CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antiQue

Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah

 Close [Copy link]
Post time 7-8-2006 07:09 PM | Show all posts
assalamualaikum tuan shaik dan tuan sheir,

izinkan saya menyampuk sebentar,

nampaknya perbincangan sudah sampai ke penghujung.  tak perlu kita sambung lagi sebab dah nampak macam dead end.  setakat ini pun para pembaca boleh menilai hujah-hujah tuan sekelian.

saya nak buat cadangan supaya dailog disambung atas topik lain.  terpulang kepada tuan berdua samada nak buka thread baru (tutup thread ini) atau sambung di thread ini.  dan mungkin tuan shaik boleh mulakan kali ini atau mahu tuan sheir cadangkan topik baru?

saya akan hubungi mod fluerzsa selaku pengerusi ASAP.

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 7-8-2006 07:09 PM
assalamualaikum tuan shaik dan tuan sheir,
izinkan saya menyampuk sebentar,
nampaknya perbincangan sudah sampai ke penghujung.  tak perlu kita sambung lagi sebab dah nampak macam dead end.   ...


I bersetuju sahaja dgn cadangan mod ibnur..

Menghindari pembicaraan yg tidak perlu adalah ibadah yg besar pahalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:51 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara ibnur...saya rasa belum masanya lagi ini disebabkan banyak lagi soalan yang masih tidak terjawab dan saya menunggu jawapannya....ini amat penting...kerana mungkin ramai yang sedang membaca dan mengikut perkembangan perbicaraan ini......saya rasa biarkan dahulu....saya minta budi baik saudara mod agar tidak menutup thred ini....

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 8-8-2006 06:51 PM
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahai saudara ibnur...saya rasa belum masanya lagi ini disebabkan banyak lagi soalan yang masih tidak terjawab dan saya menunggu jawapannya ...


Okay no problem.. carry on then..

Mengungkapkan isi hati dgn cara yg baik merupakan tatasusila yg sgt tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 8-8-2006 06:51 PM
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara ibnur...saya rasa belum masanya lagi ini disebabkan banyak lagi soalan yang masih tidak terjawab dan saya menunggu jawapannya ...



minta tolg shaikh kemukakan manakah soalan yg belum terjawab....

DAN JUGA SAYA MINTA SHAIKH BERIKAN JAWAPAN  QAT'IYYUDDALALAH TERHADAP SOALAN YG SAYA KEMUKAKAN
iaitu:
APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN BERIMAN KPD IMAM DUA BELAS MENGIKUT FAHAMAN SYIAH SPT IMAM ITU ADALAH MAKSUM,TIDAK BERSIFAT LUPA DAN LALAI DAN SBGNYA


jawapan yg tlh saudara kemukakan tlh saya batalkan dgn hujjah2 sebagaimana yg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 06:37 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....

Baiklah saudara sheir'ali saya akan kemukan soalan itu pada esok insyallah kerana perlu mencari kembali teksnya....

Wahai saudara sheir'ali sebenarnya hujjah penolakkan mengenai hujjah yang diberikan saya itu tidak kukuh dan sebenarnya banyak hal yang saya hendak persoalkan....tetapi memandangkan bahawa sesi dialog sebelum ini seakan-akan tersasar...maka insyallah kita akan fokuskan hanya satu ayat al-quran (saya pilih) dan kita akan berbincang bersama mengenainya.....saya rasa itu lebih baik dan lebih mudah untuk kita fahami serta dapat mengupasnya dengan mendetail...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2006 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 10-8-2006 06:37 PM
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....

Baiklah saudara sheir'ali saya akan kemukan soalan itu pada esok insyallah kerana perlu mencari kembali teksnya....

Wahai saudara sheir ...

maka insyallah kita akan fokuskan hanya satu ayat al-quran (saya pilih) dan kita akan berbincang bersama mengenainya.....saya rasa itu lebih baik dan lebih mudah untuk kita fahami serta dapat mengupasnya dengan mendetail...


cadangan yg baik supaya tidak bercelaru.....dan berkaitan aqidah imamah
segerakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 11:23 AM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

pertama sekali boleh tak tuan bawakan rujukan kpd syair imam syafi'e tersebut..ingin sekali saya nak melihat teks asalnya


Saya telah menyemaknya dan ini adalah sumbernya...

