CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116686|Reply: 527

[Lain-Lain] ADEGAN TAK LOGIK DALAM FILEM TEMPATAN

[Copy link]
Post time 19-2-2005 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....


ps: aku dapat dr e-mail.. apa pandangan korang? betui ke semua nie..? aku rasa memang ya. kita sebagai penonton..sering diperbodoh bodohkan oleh pembuat filem @ drama tempatan. memalaukan.:kerek: Last edited by eddlisa_uyuk on 11-11-2012 11:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2005 05:54 PM | Show all posts
kalau drama kat tv, watak dari officer sampaila ke pengarah urusan, dok dalam ofis kerja belek2 fail kosong je. oit, keja kat ofis not that simplistic larr.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 06:02 PM | Show all posts
lagi tak lojik cite melayu ni bile ade satu masalah citer die meleret meleret samapai beratus ratus episod bengong nye sembilu bodoh!

aku terpakse dengar sebab org di rumah aku ni x penah miss
naik menyampah aku:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 06:08 PM | Show all posts
watak kat dapur belah pagi, budak2 tengah bfast nk gi sekolah, tapi tengok kat tingkap dapur tu, mak oi dah terang cam pukul 11, sekolah pagi start kul 730, klu nak sarapan, mungkin kul 700, kat luar masih gelap perr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2005 06:19 PM | Show all posts
betul...betul... tak logic betui... depa semuanya buta ke hape entah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 06:24 PM | Show all posts
ada satu lagi tak logic. Semua movie di pawagam di arahkan oleh Prof Mamak Mohaideen! Wat wat is dis wat?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2005 07:19 PM | Show all posts
citer melayu menag tak logik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 07:43 PM | Show all posts
dah ask tangkap muat jer...sampai bile nak logiknyer:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2005 07:48 PM | Show all posts

tak tau nak kata per dah ....
yg penting ... kuarkan lah filem yg berkualiti
bukan kuantiti .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 07:48 PM | Show all posts

tak tau nak kata per dah ....
yg penting ... kuarkan lah filem atau drama yg berkualiti
bukan kuantiti .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 08:49 PM | Show all posts
perbualan santai sesama anggota polis dalam drama GERAK KHAS yang penuh dengan info dan kata2 nasihat, persis sebuah ceramah motivasi. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 09:05 PM | Show all posts
stereotype..kalau orang jahat mesti muka jahat gila..segala2nya pasal orang jahat tu mesti yg buruk2...mesti muka gengster,rambut panjat ikat belakang and nama pun mesti jahat2 gak..dino laa..carlos laa..ricky laa...padahal realitinya orang jahat tak semestinya muka jahat...muka cam pak imam pun bole jadi setan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 10:09 PM | Show all posts
satu lagi dlm gerak khas tu bunyi pistol mcm bunyi mercun katak...
kalau kucing dgr tgh jln pon boleh siap menari2 ...hihihi..mengong...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 2005-2-19 05:38 PM:
Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak samp ...


adegan pertama dan kelima dlm list tu mmg adegan typical dlm drama melayu .. dr dulu lagi aku heran apsal diorg blh buat babak tak logik mcm tu .. :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 11:44 PM | Show all posts
kan ader keluar satatement ala2 ni lah yang krikti drama melayu..ader ker..orang miskin kat kampun boleh make up mengalahkan orang bandar dalam drama melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2005 12:02 AM | Show all posts

hahaha best la plak mengondem drama melayu nih...

ni lagi satu..kalau ade adegan tembak menembak antara polis ngan orang jahat..mesti org jahat yg mati kene tembak dulu..lepas tu barula ade polis yg kene tembak..ape2pun mesti org jahat yg kene dulu...

dan lagi satu...kalau citer cinta heroine mesti yg paling lawa paling glamer paling anggun..begitu jugakla hero...geng2 dia mesti tak ensem/tak lawa..loyar buruk..tak cool dan asyik2 loser..tak penah ade kawan dia lagi ensem ker..paling lawa ke..kalau permulaan hero/heroine x glamer/x ensem..ending dia mesti tiba2 dia jadi glamer and ensem/lawa..

