View: 8508|Reply: 33
|
Buku2 yang aku baca minggu lepas tatkala hujan
[Copy link]
|
|
(i) The Bells of Agony Autran Dourado. Kononnya sebuah alegori by way of updating watak klasik drama Yunani Phaedra. Cerita semi-inses ni ditulis melalui sudut pandangan tiga watak utama, sang pembunuh, si wanita yang dijelmakan sebagai Phaedra moden, anak yang menjadi sasar nafsu wanita itu. Ceritanya, wanita mengahwini lelaki super-kaya, jatuh cinta dengan anak lelaki itu, cintanya tak dilayan (walau anak itu juga ada perasaan kuat terhadap sang wanita), wanita goda pembunuh, lelaki kaya dibunuh, dan resolusinya seperti kisah moraliti kurun ke-19; yakni buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Sepanjang cerita ini loceng gereja berbunyi - menandakan kematian - dan menjadi jembalang yang bertenggek di bahu ketiga-tiga watak (hence tajuknya: The Bells of Agony) mengganggu-gugat emosi dan pemikiran (dan sudah tentu naratif) setiap watak (Dalam bahasa sastera unsur ini dipanggil leitmotif).
Bahagian pertama cerita ini (kisah sang pembunuh), Saramagoesque (Saramago penulis Portugis yg menang hadiah Nobel 1998), berbelit-belit dengan ayat kompaun dan selirat yang memeningkan. Kemudian ia berubah kepada cerita yang straightforward di bahagian kedua (cerita awek yang minat kat ank tiri dier), dan bahagian ketiga (POV anak tiri) pula seperti kombinasi bahagian pertama dan kedua.
Buku ini diangkat sebagai alegori yang menghentam pemerintahan diktator Brazil (tahun 70-an) tapi signifikannya hanya akan disedari pembaca yang tahu sejarah Brazil. Tanpa maklumat tambahan ini ia cuma sebuah cerita biasa, tentang, well, semi-inses.
(ii) The Unconsoled Kazuo Ishiguro. Balzac (atau mungkin Zola) pernah berkata tentang Wuthering Heights; latar cerita ini di neraka, tapi aneh sekali watak-wataknya mempunyai nama Inggeris. In short, itulah yang akan kau rasa bila membaca tome sepanjang lima ratus tiga puluh lapan mukasurat ini. Koinsiden, ilogika, dan plot yang pergi balik di tempat yang sama dirungkai dengan cara penceritaan yang sober, straighforward dan minimal. Kalau kau pernah baca Remains of the Day (juga karya Ishiguro, memenangi Booker dan diadaptasikan kepada filem yg dibintangi Anthony Hopkins), bayangkan Remains of the Day, tapi ia tak make sense langsung.
Seorang pianis terkemuka singgah ke sebuah bandar untuk membuat persembahan. Dia bertemu beberapa orang watak yang kadangkala dia kenal, kadangkala tidak, kadangkala mempunyai talian dengannya, kadangkala tidak, kadangkala membantunya, kadangkala tidak. Sebagai bonus bandar yang tidak bernama ini sebuah labirin tanpa Ariadne (Dalam mitos Yunani, Ariadne beri Perseus benang supaya P dapat mencari dan membunuh raksasa Minotaur dan keluar dari labirin).
Setelah seratus lima puluh muka surat kau mungkin akan berkata, ini buku yang sangat baik, dan kau akan mula berfikir akan haiwan-haiwan untuk dikorban di altarnya Ishiguro, tapi seratus muka surat kemudian, kau mula bayangkan seksaan yang paling dahsyat untuk Ishiguro (aku dan bayang-bayang aku undi empat ekor kuda menarik keempat-empat tangan dan kaki Ishiguro ke empat penjuru dunia).
Buku ini ditulis dengan bagus sekali, dan Ishiguro mungkin boleh dianggap sebagai antara penulis Inggeris yang terbaik di dunia, tapi kuasanya ini digunakan untuk meniti jalan yang gelap. Mungkin kalau kau modernis, atau lebih bagus lagi paska-modernis, kau boleh menghargai apa yang ishiguro lakukan, tapi kepuasan yang sama kau boleh perolehi hanya dengan membaca cerpen Kafka, atau Borges, dan paling cikaipun Barthelme. Lalu apa perlunya Ishiguro wujud di dunia ini?
