View: 280224|Reply: 697
|
ANEKA KUIH TALAM MANIS
[Copy link]
|
|
TALAM PISANG
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning
Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan
[ Last edited by Kacip_Fatimah at 5-3-2009 13:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya kuih Kak Liza...nanti saya nak cuba saya bagi feedback ok.... |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
kasi le resepi kuih talam yang len lagi kak liza..
ari tu ader try lompat tikam kak liza..
best..abes depa makan..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap saya Kak Liza ada bagi kena rajin cari kat belakang aje tau....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puansri at 1-10-2005 08:35 AM
tak silap saya Kak Liza ada bagi kena rajin cari kat belakang aje tau.......
tak perlaaa..
biar kak liza kutip resepi talam yg bersepah2 tu...
KUEH TALAM CENDUL
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan cendul
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung
secubit garam
2 cawan santan cair
Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 s/b gula merah
3 s/b gula pasir
3 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.
[ Last edited by hanieliza at 29-4-2006 09:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KUEH TALAM JAGUNG
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan
1/2 cawan gula
Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong. |
|
|
|
|
|
|
|
KUEH TALAM PANDAN
Bahan Lapisan Bawah
1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
sket jus pandan & pewarna hijau
Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalamloyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [30 minit]
Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan + sket garam
Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.
[ Last edited by hanieliza at 6-3-2007 11:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
waduh2 kak liza...
ngancam banget tuhh..
nk try talam jagung ler plak..
jap neh br wat kek lapis maklang..tinggai separuh dh tuhh.
esok leh wat talam neh plak
thanx kak liza |
|
|
|
|
|
|
|
KUEH TALAM KACANG HIJAU
Lapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau[ rebus lembut ]
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna hijau
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 x 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.
Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
[ Last edited by hanieliza at 25-1-2006 12:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TALAM JAGUNG PANDAN
Bahan Lapisan Bawah [Jagung]
1 cawan jagung cream
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
3 cawan santan
1/2 cawan gula
Bahan Lapisan Atas [Pandan]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong |
|
|
|
|
|
|
|
mak aiii...pepagi nengok gambo ni, laparlah pulak..pd hal baru je lepas pekene nasi goreng mamak... |
|
|
|
|
|
|
|
wau...:..
rajinnya maklang..
kak liza suka buat bulan posa...asben kak liza mmg suka bebenor makan bila balik dari terawih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by speedial at 4-10-2005 10:27 AM
amboiiii maklang...bes nyer maklang dah buat...den baru nak rancang wat tuk juadah berbuka......
:cak: dah tau dah...kalu kukus2 ni bagilah resepi kat maklang...mesti laju kayuh...heheheh
lol:lol ekau pun dah paham yo speed...:bgrin: den bukan apo..nak testing yo..kalo ok den bagi kat jiran tetanggo, takpun anta kat surau...buek buka posa |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
dok tgh kukus talam jagung nie...
tak sabo nk mkn... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah buat kueh talam jagung kak liza's...tapi bukan bubuh 1 cawan jagung, tapi habiskan 1 tin sebab sayang dengan yang selebihnya tu......ni gambarnya yang tak clear.......
tips untuk potong kueh....potong dgn pisau plastik.....
|
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
dh siap kueh talam jagung mag..
rase sedap tapi rupe x cantik ler..
pesal bhgian paler (putih) tak smooth cm yg kak liza wat tuhh??
frust le jugak..tp sodap... |
|
|
|
|
|
|
|
semua respi kukus K.Liza perturunkan kat sini.....Kalau org jauh cam Inai dah tak susah nak daptkan buku K.Liza nu...
BTW...camna projek buku K.Liza tu? dah dilancarkan ke blom? |
|
|
|
|
|
|
| |
|