-ibnu hajar dalam as-sawa'iq
-an-nabhaani dalam kitab asy-syaraful mu'abbad halaman 88
-Imam abu bakar b Syihabuddin dalam Rasyfatush shadi
-Al-Fakhr al-Razi dalam tafsir Al-Kabir (teks hampir sama)

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 12:43 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Pertama-tama saya ingin meminta maaf akan kelewatan saya mengemukan soalan kerana tiada kelapangan masa...dan alhamdulilah akhirnya dapat juga ruang untuk saya menyemak kembali post saya sebelum ini yang mengandungi soalan yang belum dijawab saudara...

Soalan 1

Berkenaan pula dengan hadis  yang mengatakan bahawa dua perkara tinggalan Rasulallah iaitu Al-quran dan sunnah, kami syiah tidak pernah menolak asas daripada agama itu, jika terdapat ulama?-ulama? dari kalangan syiah atau sesiapa sahaja pengikut syiah yang menolak sunnah maka ia telah kafir mutlak kerana didalam al-quran, allah ada menginsyarahkan bahawa ?emudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya? (surah an-Nisa ayat 59). Sekarang ini pula terdapat persoalan, sunnah daripada mana?. Bila ditanya akan Wahabi dia mengatakan hadis mereka yang benar, bila pula ditanya ASWJ akan mengatakan sunnah mereka lah yang benar dan bila pula ditanya syiah maka akan mengatakan sunnah dari merekalah yang benar, masing-masing mengklaim sunnah dari merekalah yang betul dan benar. Adakah Rasuallah hendak akan keadaan sedemikian, sedangkan Rasulallah mengatakan bahawa ikutlah sunnahku dan allah juga mengatakan ikutlah sunnah Rasulmu tetapi ia tidak menunjukkan jalur dari mana untuk diterima, atau Rasullah pernah menunjukkan jalannya dan jalur yang terjamin untuk dipercayai hadisnya?


Soalan 2

Berkenaan pula dengan hujjah saudara bahawa AhlulBait yang dinyatakan dalam hadis T-saqalain itu tidaklah menginsyarahkan bahawa AhlulBait itu sebagai tempat rujukan  dan pegangan dan ialah bukanlah sesuatu yang penting seperti mana Rasulallah menyatakan bahawa Al-quran itu terdapat petunjuk dan cahaya dan sebagainya. Cuba saudara lihat kembali, hadis yang telah saudara tulis ?...Aku akan meninggalkan pada karnu dua perkara yang sangat berat (sangat bernilai). Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah Kitab Allah itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid b. Arqam berkata) Maka Baginda menggalakkan dan menggemarkan para hadirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah. Kemudian Baginda bersabda, " Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkin kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. " Di situ Rasulallah menyebut ?ku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahlul Baitku? sebanyak 3 kali, perhatikan dengan teliti!. Secara logika akal manusia, jika seseorang itu menyebut sesuatu perkara yang sama itu berulang kali, pasti ada sesuatu kepentingan dan ayat ini seperti penegasan kepada umatnya tentang Ahlulbait selepas kepemergian Rasulallah. Lainnya, saudara ada mengatakan ahlulBait itu bukanlah sesuatu yang perlu diperhatikan (perkara remeh), Wahai saudara, kita umat islam percaya bahawa Rasulallah itu tidak akan melakukan atau bercakap sesuatu yang kosong atau benda yang remeh kerana apa yang dilafaskan dan dilakukan adalah semata-mata datang dari allah. Di dalam al-quran juga ada menyatakan bahawa Rasulallah itu bertindak sesuai dengan kehendak allah dan semata-mata dari wahyu. Jadi apakah mungkin rasulallah mengatakan hal yang remeh, ini sama sekali bertentangan dengan sifat nabi itu sendiri.


