CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

masih ada yang sayang..

[Copy link]
Post time 20-10-2006 09:06 AM | Show all posts
aku org perak..dok pun dekat ngan yayasan tue... insya Allah aku akan bantu mana yg patut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 09:26 AM | Show all posts

Reply #41 poppy_pop05's post

kire kite ni sekampung le ye..
bantu la mana yg patut!!..
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 20-10-2006 09:43 AM | Show all posts
di atas permintaan pihak tertentu, di bawah adalah foto ninjamerah tanpa topengnya.
sila tatap puas-puas dan camkan.
sudi-sudilah menegur kalau selisih.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 09:49 AM | Show all posts
halamak, ninja interprem ...

mekacih ninja atas usaha anda
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 04:21 PM | Show all posts
assalamualaikum
aku bukan org perak tapi terpanggil ke sini atas seruan ninja..semoga usaha semua diberkati
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2006 10:56 PM | Show all posts
ninja..
macam bandi amuk la...
teruskan usaha murni mu
aku akan bantu mana yang mampu
ko pm je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2006 03:42 PM | Show all posts
yoo ninjaa..
i'm supporting you alsoo...

plzz check your bank acc...
should increased one more "0"...
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 22-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 21-10-2006 03:42 PM
yoo ninjaa..
i'm supporting you alsoo...

plzz check your bank acc...
should increased one more "0"...


roger.
aku bercadang nak pergi pada 23hb , isnin lepas zohor ,mungkin  dalam pukul 2~4 pm gitu.
sapa free boleh la join. cara nak pergi, rujuk : http://ninjamerah.blogdrive.com/ ... -16_y-2006_o-0.html

[ Last edited by  ninjamerah at 22-10-2006 01:07 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2006 12:23 AM | Show all posts
aku kat kl...
sampaikan salam aku pada mereka2 semua
bagitau mereka, masih ada yang sayang!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 08:43 PM | Show all posts

Reply #48 ninjamerah's post

Ninja..dah pergi ye...macamana mereka...kalau tak keberatan bolehlah cerita..
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 27-10-2006 09:27 PM | Show all posts
sorry ....aku baru berkesempatan online hari ni.

lebih kurang beginilah apa yang telah berlaku...

aku tak jadi pergi pada hari isnin 23hb, sebaliknya telah kembali ke rancangan asal iaitu pergi pada hari raya ketiga iaitu pada hari  Khamis, 26hb Oktober. ini adalah kerana menurut Encik Khairul, anak anak yatim tersebut telah dihantar kepada waris/diambil oleh waris mereka pada hari sabtu 21hb, dan Encik Khairul sendiri balik beraya (kampung Encik Khairul aku tak tahu di mana, sebab aku tak tanya, tapi rasanya area selangor/kolompo). pembantu Encik Khairul juga balik beraya, jadi tiada siapa di yayasan tersebut pada 23hb. sementara itu, anak anak yatim tersebut kononnya akan balik ke yayasan pada raya ke 9~10. jadi, Encik Khairul mencadangkan agar aku tidak ke yayasan tersebut pada 23hb dan menunda lawatan kepada hari yang lain. (aku menyangkakan bahawa mereka ini yatim piatu sebatang kara, dan akan beraya di yayasan tersebut, tetapi nampaknya sangkaanku ini meleset).

aku bertolak ke yayasan tersebut pada hari Khamis, 26hb, kira kira jam 3.30pm dari Bercham, Ipoh (beraya ke rumah saudara). hajat hati nak naik highway dan turun di exit ipoh utara tetapi tersesat ke pusat bandaraya. alhamdulillah, dengan kehendak Allah, aku sampai juga ke kawasan yayasan tersebut (kg manjoi) berpandukan direction yang diberikan oleh salah seorang forumer kira-kira jam 4.40pm. aku singgah di surau berhampiran yayasan tersebut (kira kira 100 meter dari yayasan) untuk solat asar, dan setelah solat aku menuju ke yayasan.

encik khairul belum sampai lagi dari kampungnya, beliau dalam perjalanan ke yayasan dan sedang berada di area rawang pada ketika itu. aku disambut oleh warden wanita, Puan Azlina yang baru sahaja sampai dari balik beraya di kampungnya di Karangan, Kedah.

aku menyuarakan keinginan untuk melihat bahagian dalam asrama lelaki, tetapi asrama tersebut berkunci (aku rasa kunci dipegang oleh encik khairul). jadi aku hanya mengambil beberapa keping gambar di luar asrama tersebut.

kalau tak salah ingatan aku, menurut Puan Azlina, sewa rumah untuk kedua-dua asrama tersebut (lelaki + perempuan) ialah RM320. mungkin asrama lelaki rm240, perempuan rm80 (ini kena confirm dengan encik khairul). terdapat 4 orang yang bersekolah rendah, selainnya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Khas yang terletak kira-kira 2 km dari yayasan tersebut.

