View: 6666|Reply: 89
|
Info Album Baru: Album Solo Keluar Dulu, Album Duet Ditangguhkan
[Copy link]
|
|
Mstar
27-09-2006 10:31:07 AM
Radin Sri Ghazali
Sekalipun bulan Ramadhan, Mawi tidak dapat berehat walau seketika. Tiap-tiap hari ada saja kerja yang perlu dilunaskan dan temu janji yang perlu dibereskan. Itu belum masuk lagi proses rakaman studio, rakaman Hari Raya dan sesi 'photo shoot' yang memerlukan komitmen Mawi.
Semua tugasan ini dapat disempurnakan sebaiknya tanpa sebarang masalah kerana penyanyi yang digilai ramai ini sedar dia perlu bekerja dengan lebih kuat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi nombor stau negara.
"Esok saya akan memasuki studio untuk merakamkan sebuah album baru," ujar Mawi ketika ditemui di sesi bersahur bersama-sama Mawi FC, Mawi World serta Maestro di Rebung baru-baru ini.
"Album tersebut bakal memuatkan sepuluh lagu duet bersama-sama penyanyi lagenda seperti M.Nasir, Jamal Abdillah, Ogy Ahmad Daud serta Hattan," ujar penyanyi yang berusia 24 tahun itu akan pembikinan album 'Idolaku Yang Tercinta'.
Nama-nama seperti Jeffrey Din, Ramli Sarip, Jay Jay serta Yassin turut bakal diundang sebagai penyanyi jemputan untuk album tersebut.
Ketika ditanya jika dirinya sudah menempah baju raya, Mawi tergelak lalu menjawab," Saya tak terfikir lagi mengenai itu. Kebarangkalian saya akan membeli yang ready made. Lebih mudah untuk saya."
(Foto The Star Oleh T.K Lim)
Beliau akan merakamkan beberapa buah lagu baru bersama-sama Jay Jay dan Yassin. Mawi juga bakal menyanyikan semula beberapa buah lagu lama yakni Dari Kekasih Kepada Kekasih (bersama Hattan) dan Siti Haidar (bersama Jeffrey Din).
"Selebihnya masih di dalam tahap perancangan namun kesemua lagu yang bakal dirakamkan akan diberi nafas baru (rearrangement baru) khas untuk album ini," ujar Mawi yang berharap agar album tersebut dapat menemui peminatnya pada bulan November ini.
Syawal pertama tanpa ayah tercinta
Kehilangan ayahanda tercinta, Ani Ahmad yang kembali ke rahmatullah pada bulan Julai yang lalu disebabkan oleh komplikasi jantung, begitu memberi kesan kepada Mawi.
"Ye Syawal ini merupakan yang pertama tanpa ayah saya namun kita harus meneruskan kehidupan kita," ujarnya dalam nada sedih yang masih merasai kehilangan bapanya tersebut.
"Saya akan balik ke Johor untuk meraikan Syawal bersama-sama ibu saya tetapi tahun ini saya akan menyambutnya dengan suasana kesedehanaan ," ujar Mawi yang akan pulang ke kampungnya di Felda Taib Andak selama seminggu.
Ketika ditanya jika dia sudah menempah baju raya, Mawi tergelak lalu menjawab," Saya tak terfikir lagi mengenai itu. Kemungkinan saya akan beli yang ready made, lebih mudah untuk saya."
Sepanjang bulan Ramadhan ini, jadual Mawi begitu ketat sehingga untuk dia tidak apat mengambil cuti walau sehari dua. Mawi begitu sibuk mengadakan persembahan serta rakaman bersama-sama Astro serta RTM sempena sambutan Aidilfitri yang akan diraikan nanti.
"Saya menerima lebih daripada lima show untuk buka puasa," ujar Mawi yang turut terlibat dalam majlis 'Berbuka Puasa dan Terawih Bersama Mawi' pada 15 Oktober kelak di Palace of The Golden Horses.
Majlis ini begitu unik kerana peminat-peminat Mawi berpeluang bersolat terawih bersama-sama dengan penyanyi kesayangan mereka. Ini juga merupakan majlis pertama untuk Mawi yang melibatkan solat terawih bersama-sama peminatnya.
