View: 8939|Reply: 26
|
DIWANGSA PUBLICATION & DISTRIBUTORS
[Copy link]
|
|
Diwangsa Publisher ni mcm tak berapa popular tapi novel2 yang dikeluarkan semua boleh tahan...
kebanyakannya dr penulis yg ternama cth : Lamia Aimal / Samsiah Mohd Nor / Amaruszati Noor Rahim .......
semua yg pernah ada buku dengan keluaran CESB. nak dapatkan info novel2 ni pun susah sikit sbb mereka takde laman web.
cuma haritu ada beli novel Rozita Abd Wahab so adalah info sikit ttg novel2 yg di keluarkannya..
Antaranya :-
1-TANGISAN BULAN MADU 2
2. BILA SENA KEMBALI BERBUNGA 2 - Amaruszati Noor Rahim
3. ANTOLOGI LAMIA AIMAL - Lamia Aimal
4. BUNGA KASIH - Norhayati Berahim
5. KEMBALIKAN CINTA - Aishah Insyirah
6. CINTA DI LANGIT HAMRA - Lily Haslina Nasir
7. SEBENING LANGIT SENJA - Samsiah Mohd Nor
8. SONGKET BUAT MAHANI - Hashim Latiff
9. KASIH SEDINGIN SALJU -Amaruszati Noor Rahim
10. HANYA UNTUKMU AIN -Ruhana Md Zaki
11. NILAI CINTAMU - Zuraini Abdullah
12. SEMUSIM CINTA
13. SERAUT KASIH - Ruhana Md Zaki
14. KASIH BERSEMI - Rozita Abd Wahab
***Harap kalau2 forumer kat sini ada yang dah baca sila bg komen anda yer...thanks.........
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Acun's post
zorroe ada beberape buku yg acun senarai tu. Tapi tak ingat la jln cerita dia. Dah lama. Dah simpan kat rak blakang.
Nanti zorroe selongkar balik ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorroe at 25-5-2006 08:22 PM
zorroe ada beberape buku yg acun senarai tu. Tapi tak ingat la jln cerita dia. Dah lama. Dah simpan kat rak blakang.
Nanti zorroe selongkar balik ye.
hmm bagus arr zorroe nih....jgn lupa bgtau mana yg best ok....ada buku2 yg dah lama keluar kan cam sena kembali berbunga 2 n tangisan bln madu 2 tu. |
|
|
|
|
|
|
leenaqute52 This user has been deleted
|
suker karya lamia aimal.. da luper nama novel tu, tapi yg last2x dia orang terjumpa Al-Quran.. sebak & insaf dibuatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Kasih Sedingin Salju - Amaruszati Noor Rahim
Cetakan : 2005
Harga : RM19.90
Sinopsis
Dalam buku ini mengandungi 3 cerita.
1. Siti Johanna
Mengisahkan Siti Johana yang berperawakan tomboy ditegur oleh Cikgu Taufik, guru kelas pertukangannya supaya menjadi seorang gadis yg tulin. Memang dia dianugerahkan raut wajah yang cantik dan tubuh badan yang menawan setiap jejaka yang melihatnya. Namun ianya ditenggelami oleh sikapnya yang sengaja dibuat2 kasar dan ala2 lelaki.
Secara perlahan2 teguran dan tunjuk ajar dari Cikgu Taufik dapat juga melembutkan hati Siti Johanna yang lantas jatuh hati kepada cikgu muda itu.
2. Keranamu Aku Menangis
Mengisahkan Irma yang mengharapkan kasih dari Helmi tapi tak kesampaian kerana temannya Emilia juga menaruh hati pada lelaki yg sama. Demi persahabatan dia terpaksa berkorban.
3. Camar Terbang Senja
Adibah terpaksa menyambung cita2 ayah dan ibunya untuk melihat anak mereka menjejak kaki ke menara gading setelah kakaknya sofea gagal kerana berkawin awal. Walaupun dia menyintai Zaki tetapi terpaksa diketepikan cinta itu demi ayah dan ibu.
Bagi sesiapa yang berminat dengan cerpen yang panjang buku ini amat sesuai.
[ Last edited by zorroe at 26-5-2006 09:09 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Cinta Di Langit Hamra - Lily Haslina Nasir
Terbitan : 2002
Harga : RM13.90
Ya, kalau cerita hitam itu yang merantai seluruh pegangan dan kepercayaan, bagaimana terpateri pelamin cinta? Kalau benar dugaan menyatu cinta itu terlalu kuat menerjang, mengapa kita harus mengalah terlalu awal? Aku ini bukan Majnun.