Soalan 3

di dalam syiah terdapat satu kaedah hadis yang dipanggil hadis Muwassaq dimana kami menerima hadis-hadis dari kitab mazhab lain tetapi dengan syarat-syarat. Inilah yang saya maksudkan adakah saudara mempunyai kaedah seperti ini atau yang hampir sama kerana kita lantas tidak boleh langsung menolak hadis-hadis dari kitab mazhab lain disebabkan mereka berlainan mazhab. Jika terdapat hadis-hadis daripada kitab lain adakah saudara boleh menerimanya?[quote]



Soalan 4

[quote]? ?nnama? dalam ayat 33 surah al-ahzab adalah merujuk kepada ?umlah? = yuridullah liyuzhiba ankumur rijsa. Dan ?umlah? = wa yutahhirakum tathira. Dalam erti kata lain mazhab ahlul bait a.s berpandangan bahawa kerterbatasan dalam ayat ini yang merujuk kepada kalimat ?nnama? adalah KETERBATASAN (pengkhususan) DALAM BENTUK PENYUCIAN DLM KEHENDAK ALLAH . Kerana kehendak allah itu tidak terbatas cuma bentuk-bentuk kehendak allah yang berbeza2 (aqidah islam). Ini bererti yang dibataskan (innama) disini ialah penyucian (penyucian khusus), atau dalam istilah yang lebih tepat untuk misdaq kpd ayat ini ialah taqdiruhu ? Innama iradatullah huwa IZHABUR RIJSI WAT TATHIR?.

Begitu juga kami dalam fahaman ahlul bait a.s tidak mengatakan kalimat ?nnama? adalah untuk kalimat Ahlulbait a.s kerana itu jelas sebagai munada dan semua ahli lughah dari apa mazhab pun tahu yang tiada kaedah bahasa yang mengatakan ?asar lil munada?. Namun Ahlulbait a.s dlm konteks ayat ini  adalah sebagai
Munada li adaatin nida? almahzufah wa huwa ?uraad? fi iradatillah li izhabir rijsi wat tathir al mahshurah (mereka yang dimaksudkan dalam kehendak allah s.w.t untuk mendapatkan penyucian khusus ini).


Adakah saudara jelas akan kenyataan saya ini??

Soalan 5

Cuma di sini saya ingin bertanya kepada saudara agak-agak penyucian khusus ini kalau bukan ma?om bererti apa ?


Soalan 6

Adakah kesemua kenyataan atau perintah para nabi dan rasul khasnya nabi besar kita Muhammad bin Abdillah s.a.w.w di patuhi atau ditaati benar-benar oleh ummatnya? atau ada dari kalangan ummat mereka yang melanggar?


Saudara ada meminta kenyataan allah di dalam al-quran yang tidak terjadi realitinya....wahai saudara nampaknya saudara tidak terlihat lagi bahawa banyak kenyataan allah yang tidak diikuti oleh oleh hambanya...seperti "jika kamu berpecah-pecah kembalilah merujuk sunnah" dan banyak lagi ayat al-quran yang tidak seperti realitinya....

Ini sahaja yang saya terlihat akan soalan yang masih belum terjawab...dan harap saudara dapat menjawab dengan ikhlas dan demi kebenaran...


Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 13-8-2006 11:23 AM
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...



Saya telah menyemaknya dan ini adalah sumbernya...

-ibnu hajar dalam as-sawa'iq
-an-nabhaani dalam kitab asy-syaraful mu'abbad hala ...


saya dah lihat dlm kitab sa-sawaiq

dan spt tlh saya jelaskan maksudnya dlm post saya sblm ini
sila lihat kembali di post 13-7-2006 10:25 AM #79
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:21 AM | Show all posts
saudara terus menerus menyuruh saya menjawab persoalan saudara namun saudara sendiri belum lagi dapat membawakan jawapan yg putus, yg tidak dapat dipertikaikan kpd persoalan pokok dlm perbincangan kita ini.....

dan sebagaimana yg saya nyatakan sblm ini:

saya ringankan sikit persoalan saya:
"DALIL WAJIB MENJADIKAN JAA'FAR AS-SADIQ SEBAGAI IMAM MAKSUM BERDASARKAN QURAN"
bukankah imamah satu rukun yg paling penting dlm ajaran syiah??
kalau lah begitu kedudukakannya mengapa ianya tidak terdapat dlm quran andaikata syiah berpegang kpd ajaran quran (buktikan jaa'far as-sadiq saja dulu)??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 13-8-2006 12:43 PM
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Pertama-tama saya ingin meminta maaf akan kelewatan saya mengemukan soalan kerana tiada kelapangan masa...dan alhamdulilah akhirnya dapat j ...
Soalan 1


