CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130910|Reply: 521

PETUA & TIPS UTK KESIHATAN, MASAKAN & PENJAGAAN BARANGAN DAPUR

[Copy link]
Post time 2-9-2004 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Sekiranya anda mempunyai petua-petua di dapur bagi memudahkan kerja2 di dapur/masak atau anda mempunyai tips2 tertentu atau tips kesihatan mahupun rahsia menjaga tubuh badan yg mudah lagik berkesan atau apa sahaja yg berkaitan..silalah berkongsi di sini..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-3-2009 15:27 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2004 12:34 PM | Show all posts
okie..saya mula dulu ar.....

pegaga

Ambil daun pegaga dan campurkan ke dlm air suam.Rendam seketika dan perah patinya.Kendian campur dgn kuning telur[ayam kampong] dan sedikit madu.Selawat dan minum.Petua ini utk mengembalikan kesegaran tubuh badan.
Reply

Use magic Report

wak_ehh This user has been deleted
Post time 6-9-2004 02:52 PM | Show all posts
Daun nangka

kesian kat mamat yg tak de gigi tu....dok mengeluh mkn daging liat.Berjam -jam masak daging tak empuk juga.......SENANG je tu...masukkan daun nagka dlm 2 atau 3 helai dlm gulai daging..Insyaallah empuklah si daging tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2004 11:11 AM | Show all posts

RAHSIA BUAH-BUAHAN

Mari kita mencungkil rahsia yang terdapat pada buah-buahan sekaligus membantu kita mendapatkan tips2 tertentu sebagai penawar kepada masalah2 yg kita hadapi.


KIWI
Mengandungi sumber2 seperti kalium,magnesium,Vitamin E dan serat.Juga mengandungi Vitamin C sebanyak 2 kali ganda berbanding sebiji oren.

EPAL
Makan sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor.Walaupun sebiji epal mengandungi Vitamin C yang rendah,ia ada antioksidan dan flavonoids yang mampu menambahkan aktiviti untuk Vitamin C.Dengan itu menolong menurunkan risiko barah kolon,sakit jantung dan angin ahmar.

OREN
Ubat yang termanis!mengambil 2 atau 4 biji sehari dapat menjauhkan dari selesema,kolesterol yang lebih rendah,cegah dan larutkan batu buah pinggang dan juga memperkecilkan barah kolon.

TEMBIKAI
Menghilangkan dahaga.Terdiri daripada 92% air,juga mengandungi gluthathione yang menolong menggalakkan sistem imun kita.Ia juga adalah suatu sumber lycopene yg penting.Nutrien lain yg terdapat dalam tembikai ialah Vitamin C dan kalium.

STRAWBERI
Buah perlindungan.Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.

JAMBU DAN BETIK
Anugerah teratas untuk Vitamin C.Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.Betik kaya dengan karotin yang amat baik untuk mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2004 11:44 AM | Show all posts

PISANG MENGHALUSKAN KULIT

Pisang banyak manfaat.Kaya dgn Vitamin C dan gula,baik untuk kulit dan rambut.Caranya,lenyek 2 biji pisang[seeloknya pisang yg ranum masak] lalu campurkan dgn 3 sudu makan gula pasir dan 1 sudu baby oil.Gunakan sebagai krim scrub ke seluruh badan secara teratur selama sekali seminggu.
Reply

Use magic Report

deathmask This user has been deleted
Post time 13-9-2004 12:01 PM | Show all posts
Daun pokok kapal terbang boleh digunakan untuk memberhentikan darah yang mengalir pada luka-luka kecil akibat terjatuh dan juga memberhentikan  darah yang mengalir dari lubang hidung. Caranya cukup mudah,anda hanya perlu mengambil daunnya,lipat dan geserkan pada kedua telapak tangan hingga keluar lendir,kemudian tampalkan pada kawasan luka tersebut. Biarkan seketika dan lihatlah hasilnya!!. Anda akan mendapati tiada lagi darah yang mengalir daripada luka tersebut. Bagi anak 朼nak kecil yang sering mengalami pendarahan dalam hidung pula, gulung daun tersebut dan masukkan ke dalam lubang hidung anak anda tapi awas jangan masukkan terlalu banyak dan pastikan ada ruang untuk anak anda bernafas!.Setelah memasukkan daun kapal terbang  yang telah digulung ke dalam lubang hidung,dongakkan kepala ke atas dan biarkan seketika. Kemudian setelah darah sudah berhenti mengalir,barulah gulungan daun tersebut di keluarkan daripada lubang hidung anak anda.

