View: 2935|Reply: 21
|
ANUGERAH SKRIN KE 8 --> Mencabar Anugerah Sri Angkasa ??
[Copy link]
|
|
Anugerah Skrin Ke-8 bakal cetus kontroversi?
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
BELUMPUN Anugerah Skrin ke-8 berlangsung pada 22 Disember ini, pelbagai tanggapan dan andaian timbul gara-gara pihak TV3 sekali lagi mengundang stesen televisyen lain untuk menyertainya.
Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro turut tampil menjalinkan kerjasama dengan mempertaruhkan produk drama masing-masing.
Namun apakah Anugerah Skrin yang akan diadakan buat kali kelapan itu bakal mengundang kontroversi? Pasti ada saja keputusannya akan menimbulkan rasa tidak puas hati bagi sesetengah pihak.
Ini kerana belum pun bermula, ramai yang mempersoalkan kewajaran penggabungan itu apabila Anugerah Seri Angkasa (ASA) turut menggunakan konsep penyertaan semua stesen televisyen tanah air.
Selain itu, adakah penganjur akan membolot hadiah kategori utama untuk membuktikan kualiti produk masing-masing.
ASA tahun ini membuktikan kebenaran itu apabila penganjurnya RTM dipertikaikan kerana membolot jumlah kategori yang banyak berbanding stesen lain.
Pada masa sama, ramai akan meragui keputusan yang dibuat juri jika drama Hari-Hari Terakhir Seorang Wanita yang dipilih sebagai drama terbaik di ASA tewas kepada drama terbitan rangkaian stesen Media Prima Berhad.
Semua cakap-cakap itu pasti kedengaran apabila berlabuhnya anugerah itu pada 22 Disember ini meskipun bertujuan memberi pengiktirafan kepada industri drama dan perfileman tempatan.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan menafikan Anugerah Skrin anjuran TV3 itu bakal mencetuskan kontroversi sambil memberikan pandangan pihaknya sebagai penganjur.
Farid berkata Anugerah Skrin bukan tempat untuk membuktikan stesen televisyen yang banyak memperolehi kemenangan dan kelihatan hebat.
揑a bukan pertandingan antara rangkaian televisyen Media, Astro dan RTM dan tiada unsur berat sebelah kepada pihak penganjur.
揟ujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan seni supaya terus menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
揅ontohnya di Hollywood, terdapat banyak anugerah yang mengiktiraf sumbangan warga seni dalam industri drama dan perfileman.
揔ami juga melihat anugerah untuk penyanyi sudah terlalu banyak, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
fendy_ahmad This user has been deleted
|
Hmmm..... ada betulnya laporan ni.....
fenDY lebeh suka kalau ANUGERAH SKRIN ni kembali ke FORMAT awal2 dulu.... Pengiktirafan untuk warga TV3...... sekarang ni mungkinlah skop dia leh tertumpu pada pengiktirafan untuk semua rangkaian bawah MEDIA PRIMA.....
KOmbinasi TV3, NTV7, 8TV dan TV9 rasanya dah cukup istimewa kan.... Anugerah khas tuk program2 di 4 stesen tv swasta Free Malaysia.....
Anugerah SRI ANGKASA tu dah diberi status majlis nasional....jadi tak perlulah TV3 cuba lawan2......
Ingat tak masa ANUGERAH SKRIN yg pertama dulu.... ADa award khas PErsonaliti TV3 pilihan Orang Ramai...... si Azwan Ali ngan Nurfarahin Jamsari yg menang...kalau buat award tu lagi..best gak.....
Buatkan Award Wartawan Penyiaran Popular ke...... Mesti Karam Singh JUARA ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan supaya tak di sebutkan name stesen sewaktu pencalonan kategori di umumkan semasa anugerah tersebut berlangsung... |
|
|
|
|
|
|
|
makin sengitlah percalonan kali nie!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 8-9-2006 07:53 AM
aku cadangkan supaya tak di sebutkan name stesen sewaktu pencalonan kategori di umumkan semasa anugerah tersebut berlangsung...
:setuju: cadangan ditutup |
|
|
|
|
|
|
|
bagilah senarai pencolan..... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu...stended ler tuh....tb3 maybe akan mng besar n gbsb pong samer.....kuikuikui...dunia penyiaran lah katerkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
korang rase..Shaf.Amani akan menang @ tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
TV3-Astro-RTM bersaing di Anugerah Skrin 8
08-09-2006
Di sebalik kekecohan rating siapa paling tinggi antara Mawi-Ina dan Datuk K-Siti Nurhaliza baru-baru ini, kesemua rangkaian televisyen akan bersatu tenaga menjayakan Anugerah Skrin 2006.
Bukan sahaja semua rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad sahaja yang akan merebut anugerah berprestij itu, TV3 sebagai tuan rumah dengan tulus hati telah mengundang Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, untuk turut sama menjayakan Anugerah Skrin ke 8 itu.
