View: 9320|Reply: 46
|
XTVT di tempat anda...
[Copy link]
|
|
hehehhe nak wat ala2 berita plak.. heheehhe....
Pada bulan JULAI ni banyak aktiviti dan program yang dijalan dan diadakan di Raub ni.. sampai ada yang tak tau langsung.. dah abis program baru tahu.. hhehee
PROGRAM MERENTAS BANJARAN TITIWANGSA ULU SLIM, PERAK - ULU SLIM, PAHANG
anjuran Kelab PROSTAR Batang Padang, Perak dgn kerjasama Kelab PROSTAR Raub...
Pada 21hb-23hb Julai 2006, satu cabaran merentas banjaran titiwangsa telah diadakan, wah memang mencabar kerana mereka perlu berjalan kaki dari Pos Bersih, Ulu Slim, Perak merentas banjaran titiwangsa dan berhenti di Ulu Sungai, Raub Pahang.. bagi yang pernah menyertai mmg tahu kelasakan trek.. terutama kali ni diadakan pada musim hujan.. cabaran utama adalah "pacat".. mmg banyak.. aktiviti ni memerlukan tubuh berada dalam keadaan sihat dan cergas.. kalau tidak.. jenuh juga nak menghabiskan perjalanan. Seramai kira2 80 orang telah menyertai dan termasuk ahli Kelab PROSTAR Negeri Sembilan, kesemuanya selamat sampai kira-kira jam 7 petang.. peserta pertama sampai adalah pada jam 4 petang.
PROSTAR Raub juga mengadakan program Outreach ke kampung-kampung orang asli yang berdekatan dan menyebarkan serta memberi ceramah ringkas mengenai AIDS, Malaria dan sebagainya.
Acara sambutan dibuat secara ringkas memandangkan mereka telah keletihan. Persembahan istimewa pada petang tersebut adalah pertunjukkan silat oleh Pelajar-pelajar S. M. Agama Al-Falah, Batu Talam, semuanya terhibur dengan aksi tangkas mereka.. tahniah.
Pada sebelah malamnya, peserta disajikan dengan makan malam dan BBQ dan diserikan lagi persembahan liveband oleh "MELODI SENJA". Peserta juga tidak melepaskan peluang untuk berjoget lambak.. hmm ilang seketika penat berjalan...
Program tamat pada 23hb Julai 2006, upacara ringkas dibuat dan diadakan acara pertukaran cenderamata antara kelab. Selesai bergambar, peserta pulang dengan sejuta pengalaman walaupun penat masih belum hilang.
:music: Terima Kasih..Terima Kasih..Terima Kasih Batang Padang.. Terima Kasih Kami Ucapkan.. Harap Nanti Jumpa Lagi :music:
[ Last edited by honeysweet at 31-7-2006 12:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Honeysweet ada ikut sekali ke?Letaklah gambar kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar sat gi baru letak sebab tak leh nak upload.. tak tau apa problemnya.. swit tak ikut.. cuma jadi urusetia jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Sintok,27-29 julai. Satu aktiviti anjuran kolej telah dianjurkan dimana figo telah menjadi ajk merangkap peserta untuk projek perkhemahan di sungai sedim,kulim kedah. Perkhemahan yg diikuti seramai 30 peserta terdiri dari 13 lelaki dan 17 perempuan itu bertolak dari pejabat kolej tepat jam 4 petang 27hb. Bagaimanapun atas faktor pemandu yg tak pernah ke tempat rekreasi tersebut, ditambah pula ngn faktor tersalah jalan,perjalanan yg sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam telah terlewat.akhirnya jam 8 malam kami berjaya sampai jua.
malam itu tepat jam 12, aktiviti pertama bermula iaitu nightwalk.aktiviti yg penuh cabaran ini melarang peserta memasang torchligt, sebaliknya kami hanya dipandu oleh cahaya lampu dari guide yg dihadapan sekali.tujuannya adalah untuk kami menikmati keindahan malam.memang indah rupanya ada daun2 pokok hutan yg mengeluarkn cahaya didalam gelap!
pagi hari kedua kami membuat abseiling iaitu menuruni cerun menggunakan tali.petangnya kami membuat trekking ke air terjun yg sgt cantik..lama juga perjalanannya.mandi manda didalam sg sedim yg berjeram dan sejuk memang menyeronokkan.malam itu kami membakar ayam dan menjama durian yg debeli oleh felo/pengiring kami.seguni yg dibelinya..
hari terakhir kami membuat water rafting dan tubing.sebulum itu kami wajib melepasi sesi water confident supaya kami dapat mengatasi saat2 kecemasan jika perlu.memang syok main rafting dan tubing.
petangnya kami pulang ke kolej dengan seribu kenangan dan kemanisan!
itulah aktiviti ditempat saya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fiesta Bowling ProCC Pahang di Megalane, Megamall Kuantan - 29 Julai 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
akupun nak paste gambar gak..nanti petang nanti ek..rodong2 seme tggu ar..byk gmbar kt sungai sedim tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi aktiviti akan datang...
PAHANG CAR CLUB ASSOCIATION (P.C.C.A)
- Gabungan Kelab-kelab Kereta Negeri Pahang
Program : Perhimpunan Kelab-kelab Kereta & Sukaneka Hari Keluarga 2006
Tempat : Pusat Rekreasi Air Balok, Kuantan
Tarikh : 13 Ogos 2006
Masa : 8.00 Pagi |
|
|
|
|
|
|
|
huh!!akhirnya ada gak masa aku nak masuk ke lab..selalunya penuh budak..
seperti yg dijanjikan aku akan taruk gambor2 mase kat sedim aritu..
