|
sejarah nabi isa dilihat tidak lengkap. agak detail saat kelahiran- kemudian kosong- seterusnya mati(?) atau diangkat ke langit!
saper boleh ceritakan bahagian yg kosong tu?
masa remaja nabi isa - masa baginda mula dilantik jadi rasul -
perkahwinannya -:hmm: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ekekekek.....
ni pengaruh da vinci code ke? |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhuhhu,,,x tau nak citer ke tak .......coz x brani nak lbih2 bkn org berilmu agama byk pon..nnt dose kalo salah.pengaruh barat memang kuat huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik ada satu buku mengenai sejarah Nabi2 dan Rasul2, nanti ada masa mok nik salin apa yg dalam buku itu tulis.
Sekarang tengah sibuk lagi. Bagus info buku itu , lengkap semua salasilah mengenai Nabi2 dan Rasul2 berpandukan al Quran dan Hadith |
|
|
|
|
|
|
|
kelahiran nabi isa
Kelahiran Nabi Isa
Nabi Isa dilahirkan di Baitulaham (Bethlehem), Jerusalem pada penghujung abad pertama sebelum Masihi. Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kelahiran baginda tetapi sumber al-quran mengaitkan kelahiran Nabi Isa a.s. (kemuraman Maryam apabila risau akan tohmahan masyarakat terhadap kelahiran Nabi Isa) dengan musim:
Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.(Quran 19:24-25)
Kajian menunjukkan bahawa musim tamar(kurma) masak di Palestin adalah ketika awal musim luruh iaitu penghujung Ogos atau awal September.
Hal ini berbetulan apabila masyarakat Rom risau akan kedatangan tahun 2000 dengan propaganda Y2K, segelintir mereka menyambut ulang tahun kelahiran Jesus yang ke-2000 pada 22 Ogos 1998 (mengikut kalendar lunar/Qamariah) atau pada 11 September 1998 (mengikut kalendar solar/Syamsiah).
Nabi Isa a.s. merupakan anak kepada Siti Maryam (Mary, Perawan yang suci). Umat Islam percaya akan kelahiran Isa yang suci melalui Maryam. Apabila malaikat memberitahu kepada Maryam akan janji Tuhan yang dia akan mempunyai anak, Maryam terkejutkerana dia masih lagi seorang perawan dara sunti. Namum, Maryam diingatkan bahawa ianya adalah kehendak Tuhan yang menciptakan segala atas kehendaknya.
Sebenarnya, konsep kelahiran Isa adalah suatu kejadian unik sepertimana kejadian Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama. Namun terdapat perbezaan antara kedua - duanya di mana Nabi Adam a.s dicipta Allah melalui tanah lalu ditiupkan roh ke dalam tanah itu. Manakala Nabi Isa a.s pula ditiupkan roh ke dalam rahim Maryam dan dikandung selama 9 bulan seperti manusia biasa yg lain. Nabi Adam a.s tiada ibu dan bapa manakala Nabi Isa a.s mempunyai ibu.
Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia. (Qur'an 21:91)
Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.(Qur?n 3:47).
[ Last edited by biezie_slalu at 24-5-2006 01:14 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah........arap x ade sape yg memesongkan kisah nabi isa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lonso at 24-5-2006 14:03
Alhamdullilah........arap x ade sape yg memesongkan kisah nabi isa..
Dah terpesong dah...tu yang kepercayaan agama Kristian tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
nape kisah nabi isa suka difilemkan ??? |
|
|
|
|
|
|
|
iye x ye gak ye...nape bleh lupe nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe Hahn at 24-5-2006 03:33 PM
nape kisah nabi isa suka difilemkan ???
mereka filemkan Jesus kott!
itu pasal ler!:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya betul citer Davinci Code tuh. Silap2 boleh terpesong agama. Macamana pulak dorang boleh create yang Nabi Isa tuh dah ada bini sebelum di salib. Nama bininya Mary Magdelene x salah aku. Keturunannya yang terakhir sampai lah kat budak pompuan tuh. Sedangkan kita memang dah sedia maklum yang Nabi Isa tak pernah berkahwin sampailah baginda di angkat di langit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
Dunia akhir zaman.... boleh nampak sana sini manusia cuba mengubah sejarah dan fakta, kononnya berdasarkan kajian yg benar dan pemikiran logik. |
|
|
|
|
|
|
|
Huh!
Originally posted by biezie_slalu at 23-5-2006 13:31
sejarah nabi isa dilihat tidak lengkap. agak detail saat kelahiran- kemudian kosong- seterusnya mati(?) atau diangkat ke langit!
saper boleh ceritakan bahagian yg kosong tu?
masa remaja nabi i ...
Perkahwinan...? Setahu aku takdepun dalam surah tau hadis mengatakan bahawa Nabi Isa a.s ni berkahwin dan menurunkan zuriatnya... Akhirnya cerita tentang baginda adalah baginda disalib... Benarkan baginda disalib...? Firman Allah...
Dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya.
[AN NISAA': 157 - 158]
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisi Ku, dan akan membersihkanmu dari orang kafir.
[ALI IMRAN: 55]
Adapun yang mereka bunuh dah salib itu adalah dipercayai oleh sesetegah para alim ulamak adalah dalang kepada musibah yang berlaku kepada baginda... Yahuza namanya... Tidak ada juga cerita tentang doa baginda (sebagaimana kebiasaan para nabi lain doakan ketika dalam kesusahan) kepada Allah supaya menjaga isteri dan keturunannya nanti...
Oleh sebab yang demikian juga baginda digelar Al Masih... Menandakan bahawa baginda belum mati tapi di angkat kepadaNya dalam keadaan sempurna, jasmani dan rohani.