(iii) Conversations In Sicily Elio Vittorini. Satu lagi alegori (atau mungkin metafora yang diperpanjangkan, persetankan). Seorang lelaki menerima surat dari bapanya yang berkata dia (yakni bapanya) sudah meninggalkan ibunya, dan Krismas nanti kau lawatlah ibu kau supaya dia tak kesunyian. Lalu lelaki itu pun pulang ke Sicily, tempat kelahirannya. Di sana dia berbual dengan ibunya, dengan mereka yang dia temu dalam perjalannya, dengan hantu adiknya dengan orang kampungnya. Seperti (ii) tapi syukurlah ia hanya 134 mukasurat dan tidak sekonfusing Ishiguro. Cuma diakhirnya (mungkin kerana agenda segiempat penulis mahu disumbat dalam lubang bulat novel yang ditulis), novel ini porak-peranda dan membuat kau berkata, next!
[ Last edited by pessoa at 26-12-2005 03:28 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wellcome back tuan pessoa....
haven't heard from you for quite a while...
well, you always floored me with your choice of reading material ...and i like that when it comes to books....i have the unconsoled but have not read it yet....
your choice is always rather esoteric for most people here....i'm simply having a headache to digest what on earth you're talking about.... |
|
|
|
|
|
|
|
Digestion is not necessary dude. Just send money. Lost of money. |
|
|
|
|
|
|
|
The Sweet Hereafter - Russel Banks
Di sebuah pekan kecil di Amerika di musim sejuk - sebuah bas sekolah terjerumus ke dalam sebuah kolam dan hampir kesemua penumpangnya terbunuh.
Russel Banks membedah siasat sudut pandangan empat watak yang terlibat secara langsung dalam aftermath kemalangan itu: Pemandu bas itu; Dolores. Seorang bapa yang kehilangan anak kembarnya; Ansel. Peguam dari New York yang datang kononnya untuk membantu keluarga-keluarga di situ mendapat pampasan; Mitchell. Dan Nicholl, mangsa yang terselamat, tapi mendapati dirinya lumpuh.
Dengan prosa yang jelas seperti salji yang turun menimbun di bandar kecil Sam Dent ini (dan kadangkala terlalu impersonal hingga naratif dari satu watak ke satu watak tak berbeza), Banks mengulang platitud yang kita semua tahu, tapi jarang mahu akui: manusia itu adalah manusia dan dunia ini bukanlah hitam putih.
Tiada hukuman di dalam buku ini. Yang ada cuma realiti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pessoa at 26-12-2005 11:55 PM
The Sweet Hereafter - Russel Banks
Di sebuah pekan kecil di Amerika di musim sejuk - sebuah bas sekolah terjerumus ke dalam sebuah kolam dan hampir kesemua penumpangnya terbunuh.
Russel Bank ...
pas baca nengok citer nih. pon bes gak...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peace, aku akan cari dan harap sinematik eksperiens Sweet Hereafter sebagus bukunya. |
|
|
|
|
|
|
|
To the Friend who did not save my life - herve guibert
Ia sebuah roman-a-clef; secara literal novel dengan kunci. Nama watak-wataknyanya diubah, tapi sebenarnya mereka wujud. Buku Herve Guibert ini sebuah skandal. Ia mengemukakan tuduhan berat pada Michel Foucualt, filosuf Peranchis yang terkenal itu. Foucault, walau dia tahu yang dia dijangkiti AIDS, tulis Guibert sengaja membahayakan pasangan seksnya.
Seperti Foucault, Guibert juga dijangkiti AIDS, tapi katanya, sungguh optimistik, dalam mukasurat pertama:
"aku akan menjadi, kerana nasibku yang baik, antara yang dapat sembuh dari penyakit ini."
Dia tak sembuh, malah penyakitnya semakin teruk. Hingga dia menjadi murung, depresif dan paranoid. Buku ini seperti sebuah diari yang memeta saat-saat akhir Guibert. Kadangkala lusid, puitis, dan kadangkala seperti tulisan orang gila, buku ini membuka pintu dunia mereka yang sudah putus asa.
Guibert mati pada tahun 1991.