Antara yang yang akan dipertandingan di anugerah itu nanti adalah kategori drama, drama bersiri, drama komedi bersiri dan semua filem yang diterbitkan dari Januari 2005 hingga Jun 2006.
Usahasama TV3-Astro-RTM
Anugerah Skrin itu akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 22 Disember ini.
Satu majlis menandatangani persefahaman (MOU) antara TV3 dengan Procter & Gamble telah diadakan ini di Shook Restaurant, Jalan Bukit Bintang baru-baru ini. Majlis yang memperkenalkan Pantene sebagai penaja utama Anugerah Skrin ke 8 itu turut dihadiri oleh Ivy Sam, Pengurus Media Malaysia Singapore, Procter & Gamble Malaysia Sdn Bhd, Norhayati Ismail, Pengarah Urusan Rancangan TV (RTM) dan Zainir Aminullah, Pengarah Kanan Televisyen Astro.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Datuk Farid Ridzuan, "Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada industri drama dan perfileman tempatan yang tidak putus-putus memberi produk yang terbaik dan berkualiti khusus untuk kepuasan para penonton semua."
Dan katanya lagi, tujuan menjemput semua stesen televisyen itu adalah sebagai mencontohi Hollywood yang mempunyai pelbagai majlis anugerah.
"Dengan menjemput stesen terbabit, diharap dapat memeriahkan lagi majlis ini. Negara kita ada banyak majlis anugerah untuk artis tetapi anugerah untuk filem dan drama kurang.
"Terima kasih kepada RTM dan Astro atas kesudian mereka menyertai anugerah skrin pada tahun ini. Saingan tahun ini lebih hebat kerana mutu penerbitan telah meningkat. Kerjasama daripada dua stesen ini akan menguatkan semangat pengiat-pengiat seni untuk menghasilkan hasil karya yang lebih bermutu dan terbaik untuk tontonan rakyat Malaysia," kata Farid.
Anugerah Skrin 8 janjikan yang terhebat
Anugerah Skrin ke 8 ini menjanjikan satu persembahan yang terbaik. Kami percaya dengan sokongan dari semua stesen televisyen dan radio di bawah Media Prima Bhd serta penyertaan dari RTM dan ASTRO, Anugerah Skrin ke 8 akan menjadi sebuah acara yang berjaya dan penuh gemilang," kata Farid.
Kerjasama yang diberikan oleh Astro dan RTM ini akan membantu para penerbit dan Karyawan Malaysia ini selaras dengan tujuan kami ialah untuk memberikan pengiktirafan kepada penerbit-penerbit drama dan filem agar lebih aktif berkarya dan menghasilkan yang bermutu dan terbaik untuk rakyat Malaysia.
Anugerah Skrin telah banyak memberi pengiktirafan kepada drama dan filem tempatan sejak ianya diadakan. Pada masa yang sama, ia turut melahirkan pelakon-pelakon baru, pengarah-pengarah, pelawak-pelawak, penulis skrip dan ramai lagi di mana melalui bakat besar mereka, telah membentuk dan sekali gus mewarnai slot-slot drama di semua rangkaian television setiap minggu.
"Anugerah Skrin juga tidak lupa akan jasa dan mengiktirafkan karya penerbitan dalaman sendiri di mana terdapat juga enam percalonan untuk kategori dalaman TV3," kata Farid.
Hanya drama terbaik dipertandingkan
Untuk tahun ini semua drama yang dicalonkan disiarkan sepanjang Januari 2005 sehingga Jun 2006 ini disaring berdasarkan catatan jumlah penonton yang diraih setiap minggu mengikut carta AC Nielsen dan juga mengikut ?enre? tetapan mereka. Filem-filem juga merupakan penerbitan dari tahun yang sama.
Untuk Anugerah Skrin ke 8, drama-drama yang dicalonkan adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Dengan jalinan skrip terbaik, jalan cerita, lakonan dan mutu penerbitan, drama mereka telah terpilih untuk tayangan di kaca televisyen.
Sebanyak 14 buah drama dicalonkan untuk tahun ini iaitu 8 drama bersiri dan 5 drama komedi bersiri manakala untuk filem pula 31 filem terbitan Malaysia layak dicalonkan untuk Anugerah Skrin ke 8 ini.
Untuk tahun ini juga, sebanyak 21 kategori dipertandingkan termasuk 9 kategori untuk drama, komedi dan bersiri, 6 kategori untuk filem dan 6 kategori untuk penerbitan TV. Penilaian akan dijalankan oleh panel juri professional.
Selain kategori drama dan filem, Anugerah Skrin turut mengiktirafkan karya penerbitan tempatan dengan menyediakan enam percalonan untuk kategori penerbitan tv seperti dokumentari terbaik dan rancangan hiburan terbaik.