-sebelum wat water rafting.. |
|
|
|
|
|
|
|
-time water rafting..paling best time drop dari jeram..syiok woo.. |
|
|
|
|
|
|
|
-sebelum membuat abseiling.. |
|
|
|
|
|
|
|
-gayat woo..igt tak tinggi ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
haaa ni lah yang bestttt.... sori geng..lama tak masuk sini.. bz sket.. tambah lagi bila kontrak dah abis ni... ni pun baru balik dari Port Dickson.. ada kursus kat sana.. heheh jap ek.. susah tul nak upload gambar skang nih... |
|
|
|
|
|
|
|
ni...gambo main petang2 je
10 sept ni...kome buat kejohanan enduro[bukan mx] kat sungai gau temloh
kategori
klasik ... 100-250 cc
trail/mx...125-400cc 2 lejang/ 4lejang
berminat, boleh pm aku |
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti minggu ni...
Kursus PTK kat Mahkota Hotel, Melaka... dr 7 - 10 September! |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..dal lama tak masuk forumnih..sebenarnya seminggu lepas aku dah mula bz ngn aktiviti ditempat aku..pesta konvo ke-19 uum yg bermula hari tu (semalam tamat) sukan antara kolej (sukol 2006) dan presentation serat exam lagi..pergh..mlm ni pun da exam lagi..hari punya sukol main hoki ngn futsal tapi fitsal bungkus awal..hoki semalam semi final tapi kalah.sok penentuan ke3 ngn ke4..
erm..pa lagi ek?
nanti la..takde aktiviti skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
muahahha.. opsss.. masuk2 jer dah jadi macam samseng kg. talang... hehhehe..
assalamualaikum.. wbt
oklah korang.. ari ni wa nak update ttg program yang berlaku minggu lepas...
XPDC BERJALAN KAKI MERENTAS BANJARAN TTWANGSA 2006..ULU SLIM, PERAK - ULU SUNGAI, PAHANG
Anjuran.. pejabat daerah Batang Padang dan Raub.. 15 sept - 17 sept 2006 gitu lah adanya
Program ni sama dengan program yang telah dianjurkan oleh PROSTAR seperti laporan di atas.. cuma kali ni disertai oleh jabatan kerajaan dan orang awam.. apatah lagi program ni program tahunan...istimewanya kali ini.. Kelab kami..iaitu KELAB ORANG RIMBA RAUB.. menjadikannya lain sedikit..
Kali ni kami masuk sehari awal.. bermalam di tengah2 banjaran.. di sana kami mencari tapak perkhemahan.. lokasi kami betul2 selepas perhentian di antara dua negeri.. sempadan perak-pahang... dekatlah jugak dengan "batu hidang"... kami semua membuat sambutan di sana.. dengan memasang banner.. di situ setiap peserta yang awal.. akan diberikan gula2.. sebagai cenderahati kami.. sambil2 tu jugak.. leh gak tambah tenaga.. ye takk..
kelab kami juga dibekalkan ubat-ubatan.. manalah tau kot2 ada yang memerlukan... di tapak perkhemahan atau kami beri nama "HENTIAN ORR" ni.. ada lah kami sediakan kelong air.. yang disambungkan dari anak sungai... bolehlah peserta2 yang kehabisan air singgah sebentar untuk mengisi botol yang dah kosong.. oleh kerana ahli kelab ada yang kretip.. siap ada pangkin rehat.. punyalah rajinn.. thanks guys
Selepas 3/4 peserta melalui hentian kami... kami pun turut serta untuk turun dari banjaran.. menuju ke Pos Buntu Ulu Sungai.. kalau ikutkan hati nak je tinggal sehari lagi.. tapi chief kata balik.. kenalah juga balik..kang tak pasal2 kena sekeh ngan chief... (sori chief..gurauan semata2).. masa tuh.. ujan dah turun... jalan pun licin.. nak2 lagi di kawasan tanah.. semuanya jadi lumpur.. aku ni tak tau berapa kali jatuh terduduk.. huhuhuhu.. tapi mmg best gilak program taun ni...
so semua peserta akan dikumpulkan di padang sek. keb. ulu sungai.. ada juga peserta yang ditempatkan di sekolah.. dan ada yang berkhemah sendiri..
sambutan pada malam tuh.. agak meriah... tapi... harap diperbaiki lagi pada masa2 akan datang.. kerana RAUB menjadi tuan rumah... so.. tunjukkanlah kita lebih "mesra alam" dan happening...
so korang... misi kami dah berjaya.. pada kami lah... gambo.. nanti lah aku upload.. bz maaaa....
sekian sahaja laporan saya utk mereka yang rajin baca....muhahhahhaha... may i passed away...
gambar ni diambil di HENTIAN ORR tuh.. banner yang kami pegang tuh.. banner yang dibuat oleh pelajar sekolah menengah dato' shahbandar hussain, raub..budak kat depan tuh lah tukang bawa dari perak ke raub... banner kami...? aarrr.. gantung kat pokok.. heheheheh
[ Last edited by honeysweet at 6-10-2006 01:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
korangggggggg weeeehhhhhhhhh... takder ker program semasa ramadhan ni.... kat raub.. aku tengah usyar... nanti aku update |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau lah....dah lamer tak balik raub |
|
|
|
|
|
|
|
berkhemah di lata bayu (kedah) haritu 14-16 sept.. best woo..
[ Last edited by figo at 2-10-2006 10:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|