[ Last edited by pessoa at 29-12-2005 06:13 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buku yg dibaca hujan ari tu lak...THE POLITICALLY CORRECT bedtimes stories...
yg mana citer2 bedtimes mcm Cinderella,Snow White, The Emperor's new clothes , Rapunzel telah diubah jln cerita dan diedit utk membuang unsur2 politikal, rasis, feminism, patriakal,
seksis segala...haha...gelak guling2 baca... ada tulis kat book log nih...
will see...esok akan post one of the story...kale berkesempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
nih salah satu citer dier |
|
|
|
|
|
|
|
A Plan for Escape - Adolfo Bioy Casares
A Plan for escape, kisah, er, seorang pegawai tentera laut, dihantar (dibuang) ke gagasan pulau terpencil di entah aku tak tau mendapati governor pulau itu sedang melakukan eksperimen aneh. Cerita yang mungkin, kalau kau mahu usaha dan beri lebih banyak masa, akan kelihatan koheren, tapi seperti kebanyakan karya Bioy Casares yang pernah aku baca, kau sedar akhirnya yang kau hanya akan membuang masa sahaja.
Terlalu ingin menjadi intelektual seperti Borges, tapi anak didik Borges ini terlupa satu perkara yang wujud dalam cerpen2 mentornya: cerita.
Kerana itu Bioy Casares akan selamanya berada di bawah bayang Borges.
[ Last edited by pessoa at 29-12-2005 06:11 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Le Petit Garcon - Philippe Labro
Sebuah kisah Bildungsroman (kalau kau literari dan pompous). Coming of age/kedewasaaan. As a rule, aku tak suka cerita genre ini kerana tendency untuk ia menjurus ke wilayah Disneyesque. Dan ya, novel ini macam sebuah filem Disney, cuma, filem Disney back when Disney produced good ****. Well-written, tapi mendatar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
one more...
The Emperor抯 New Clothes
Far away, in a time long past, there lived a travelling tailor who found himself in an unfamilliar country. Now, tailors who move from place to place normally keep to themselves and are careful not to overstep the bounds of local decency. This tailor, though, was overly gregarious and decorum-impared, and soon he was at a local inn, abusing alcohol, invading the personal space of the female employees, and telling unenlightened stories about tinkers, dung-gatherers, and other tradespeople.
The innkeeper complained to the police, who grabbed the tailor and dragged him in front of the emperor. As you might expect, a lifetime of belief in the absolute legitimacy of the monarchy and in the inherent superiority of males had turned the emperor into a vain and wisdom-challenged tyrant. The tailor noticed these traits and decided to use them to his advantage.
The emperor asked, 揇o you have any last request before I banish you from my domain forever? |
|
|
|
|
|
|
|
Elizabeth Bowen Death of the Heart
--------------------------------------------
Buku pertama aku habiskan tahun dua ribu enam ni. Kalau kau suka 'Novel English' (yes I wrote English) yang penuh dengan kebingitan dan amarah tapi tak menandakan apa-apa (sound and fury signifying nothing bla bla) kau mungkin, mungkin suka roman London ini.
Prosa deskriptif Elizabeth Bowen bagus;
"Ais pagi itu, yang tak lebih daripada lapis-lapis rapuh, telah retak dan kini terapung dalam bentuk serpihan. Ais yang masih bersatu dan yang sudah terpisah membentuk terusan air gelap, sepanjangnya angsa-angsa indignan berenang. Dalam suasana senja kelabu, pulau-pulau ais ini terkepung: tatkala ini di antara jam tiga dan empat petang. Segalanya seperti hembus nafas tanah liat, dari bandar di luar taman ini, memeluwap, menjadikan udara kabur; samar-samar kelihatan bayang-bayang pokok, beku menongkat langit. Kedinginan Januari ini mengikat langit dan bumi; menyembunyi angkasa daripada matahari; tapi angsa-angsa yang sedang berenang, pulau-pulau ais yang terapung, dan teres Regency yang pucat ini kelihatan seperti digilap, seperti kedinginan itu cahaya.
Di atas titi di antara pulau dan tanah besar, seorang lelaki dan wanita berdiri berbual, bersandar pada susurnya. Di dalam sejuk yang intens ini, yang membuatkan mereka yang lalu-lalang bergegas, lelaki dan wanita itu memilih untuk berhenti, seperti musim panas masih belum usai. Mereka seperti sepasang kekasih, meski tubuh mereka tidak bertemu. Segalanya di luar ruang pegun mereka kelihatan asing - dan mereka terpasak di situ, tertumpu bukan kepada diri masing-masing, tetapi kepada kata-kata si perempuan."
taspi ceritanya membosankan. Portia, 16, yatim-piatu. Tinggal dengan abang tirinya yang sudah beristeri. Bertemu dengan 'that rake' Eddie. Jatuh cinta. Tapi Eddie tak membalas cintanya. Portia histerikal.
