh dalam aktiviti kita, usaha kita, tindak tanduk kita, dalam aspek apa sahaja, itu yang susah. Kadang-kadang kita ingat, tetapi diganggu, akhirnya nampak untung saja, nampak duit saja. Lebih-lebih lagi bila dapat untung banyak, sudah lupa hendak hadirkan roh. Duit saja yang nampak.



Sebab itu kalau kita buka kedai, jangan tanya dapat untung atau tidak hari ini. Tanya, agak-agak hari ini dapat taqwa atau tidak. Mudah-mudahan dapatlah. "Apa rasa awak dalam berniaga hari ini?" Kalau dia kata seronok sebab dapat banyak untung, dia sudah salah maksud dan niat, kita betulkan. "Awak Sembira atau tidak melayan orang? Kalau orang hendak berhu-tarig, awak rasa bangga tak kerana dapat beri hutang seotah-
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2005 09:52 AM | Show all posts


Kalau macam inilah kita boleh buat aktiviti, Tuhan akan selamatkan kita. Sifat taqwa akan bertambah. Untung di dunia lagi akan Tuhan bagi. Memang sifat taqwa untuk Akhirat, tetapi taqwa juga memberi untung dunia untuk keperluan di dunia.

Perniagaan kapitalis, mengutamakan duit. Dari duit dapat duit. Modal duit untung pun duit. Perniagaan Islam mengutamakan taqwa. Dari taqwa dapat taqwa. Tetapi janganlah pula sampai disiplin syariat itu diabaikan.



Daulah atau negara yang Allah hendak wariskan adalah kepada orang-orang yang bertaqwa seperti ini. Kalau tidak bertaqwa, maka kita tidak layak untuk diwariskan sebuah negara hadhari. Jadi usaha awal mesti dari kita. Kita yang patut dulukan. Kita yang patut berusaha menjadi orang yang bertaqwa, menjadi rakyat yang bertaqwa dan pemimpin yang bertaqwa. Kalau majoriti rakyat dan pemimpin sudah ber-taqwa, maka Tuhan akan datangkan bantuan, pembelaan dan perlindungan. Tuhan akan turun tangan. Tuhan akan hadiahkan dan anugerahkan kemenangan. Allah Taala berfirman:

Maksudnya: "Akan aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa." (Al Anbia: 105).


Kuasa ke atas dunia ini adalah warisan orang-orang yang bertaqwa. Kalau orang-orang yang bertaqwa tidak ada, Tuhan akan biarkan dunia ini dikuasai oleh orang-orang kafir hing-galah wujud orang-orang yang bertaqwa. Ketika itu kuasa akan berpindah dan beralih tangan. Tuhan tidak wariskan dunia ini kepada orang-orang yang hanya Islam. Malahan Tuhan tidak pernah janjikan apa-apa pun kepada orang-orang Islam.


bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2005 09:55 AM | Show all posts
Bila orang-orang kafir berkuasa, sudah tentulah mereka berlaku zalim tetapi mereka zalim atas nama mereka sendiri dan nama agama mereka. Kalau orang-orang Islam berkuasa, mereka juga akan berlaku zalim sebab kalau setakat Islam sahaja, mereka tidak akan mampu berlaku adil. Bezanya mereka akan zalim atas nama Allah dan nama Islam. Ini yang berat. Zalim sahaja pun sudah berat. Ini pula zalim atas nama Allah dan Islam. Lagi-lagilah berat.


Kalau orang-orang Islam tidak mahu berubah dan tidak mahu meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa, sampai bila pun mereka tidak akan dapat menguasai bumi sebab bumi adalah warisan orang-orang bertaqwa. Malah orang-orang Islam akan terus lemah, mundur, miskin, ditindas, dijajah, dikawal dan ditekan oleh kuasa-kuasa kafir.


Oleh itu, umat Islam mesti berubah. Umat Islam mesti meningkatkan ketaqwaan mereka. Baru Allah akan bela dan campur tangan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (jiwa dan mental)."  (ArRa'd: 11)


Mengubah apa yang ada dalam diri itu ialah menjadikan hati itu yakin, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Merasa bertuhan. Benci dunia dan cintakan Akhirat. Mensejahterakan hati itu dengan membuang segala sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan segala sifat-sifat mahmudah dengan bermujahadah melawan dan mendidik nafsu.