dan lagi...kalau tgk pelakon saje bole bole tau drama tu sape pengarah dia..production company dia ape...camane jalan citer dia...contohnya kalau ahmad idham..mesti dah tau..kuasatek picture punya production...director dia pun sama..mamat nama tony tuh..location mesti kat oversea..lepas tu tajuk drama pun lebih kurang sama jer..cinta antara benua/kutub utara kutub selatan..

tak abis lagi...aku rasa a.galak tak penah dpt karakter lain selain daripada polis..tak pun askar(sama gak)...kalau jadi bapak pun mesti polis yg dah bersara...sama jugakla ngan yusop haslam..mesti jadi cheif polis..takpun cheif askar..begitu jugak ngan sarimah ibrahim..asyik2 jadi minah kepoh...eiii tak berkembang langsung..

lagi,lagi dan lagi...kalau drama tu berlatar-belakangkan kampung..mesti ade satu karekter pompuan kepoh/mulut murai a la joyah and mak bedah..mesti ade..takleh takde..kalau takde tak sah...

LAGI...jarang drama melayu yg menyamakan level bangsa lain dgn mereka..bagi mereka bangsa lain spt cina dan india hanyalah untuk cukup syarat..cthnya gerak khas..karekter lim dan lingam digambarkan spt 2 badut(tgk nama karekter pun dah tau.."LIM & LINGAM" ) yg kerja mereka hanyala sbg pembuat lawak bodoh dan tiada life selain keje ngan polis..berbeza ngan watak2 utama yg berbangsa melayu yg sentiasa cekap,waspada,berani,tidak pernah berbuat salah dan sentiasa mempunya masalah cinta..lim dan lingam selalu buat salah dan diperbodoh2kan oleh watak2 utama..

LAGILAGILA...penggunaan pelakon yg tak kene dgn penampilan karakter..camane laa tomok ngan hetty sarlene tu bole jadi karekter di syarikat besar?..muka pun cam budak2..tak kira dgn costume lagi tuh..ape punya bangangla costume designer drama sembilu tu pi dress up tomok tu cam budak sekolah...kalau in real life..takde sape nak deal ngan org camtuh..representing-value fail!..takyahla aku nak elaborate pasal ac mizal jadi polis...

fiesta mengondem berterusan lagi...korang perasan tak..cliche orang jahat(in term of gengster/samseng...bukan antagonist) dalam citer melayu...aku rasa tak pernah menggunakan nama melayu..mesti nama omputeh..dino,ramon,carlos and so on..reality check..real-life org jahat mostly nama melayu...

that's my two cent :bgrin:

[ Last edited by king_kong on 20-2-2005 at 12:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2005 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 19-2-2005 05:38 PM:
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....


ni tak berapa setuju la sikit... it's ok what kalau family cina cakap melayu... becausenya ada juga family cina yang cakap melayu... tak cakap cina... macam baba nyonya... they all dikira cina... tapi tak reti cakap cina... yang reti pun maybe sikit je... macam saya juga... saya cina, tapi cakap melayu dengan family saya... so, it's tak dikira tak logik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2005 12:18 AM | Show all posts
hehehe..betul gak tu..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2005 12:20 AM | Show all posts
lagi satu dalam drama GERAK KHAS jugak.

bila tengok A. GALAK tu berlari mengejar orang jahat, ek elehhh.. terkedek-kedek macam orang semput.

tapi bila bergasak ngan orang jahat, fuiyyoo.. musti menang punya.. hehe..

[ Last edited by hanalisa on 19-2-2005 at 08:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2005 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by imf at 2005-2-20 12:07 AM:


ni tak berapa setuju la sikit... it's ok what kalau family cina cakap melayu... becausenya ada juga family cina yang cakap melayu... tak cakap cina... macam baba nyonya... they all dikira cina. ...


tak dinafikan .. ada juga family cina yg cakap malay .. tp kalau nak dikira-kira .. percentage kecil jer kan

peelnya dlm drama melayu nie .. asik slalu sgt .. mcm benda tu represent suatu kebiasaan lar pulak ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074997 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list