CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23699|Reply: 71

TOKOH - TOKOH PAHANG YANG DILUPAI

 Close [Copy link]
nal This user has been deleted
Post time 20-4-2006 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Kalo dema-dema tahu tokoh dok kirela bidang ape ke pun, bole la berceriter kat sini. Kalo bole tu bagi la background die sikit. Sebab kawan tengok kat Pahang ni ramei tokoh & pejuang tapi sayang dok dikenali sangat. Maklumlah oghang - oghang Pahang ni low-profile.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
 Author| Post time 21-4-2006 12:20 PM | Show all posts
S ROOMAI NOR

Seorang pelakon yang kite kenai, tapi ade cerite disebaliknya.
Nama sebenar Mohd Taib Salleh. Terlibat di peringkat awal di dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan kemerdekaan. Bergiat aktif dengan Persatuan Melayu Pahang Cawangan Temerloh. Banyak menganjurkan sandiwara/ bangsawan dan penerangan politik di Temerloh semasa aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 09:36 PM | Show all posts
bior keh update sket pasal s.roomai nor nih.


sepanjang kerjaya beliau dalam arena perfileman ni, beliau telah mengarahkan sebuah filem iaitu badang (1962)
manakala telah berlakun dalam beberapa buah filem iaitu:
Sepi Itu Indah (19??)
Matinya Seorang Patriot (1984)
Nilam (1949)
Cinta (1948)
beliau pernah menerima anugerah pelakon pembantu terbaik melalui filem matinya seorang patriot di festival filem malaysia ke-5
Umi Kalsum adalah isterinya yg pertama dan mendapat anak- Noorkumalasari )
Siput Sarawak adalah isterinya yg kedua dan mandapat anak-Anita Sarawak

beliau meninggal dunia pada 1996
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 22-4-2006 08:00 AM | Show all posts
Kawan rasa ramei lagi oghang Pahang yang cam S Roomai Nor ni. Kite ingatkan die ni sorang pelakon je. Rupenye sumbangan die dalam zaman kemerdekaan juge banyak.

Citer la mungkin tokoh yang tak dikenali ni tok ke, nenek ke, aboh, mok, deme oghang. Moga sejarah mencatatkannye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 11:43 AM | Show all posts
a'ah..byk lagi tokoh2 negeri kita ni yg kita tak sedar yg mungkin juga adalah tok nenek kita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by figo at 22-4-2006 11:43 AM
a'ah..byk lagi tokoh2 negeri kita ni yg kita tak sedar yg mungkin juga adalah tok nenek kita...


deme tak cari glemer..cukup le berbakti pada tanah air...cam aki koi bunuh ramai komunis & jepun dgn gulai keladi puyuh tapi takde nok gembur2 kan...kat sg semantan ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2006 05:27 PM | Show all posts
pembuka kampung keh (tok linggi) tahun koi dah tak igt..1785 or somthing..adalah tokoh yg berjasa kepada negeri pahang..keh adalah keturunan dia yg ke-8.salah satu waris keturunan dia skang ialah sultan pahang sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by figo at 21-4-2006 09:36 PM
bior keh update sket pasal s.roomai nor nih.


sepanjang kerjaya beliau dalam arena perfileman ni, beliau telah mengarahkan sebuah ...


ooo org pahang juga ruponya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
 Author| Post time 1-5-2006 09:36 AM | Show all posts
pembuka kampung keh (tok linggi) tahun koi dah tak igt..1785 or somthing..adalah tokoh yg berjasa kepada negeri pahang..keh adalah keturunan dia yg ke-8.salah satu waris keturunan dia skang ialah sultan pahang sekarang...

Figo, deme citer la sikit pasei Tok Linggi ni, koi pun nak dengor juge.

Betui la deme tu dok cari glamer. Tapi kome rase kite ni kene la menghargai agar dok ilang dek zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 11:32 PM | Show all posts

Reply #9 nal's post

Ni betul asal kampong kome, sekarang duduk kat Mela, sekarang hampir sembuh selepas kena stroke.





Ibrahim Omar atau Ibrahim bin Imam Omar, atau Haji dilahirkan pada 17 Jun 1936 di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Ibrahim Omar menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Mela, Kuala Lipis, hingga lulus darjah V pada tahun 1946. Beliau kemudian belajar di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis, dan selepas itu meneruskan pelajarannya di Sekolah Arab hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, Ibrahim Omar menyambung semula pelajaran Inggerisnya di Bentong dan lulus Tingkatan IV pada tahun tersebut.

Selepas tamat persekolahan, Ibrahim Omar pernah bekerja sebagai kerani, berniaga dan bekerja kampung. Mulai tahun 1960, beliau ditawarkan menjadi guru sementara di Mela dan kemudian diterima pula menjadi guru bahasa dan sastera di Al-Ehya Assyarif, dan kemudiannya menjadi guru besar di sekolah tersebut.

Dalam lapangan penerbitan, Ibrahim pernah menjadi pengarang majalah Obor dan Berita UMNO, dan sebagai anggota sidang pengarang Utusan Melayu dari tahun 1975 hingga bersara.

Setakat ini, Ibrahim Omar telah menghasilkan tidak kurang daripada sembilan buah novel dan sebuah kumpulan cerpen yang kebanyakannya diterbitkan sekitar tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an. Pada awal tahun 1985, novel remajanya Rembang Merah dipilih sebagai salah sebuah novel bacaan penting bagi peringkat sekolah menengah rendah; manakala novel Desa Pingitan telah memenangi hadiah Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962, dan dipilih menjadi buku teks wajib di sekolah-sekolah menengah bagi Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1966 hingga 1968. Pada tahun 1979, Ibrahim Omar sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila memenagi hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Novel Hari Guru dengan novelnya berjudul Cucu, manakala dalam tahun 1981, beliau memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Islam anjuran Yayasan Islam Terengganu dengan novelnya bertajuk Tok Bilal.

