View: 11136|Reply: 30
|
3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM
[Copy link]
|
|
3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum
Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka
berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional
yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya
Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi,
kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .
Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan.
Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat
sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang
didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.
Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh
Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman
pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh
Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang
semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:
"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan
hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:
"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat,
digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada
banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?'
Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada
mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat
yang dibebankan urusannya kepada mereka"
Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat
melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:
"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam"
[TMQ al-Anbiya' 21:107] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penyebab satu jer ini semua keje Mustapa Kamal al kene ketuk , CIA, British Dan Mossad... (Dah lama ader sebelum kewujudan Israel) |
|
|
|
|
|
|
|
Malapetaka ketiadaan Khilafah
Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambaran pemikiran umat Islam hari ini
Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha
mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi
masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang
ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas
pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu k
etika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk
mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal
permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada
hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk
membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar
permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek
perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara
separuh-separuh.
Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh
sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain
di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu
hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar
selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin
hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.
Kewajiban mendirikan Khilafah
Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi
menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan 'hidup dan mati' yang dihadapi oleh umat hari ini.
Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah
bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang
tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini
bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia
merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu..." [TMQ an-Nisa' 4:59]
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud;
"Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah
mati jahiliah"
[HR Muslim].Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai'at)
pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai'at tersebut tidak akan
terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai'at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan
Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.
Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara
lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan
semula Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah.
Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam
hadis di bawah;
"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya
atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah),
adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk
mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak
Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa
kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang
mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam."
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]
Jalan untuk mendirikan semula Khilafah
Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan
yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan
kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah
ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang
sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara' yang berbunyi;
"Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib"
Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi
syara'. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah,
kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan
Islam.
Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak
pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam
adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma'ruf
dan nahi mungkar.
Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.
"Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak
kepada yang ma'ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya"
Wahai kaum muslimin,
Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak
putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling
bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark
ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori
Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke
atas
Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo
dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi
kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan
Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan
mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini
merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan
Allah kepada umat yang mulia ini!. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau aku baca masa kerajaan Uthmaniah dah hujung2 tu takde la 'baik' sangat...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Sayang seribu kali sayang, berapa ramai muslim hari ini akan berfikir macam ni. Kebanyakan boleh dikatakan macam haiwan ternakan je. Makan, minum, kerja, buat apa patut, tidur, ---makan, minum,.............seterusnya sampai malaikat datang ajak/ paksa balik.:tq::tq::tq: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf wrote:
Tapi kalau aku baca masa kerajaan Uthmaniah dah hujung2 tu takde la 'baik' sangat......
Waktu rampasan kuasa oleh 'The Young Turks' Ottoman Empire sudah masuk ke zaman keruntuhan atau 'decadence' dari segi moraliti dan korupsi. Title Khalifah itu setakat nama sahaja....the essen of Islamic faith has long gone.The Arabs of Hadarat Maut and North Africa despised the Turkish Kalifah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Usmaniah atau Ottoman bukanlah kerajaan 'khalifah Islam' dalam erti kata yang sebenar. Kerajaan 'khalifah' yang sebenar tamat setelah khalifah sabirin yang terakhir iaitu Saidinah Ali wafat. Empayer Ottoman dikepalai oleh sultan-sultan yang menganggap diri mereka khalifah. Disini timbul pertanyaan macam mana ia boleh sebagai khalifah sedang pemerintahan Ottoman mirip kapada monarki dan autokratik. Adakalanya facist.
Saya mengatakan kerajaan Ottoman itu korup kerana berlakunya angkara 'politik wang' dikalangan pembesar-pembesar pemerintah untuk membeli pangkat dan kuasa untuk menjadi gabnor wilayah2. Hasil pungutan cukai diselewengkan dan rayaat ditindas terutama di wilayah yang penghuninya beragama kristian. Kerajaan Ottoman tidak bermoral kerana ujudnya institusi harem dimana wanita-wanita dihimpunkan untuk tujuan keperluan seksual pembesar-pembesar dan sultan.Di bawah sistem 'idevshirme' anak-anak muda kristian (Greek, Bulgarian, Aramenian dan Slav) di ambil untuk kerahan tenaga sabagai tentera Ottoman. Di sini timbulnysa skendal yang mana anak-anak ini dijadikan hamba seksual pegawai-pegawai tentera dan pentadbir-pentadbir Ottoman Turki. Di kalangan orientalis perangai homo-seksual Ottoman Turki ini amat terkenal hingga hari ini.
