CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1845|Reply: 18

apa pandangan peminat dayang sekalian ??

[Copy link]
Post time 4-10-2006 12:07 AM | Show all posts |Read mode
aku suka baca aspirasi ramli ms
yg selalu ditempek oleh Syd.. ..
tapi artikel kali ni betul betul buat aku
berfikir pasal dayang sat... :lol .. . . tapi yg aku nak mintak
pandangan u all dan kita diskusi sesama ok ...

---- ni artikel tu... kredit to syd.. thanks-----



Aspirasi: SMS bunuh bakat penyanyi profesional!

Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM... SMS, SMS, SMS. Sesuatu yang menguntungkan dari segi perniagaan. Tapi, kalau dilihat dari sudut lain, SMS adalah sesuatu yang tidak menguntungkan peserta yang mengambil bahagian dalam program realiti TV itu sendiri, lebih-lebih lagi peserta yang ingin mencuba nasib menerusi program seumpamanya.

Anda tidak akan dijuri dengan adil menerusi SMS. Terus-terang saya memberitahu, ketika ini saya akan mengelak pelawaan stesen TV untuk mengundang saya sebagai pengkritik menerusi program realiti TV mereka.

Terus terang saya katakan, bayaran yang diterima tak setimpal dengan keadaan diri saya yang akan dilabel sebagai seorang yang cakap lepas.

Kebanyakan peserta yang memasuki pertandingan realiti TV ini, mereka adalah pada tahap amatur. Sedangkan pengkritik berada pada tahap profesional, jadi tidak adil. Tapi, itulah yang stesen TV inginkan, mahu pengkritik menggunakan bahasa yang agak kasar, membina, menjatuhkan semangat pun ada.

Suasana seperti itu yang dikehendaki perniagaan realiti TV. Tapi, apabila dilihat dari segi positif, akan memihak kepada stesen TV.

Contohnya seperti pengkritik tetap American Idol (AI), Simon Cowell, dia meneruskan kerjayanya sebab dia menerima bayaran jutaan ringgit. Saya pun kalau dapat bayaran begitu, saya nak buat.

Kalau tidak dilihat dari segi wang ringgit sekalipun, namun kebaikan tidak menuju ke arah peserta berkenaan. Pengkritik boleh kritik apa saja, tapi yang menentukan kedudukan peserta realiti TV itu adalah orang yang mengirimkan SMS, bukan juri! Budak kecil yang tak faham apa itu seni, tidak menilai kredibiliti, cuma meminati peserta itu saja, pasti undian akan menjurus ke arah peserta yang diminati, bukan bakat!

Bayangkan andainya penyanyi yang bertaraf profesional memasuki program realiti TV dan dia kecundang di tangan penyanyi amatur, di manakah harga bakatnya yang sebenar? Kalau nak dibandingkan bakat penyanyi profesional dan amatur, jauh lebih baik yang profesional tu.

Tapi disebabkan SMS, ia membunuh bakat profesional itu. Secara peribadi, saya berpendapat, tidak wajar penyanyi bertaraf profesional menyertai program realiti TV. SMS tidak menghormati bakat penyanyi profesional. Senario seperti ini sebenarnya membunuh industri kita!


Walau bagaimanapun, saya tidak mempertikaikan kredibiliti juara realiti TV sebelum ini seperti Mawi dari Akademi Fantasia 3 (AF3), Jaclyn Victor (Malaysian Idol) dan beberapa nama lagi. Tapi, kita nak mencari penyanyi, bukan personaliti.

Sudah saya jelaskan sebelum ini, kata-kata pengkritik memang tidak diambil kira, sekali gus tidak mempengaruhi kedudukan peserta di dalam program realiti TV berkenaan. Pengkritik sekadar menyemarakkan suasana realiti TV itu dan keuntungan lebih kepada stesen TV.

Pun begitu, saya tidak menyalahkan stesen TV kerana SMS, pengkritik adalah urusan perniagaan baru. Cuma, bagi saya secara peribadi, ia tidak adil kalau saya mengkritik seseorang yang baru saja menyanyi dan membandingkan dia dengan penyanyi yang dah menyanyi lebih 20 tahun!

Tapi, kalau saya dibayar lumayan, saya akan buat dan bekerja secara profesional. Apa fungsi pengkritik sekiranya SMS masih berkuasa menentukan siapa juara? SMS hanya membunuh bakat yang bagus.