QUOTE:
Berkenaan pula dengan hadis  yang mengatakan bahawa dua perkara tinggalan Rasulallah iaitu Al-quran dan sunnah, kami syiah tidak pernah menolak asas daripada agama itu, jika terdapat ulama?-ulama? dari kalangan syiah atau sesiapa sahaja pengikut syiah yang menolak sunnah maka ia telah kafir mutlak kerana didalam al-quran, allah ada menginsyarahkan bahawa ?emudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya? (surah an-Nisa ayat 59). Sekarang ini pula terdapat persoalan, sunnah daripada mana?. Bila ditanya akan Wahabi dia mengatakan hadis mereka yang benar, bila pula ditanya ASWJ akan mengatakan sunnah mereka lah yang benar dan bila pula ditanya syiah maka akan mengatakan sunnah dari merekalah yang benar, masing-masing mengklaim sunnah dari merekalah yang betul dan benar. Adakah Rasuallah hendak akan keadaan sedemikian, sedangkan Rasulallah mengatakan bahawa ikutlah sunnahku dan allah juga mengatakan ikutlah sunnah Rasulmu tetapi ia tidak menunjukkan jalur dari mana untuk diterima, atau Rasullah pernah menunjukkan jalannya dan jalur yang terjamin untuk dipercayai hadisnya?
Soalan 2


QUOTE:
Berkenaan pula dengan hujjah saudara bahawa AhlulBait yang dinyatakan dalam hadis T-saqalain itu tidaklah menginsyarahkan bahawa AhlulBait itu sebagai tempat rujukan  dan pegangan dan ialah bukanlah sesuatu yang penting seperti mana Rasulallah menyatakan bahawa Al-quran itu terdapat petunjuk dan cahaya dan sebagainya. Cuba saudara lihat kembali, hadis yang telah saudara tulis ?...Aku akan meninggalkan pada karnu dua perkara yang sangat berat (sangat bernilai). Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah Kitab Allah itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid b. Arqam berkata) Maka Baginda menggalakkan dan menggemarkan para hadirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah. Kemudian Baginda bersabda, " Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkin kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. " Di situ Rasulallah menyebut ?ku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahlul Baitku? sebanyak 3 kali, perhatikan dengan teliti!. Secara logika akal manusia, jika seseorang itu menyebut sesuatu perkara yang sama itu berulang kali, pasti ada sesuatu kepentingan dan ayat ini seperti penegasan kepada umatnya tentang Ahlulbait selepas kepemergian Rasulallah. Lainnya, saudara ada mengatakan ahlulBait itu bukanlah sesuatu yang perlu diperhatikan (perkara remeh), Wahai saudara, kita umat islam percaya bahawa Rasulallah itu tidak akan melakukan atau bercakap sesuatu yang kosong atau benda yang remeh kerana apa yang dilafaskan dan dilakukan adalah semata-mata datang dari allah. Di dalam al-quran juga ada menyatakan bahawa Rasulallah itu bertindak sesuai dengan kehendak allah dan semata-mata dari wahyu. Jadi apakah mungkin rasulallah mengatakan hal yang remeh, ini sama sekali bertentangan dengan sifat nabi itu sendiri.


jadi perbezaan kita disinilah adalah siapakah yg mesti dituruti atau dipegang sebagai org yg dipercayai utk membawa sunnah rasul....

saya tidak akan menggunakan hadis2 tapi saya akan mengemukakan ayat2 quran yg menunjukkan sahabat2 rasul s.a.w lah org yg merupakan neraca timbangan sejauh manakah kebenaran keimanan kita dan sebagai org yg mesti diikuti sebagai bukti keimanan kita.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:36 AM | Show all posts
ayat pertama:
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (137)
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu (sahabat-sahabat) beriman , maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-baqarah 137)
>bukankah ayat ini ditujukan kpd sahabat2 rasulullah s.a.w..pengukur keimanan umat akhir zaman ini adalah sejauh mana mereka mengikut jalan y dilalui oleh sahabat2 rasulullah s.a.w. dan mengikuti apa yg dibawa oleh mereka

2: وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا )
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.
>bukankah ayat ini ditujukan kpd sahabat2 rasulullah s.a.w.
dan mereka adalah saksi kpd kebenaran pegangan umat akhir zaman dan begitulah rasul pula menjadi saksi kpd mereka..
kalaulah kita tidak mengikut sahabat2 r.a. bagaimana mereka akan menjadi saksi kpd kita pula....

