CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4679|Reply: 16

tips dalam bilik ayo

[Copy link]
Post time 8-7-2006 10:45 AM | Show all posts |Read mode
RAMAI mengambil mudah keselamatan di bilik air. Berapa ramai mengetahui kemalangan di bilik air menduduki tempat kedua selepas dapur. Antara panduan keselamatan di bilik air:


Jangan memasang lampu jenis boleh ubah suai atau gantung di bilik air kerana dikhuatiri terkena percikan air.


Jika mahu memasang lampu di bilik air, pastikan tangan kering. Seeloknya pasang mentol bersama penebat kerana bukan saja menutup bahagian logam tetapi melindungi mentol.


Jangan sesekali menggunakan pencahayaan suram dalam bilik mandi bagi mengelakkan kemalangan akibat kurang cahaya.


Jauhkan punca elektrik daripada sumber air.


Pasang lampu kecil dalam kabinet menyimpan peralatan membersih diri bagi mengelakkan daripada tersalah ambil terutama malam hari.


Pisahkan ruang kering yang merangkumi kabinet menyimpan peralatan mandi, sink dan tandas dengan ruang basah menempatkan tempat mandi dan rak tuala bagi mengurangkan risiko tergelincir.


Letak alas kaki di luar dan dalam bilik air bagi mengelakkan tergelincir jika keluar dengan kaki yang masih basah.


Jika lantai dalam bilik air berkemasan licin, gunakan pelapik getah yang membenarkan laluan air sebagai pelapik lantai.


Pastikan lantai bilik air kering terutama selepas digunakan bagi mengelakkan orang yang bakal menggunakan tergelincir.


Jika menggunakan tirai sebagai pelindung tab, pastikan dimasukkan ke dalam tab ketika mandi supaya renjisan air mandi tidak mengalir ke lantai.


Sediakan bangku kecil terutama jika bilik air digunakan oleh kanak-kanak bagi meninggikan kedudukan mereka supaya dapat menggunakan sink dengan selesa.


Jika bilik air digunakan golongan tua, pastikan rel dipasang pada dinding bagi memudahkan mereka berpaut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 11:47 AM | Show all posts
ketika menggunakan bilik mandi , untuk melepas atau mandi, pastikan pintu bilik air ditutup. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 12:19 PM | Show all posts
pastikan kepala bertutup dengan kain/tuala semasa melepaskan qada' hajat

kaki beralas

jangan meludah ke atas najis

elakkan dari memandang najis

jangan berkata kata / menyanyi semasa qada' hajat

pendek kata....amalkan adab adab semasa berada di dalam tandas...kerana

berada di dalam tandas pun boleh mendapat pahala
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:49 PM | Show all posts
BILEK air kene dibersihkan selalu supaya tak berlumut
itu yang selalu menyebabkan KELICINAN pada lantai

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 8-7-2006 01:49 PM
BILEK air kene dibersihkan selalu supaya tak berlumut
itu yang selalu menyebabkan KELICINAN pada lantai



dila, cantik bilik ayo mike...

tapi macam kurang cahaya je....

bahaya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by ain_nurain at 8-7-2006 02:43 PM

dila, cantik bilik ayo mike...
tapi macam kurang cahaya je....
bahaya tu....




Ain....
teman saje pakei lampu itu
idok nampoknyer:ting:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2006 09:35 PM | Show all posts
kena tukar spot light dila.baru la terang..nampak segala.ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 8-7-2006 09:35 PM
kena tukar spot light dila.baru la terang..nampak segala.ahaks




hehehehhe:
neezie eloknya samarsamar aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 03:37 PM | Show all posts

Reply #1 kebayan's post

yg plg penting sekali,rajin2laa cuci blk ayor sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 8-7-2006 09:35 PM
kena tukar spot light dila.baru la terang..nampak segala.ahaks

ko la buat dulu... :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 09:04 AM | Show all posts
dan jangan lupa juga membayar bil air... sekiranya tidak dibayar maka bilik air akan bertukar menjadi bilik kering.. hi hi hi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 09:08 AM | Show all posts
bilik air ni bahaya kalau tak jaga kebersihan dan keselamatan..
tengok ah berape banyak kes melibatkan orang2 tua sebab licin..
sekali jatuh pehhh.. boleh mati badan sebelah.. tak pun terus gol...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 09:40 AM | Show all posts
hehehhe..semua tempat pon ade petua dah sekarang...
petua dalam jamban pun ade tau...
dapat email jgn pakai yg tempat b***k dok tuh..
leh makan kulit kat peha
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:10 AM | Show all posts
bagus gak thread ni.......upkan..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:12 AM | Show all posts
bagus gak thread ni.......upkan..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:13 AM | Show all posts
savvy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 09:43 AM | Show all posts
sebelum masuk tandas, jangan lupe bace doa... tapi, ramai ker yg baca doa sblm masuk tandeh nih?? teman terus terang kabo, idak peronah bace doa masuk tandeh nih pun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068680 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list