Wahai, sukarnya permulaan ini. Lelaki, hati kau memang di mulut. Aku, wanita, mulutku semestinya hatiku. Mengapa kau selalu menyulitkan keadaan aku? Mengapa jarang sekali kau datang di sisi membawa penawar sakti? Kemaafan perkara yang paling sukar dan mungkin terakhir kau fikirkan. Mengapa ia harus begitu? Mengapa mesti aku sahaja yang beralah?
Elya Nur baru mengetahui yang dirinya anak luar nikah dicaci oleh Nurin yang cuba nak merampas Azhan dari dirinya.
Sori ye, acun.. zorroe dah tak ingat sangat jalan crite dia mcm mane. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Setulus Cinta - Norhayati Berahim
Terbitan : 2003
Harga : RM26.90
Apakah kesetiaan yang telah bertahun disemai wajar diragui? Benarkah bahawa kasih sayang bukan lagi sebuah mimpi yang akan sirna bersama terbenamnya rembulan? Kerana itu kehilangan bertahun tetap menjadi igauan berpanjangan. Demikian Siti Hajar menaruh harapan bahawa Ahmad Aduka suami yang telah diselami dasar hatinya itu tidak akan mati, walau kematian itu disahkan oleh darah dagingnya sendiri.
Baharom yang tidak sempat menuai cinta siti Hajar tetap menyimpan seribu rahsia atas kehilangan abangnya itu. Seperti Siti Hajar, baharom yang tetap yakin kehilangan itu hanya perpisahan sementara cuma. Benarkah monument cinta itu didirikan atas kesetiaan dan pengorbanan serta di dasarnya terpacak sejuta keraguan?
Sinopsis
Baharom meninggalkan isterinya Siti Hajar setelah gagal dalam perniagaan. Setelah sekian lama Baharom ingin kembali untuk menebus kesilapannya kepada Siti Hajar dan anak2 mereka yang telah dewasa.
zorroe rase Norhayati Berahim sudah mengulang cetak novel ini tetapi melalui publisher lain. kalau tak silap NBkara.
[ Last edited by zorroe at 26-5-2006 04:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmmuahhhh lar zorroe.........thanks :love: |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Bunga Kasih - Norhayati Berahim
Terbitan - Jun 2001
Harga - RM23.90
Anis merintis jalan pahit dengan penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis yang berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yang telah dipupuk bertahun-tahun tetapi cuba dirampas oleh baharom yang sama-sama.
Dalam berumahtangga ni, jangan percayakan khabar angin. Khabar angin ni kadangkala bagai racun. Pekakkan sahaj telinga, Berserah saja kepada Tuhan. Suami bukan segala-galanya dalam hidup. Sayang diri sendiri. Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Kalau dia kahwin lagi pun tak semestinya dia menang. Tidak semestinya kita harus bersedih. Tanggungjawab perempuan sekarang adalah empat kali ganda beratnya dari lelaki. Kita sebagai perempuan mesti kuat dan sabar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Sangkar - Samsiah Mohd. Nor
Tahun - 2001
Harga - RM16.90
Ah |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Noor Rahim
Tahun - 2000
Harga - RM27.90
Bagai Kuntum sena yang mewarnai halaman hari; memutik, mekar dan berguguran, demikian ia saling memperlengkapkan jalinan luka kasih Afikah dan zakri. Ia pernah mewangi tapi bagai angin waktu, datang dan perginya tetap harum dan pedih yang menuntut kepasrahan afikah. Keikhlasan, kesabaran dan keredhaan hati wanitanya, membenih sena yang tidak akan gugur lagi...
Novel ini adalah sambungan dari tajuk yang sama tetapi keluaran CESB.
Novel ini adalah novel melayu pertama yang zorroe baca yg membuatkan zorroe jatuh minat dengan novel melayu.
Di novel Bila Sena Kembali Berbunga keluaran CESB ia mengisahkan percintaan Afikah dan Zakri ditentang oleh mama Zakri tapi demi cinta yang agung mereka berjaya merempuh ranjau dan akhirnya berkahwin juga.
Di dalam novel kedua sambungan itu, mengisahkan Afikah yang terpaksa mengharungi liku dan cabaran berumahtangga dengan Zakri yang menjadi kesayangan mamanya sehingga terpaksa merelakan diri dimadukan. Betapa pedih hati tetapi dalam cerita ini penulis menggambarkan Afikah adalah seorang wanita sejati yang cekal dalam menghadapi karenah madunya dan juga suami kesayangannya.