Munkinkahi ciri-ciri sebegini sudah mula memasuki masyarakat kita???? Sememangnya ungkapan" HISTORY REPEATS ITSELF" itu betul.Di sini diperturunkan faktor kejatuhan kerajaan Ottoman untuk renungan kita
The collapsed of the Ottoman Empire
[ 1 ] Leadership : 17 sultans after Suleyman ( from1566 to 1789) were, with few exceptions, men of little ability, training, or experience, and some were incompetent, even mentally defective; their average rule of 13 years was less than half that of the first 10 sultans. This was no accident! Mehmed III died in 1605 leaving two minor sons as the only direct male survivors. The elder, Ahmet I, spared the life of his brother, Mustafa, but kept him secluded in a special apartment in the harem of Topkapi Palace. The Sitva Torok treaty with Austria (1606) should have been a wake-up call for the Ottomans. It was a negotiated compromise rather than a grant of peace dictated by the sultan; in it, the Hapsburg monarch finally was recognized as the sultan? peer, as " Emperor? (Padishah rather than simply King of Vienna.? Mustafa I? accession in 1617 marked the end of ?uccession by military contest and the practice of royal ? fratricide,? replaced by confinement of princes in the palace and succession by the eldest male of the imperial family. Not only were most inexperienced and incompetent, many were minors under the influence of the Queen Mother (Valide Sultan) and harem favorites, giving rise to palace cliques and intrigue. For several decades in the first half of the17.th century, women of the palace exercised such influence that the period is called " The Sultanate of the Women "
[ 2 ] Bribery, purchase of office, favoritism, nepotism : Promotion by merit, long the hallmark of Ottoman administration, became less common. Corruption spread to the provinces where an official would buy his office, then squeeze more taxes from the populace to reimburse himself. There were frequent shifts in judicial as well as civil officials, with justice also sometimes for sale. In the mid-to-late 17th c., the great Koprulu family of viziers attempted to root out corruption and improve administrative and military efficiency. They were temporarily successful in arresting " decline " through traditional reforms, and in 1663 Ottoman forces besieged Vienna for the second time. But in the 17th c., the Ottomans were confronted by an extended arc of opponents, Venice, Austria, Poland, Russia, and Iran, often obliged to confront several at once. In 1699, after defeat by a coalition of all Central and East European powers, the Ottomans accepted mediation, negotiated peace, and, by the Treaty of Karlowitz, for the first time gave up territories in the Balkans. The shrinking of Ottoman frontiers had begun.
[ 3 ] Military : The devshirme was abandoned ( just when is uncertain ); sons of janissaries were admitted to the corps, then other Muslims; and imperial slavery became a legal fiction.? Provincial janissaries sometimes acted as semi-autonomous local rulers, while in Istanbul they become a disruptive force, often in collaboration with artisans / craftsmen and students. The provincial cavalry army was made obsolete by musket-armed European troops, requiring the Ottomans to increase their standing infantry and equip them with firearms. This required money. The military fief system was all but abandoned and replaced by tax-farming. The heavy tax burden was responsible in part for revolts in Anatolia, abandonment of farm lands, and depopulation of villages; thus the empire experienced a decline in tax revenues despite higher taxes.
[ 4 ] Economics : The Ottoman Empire suffered from severe inflation, as did all of Europe, as New World silver flooded in. This, together with debased coinage, fueled corruption. By the 17th c., Europeans and consolidated their control of new sea trade routes, by-passing the Middle East and diminishing the transit trade through Ottoman lands. Asian spices were shipped directly to Europe, and wars with Iran interrupted the silk trade. European manufactured goods flowed in, undercutting local handicraft products and enriching Levantine merchants. The Ottoman Empire? unfavorable trade balance resulted in an outflow of gold, while European states demanded more favorable trade treaties ( ?apitulations" ) and were guilty of blatantly abusing them.
[ 5 ] Intellectual decline--Selim and Suleyman? 16th c. victory over Safavid Shi?sm so consolidated Sunni orthodoxy that Muslims in the Empire were not forced to engage in intellectually challenging and stimulating conflict as Catholics and Protestants were in Europe. Muslim scholars became intellectually conservative and resistant to new ideas; convinced of the superiority of Muslim / Ottoman civilization, they were seemingly oblivious to the advances being made in the infidel West. Meanwhile, the Ottoman religious establishment gradually became infiltrated by the Sufi orders, producing a new sort of symbiosis which gave greater strength to conservative religious? elements. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 24-4-2006 05:31 PM
Sayang seribu kali sayang, berapa ramai muslim hari ini akan berfikir macam ni. Kebanyakan boleh dikatakan macam haiwan ternakan je. Makan, minum, kerja, buat apa patut, tidur, ---makan, minum,.... ...
tula....sayer raser patut bagi hadiah nobel...kpd orang2 munafik,yahudi & yg menyokong teori Darwin....krn anda berjaye menyebarkan fahaman korang:tq::tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku ... kejatuhan khalifah bukan pada tahun 1924 ... tapi sejak sultan abdul hamid II jatuh tahun 1909, dunia islam sudah tiada khalifah ... khalifah yg selepas sultan abdul hamid tuh hanyalah boneka kuffar yg takder otak ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
27 april ...hari ini ialah hari yg kita suma mesti ingat ... hari ini sultan abdul hamid II (last real sultan of ottoman telah dipecat dari kedudukan beliau kerana cuba menegakkan islam dibumi turki yg korup ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by topeng perak at 28-4-2006 05:52 PM
27 april ...hari ini ialah hari yg kita suma mesti ingat ... hari ini sultan abdul hamid II (last real sultan of ottoman te ...