Ketika ditanya jika Mawi bakal mengimamkan solat terawih tersebut, beliau menjawab," Biarlah mereka yang lebih layak menjadi imam kepada sesi solat terawih tersebut."
Wariqissalam - artis pertama Mawi
Dengan penubuhan Mawi World Sdn Bhd, Mawi sudah tidak teragak-agak lagi untuk membawa masuk beberapa artis baru di bawah naungan syarikat yang dikendalikan oleh Mawi sendiri.
Bagi artis pertama, Mawi telah memilih Wariqissalam, sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi bagi Mawi dan beliau bercadang untuk menerbitkan sendiri album nasyid kumpulan ini.
"Wariqissalam merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat saya dan saya berharap untuk menerbitkan album pertama mereka pada bulan Disember ini," ujarnya lagi.
Mawi pernah menganggotai Wariqissalam sewaktu beliau berusia 21 tahun. Kumpulan tersebut merupakan sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Kulai. Anggota kumpulan Wariqissalam bukan orang lain dengan Mawi.
Mereka merupakan sahabat Mawi dari kampung dan rasa setiakawan dan tanggung jawab telah membuat Mawi rasa terpanggil untuk menengahkan bakat kawan-kawannya.
[ Last edited by kekekek at 3-11-2006 07:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagus mawi nie tak lupa kwn2....puji kejap...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 dino's post
tapi adakah peminat mawi akan beli album nasyid tu WALAUpun terbitan mawi ??
kita tunggu dan lihat. . ..
apa apa pun pendekatan mawi ni cukup baik dan begitu islamik... |
|
|
|
|
|
|
|
Wariqissalam ni yang ramai-ramai masa lagu Pergi Tak Kembali tu ke ?
Boleh la lawan Rabbani
Dari segi bilangan ahli kumpulan la
:lol
|
|
|
|
|
|
|
|
teruknya tak boleh cuti walau sehari dua...kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 27-9-2006 12:56 PM
Wariqissalam ni yang ramai-ramai masa lagu Pergi Tak Kembali tu ke ?
Boleh la lawan Rabbani
Dari segi bilangan ahli kumpulan la
:lol
Tu la pasal..tak harmoni langsung.
Tapi tak semua yang datang hari kejutan tu original nyer wariqisalam..ada gak spare-spare yang nak glamer masuk TV. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 27-9-2006 01:00 PM
Tu la pasal..tak harmoni langsung.
Tapi tak semua yang datang hari kejutan tu original nyer wariqisalam..ada gak spare-spare yang nak glamer masuk TV.
ha ah yea....ade sorang tue mmg tak de kaitan pun....:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
mawi dah rasa tak popular!
nak tumpang nama artis2 lama!
peeeegi dah! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 27-9-2006 01:14 PM
mawi dah rasa tak popular!
nak tumpang nama artis2 lama!
peeeegi dah!
Better than Ina yang menumpang nama mawi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MBE6004 at 27-9-2006 02:22 PM
Better than Ina yang menumpang nama mawi
mana ada tumpang nama Mawi, lagi!
semalam Ina keluar kat muka depan malay mail!
tak de ceriita psl Mawi pun!:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
kekeke... tak popular ke cik biezie?....abih yg 5 show je utk bulan nih tu ape?...
agaknya berapa banyak show baru boleh kate artis tu popular?...apa daaaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Fauziah Ahmad Daud ni mesti nak bawak lagu filem Azura tu... Sandarkan Pada Kenangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 kekekek's post
"Album tersebut bakal memuatkan sepuluh lagu duet bersama-sama penyanyi lagenda seperti M.Nasir, Jamal Abdillah, Ogy Ahmad Daud serta Hattan," ujar penyanyi yang berusia 24 tahun itu akan pembikinan album 'Idolaku Yang Tercinta'.
kira yang lain tu ok la..walaupun yassin tu tak leh consider as penyanyi lagenda.
tapi model jelita ayu tu tak sesuwai la, tak masuk langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 biezie_slalu's post
ada jugak la dia sebut kat paper lain
er.. kening dia dah tumbuh balik ek?
ekeke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 kekekek's post
alhamdulillah, ingat kawan jugak Mawi ni, tapi dulu bukan kata Mawi ni lupa daratan ker? :hmm:
sorang lagi Hattan rupanya
kalau saper2 rasa Mawi tu tumpang populariti artis2 lain tu, cuba la suruh Ina ker Faizal AF4 buat benda yg sama, :bgrin:
Mcm Jamal ngan Mawi lagu Terharu x popular pon kata tumpang nama artis berkaliber,
Duet ngan Marsha x ada ker? :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi-Siti duet by November
-by Joe Lee -
MAWI and Siti Nurhaliza sing a duet for Mawi? upcoming album.
