CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2118|Reply: 16

Rosyam Nor marah digelar hero tua

[Copy link]
Post time 9-10-2006 01:45 PM | Show all posts |Read mode
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
9 Oktober 2006

Rosyam Nor marah digelar hero tua



TIDAK keterlaluan jika dikatakan Rosyam Nor ialah hero berbakat yang amat diminati ramai. Namun seperti biasa apabila usia telah mencecah 40-an pasti timbul pelbagai spekulasi terhadap karier seseorang artis.

Ada cakap-cakap yang menggelar Rosyam Nor sebagai hero tua. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengatakan dia tidak sesuai lagi membawakan watak hero.

Sejak akhir-akhir ini banyak filem menampilkannya sebagai hero. Bukan itu sahaja, dalam setiap drama terbitannya Rosyam juga meletakkan dirinya sebagai hero!

Kekerapannya muncul sebagai hero secara tidak langsung membuatkan segelintir penonton berasa jemu hingga menimbulkan cakap-cakap yang kurang enak didengar.

Ini amat nyata apabila empat daripada lima telemovie raya terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., iaitu Nek Kiah, Takbir Terakhir, Sederet Dua Kali Lima dan Fitrah Di Ufuk Ramadan meletakkan Rosyam melakonkan watak utama sebagai hero.

Hanya telemovie Tak Pulang Nak Pulang memberi peluang kepada pelakon komedi veteran Hamid Gurkha sebagai pelakon utama.

Ketika ditemui pada majlis pratonton drama terbitannya di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini, Rosyam berkata:

揝aya tak kecil hati orang asyik kata saya hero tua. Kalau begini sikap penonton kita macam mana industri kita nak maju. Kenyataan seperti ini secara tidak langsung membunuh hero yang sedia ada. :lol

揝aya hargai kemunculan pelakon baru kerana ia dapat memeriahkan lagi industri. Tapi bila ada yang baru jangan dipinggirkan yang lama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 03:42 PM | Show all posts
dah mmg tuapun, takkan nak panggil hero muda...

tgk film Jackie Chan baru pun (Rob B Hood), dah kurang bertenaga die... at least die buat stunt film tu ikut kemampuan die yg dah tua tu... takde la wat stunt yg dasat2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:42 PM | Show all posts
Memang dah tua pun..
apa nak marah lak..
Perasan diri tu muda.. :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:48 PM | Show all posts
dan satu lagi, bukan ke film dan drama terbitan die ni dipenuhi dgn produk Julies...?

aku tgk Castello sampai nak termuntah sbb asyik dok tgk biskut Julies, sampai aku tak amik pot pun pasal jalan cite die ok ke x, sbb produk Julies tu membuatkan aku tak concentrate tgk cite tu sbb over expose tayang secara melampau...

cuma aku tak tahan nak gelak, masa gangster serbu rumah erra fazira tu, leh gak sempat die g rembat biskut Julies sambil makan... :lol desperate betul la Julies ni, last2 org tak hingin nak beli produk Julies... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:56 PM | Show all posts
Bwk2 ler sedar diri tu dah tua....dah senja dah weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:48 PM | Show all posts
betol la kan, hero tua...
xkan nak panggil hero remaja plak...:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2006 05:32 PM | Show all posts
habis nak dipanggil apa? nak dipanggil hero matang kot...baru nampak manis....gila pujian betol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 06:54 PM | Show all posts
ataupun hero dewasa...wakakaka
nampak gaya kalo dah jadi atuk nanti mesti jenis sensitip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 08:00 PM | Show all posts
kalau lelaki yg baru berusia 40 tahun, barangkali belum boleh dianggap tua kot... tp, jgnlah berlakon watak budak sekolah ataupun remaja belasan tahun... nanti gelak orang :bgrin:

tp, kalau nak ganti rosyam nor dgn mawi, saya 100% setuju... sbb mawi lebih berbakat dan lebih hensom :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by Maya2020 at 9-10-2006 08:00 PM
kalau lelaki yg baru berusia 40 tahun, barangkali belum boleh dianggap tua kot... tp, jgnlah berlakon watak budak sekolah ataupun remaja belasan tahun... nanti gelak orang

tp, kalau nak ganti rosyam nor dgn mawi, saya 100% setuju... sbb mawi lebih berbakat dan lebih hensom


ya allah tolongla...
berbakat n hensom??? :puke: :puke: :puke:
maya, ko mengalami kerosakan penglihatan tahap kritikal ni...
baik ko gi jumpe dr. fazley...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 10:27 PM | Show all posts
wee.. he is..ape nak marah kan...hahaha..tapi ok ape..setue2 die pun aku rase ramai actress berebut2 nak berlakon ngan die..he looks hot like what my  gf keeps saying about him..well i guess too..kalau nak ikut kan..macam kat bollywood..SRK , Amir khan, salman..semua dah tue2..hero jugak..masih jadi rebutan jugak..

rosyam tak perlu la risau..kalau die berlakon bagus dan memang berbakat..kalau tak mude pun orang tak kesah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 11:07 PM | Show all posts
Aisehbedah..marah ker..?? hakhak..oklaa tuh..lg tua lagi berharge weh..well maybe not in rm wise..tp org seni nih..lagi lame dirog involve lagik dalam dienyer pengalaman, lagi besar diorgnye soul, dan selalunye kerje die bertambah matang dan hebat..unless kalu dh sampai tahap nyanyuk laa kan..personally aku respect most of his works..walaupun meluat skit2 ngan julies biscuits die tuh..tp rosyam nih dh patutnye tukar angin dr watak hero kengkunun macho n romantic ke watak yg lebih inspiring e.g citer bilut tuh..hope lps nih byk lagi citer cenggituh..jiwang2 dh x kene laa..nyampes tgk mate ala2 romantic die tuh..yuck..ala2 ganas castello ngan lenjan tuh ok lagi kot..sesuai muke die tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 11:07 PM | Show all posts
aku tak pernah minat rosyam nor ni. aku rasa dia ni cas bagus..
Reply

Use magic Report

Neo-Artz This user has been deleted
Post time 10-10-2006 12:16 AM | Show all posts
apa2xpun, aku boring balik2x tengok muka dia jer...
bukan dah ada hero baru ker...Fahrin Ahmad, Jehan Miskin, Piere Andre, banyak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:03 AM | Show all posts
tu le susahnye bila balik2 muka tu aje masuk TV. rasakan.

Sama le ngan jalaluddin Hassan. masa mula2 dulu muncul sekali sekala ok gak..lama2 sbb dah selalu sgt benci plak tengok senyuman dia tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:42 AM | Show all posts

Baca la ayat-ayat perasan bagus dia..
hero berkaliber, berkredibiliti la :lol

Pastu dia kata industri filem & drama kekurangan hero
Mana ada kurang.... punyalah ramai dah pelakon lelaki sekarang ni

Hero tak kurang, peluang je yang kurang untuk diorang
Lebih-lebih lagi bila penerbit syok sendiri dan lantik diri sendiri jadi hero dalam drama terbitannya

:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 10-10-2006 11:42 AM

Baca la ayat-ayat perasan bagus dia..
hero berkaliber, berkredibiliti la :lol

Pastu dia kata industri filem & drama kekurangan hero
Mana ada kurang.... punyalah ramai dah pelakon lelaki  ...



dia rasa semua hero pelapis tu lembik2 kot..tak setough dia...maklum le kan..makan beskut julie...hahhahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 3.423459 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list