selamat mencuba:bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2004 06:32 AM | Show all posts
Daun pokok kapal terbang ? pokok apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2004 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 2004-9-28 06:32 AM:
Daun pokok kapal terbang ? pokok apa tu?


kalo ko nak tau.. ko pegi kat airport..
banyak la pokok kapal terbang ni..kalo kat KLIA lagiiii banyakkkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2004 12:49 AM | Show all posts

cili mesin tahan lama

Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2004 12:50 AM | Show all posts

mengurangkan lauk masin

Masukkan beberapa biji kentang kedalam lauk yang sedang dimasak dan dibiarkan dan biarkan kentang empuk. Lauk akan menjadi kurang masin kerana ia menyerap garam yang berlebihan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2004 12:51 AM | Show all posts

ikan goreng lebih sedap

Sebelum menggoreng ikan, masukkan beberapa hiris bawang merah ke dalam minyak untuk menggoreng. Goreng seperti biasa. Cara ini akan menjadikan ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir.
Reply

Use magic Report

konahamaru This user has been deleted
Post time 30-9-2004 04:31 AM | Show all posts

kupas bawang tidak pedihkan mata

utk mengelakkan mata pedih apabila mengupas bwg esp bwg merah kupas bawang dlm sinki dilaluan air dr kepala paip. jgn buka paip terlalu kuat pulak. insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2004 05:31 AM | Show all posts
Originally posted by konahamaru at 30-9-2004 04:31 AM:
utk mengelakkan mata pedih apabila mengupas bwg esp bwg merah kupas bawang dlm sinki dilaluan air dr kepala paip. jgn buka paip terlalu kuat pulak. insyaallah

kak liza nak tambah lah sikit..
kak liza selalu kupas bawang merah nu banyak tertutamanya kalau nak buat bawang goreng atau pun bawang untuk acar buah...
so tak larat nak berdiri lama kat sink tu..
so kak liza akan rendamkan bawang tu dalam air dan kupas sambil duduk..
insyaallah tidak  pedih mata..
kaki juga tidak lenguh...
sambil tu kalau nak kupas bawang tu boleh tenguk cerekarama ker..telenovela ker..atau bersembang dgn orang yg menolong kupas bawang tu ...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2004 07:27 AM | Show all posts
MEMBUAT BAWANG GORENG YANG GARING DAN SEDAP

Bawang goreng membantu melazatkan lagi hidangan yang dimakan terutama bagi hidangan sup, soto, bihun atau mi goreng. Namun anda pasti kecewa jika bawang goreng yang anda beli tidak garing, sedangkan harganya mahal.

Sebenarnya anda boleh membuat sendiri bawang goreng. Ada cara tertentu bagi menghasilkan bawang goreng yang garing, wangi dan sedap rasanya.

1. Bawang merah dhiiris setipis mungkin lalu direndam dalam air garam untuk beberapa minit.

2. Rendaman bawang ditiriskan lebih dulu sebelum digoreng.

3. Bila minyak goreng telah panas, goreng bawang dengan api kecil sambil taburi sedikit tepung beras. Tepung beras akan menambah kekenyalan bawang. Ada juga yang menggunakan tepung jagung.