[ Last edited by zorroe at 26-5-2006 11:54 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acun at 26-5-2006 09:43 AM
mmmuahhhh lar zorroe.........thanks :love:
hehehe... rupa2nya bila diselongkar agak banyak juga buku terbitan Diwangsa yang zorroe ada. InsyaAllah akan zorroe senaraikan satu persatu ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Hanya Untukmu Ain - Ruhana Md. Zaki
Terbitan - Mac 2003
Harga - RM17.90
Rindu itu adalah bunga-bunga pagi yang mewangi di taman hati kewanitaannya. di ajuga membawa resah tatkala mimpinya sedang bermula, begitulah yang terpaksa Ain lalui lewat hari-hari manisnya.
Dia mulai keliru mengenai remajanya, mengenai dewanya dan mengenai kehadirannya. Dia menyisihkan keinginan Fadzil yang menagih persahabatan. Ain terperangkap dengan keikhlasan Uncle Richard atas nama persaudaraan dengan mamanyan.
sinopsi lepas baca crite ni:
Nurul Ain ni dibesarkan oleh keluarga campuran Cina dan Melayu. Dia menjadi kesayangan ibu dan bapanya serta seorang adik lelaki. Tetapi perbezaan fizikal sering menjadi tanda tanya Nurul Ain. Ianya terjawab dengan kehadiran Uncle Richard yang mengaku bahawa dia adalah ayah kandung Nurul Ain.
[ Last edited by zorroe at 26-5-2006 10:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Seraut Kasih - Ruhana Md Zaki
Tahun - Ogos 2003
Harga - RM27.90
Masihkah rindu dan kasih sekadar tugu mimpi percintaan."Kay, aku mencintaimu sepenuh hati meskipun aku tidak tahu di mana tempatku di hatimu. Aku terus menanti, mengharap untuk mencipta bahagia bersamamu.Hampa! Aku tidak secantik primadona utk kau pandang. Kini apabila kau datang merayu kasihku kembali, aku sudah tidak berupaya berundur lagi. Percayalah, perasaan itu tidak pernah terpadam apatah lagi berkubur. Cuma ia kusemat dalam-dalam supaya aku tidak dituduh terlalu mendambakan cinta orang yang tak sudi. Kay, Aku tidak malu untuk bersama denganmu lagi kalau tidak kufikirkan segunung dosa yang memagariku kini. Kerana dosa-dosa itulah aku mesti memilih Tuan Nizamuddin. Aku ingin bertaubat... kau tidak tahu kisah hidupku dengan lelaki itu, Kay. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Sebening Langit Senja - Samsiah Mohd Nor
Tahun - Mei 2002
Harga - RM13.90
Mengisahkan tentang dua orang adik beradik iaitu Dayana dan Atiqah.
Dalam cerita ini, Atiqah telah jatuh hati terhadap Cikgu Badli secara diam-diam. Tetapi Cikgu Badli lebih menyukai Dayana. Cikgu Badli berasa amat kecewa apabila Dayana nekad hendak pergi ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita-citanya sejak di bangku sekolah lagi.
Atiqah turut berasa kecewa dengan Cikgu Badli. Atiqah berasa diketepikan bila adanya Dayana. Kegembiraannya muncul kembali bila mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPMnya dan berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia.
Manakala, Dayana telah membuat keputusan untuk balik ke kampung halaman disebabkan peristiwa yang menimpa kawannya Irina. Dayana bercadang untuk membuka butik di kampungnya dan meminta bantuan Cikgu Badli untuk menjadi rakan kongsinya.
Cikgu Badli menolak cadangan Dayana atas sebab dia juga mempunyai projek untuk diuruskan. Cikgu Badli telah menghantar rombongan untuk meminang salah seorang anak Encik Saiful dan Puan Zabedah.
Atiqah berasa bahagia bila mengetahui rombongan meminang itu rupa-rupanya rombongan Cikgu Badli untuk meminangnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
leenaqute52 This user has been deleted
|
thank u sooooooooooooo much! seronotnyer bacer synopsis ni semuerrr!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Terbitan Diwangsa Publication & Distributors
Semusim Cinta - Ruhana Md Zaki
Terbitan - 2006
Harga - RM17.90
Sara pergi membawa rindu yang amat sarat buat abang.Akan sara kerinduan ini sehingga kita dapat bertemu kembali.
Zorroe baru beli dan belum baca lagi. So tak dapatlah nak komen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks a million...Muaaahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi, banyaknyer citer best-best... thanks, acun! Soul Patrol! Sabar ajelah ye ngan slogan AI ni... sementara AF4 baru nak muler.. ke..ke.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|