Juga mendidik mental dan fikiran supaya berfikir berlandaskan Ilmu Islam. Supaya Ilmu Islam itu menjadi teras dan panduan dalam semua usaha dan tindak tanduk.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2005 04:57 PM | Show all posts
megapa kusut2kan kepala nak memahami islam hadhari?? pada yang berpikir mungkin akan paham maksud islam hadhari tapi pada yang tak berpikir macam mana plak?? dan peratus yang tak berpikir ni selalunya lebih tinggi..contoh : mak2 datin, artis2, budak pompan umur 17 tahun dll.. nak bet?? cuba panggil tv3 pegi yang komplek pertama/cm/sungaiwang etc..cuba interview sape2 apa maksud islam hadhari..dorang jawab 'islam baru'..tak perlu cakap..anda paham maksud saya disini bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2005 04:57 PM | Show all posts
megapa kusut2kan kepala nak memahami islam hadhari?? pada yang berpikir mungkin akan paham maksud islam hadhari tapi pada yang tak berpikir macam mana plak?? dan peratus yang tak berpikir ni selalunya lebih tinggi..contoh : mak2 datin, artis2, budak pompan umur 17 tahun dll.. nak bet?? cuba panggil tv3 pegi yang komplek pertama/cm/sungaiwang etc..cuba interview sape2 apa maksud islam hadhari..dorang jawab 'islam baru'..tak perlu cakap..anda paham maksud saya disini bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2005 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by palong at 2-2-2005 10:40 AM:
kerajaan perlu mengambil pendekatan berhati2 terhadap situasi terbaru ni, kerana walau setinggi mana pujian Ashaari kpd Pak Lah, muslihat politik tetap perlu diambil kira.. dahulu Ashaari mengambil ...



aku sanagt percaya, ni adalah taktik halus ashaari untuk kembali ke arus perdana...awas!!!:no::no:

semoga tuhan menyelamatkan aku dari kesesatan, amin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2005 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by palong at 2005-2-2 10:40 AM:
kerajaan perlu mengambil pendekatan berhati2 terhadap situasi terbaru ni, kerana walau setinggi mana pujian Ashaari kpd Pak Lah, muslihat politik tetap perlu diambil kira.. dahulu Ashaari mengambil ...


Betullah awk ni tak cukup info....bila pulak abuya menentang kerajaan....kerajaan bwh tun mahathir dulu yg sibuk2 kacau perjuangan abuya. Padahal perjuangan langsung tidak militan hatta nak buat demontrasi jalan pun tak pernah. Bila arqam diharamkan pun, anak2 buah langsung tak buat demontrasi apa2 jangankan nak menghuru-harakan keadaan negara Malaysia ni. Yg nampak 'haru-biru' tu ialah pihak media massa je time tu.

Setakat war2 akan jadi PM tu dikira menentang ke? Terjadinya war2 tersebut sebab bersandarkan hadis2 akhir zaman yg jadi keyakinan depa. Sapa pun tak boleh dipaksa utk mempercayai hadis2 tersebut. Apatah lagi mahu mempercayai abuya bakal PM nanti. Terpulang...

Kalau ditakdirkan abuya bukan org yg dimaksudkan hadis2 tersebut, depa pun bukan kemaruk sangat mahukan abuya jadi PM. Mereka yakin bukankah segala2nya di tangan Tuhan yg menaik dan menjatuhkan seseorg lebih2 lagi seorg pemimpin utk akhir zaman ini.

Fikirlah secara logik ok. Lainlah org2 abuya ni pi angkat senjata dan tawan pusat pemerintahan tun mahathir masa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2005 11:53 AM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 2005-2-4 04:57 PM:
megapa kusut2kan kepala nak memahami islam hadhari?? pada yang berpikir mungkin akan paham maksud islam hadhari tapi pada yang tak berpikir macam mana plak?? dan peratus yang tak berpikir ni selalu ...


Begini punya simple bahasa dan penerangan abuya, awk kata kusut2 fikiran? Laaa.....Islam hadhari tu kan ke Islam jugalah. Abih tu tak payah faham Islam lah yer sebab tak mahu kusut2kan fikiran.

Sebab itulah abuya kuarkan buku utk semua pihak dan golongan. Golongan yg berfikir ke tak nak berfikir ke termasuk semuanya sekali selagi mengaku menganut agama Islam. Inlah dikatakan dakwah dan tarbiah. Selagi kita mengaku beragama Islam, carilah ilmu Islam tak kiralah jika dihidangkan dlm bentuk yg pelbagai (contohnya I. hadhari ni), janji tidak lari dr Islam yg dilagang oleh Rasulullah saw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2005 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by PEPPERMAN at 2005-2-5 11:23 AM:



aku sanagt percaya, ni adalah taktik halus ashaari untuk kembali ke arus perdana...awas!!!:no::no:

semoga tuhan menyelamatkan aku dari kesesatan, amin..