Kita memang kekurangan bakat baru untuk menerajui industri seni kita, melainkan di Amerika Syarikat, bakatnya berlambak! Di Malaysia, industri belum kukuh lagi. Kebanyakan bakat yang baru hendak dididik, yang ada bakat dalam realiti TV, tapi disebabkan SMS, bakat mereka mati begitu saja disebabkan pemilihan dibuat oleh orang ramai.

Saya berdiri di tengah-tengah. Saya tidak mengatakan jangan masuk realiti TV. Tapi, buatlah sesuatu yang anda fikir elok. Saya hanya berkongsi pendapat saja. Seperkara lagi, saya tak nampak di mana kelebihan apabila penyanyi profesional menyertai program realiti TV.

Sekalipun penyanyi itu menjuarai pertandingan realiti TV berkenaan, orang akan bercakap juga, "Dia tu artis rakaman, dah ada album, dah pernah menang anugerah! Mestilah dia menang!" Itu pandangan orang kita. Kalau dia kalah pun, maruah bakatnya tidak dihormati.


Baiklah setakat ini saja buat minggu ini, mudah-mudahan kita bertemu lagi minggu depan, insya-Allah. Selamat berbuka puasa kepada semua umat Islam, wassalam."
----
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 12:38 AM | Show all posts
no comment
biar pakar yg jwb lagi bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 12:44 AM | Show all posts

Reply #2 puteri-jelmaan's post

alaaa.. cam kelam kabut jerr... takda masa ek ?? ..
bg aaa komen sendiri, berani kan diri utk bagi pendapat... :ah: . . .
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 06:18 AM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 4-10-2006 12:44 AM
alaaa.. cam kelam kabut jerr... takda masa ek ?? ..
bg aaa komen sendiri, berani kan diri utk bagi pendapat... :ah: . . .



  Itu pandangan Ramli MS. Dia bagi pendapat dia, tak semestinya apa dia cakap itu betul. Bagi aku, tak de jatuh reputasi dyg kalau dia kalah, sebab org tau dia kalah pun sebab sms. Bukan dikeluarkan oleh juri professional. Kita tengok lar, lagi popular ada lar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:37 AM | Show all posts
Pendapat aku, SMS memang membunuh bakat...Dayangla contoh paling jelas.Walaupun dah berstatus profesional, Dayang sentiasa all-out untuk setiap persembahan die, x pernah ambil ringan...Malangnye, para penonton yang buta seni x habis2 mengevote si suki p*ki tu......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:42 AM | Show all posts
Tapi disebabkan SMS, ia membunuh bakat profesional itu. Secara peribadi, saya berpendapat, tidak wajar penyanyi bertaraf profesional menyertai program realiti TV. SMS tidak menghormati bakat penyanyi profesional. Senario seperti ini sebenarnya membunuh industri kita!

:setuju::setuju:

Seperkara lagi, saya tak nampak di mana kelebihan apabila penyanyi profesional menyertai program realiti TV.

Kelebihannye ialah rancangan tu mendapat liputan lebih luas di media...OIAM contohnye, aku rasa Dayang dipergunakan 8TV untuk menarik orang ramai memperkatakan tentang rancangan tersebut...Pandai si Izham...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 10:33 AM | Show all posts

Kalau menang pertandingan tu tak dapat apa-apa, rasanya takde sorang pun penyanyi professional nak masuk

Tapi kalau menang dapat RM1juta, (berapa ramai dalam Malaysia ni ada RM1juta wei...)
di samping peluang melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa...
dan juga membantu dalam karier penyanyi tersebut
Ia satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh mana-mana penyanyi pun,
baik amatur, professional mahupun penyanyi yang tak boleh menyanyi dengan baik

"SMS bunuh karier" tu... terlalu harsh la perkataan bunuh tu
"SMS sekat karier penyanyi"... mungkin lebih sesuai

:lol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 04:25 PM | Show all posts
for me..dari mula lagi aku mmg tk berkenan dayang masuk oiam..mmg aku tk nk sokong da..tp bila tgk dia cam seronok,so aku pun mengalah,support dia..tp pendapat aku,sms ni..mmg teruk sikit penangan nya..dan aku mmg tk suka kalau pertandingan menggunakan sms..sbb bias yg amat..tp dlm kes dayang..kalau kata rugi..dia tk rugi..sekurang2 nya dia leh tmbh peminat..mcm dia sendiri kata..pas masuk oiam,da dpt fans dar golongan cina..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 04:30 PM | Show all posts
si izham tu x nak sign Dayang under Monkey Bone ke?