4. Bila telah kuning, angkat dan tiriskan agar minyaknya benar-benar turun.

5. Pindah bawang goreng ke bekas yang dialasi kertas minyak. Kertas minyak akan menyerap minyak yang tersisa.

6. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk membuat bawang goreng lebih sedap perlu menggunakan minyak masak gred A.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2004 07:29 AM | Show all posts
TELUR YANG DICUCI TAHAN LEBIH LAMA

Selama ini kita semua beranggapan telur yang tidak dicuci lebih awet atau tahan lama berbanding dari telur yang sudah dicuci bersih. Ini kerana dipercayai terdapat bahan lilin pada kulit telur yang boleh membuat telur lebih awet. Justru, penternak ayam dan itik biasanya tidak membasuh telur untuk dipasarkan kerana percaya ia lebih tahan lama. Paling-paling hanya dibersihkan dengan cara mengelap secara kering.

Namun penyelidikan terbaharu yang dilakukan oleh perkhidmatan Penyelidikan Pertanian di Athen, membawa pandangan sebaliknya.

Kajian terbaharu menunjukkan telur yang telah dibasuh bersih tahan disimpan 4-5 minggu di dalam peti ais. Pencucian menyebabkan bakteria penyebab busuk hilang.
Reply

Use magic Report

wak_ehh This user has been deleted
Post time 11-11-2004 01:39 PM | Show all posts
KHASIAT BUAH MENGKUDU(RATU TUMBUHAN BERBUAH SAKTI)

1. Membaik pulih sel-sel tubuh badan

2. Meningkatkan sistem ketahanan badan

3. Baik untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi, migrain, sakit sendi dan otot,menghilangkan kebas-kebas kaki dan tangan serta melancarkan perjalanan darah.
4. Merawat penyakit gaot,kencing manis,jantung,buah pinggang,masalah angin dan lelah.
5. Melegakan masalah penghadaman,sembelit dan buasir.
6. MENGUATKAN TENAGA BATIN DAN KESUBURAN.(Penting tu........
7. Mencergaskan minda,AWET MUDA dan berbagai khasiat untuk kesihatan.

*Maklumat ini diambil dari artikel Dr. Nel Soloman bertajuk "Liquid Island Noni(Morinda Citrifolia)-The Tropical Fruits With 101 Medical Uses".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


wak_ehh This user has been deleted
Post time 11-11-2004 01:49 PM | Show all posts
HILANGKAN BAU HANYIR IKAN

Untuk menghilang bau hanyir pada ikan.....

1. Ambil segenggam daun serai yang telah dipotong-potong.

2. gosokkan berulang kali pada ikan yang hendak dimasak.

Insyaallah maka hilanglah bau hanyir tu........cuba lah dulu........
Reply

Use magic Report

sukasuka This user has been deleted
Post time 18-11-2004 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 30-9-2004 12:51 AM:
Sebelum menggoreng ikan, masukkan beberapa hiris bawang merah ke dalam minyak untuk menggoreng. Goreng seperti biasa. Cara ini akan menjadikan ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir.

Nak tanya sikit kenapa makanan gorengan saya misalnya kerepek, rempeyek selalu tak tahan lama? baru berapa minggu goreng mesti rasa "tengek" ada tak forumer kat sini tau petua nak tahankan lama makanan rengan gorengan begini seperti di kedai..ada tak bahan pengawet yg boleh mambuat makanan bigini tahan lama.  Terima kasih atas pandangan anda.
Reply

Use magic Report

wak_ehh This user has been deleted
Post time 22-11-2004 08:45 AM | Show all posts
Lepas goreng...sejukkan dulu....lepas tu baru masukan dalam bekas. Bekasnya pulak mestilah..dibalut dgn surat khabar....Insyaallah...tutup rapat2.Tak le lemoh n bau tengek beb.....Cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 03:53 PM | Show all posts

Bawang putih

Kalau kita kena kopek bawang putih byk .. cara terbaik nak elak tangan rasa pijar ialah dgn merendam bawang putih dlm semangkok air.. sebentar.. biar kulit bawang tu kembang sket..
selain tangan tak pijar.. kulit pun mudah tanggal...

kalau ada yg suka mengisar bawang putih dan di simpan di dlm petisejuk.. mesin kering dan masukkan sedikit minyak makan.. bawang putih mesin anda tadi akan tahan lama

erkk.. apa lagi eh.. jap aku cuba ingat petua dan tips mak aku.. kalau aku ingat. aku tambah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.746413 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list