3: وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيرًا (115)
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
>Ayat ini menunjukkan bahawa Rasululah s.a.w. telah menyediakan jamaah mu?inin iaitu sahabat-sahabat baginda yang mulia r.a. diatas sunnahnya.Mana- mana orang yang meninggalkan jalan jemaah itu, bermakna menyalahi Rasulullah s.a.w. (Pengikut hawa nafsu dan menjadi bahan bagi api neraka)
Sejarah Ahlus Sunnah dan juga Syiah telah sepakat bahawa jemaah yang dimaksudkan itu adalah yang telah dibai'ahkan dengan mengikut susunan iaitu Hadhrat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Mua'wiyyah r.a. Mereka mesti diakui sebagai khalifah kerana seluruh dunia samada Arab, A'jam timur dan barat ditakluki oleh Islam dibawah tentera- tentera mereka.
At-Tabarsi telah menyebutkan di dalam sebuah kitab Syiah yang Mu'tabar iaitu Al-Ihtijaj cetakan Iran muka surat 48. Yang bermaksud:

"Tidak ada seorangpun dikalangan umat itu yang berbai'ah secara paksa selain daripada Ali dan empat orang sahabat kita.

Mereka  kelima- lima tokoh itu telah melakukan bai'ah dengan taqiyyah. Maka mereka sendirilah yang telah menyabitkan diri sebagai munafiq bilamana keempat- empat sahabat itu bersama Saidina Ali telah melakukan bai'ah. (lihat Raudhah Minal Kafi ? Al-Kulaini jilid 8 m.s. 246)


saya berhenti dulu seketika dan jika berkesempatan slps ini saya akan tambah ayat2 lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 01:24 PM | Show all posts
4:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.at-taubah 100
Siapakah golongan muhajirin dan ansar tersebut.
Allah taala mengatakan mereka mendapat keredhaan allah bahkan menegaskan pula bhw org yg mengikut mereka jg akan mendapat keredhaan allah serta dkurniakan syurga pula tu?.nak ikut mereka ikut sunnah rasul s.a.w. yg dibawa mereka?
Macammana mengikut org yg sesat pada akhir hidupnya selepas nabi s.a.w. wafat akan mendapat keredhan allah seterusnya mendapat syurga????
SEKARANG NAK IKUT ATAU TIDAK ORANG YG TLH DIJANJIKAN KEREDHAAN ALLAH KPD MERKA

5: لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ جَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَأُوْلَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (88)
tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya (taubah 88)

6: وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِّنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُوْلَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (7)
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus. (hujurat 7)

sedikit ayat quran yg menyebutkan ttg sahabat2 ra yg mana didlmnya disebutkan mereka2 adalah golongan yg menurut jalan yg lurus, mendapat kejayaan, mendapat petunjuk bahkan dijanjikan syurga serta org yg mengikuti mereka juga........
nak ikut mereka bagaimana caranya:
JAWAPANNYA MENGIKUT AJARAN YG MEREKA BAWA DR RASULULLAH S.A.W. MELALUI SUNNAH RASUL YG DIBAWA MEREKA ITU....

dan sedikit peringatan:
ahlul bait spt sayyidina ali. hasan,hussin, fatimah r.a. dll jg termasuk dlm golongan mereka  sesuai dgn ayat diatas
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 08:27 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara nampaknya sekarang ini sesi dialog kita sudah difokuskan terhadap satu ayat al-quran iaitu ayat-tahthir...maka saya rasa kita akan sambung terus dengan perbincangan ayat ini...tidak perlu diulang semula....