[ Last edited by  gjoy_chester at 5-10-2006 09:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:26 PM | Show all posts
mmg guna kan dayang pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 4-10-2006 04:25 PM
for me..dari mula lagi aku mmg tk berkenan dayang masuk oiam..mmg aku tk nk sokong da..tp bila tgk dia cam seronok,so aku pun mengalah,support dia..tp pendapat aku,sms ni..mmg teruk sikit penangan  ...



:setuju:100%...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:43 PM | Show all posts
SMS tidak menghormati bakat penyanyi profesional.


This pendapat boleh diterima based on what happened during OIAM.


Tapi disebabkan SMS, ia membunuh bakat profesional itu. SMS hanya membunuh bakat yang bagus.


This I don't agree. If seseorang itu ada bakat and is polished, it won't die off.

Kalau dia kalah pun, maruah bakatnya tidak dihormati.


Ini saya tidak faham maksudnya.

My observation from  her "myspace" friends list shows that she has increased her number of fans and friends.

Anyway, samada Dayang's bakat is killed or otherwise, boleh dilihat nanti dari pencapain jualan album akan datang and her progress after OIAM. Yang penting adalah results,  not talks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 08:57 AM | Show all posts
artikel kat atas tu memang general, maknanya nasihat/teguran/kata kata
itu menyeluruh, cuma yg kebetulannya ada kena mengena ngan dayang...

bg aku, setiap apa kata ramli ms, ada benarnyaaa.. walaupun kekadang kita
rasa ermmm... cam menyindir jerr... apa apa pun pandangannya kita pandang
positif yerr...

kaitan ngan dayang tuee.. mmg ada proo dan kontraa dayang masuk program realiti
ni... aku merasakan mmg ada kontraa dia walaupun pada hakikatnyaaa pd diri aku
sentiasa nampak proo bila dayang masuk Oiam nie... keinginan utk melihat dayang
menang sentiasa memuncak tapi terhenti disebabkan format pertandingan yg cuba
dikatakan 'seimbang' (dayang gagal sebab diundi keluarrr) . . ..

ok.. aku nak komen pasal nie.. :

Seperkara lagi, saya tak nampak di mana kelebihan apabila penyanyi profesional menyertai program realiti TV.


- yg aku nampak (kalau dikaitkan dgn dayang laaa) kelebihan diaa ialah

1) memberi tekanan (positif) kpd dayang utk mempersembah sesuatu yg baru kepada
penonton... dan beliau berjayaa.. kan kann...

2) memberi peransang kepada peserta lain (yg amatur) utk lebih berusahaa dan sedikit
sebanyak boleh menjadi 'mentor' kepada peserta amatur tuee... kan kann..

3) ruang utk lebih dikenali dan diingati selalu... meningkatkan popularitian aa tue...

4) dan jugak sebagai ruang utk memperbaiki setiap kelemahan vokal/persembahan apabila
dikritik .. . . sebagai penyanyi pro, tiada istilah rasa terhebat, terbaik... semuanyaa merasakan
diri sentiasa utk belajar, praktik, baiki dan belajar lagi... :ah: . . ..

banyak lagi lah yerr... panjang pulak, nanti orang tak baca... :lol . .. .
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:18 AM | Show all posts
Ramli MS kengkdg dia punya komen ada yg bernas ada plak yg over. Contohnya dlm salah satu artikel dia dulu psl lagu d beri nafas baru..selamba dia ckp lagu2 tu telah "d kafirkan"

Setau aku kafir ni berkaitan ngan agama. Sejak bila plak muzik ada kena mengena ngan agama? Ada ke? bahasa dia kengkdg tak sesuwai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 5-10-2006 08:57 AM
artikel kat atas tu memang general, maknanya nasihat/teguran/kata kata
itu menyeluruh, cuma yg kebetulannya ada kena mengena ngan dayang...

bg aku, setiap apa kata ramli ms, ada benarnyaaa.. w ...



:setuju: dengan pendapat2 ko. aku nak taip, tapi....cam malas plak. sib baik ko dah tolong taipkan. hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 5-10-2006 12:19 PM



:setuju: dengan pendapat2 ko. aku nak taip, tapi....cam malas plak. sib baik ko dah tolong taipkan. hehehehe...


ahahahahaha
siot je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 5-10-2006 09:56 PM


ahahahahaha
siot je



hehehehhe.....

pengakuan jujur tu. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 12:57 AM | Show all posts
radja la sgt ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 02:01 PM | Show all posts
sayang dayang.....:love:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.700393 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list