Antara novel karya beliau: Desa Pingitan (1964), Embun dan Tanah (1965), Hilang (1966), Hujan Panas (1966), Patah Galah Haluan Perahu (1973), Tiba Masanya (1977) dan lain-lain lagi.

[ Last edited by  pepalih2 at 1-5-2006 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 2-5-2006 12:34 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by pepalih2 at 1-5-2006 11:32 PM
Ni betul asal kampong kome, sekarang duduk kat Mela, sekarang hampir sembuh selepas kena stroke.

Didoakan dia cepat sembuh dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 4-5-2006 09:50 AM | Show all posts
PANGLIMA MUDA JEMPOL
Panglima Muda jempol telah menyerang daerah Pekan di negeri Pahang2. Peristiwa ini adalah merupakan salah satu episod dalam pemberontakan Pahang yang bermula dalam tahun 1891 yang dipimpin oleh salah seorang pembesar Pahang iaitu Pahlawan Semantan atau Dato' Bahaman.

Dalam kekacauan yang berlaku ketika Panglima jempol menyerang Pekan, dua orang pekerja Eropah dari Syarikat Pahang Exploration yang sedang menguruskan pengeluaran kayu balak dari hutan Sungai Duri dekat Kuala Chini telah terbunuh.

Berita berkenaan serangan itu telah sampai ke pengetahuan Residen Pahang, J.P. Rodgers yang ketika itu berada di Pulau Tawar. Beliau dengan pengikutnya telah pergi ke Pekan dan menahan seorang daripada mereka yang disyaki terlibat dalam serangan tersebut. Seterusnya pihak Inggeris juga telah menangkap seramai 21 orang yang juga disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, kecuali Panglima Muda jempol telah dapat melepaskan diri. Akibat dari serangan itu pihak Inggeris telah berusaha memperkuatkan pertahanan mereka dengan mendirikan satu pusat kawalan di Kuala jempol.

Pada bulan Julai 1892 pihak Inggeris telah menghantar sepasukan polis Sikh ke jempol untuk mengekori Panglima Muda jempol tetapi gagal sehinggalah pada bulan Oktober 1892 apabila Panglima Muda jempol akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran dengan pihak Inggeris.

Pihak Inggeris telah menangkap seramai 32 orang pengikut Panglima Muda jempol iaitu mereka yang disyaki oleh Inggeris terlibat dalam kekacauan di Sungai Duri. Mereka telah dibicarakan. Dalam perbicaraan itu 17 orang telah dibebaskan, 5 orang dihukum gantung dan 10 orang dihantar ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by nal at 22-4-2006 08:00 AM
Kawan rasa ramei lagi oghang Pahang yang cam S Roomai Nor ni. Kite ingatkan die ni sorang pelakon je. Rupenye sumbangan die dalam zaman kemerdekaan juge banyak.

Citer la mungkin tokoh yang tak d ...


semlm aku baru baca cerita dia ni kat majalah
Reply

Use magic Report

nenes This user has been deleted
Post time 11-5-2006 03:14 PM | Show all posts
datok bahaman? mat kilau? tok janggut? adnan yaakob?nk masuk gek?
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 18-5-2006 04:38 PM | Show all posts
PAWANG NONG

Lahir kat Ulu Cheka tahun 1874,terlibat dalam Perang Lawan British. Jadi Pawang Diraja. Banyak kisah waktu zaman penentangan Jepun dan Komunis. Buat oghang Jepun tak jumpa Ulu Ceka, sampei berenang kat darat di Kg. Koi.
Peranan penting waktu Sultan Abu Bakar kene culik oleh Bintang Tiga.
Meninggal dunia tahun 77, pada usia 103 tahun.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 20-5-2006 01:13 AM | Show all posts
Penulis di Pahang Zaman Sebelum Merdeka (30 - 50an)

Ahmad Kotot
Ibrahim Hj. Yaakob
Ishak Hj Muhamad
Kamaluddin Muhammad
Jaafar Hussin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2006 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 18-5-2006 04:38 PM
PAWANG NONG

Lahir kat Ulu Cheka tahun 1874,terlibat dalam Perang Lawan British. Jadi Pawang Diraja. Banyak kisah waktu zaman penentangan Jepun dan Komunis. Buat oghang Jepun tak jumpa Ulu Ceka,  ...



nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
 Author| Post time 24-5-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 23-5-2006 04:53 PM



nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu.


Mungkin YoGurt bole sambung lagi. Sebab ramei oghang da lupakan sumbangan moyang deme ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 23-5-2006 04:53 PM



nie dia cicit Pawang Nong dah datang..mmg tak sempat tgk secara live tapi kat rumah ader gambo moyang saya nie terima pingat dari org putih..lupa lak plak nama omputeh tu.

amboi....ada pasei moyang dia baru dia kuor dari pertapaan ye YoG...

p/s : lupa la nak wish tu hari...hepi anniversary...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by EtchedGlass at 25-5-2006 09:16 AM

amboi....ada pasei moyang dia baru dia kuor dari pertapaan ye YoG...

p/s : lupa la nak wish tu hari...hepi anniversary...





hehehe...biase ler inteprem jap..tapi sori lah nal..bab2 cite nie sy tak reti nak bercerita..

etched..ko tak nak wish hari ibu ker kat aku...
:love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067020 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list