Untuk kategori filem, 31 buah filem cereka dipertandingkan dan menawarkan 6 kategori percalonan. Untuk kategori Sinema Alternatif Terbaik, ia adalah kesinambungan daripada usaha TV3 untuk mengalak serta mengiktiraf kelahiran karyawan-karyawan baru Malaysia yang berpotensi besar.
Kategori ini mula diperkenalkan pada Anugerah Skrin 2005 dan dijangka terus menarik perhatian ramai kerana genre begini jarang diangkat sebagai satu medium karya yang penting.
CALON-CALON DRAMA
Drama-drama yang akan dipertandingkan pula ialah:
Episod Terakhir (JS Pictures), Korban Kala (GBSB), Seberat Zarah (Produksi Prima Kreatif), Labuna Labuni (Radius One), Nur Di Pintu Syurga (Teratak Pictures), Syurga Di Mana (GBSB), Rambutan Direct Selling (Infiniti Prodution), Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan (World Brain), Al-Kausar (Opera Klasik), Rintihan Dosa (Tenview (M) Sdn Bhd), Pau Milah (Alfa Muhibbah), Lebih Bisa Dari Jelatang (Pena Creatif), Mek Salmah Dari Scotland (Laksana Talian Sdn Bhd) dan Bulan Mengambang Pak Ngah (Kreatif Impulse).
CALON-CALON DRAMA BERSIRI
Drama bersiri yang popular turut tercalon seperti Mya Zara (GBSB), Natasha (Asia Media Content), Salina (GBSB), Gol & Gincu (Red Com), Nur (Nasridz Pictures), Mentari Jingga (Opera Klasik), Cinta Madinah (Anugerah Media Network) dan Refflesia (Asia Media Content).
CALON- CALON DRAMA KOMEDI BERSIRI
Drama Komedi bersiri yang terpilih ialah Puteri (Ace Motion), Dunia Anita (Ace Motion), Gila-gila Pengantin (Ace Motion), Mat Dom Tekse (Juta Reka Sdn Bhd) dan KB Sentral (Jabatan Drama RTM).
CALON-CALON FILEM
Filem-filem yang akan bertanding di dalam Anugerha Skrin ke 8 adalah Gangster, Tak Ori Tapi Ok, Gerak Khas 3, Sepet, Potret Mistik, Sembilu 2005, Cinta Fotokopi, Kemarau Cinta, Senario XX, Ladyboss, Pontianak Menjerit, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Gila-gila Pengantin Popular, KL Menjerit 1, Anak Mami Kembali, Salon, Pontianak HSM2, Rock, Baik Punya Cilok, Castello, Buli Balik, Main-main Cinta, Pesona Non Grata, Bujang Senang, Gubra, Man Laksa, Senario PR Yamashita, Tipah Tertipu, Ertikalam dan Third Generation.
KATEGORI DRAMA/DRAMA BERSIRI DAN DRAMA KOMEDI BERSIRI:
Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik, Drama Bersiri Terbaik dan Drama Komedi Terbaik.
KATEGORI FILEM:
Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pengarah Terbaik Filem, Lakon Layar Terbaik Filem dan Sinema Alternatif Filem.
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN:
Dokumentari atau Majalah Terbaik, Bual Bicara Terbaik, Rancangan Muzik Terbaik, Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik, Realiti Terbaik dan Laporan Khas Terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 dunkin^donuts's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 dexa's post
sib baik derang tak gune name stesen derang gune name produksi... :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 jac_diehard_fan's post
memang ye...
kalau tidak haru lagi :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
adakah PHSM2 dan SEPET kali ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 fendy_ahmad's post
kire azwana neh pernah menjadi pilihan ramai la kan dulu..ahaks~ |
|
|
|
|
|
|
fendy_ahmad This user has been deleted
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 8-9-2006 08:30 PM
kire azwana neh pernah menjadi pilihan ramai la kan dulu..ahaks~
Azwana ni actually masa awl 90an hingga pertengahan 90an dier JAUH lebeh popular drpd Aznil Nawawi dr segenap aspek...... Cara Azwana mengendalikan Muzik Muzik mmg cukup disukai ramai...
Tapi setelah dier kuar dr TV3 lepas AJL1996..... AZWAN HJ ALI yg ada pada akhir 80-an hingga 1996 terus LUPUT dan bertukar jadi AZWANA..... :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah Skrin 慴uka pintu |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma teringatkan opening anugerah skrin yg BEST tahun lepas....tari tualang tiga,,, :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 fendy_ahmad's post
camne die bley btukar a..asal die tak kekalkan diri die yg dulu.. aku lagi ske cara die yg dulu dr skarang... haihhh..takkan nak lawan aznila kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang dah tgk Cerekarama....tapi Nur Di Pintu Syurga mungkin ada harapan nak menang.....dengan Ellie Suriati boleh menggondol artis wanita terbaik... |
|
|
|
|
|
|
|
sape pngacare hah? jgn la azwan agi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|