Saya akan menjawab balik hujjah saudara....insyallah harap dapat tunggu...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 13-8-2006 12:43 PM
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Pertama-tama saya ingin meminta maaf akan kelewatan saya mengemukan soalan kerana tiada kelapangan masa...dan alhamdulilah akhirnya dapat j ...

Soalan 6


QUOTE:
Adakah kesemua kenyataan atau perintah para nabi dan rasul khasnya nabi besar kita Muhammad bin Abdillah s.a.w.w di patuhi atau ditaati benar-benar oleh ummatnya? atau ada dari kalangan ummat mereka yang melanggar?
Saudara ada meminta kenyataan allah di dalam al-quran yang tidak terjadi realitinya....wahai saudara nampaknya saudara tidak terlihat lagi bahawa banyak kenyataan allah yang tidak diikuti oleh oleh hambanya...seperti "jika kamu berpecah-pecah kembalilah merujuk sunnah" dan banyak lagi ayat al-quran yang tidak seperti realitinya....


kenyataan ini sudahpun saya jawab sblm ini
post saya sblm ini
Maka saya menjawab mmg ianya bertepatan dgn reality sebagai membenarkan sabdaan rasul s.a.w. yg merupakan wahyu dr allah taala..

kalau perintah allah taala samaada dlm quran ditolak dan tidak di amalkan itu bukan bermakna yg silapnya hadis atau quran tersebut....
tapi hadis ini bukan berkenaan perintah allah taala atau perintah nabi s.a.w. tapi perkhabaran akan sesuatu yg akan berlaku slps kewafaatan baginda s.a.w....dan sememangnya berlaku dlm kenyataan!!!
dan byk lg perkhabaran dr rasul s.a.w. serta dr quran yg sememangnya tlh menjadi kenyataan

spt contoh:
غُلِبَتِ الرُّومُ (2)
dan terbukti dizaman sayyidina umar r.a. sebagai membenarkan firman allah taala tersebut

dan andaikata belum terjadi lagi pastinya ianya akan terbukti
namun bagi org yg didlm hatinya ada penyakit pasti akan mengatakan quran atau hadis rasul tidak benar krn belum terbukti lgi sesuatu sabdaan atau firman

apakah ada suatu perkhabaran dr al-quran yg belum berlaku sehingga zaman skrn???
tolong berikan contohnya....


dan saya nak tanya kali ni berkenaan contoh yg saudara kemukakan:

seperti "jika kamu berpecah-pecah kembalilah merujuk sunnah" dan banyak lagi ayat al-quran yang tidak seperti realitinya....


saya nak tanya saudara..........
suatu perkara yg kita nak pastikan apakah ianya bertepatan dgn waqi' atau realiti apakah ianya berdasarkan jumlah khabariah atau insyaiyyah????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 16-8-2006 08:27 PM
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara nampaknya sekarang ini sesi dialog kita sudah difokuskan terhadap satu ayat al-quran iaitu ayat-tahthir...maka saya rasa kita ...


ya...saya terima saranan saudara tapi jgn lupa post saya sblm ini yg merupakan bantahan terhadap hujjah saudara:
post saya pada 15-7-2006 01:45 AM        #87

dan juga ingatan kpd saudara sblm saudara mengemukakan dgn lebih panjang saya nak ulang sikit saja dr persoalan yg dulunya saya tanya kpd saudara.....

Point ketiga dan yg paling penting: dimanakah ada disebutkan nama2 imam 12 syiah samaada secara isyarat apatah secara jelas???cuba saudara tunjukkan manakah isyarat kpd imam jaa?ar as-sadiq umpamanya dlm ayat tersebut??