Idola Yang Tercinta is expected to hit the stores by late November.
It will feature duets between Mawi and some of his favourite acts, including Siti.
? can? wait to record the song with her, but right now, she? of course, not available,? he said. ?e will most likely begin recording after Aidilfitri.?
?aestro Talent & Management and Maestro Records have approached Siti Nurhaliza Production and gotten their green light.
?ow it? a matter of waiting for the right time and her availability,? said Mawi.
Excited about the prospects of the yet untitled track composed by M. Nasir with lyrics by S. Amin Shahab, the song will be included in the album that will also feature collaborations on new songs with Ramli Sarip and Yasin, as well as remakes of old favourites with Fauziah Ahmad Daud and Jefri Din.
The album will have eight newly-recorded songs, as well as previous collaborations from his other albums with the likes of Raihan, Jamal Abdillah and M. Nasir.
Mawi said that he did not know when the semi-autobiographical movie, Aduh Saliha, would be shot.
To be directed and produced by M. Nasir with the script by celebrated lyricist, Loloq, the movie is not going to make the screens in the near future if Mawi? busy schedule has anything to do with it.
?he earliest I? free to even slot in shooting for the film would be some time in April or May next year, so I don? know if it? happening or not.
?ut I look forward to learning from another new experience.?
Asked if he had a particular choice of heroine, Mawi shook his head.
? don? have any favourites... but my favourite actress is Salma Hayek,? he said with a grin.
However, fans can forget about the possibility of any romantic, let alone steamy scenes, as Mawi said any such scene in the movie would be a no-go.
? draw the line at that. No physical contact or even getting too close for me,? he said. ?? prefer not to do the movie if it includes such scenes.?
MM says: Yes, and Siti once said she? do no duet with men.
dlm MM ada tulis duet ngan Siti...mana satu daaa.... |
|
|
|
|
|
|
shawie This user has been deleted
|
Originally posted by ikz at 27-9-2006 03:20 PM
kekeke... tak popular ke cik biezie?....abih yg 5 show je utk bulan nih tu ape?...
agaknya berapa banyak show baru boleh kate artis tu popular?...apa daaaaaa......
LEBIH 5 show :hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 27-9-2006 03:49 PM
alhamdulillah, ingat kawan jugak Mawi ni, tapi dulu bukan kata Mawi ni lupa daratan ker? :hmm:
sorang lagi Hattan rupanya
kalau saper2 rasa Mawi tu tumpang populariti artis2 lain tu, cuba la ...
Marsha? Awekku bukan idolaku. Huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
shawie This user has been deleted
|
Originally posted by biezie_slalu at 27-9-2006 02:32 PM
mana ada tumpang nama Mawi, lagi!
semalam Ina keluar kat muka depan malay mail!
tak de ceriita psl Mawi pun!:pmuka:
cerita pasal buku kisah peribadi dgn mawi dan nak saman tukang ciplak |
|
|
|
|
|
|
shawie This user has been deleted
|
Originally posted by DTECCONAN at 27-9-2006 03:49 PM
alhamdulillah, ingat kawan jugak Mawi ni, tapi dulu bukan kata Mawi ni lupa daratan ker? :hmm:
sorang lagi Hattan rupanya
kalau saper2 rasa Mawi tu tumpang populariti artis2 lain tu, cuba la ...
Terharu tu nak kata tak popular, popular gak la, kat KLFM dah lama dlm carta, ERA delayed pasang lagu tu, kat stesen RTM lain ada gak aku dengar dlm carta lagu, popular sikit pun sbb ada mawi kot, mungkin kalau tak ada tak popular langsung |
|
|
|
|
|
|
| |
|