Habis cerita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku pula waktu minit pertama masuk tahun 2006 duduk di kamar tidur membaca essay "raymond carver:mentor" oleh jay mcinerney... koleksi best american essays 1992....tak tahu aku yang raymond carver ni pernah jadi guru dan kemudian mentor kepada jay...artikel nya menarik kerana aku dapat mengenal sifat karektor dan style penulisan raymond carver dari essei yang pendek ini....mungkin aku akan baca koleksi cerita pendek pertama nya " will you please be quiet, please?"....dan dari essei ini juga aku dapat tahu yang mentor raymond carver pula ia lah john gardner....
buku fiksyen pertama yang aku mula baca tahun ni ia lah "brazzivile beach" oleh william boyd..yang memenangi hadiah james tait black memorial prize 1990...buku pasal seorang penyelidik perempuan yang pergi ke afrika untuk mengkaji pasal chimpanzee ...dan imbasan hidup nya dengan bekas suami nya professor mathematics yang obsess dengan teori2 matematik nya...quite an absorbing book....
...sekarang aku berada di bukit tinggi...depan aku ada buku 'speak memory' ...autobiography oleh vladimir nabokov....beli dari carrefoure mid valley rm9.99 sambil beli orange juice, prunes dan buah oren..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dude. Very strange to see you write in Malay.
Anyway, I'm reading two books at the moment - trying to forget the hoity-toity Mrs Bowen: A biography of Balzac (excellent read so far) the best line:
"...it appeared that when romance was on his mind, his (Balzac's) cascade of words could sweep a woman into a horizontal position." (The Prodigal Genius, Noel B Gerson)
ha ha.
and Adventures of the Dialectic, which is, despite the title, is not a work of fiction. It's a book of philosophy by the (unfortunately named) Maurice Merleau-Ponty.
Aku suka Carver. Not so much Mcinerney (sic?) - he's trying too hard to be Easton Ellis. Or perhaps Easton Ellis is a much better McIerney (sic, definitely).
Nabakov is trying. Too clever by half. But I have decided to give him another chance (yes, how generous) after reading Brian Boyd's biography of him. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
What we talk about when we talk about love- just got it as a gift last Christmas. Baru baca sampai I Could See The Smallest Things , intermittent ngan buku lain. First time saya baca buku dia ni (not even half of the book), so tak dapat saya nak bagi verdict. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerpen Carver best, favourite gua Fat, What We Talked..., Boxes (yang buat gua tulis cerita almari buku), Cathedral, tapi esei dia soppy ya'amatz. Poems dia, tak perlu nak diperbincangkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so, you're a writer...that EXPLAINS your choice of reading material....i'm gonna pick up that old carver's short story collection and read it tonight...and see if i like it or not... |
|
|
|
|
|
|
|
read carver's short story 'fat' last night....then watched coen brothers' FARGO for the second time...
now i kinda understand where all this style of writing comes from...hmmm...i'm referring to fat not fargo...fargo is brilliant...just like all other coen brs' films...the dialogue is closest to good books as far as films can go... as far as i know coen brs are not writers (as in books) not like that pervert and pitiful woody allen....
and by the way it is Jay McInerney i'm referring to, not sure who McIerney (sic) is....though i think we're talking about the same person...and i've never read brett easton ellis...may be my prejudice...i think i saw a film adaptation of one of his books sometimes ago but don't really like it so i stay away from him.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rainy season and end of the year is the best time to sit down for reflection. I stumbled on Anthony Simpson's Black and Gold. Very well, why not and take a shot. My first collection of AS's as far as I can remember was 'The Changing Anatomy of Great Britain', a hard copy which I bought in the 80s. Since then I never missed all his titles.
Black and Gold is about South Africa's tycoon, revolutionaries and apartheid. Apartheid? Yes that sounds familiar since my childhood. I remembered during my younger days we have sardine for dinner when nothing else available. Dad warned me not to buy South African sardine because he imposed economic sanction on South Africa. As a young boy I naturally detest apartheid because I am colored too. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|