Point keempat: andaikata syiah imamiah menjadikan ayat ini sebagai dalil kemaksuman serta dalil mereka diangkat sebagai imam 12 mereka bagaimana pula dgn syiah2 yg lain yg juga menjadikan ayat yg sama sebagai dalil maksumnya imam2 mereka spt contohnya:
Golongan ismaliyah yg menganggap imam keenam mereka adalah ismail slps muhamamd al-baqir sebagai imam maksom bukannya jaa?ar as-sodiq
Golongan syiah ahmadiah yg beriktikad bhw ahmad bin musa al-kazim yg layak menduduki jawatan imam maksom yg kelapan bukannya ali ar-ridha
Golongan syiah kaisaniyah yg menganggap muhammad al-hanafiah yg menjadi imam maksom mereka???/

Jadi golongan manakah yg berada diatas neraca kebenaran dlm menjadikan ayat tathir ini sebagai hujjah pegangan mereka???/

atas dasar apakah saudara mengatakan syiah saudaralah yg betul dlm mempercayai serta berpegang ayat ini bukannya syiah2 yg lain sdgkan semuanya berpegang ayat yg sama??apakah qarinah atau bukti yg terdapat dlm ayat tersebut

TERIMALAH KEBENARAN WALAUPUN PAHIT SUPAYA KITA TIDAK TERUS SEMAKIN JAUH...JAUH DARI KEBENARAN DAN JAUH KEDALAM KESESATAN
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:52 PM | Show all posts
di dalam syiah terdapat satu kaedah hadis yang dipanggil hadis Muwassaq dimana kami menerima hadis-hadis dari kitab mazhab lain tetapi dengan syarat-syarat. Inilah yang saya maksudkan adakah saudara mempunyai kaedah seperti ini atau yang hampir sama kerana kita lantas tidak boleh langsung menolak hadis-hadis dari kitab mazhab lain disebabkan mereka berlainan mazhab. Jika terdapat hadis-hadis daripada kitab lain adakah saudara boleh menerimanya?[quote]


bukan soalan!!!!
dlm aswj boleh terima hadis dr kalangan ahlil bid'ah dgn syarat2 tertentu....sila rujuk kitab2 usul hadis spt tadriburrawi,nukhbah dll
spt syarat hanya terima sebagai sokongan shj bukannya sandaran utama, tidak menyokong pegangan mereka dll
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:54 PM | Show all posts
Soalan 4

[quote]? ?nnama? dalam ayat 33 surah al-ahzab adalah merujuk kepada ?umlah? = yuridullah liyuzhiba ankumur rijsa. Dan ?umlah? = wa yutahhirakum tathira. Dalam erti kata lain mazhab ahlul bait a.s berpandangan bahawa kerterbatasan dalam ayat ini yang merujuk kepada kalimat ?nnama? adalah KETERBATASAN (pengkhususan) DALAM BENTUK PENYUCIAN DLM KEHENDAK ALLAH . Kerana kehendak allah itu tidak terbatas cuma bentuk-bentuk kehendak allah yang berbeza2 (aqidah islam). Ini bererti yang dibataskan (innama) disini ialah penyucian (penyucian khusus), atau dalam istilah yang lebih tepat untuk misdaq kpd ayat ini ialah taqdiruhu ? Innama iradatullah huwa IZHABUR RIJSI WAT TATHIR?.

Begitu juga kami dalam fahaman ahlul bait a.s tidak mengatakan kalimat ?nnama? adalah untuk kalimat Ahlulbait a.s kerana itu jelas sebagai munada dan semua ahli lughah dari apa mazhab pun tahu yang tiada kaedah bahasa yang mengatakan ?asar lil munada?. Namun Ahlulbait a.s dlm konteks ayat ini  adalah sebagai
Munada li adaatin nida? almahzufah wa huwa ?uraad? fi iradatillah li izhabir rijsi wat tathir al mahshurah (mereka yang dimaksudkan dalam kehendak allah s.w.t untuk mendapatkan penyucian khusus ini).
Adakah saudara jelas akan kenyataan saya ini??

Soalan 5

QUOTE:
Cuma di sini saya ingin bertanya kepada saudara agak-agak penyucian khusus ini kalau bukan ma?om bererti apa ?


ini semua saya tunggu perbahasan saudara dulu dan saya akan mengemukakan hujjah saya kemudian nanti...

DIPERSILAKAN DGN SEGALA HORMATNYA DAN SEBERAPA SEGERA...
dah lama saudara dok bersekitaran disekeliling thread ni dan bila nak masuk thread ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 10:24 AM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Salam Saudara sheir'ali...maaf atas kelewatan...ini saya kemukakan hujjah saya yang lebih bersopan....

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095816 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list