Parlimen British meraikan kemenangan |
|
|
|
|
|
|
|
sememang memangnyer dah tersurat, semua kerajaan kerajaan agung dunia yang terbina satu hari akan roboh ke rupabentuk yg sehodoh hodohnya, sama seperti the kingdom of minoans, the myans, egytians, the greeks, the Great Roman Empire, the Ottoman Empire, the English and the Japanese, semuanya naik dan sampai di kemuncak dan akhirnya musnah satu per satu dan diganti dengan kuasa yg lain pulak, its life bebeh!, ahaks....just watch...cuma kekalkan kesetiaan dan ketelusan faith kita dgn yang MAHA ESA.
p/s mwahh! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah hitam umat Islam bermula apabila Abu Bakar dan Omar meninggalkan rumah Rasul pada malam pengebumian Baginda saw untuk turut merebut kuasa di Saqifah Bani Sa'adah. Saiyidina Ali dan keluarga Baginda tidak tahu bahawa Abu Bakar dibawa Omar dan dibaiah sebagai Kahlifah. Selepas itu, Islam mula berpecah sehingga ke peringkat Perang Siffin di mana tentera Islam bertembung secara full force. Satu di pihak Khalifah Ali bin Abi Talib dan satu lagi dibawah panji Amir Syria iaitu Mu'awiyah. Kedua-dua melaungkan Allah hu Akbar apabila maju untuk berbunuhan. Perpecahan itu menjadi semakin besar sehingga Islam akhirnya diajtuhkan Mongol dan Islam terbahagi kepada banyak mazhab dan saling kafir mengkafiri sesama sendiri. Kekhalifahan Othmaniah tidak lah hebat mana, yang hebat hanya semasa Khalifah Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople...
Islam hari ini menuju akhir zaman dan ibarat bulu ayam yang mencarik akan bertaut semula sebagaimana Allah swt mahu apabila Islam mahu dikembalikan kemuliaannya dengan kehadiran Imam Mahdi dan Nabi Isa. Jangan lah dikenang apa yang berlaku pada tahun 1924 di Turki, ianya tak membawa apa-apa makna signifikan.. renunglah apa yang kita perlu buat ke arah mengibarkan semula bendera hitam perjuangan jihad. Kita tak mahu dilabel sebagai Mujahideen yang hanya tahu meletupkan diri sendiri atau membunuh orang awam. Kita tak bersetuju dengan semua itu kerana tanggungjawab kita adalah menunjukkan kemurnian Islam di mata orang kafir agar mereka mengenali Islam yang sebenar. Jikalau kita masih dianiayai setelah berbudi baik, maka wajiblah kita menggembleng kekuatan mempertahankan diri. Cara nya bukan lah melalui membeli senjata buatan musuh tetapi menggunakan ilmu pengetahuan untuk membangun Islam moden yang setanding malah lebih baik. Saya rasa Islam akan naik bila kita ada kekuatan ini.. sekadar mengharap pembelian hasil orang lain, belum sampai masa untuk kita naik semula. Tak cukup nilai maruah dan harga diri sewajarnya sebagai umat Muhammad s.a.w. yang dikasihi oleh Rasul dan Rob kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 3-5-2006 08:53 PM
Sejarah hitam umat Islam bermula apabila Abu Bakar dan Omar meninggalkan rumah Rasul pada malam pengebumian Baginda saw untuk turut merebut kuasa di Saqifah Bani Sa'adah. Saiyidina Ali dan keluarga ...
aku tak setuju ngan pendapat kau nehh ... ~ :pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by topeng perak at 28-4-2006 05:44 PM
bagi aku ... kejatuhan khalifah bukan pada tahun 1924 ... tapi sejak sultan abdul hamid II jatuh tahun 1909, dunia islam su ...
Huhuhu...jangan senang melancarkan kata-kata kuffar kepadanya sebab kita pun tidak hidup dizaman tu..sejarah yg anda baca adalah hasil dari tulisan barat. berhati-hati! |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Originally posted by Laxamana. at 3-5-2006 08:53 PM
Sejarah hitam umat Islam bermula apabila Abu Bakar dan Omar meninggalkan rumah Rasul pada malam pengebumian Baginda saw untuk turut merebut kuasa di Saqifah Bani Sa'adah. Saiyidina Ali dan keluarga ...
Sejarah yang diambil berasaskan Sejarah Fanatik Kaum Syiah, Pandangan pula berdasarkan orientalis. Hati - hati pandangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by topeng perak at 24-6-2006 11:03 PM
aku tak setuju ngan pendapat kau nehh ... ~ :pmuka:
betul tu,,
aku pun tak setuju.
:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak setuju gak...
fakta-fakta ni bahaya...
kalau main hontam koromo jer...
sobab yg jd pergaduhan antara
ali ngan muawiyah tu keje org yahudi....
yahudi ni mmg nak mecah-belahkan org islam..
dier tak bleh tengok islam hidup aman..
mcm yg berlaku kat lebanon s'kang...
kan warrr.... warrrrr.... warrrrr...
Pssst : careful... yahudi suker tukar fakta dr dulu
sampai lah s'kang.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|