|
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 12:52
Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia
MELAKA 11 Okt. � Muzium Al-Quran yang pertama di Malaysia diwujudkan di Melaka dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan rujukan tentang al-Quran.
Muzium yang terletak di Fasa II Kompleks Al-Azim di sini, antara lain mengetengahkan seni mushaf acuan Malaysia melalui pameran al-Quran dan juga manuskrip-manuskrip lama untuk tatapan orang ramai.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, penubuhan muzium itu diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman mengenai al-Quran di kalangan masyarakat Islam.
憫Ini adalah satu usaha yang baik dalam kita bersama-sama mengupas dan mengkaji al-Quran yang diturunkan Allah untuk membimbing umat Islam ke jalan yang benar.
憫Di dalam al-Quran terkandung banyak maklumat jika kita sentiasa berusaha mengkajinya,� katanya pada Majlis Pemashyuran Muzium al-Quran di Kompleks Al-Azim hari ini.
Muzium yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Restu dan kerajaan negeri Melaka, merupakan muzium yang ke-20 di bawah pentadbiran dan pengurusan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Antara pengisian pameran di muzium itu ialah peragaan beberapa koleksi al-Quran lama Nusantara, koleksi khas 慉in� at-Taqwa, seni mushaf al-Quran dan seni mohor.
Mohd. Ali berkata, kewujudan muzium itu akan menambahkan lagi produk pelancongan di negeri ini yang berteraskan Islam di samping sebagai strategi dakwah kepada para pengunjung.
Selain itu, tambah beliau, penubuhan muzium itu juga memberi banyak faedah kepada rakyat menerusi program-program yang dirancang dijalankan di situ.
Katanya, antara program yang boleh dijalankan termasuklah kursus jangka pendek penulisan khat, kelas tulisan jawi, kelas al-Quran serta kelas mengkaji ilmu yang terdapat dalam al-Quran.
憫Semua ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan umat Islam terutamanya generasi muda lahir sebagai umat yang khatam al-Quran dan mengetahui isi kandungannya,� ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|