Memang dah kembali ke arus perdana dah pun.....buktinya buku Islam hadhari abuya ni dah sampai kepada kesemua menteri2 di seluruh Malaysia ni. Tarak pun kerajaan nak haram2kan. Sambut baik adalah.

Sebab Pak Lah kan ada kata dlm akhbar semalam....sapa2 yg tak puas hati dgn Islam Hadhari atau nampak apa2 kelemahan, lebih baik beri sumbangan idea2 kreatif ke cadangan ke utk sama2 perbaiki bukannya mengkritik dan memperlekehkannya. Haa....inilah yg abuya lakukan melalui buku abuya ni.

Heh heh abih tu takutlah yer nak baca ulasan abuya pasal hadhari ni....nanti  leh sesat. Boleh listkan tang mana yg sesat tu sepjg hafizi dok paste kat sini.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 6-2-2005 04:15 PM | Show all posts


Bab 4     Pemerintahan Hadhari

Pemerintahan Islam bukan wakil rakyat. Dia bukan dipilih oleh rakyat, bukan memperjuangkan hasrat rakyat, bukan bersuara mengikut suara rakyat atau bertindak mengikut kehendak rakyat. Dasar pemerintahannya juga tidak ditentukan oleh rakyat. Dalam Islam, pemerintah adalah wakil Allah.



ULIL AMRI

Dalam Islam, pemerintah itu disebut sebagai ulil amri. Namun ulil amri ini banyak tafsirannya. Di antaranya ialah:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 6-2-2005 04:17 PM | Show all posts
KHALIFAH


Dalam Islam, pemerintah umum yang tertinggi ini juga disebut khalifah, yakni khalifah Allah. Ertinya pengganti Allah atau wakil Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang Allah perintahkan kepada mereka terhadap rakyat. Kerja-kerja ini termasuklah berkhidmat kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan dan memajukan negara dan masyarakat.



Allah mahu hamba-hamba-Nya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua di dunia ini mendapat layanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda, kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba-serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan men-dapat keampunan Allah seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan men-dapat keampunan Allah. " (As Saba': 15)



Oleh kerana pemerintah itu adalah pengganti Allah dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar taat kepada pemerintah sesudah taat kepada Allah dan kepada Rasul.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kamu. " (An Nisa': 59)


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 7-2-2005 11:09 PM | Show all posts


Ketaatan kepada pemerintah, ulil amri atau khalifah yang adil yang benar-benar mewakili atau mengganti Allah untuk mentadbir bumi adalah penting, supaya hukum-hukum Allah yang hendak dijalankan dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan supaya kehidupan hamba-hamba Allah juga dapat diurus dengan baik.

Terhadap mana-mana yang degil dan melawan perintah, dibenarkan pemerintah menghukum mereka demi menjaga dan mengawal kebaikan dalam masyarakat. Dengan syarat kesalahan itu betul-betul kesalahan yang menyalahi syariat dan diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh gubal hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan dan menyalahi undang-undang dan hukum Allah. Jika pemerintah berbuat demikian, maka ia akan jatuh kepada hukum fasiq atau zalim atau kafir. Firman Allah SWT:


Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang fasiq. " (Al Maidah: 47)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang zalim." (Al Maidah: 45)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum AHah maka mereka adaiah orang kafir." (Al Maidah: 44)



Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan Allah, maka dalam keadaan itu, rakyat tidak lagi wajib taat kepada pemerintah tetapi dalam hal atau perkara yang bertentangan dengan syariat itu sahaja. Namun dalam hal-hal yang lain yang tidak menyalahi syariat, rakyat wajib terus taat. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tiada ketaatan kepada seorang makhluk dalam soal menderhakai Allah."


Oleh kerana di tangan pemerintah ada kekuasaan, kekuatan dan kekayaan negara, maka pemerintah bebas melakukan sebanyak-banyak kebaikan atau sebanyak-banyak kejahatan. Ini bergantung sama ada pemerintah itu beriman atau tidak. Pemerintah yang beriman akan mampu menjadi penguasa yang adil seperti yang Allah perintahkan. Tetapi pemerintah yang tidak beriman atau lemah imannya akan menyalahgunakan kuasa dan harta negara untuk kepentingan nafsu mereka sahaja.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.111517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list