Beberapa hadis sahih menyebut bahawa baginda akan diturunkan ke bumi sebagai salah satu tanda datangnya hari kiamat, sesuai dengan firman Allah...
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjuk)Ku; inilah jalan yang lurus.
[AZ ZUKHRUF: 61]
Tapi ada juga ahli tafsir yang lain berpendapat bahawa baginda telah wafat sebagaimana wafatnya para nabi lain. Jelasnya Nabi Isa angkat ke sisi Allah setelah wafatnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah...
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada Nya.
[AN NISAA': 158]
Maksudnya ialah, Nabi Isa a.s dinaikkan darjatnya di sisi Allah, oleh itu sama dengan keadaannya dengan firman Allah tentang Nabi Idris a.s...
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
[MARYAM: 57]
Ke manakah Nabi Isa pergi dan siapakah yang meneruskan ajaran baginda jika begitu? Jawapannya, kita hanya wajib mempercayai masalah tersebut dan tiada penjelasan baginya melainkan Allah serta ajaran baginda diteruskan oleh para sahabat baginda... Wallahu'alam...
Jizzz... Klong! Klong! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau nabi Isa akan turun ke bui selamatkan org Islam...itu aku percaye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 satriamerah's post
bagi aku tk terpesong ler....cz bende yg di citerkan oleh buku nih ader ler fiction jer.dan die citer pasai agama kristian yg semmg nyer dh terpesong dr ajaran Nabi Isa yg sebenar.
kite umat islam harus percaya wahyu yg telah di turun kan oleh ALLAH SWT kpd Rasullallah SAW mengenai Nabi Isa nih.
die tak mati kener salib...sebalik di angkat ke langit.
kalo kiter btul percaye...tk kan terpesong nyer. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo x salah..Allah tukarkan Nabi Isa dengan orang pengkhianat yg bocorkan rahsia kedudukan Nabi Isa..so yg kene salib tu bukan Nabi Isa tapi orang lain |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by satriamerah at 25-5-2006 09:41 PM
Bahaya betul citer Davinci Code tuh. Silap2 boleh terpesong agama. Macamana pulak dorang boleh create yang Nabi Isa tuh dah ada bini sebelum di salib. Nama bininya Mary Magdelene x salah aku. Ketur ...
mary magdalane tu miryam hamigdalah kn? ap plak pllik kalo y menulis tu org kistian gk....bgs per..br agame dorg yg lemah..pduli pe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 darthVader's post
aah kalo tk salah aku ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s. merupakan seorang nabi yang menerima kitab Injil menurut teologi keislaman.
Nabi Isa juga dikenali sebagai "Yesus Kristus" (atau dikenali "Jesus Christ") oleh para penganut agama Kristian sebagai Penyelamat Dunia dan Tuhan alam semesta.
Istilah "Isa al-Masih" pernah digunakan seketika dahulu sebagai terjemahan untuk merujuk kepada Yesus Kristus dalam Alkitab bahasa Melayu dan orang-orang Melayu beragama Kristian di Singapura 50 tahun yang lalu sebelum istilah itu ditukarkan kepada apa yang nyata pada masa sekarang.
Istilah ini masih digunakan oleh orang-orang Kristian di Pakistan dan Bangladesh.
Kelahiran Nabi Isa
Nabi Isa dilahirkan di Baitulaham (Bethlehem), Jerusalem pada penghujung abad pertama sebelum Masihi. Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kelahiran baginda tetapi sumber al-quran mengaitkan kelahiran Nabi Isa a.s. (kemuraman Maryam apabila risau akan tohmahan masyarakat terhadap kelahiran Nabi Isa) dengan musim:
Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.(Quran 19:24-25)
Kajian menunjukkan bahawa musim tamar (kurma) masak di Palestin adalah ketika awal musim luruh iaitu penghujung Ogos atau awal September.
Hal ini berbetulan apabila masyarakat Rom risau akan kedatangan tahun 2000 dengan propaganda Y2K, segelintir mereka menyambut ulang tahun kelahiran Jesus yang ke-2000 pada 22 Ogos 1998 (mengikut kalendar lunar/Qamariah) atau pada 11 September 1998 (mengikut kalendar solar/Syamsiah).
Nabi Isa a.s. merupakan anak kepada Siti Maryam (Mary, Perawan yang suci). Umat Islam percaya akan kelahiran Isa yang suci melalui Maryam. Apabila malaikat memberitahu kepada Maryam akan janji Tuhan yang dia akan mempunyai anak, Maryam terkejutkerana dia masih lagi seorang perawan dara sunti. Namum, Maryam diingatkan bahawa ianya adalah kehendak Tuhan yang menciptakan segala atas kehendaknya.
Sebenarnya, konsep kelahiran Isa adalah suatu kejadian unik sepertimana kejadian Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama. Namun terdapat perbezaan antara kedua - duanya di mana Nabi Adam a.s dicipta Allah melalui tanah lalu ditiupkan roh ke dalam tanah itu. Manakala Nabi Isa a.s pula ditiupkan roh ke dalam rahim Maryam dan dikandung selama 9 bulan seperti manusia biasa yg lain. Nabi Adam a.s tiada ibu dan bapa manakala Nabi Isa a.s mempunyai ibu.
* Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia. (Qur'an 21:91)
* Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.(Qur?n 3:47).
Reference : Nabi Isa a.s.. (2006, April 18). Wikipedia, Ensiklopedia Bebas. Retrieved 06:15, Mei 29, 2006 from http://ms.wikipedia.org/w/index. ... s.&oldid=90855. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baitul lahm? ... rumah daging? |
|
|
|
|
|
|
| |
|