aku bertanyakan perihal bil elektrik (jumlah tertunggak, sama ada sudah settle atau belum, bil bulanan etc) tetapi nampaknya Puan Azlina tidak berapa tahu tentang urusan bil elektrik. aku juga bertanyakan jumlah pendapatan bulanan, ini juga tidak dapat dijawab dengan tepat oleh Puan Azlina. kesimpulannya ialah, sebarang pertanyaan dan cadangan hendaklah diajukan kepada Encik Khairul kerana nampaknya beliaulah yang menguruskan segala-galanya.

jumlah wang yang terkumpul ialah sebanyak RM530. sebanyak RM230 aku letakkan dalam 23 sampul, dan RM300 dalam satu sampul yang lain, dan wang tersebut aku serahkan kepada Puan Azlina (di atas arahan Encik Khairul).

gambar -gambar insya Allah akan aku upload kemudian, ini kerana sekarang ini aku berada di cybercafe, dan cybercafe ini mengdisablekan usb port, yang menyebabkan aku tidak boleh memindahkan gambar-gambar tersebut daripada digital camera ku.

Terima kasih kepada semua yang telah membaca thread ini, dan kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan projek ini.

Selepas ini insya Allah kita akan cuba usahakan untuk menjayakan projek ketiga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2006 02:02 AM | Show all posts
tq ninja...
kira ok la tu..
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 30-10-2006 09:56 AM | Show all posts
untuk tidak membebankan muka surat ni, maka aku telah meletakkan foto foto di fotopages. sila klik link di bawah untuk melihat apa yang telah aku tangkap.

http://ninjamerah.fotopages.com/ ... topages.com/?page=0



foto di atas ialah asrama lelaki. kelihatan bungkusan bungkusan hitam di atas tangga. ia berisi dengan pakaian yang menurut firasat aku, telah dihantar oleh penyumbang lain sebelum aku. mungkin mereka mendapati tiada orang di yayasan (kerana semua balik beraya) maka mereka telah meninggalkan bungkusan pakaian tersebut di atas tangga. sebenarnya terdapat sepucuk surat juga di atas tangga tersebut.

foto di bawah ialah asrama perempuan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 10:19 AM | Show all posts
mekacih en.ninja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2006 10:28 AM | Show all posts
terimakasih ninjamerah..

aku dah tengok koleksi gambar tu..  terkedu jugak bila tengok keadaan peti sejuk dan sinki (dan tempat basuh baju kot?) belakang asrama lelaki, tempat makan diorang
sungguh basic tahap kemudahan yang ada..  ruang solat/rehat pun tak berdinding, cemana gamaknya kalau time hujan dan angin kuat.. asrama perempuan tu, tingkapnya pecah ke sampai cuma ganti dengan kain sahaja?

semoga rezeki diorang makin murah selepas ini..
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 30-10-2006 10:35 AM | Show all posts
kot kot ada kenal wartawan buleh la mintak diorang buat cover-up rumah anak yatim ni?

dalam perjalanan pulang, aku ada melewati sebuah rumah anak yatim di jalan besar, (mungkin jalan raja?), tetapi keadaannya (melihat dari luar), nampaknya beberapa kali ganda lebih baik dari Yayasan Nurul Iman. sekurang-kurangnya ia adalah bangunan batu, dan bukan rumah papan seperti asrama lelaki YNI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ninjamerah This user has been deleted
Post time 30-10-2006 01:43 PM | Show all posts
aku baru saja berbual dengan Encik Khairul. maklumat yang kudapati daripada perbualan tersebut, sekira-kiranya:

yayasan ini telah ditubuhkan kira-kira pada 6 tahun yang lalu. mereka telah 4 kali berubah tempat. tempat sekarang adalah tempat yang keempat.

bilangan anak anak yatim yang dijaga ialah 23 orang. 6 orang bersekolah rendah (3L, 3P), dan 17 orang bersekolah menengah (12L, 5P).

sumbangan bulanan yang diterima secara kasarnya ialah RM800. tiada badan/agensi yang menyumbang secara tetap. walaubagaimanapun, ada individu yang menyumbang secara tetap sebanyak RM200 setiap bulan. biasanya, pada bulan Mei dan Jun, tiada sumbangan diterima, baik wang mahupun makanan. kalau adapun, jumlah sumbangan adalah menghampiri sifar. fenomena ini amat-amat menghairankan Encik Khairul.

jumlah perbelanjaan makanan untuk sebulan, secara teori ialah RM4000. (aku tak berapa ingat bagaimana sistem kiraannya) ini adalah kiraan paling sedikit yang digunakan oleh Encik Khairul apabila memohon bantuan daripada jabatan kebajikan masyarakat. hakikatnya adalah lebih tinggi. TIADA sumbangan bulanan daripada jabatan kebajikan masyarakat. Encik Khairul perlu memohon setiap kali inginkan wang, misalnya menjelang puasa atau akhir tahun untuk yuran sekolah. Encik Khairul kadang-kadang menangkap ikan sendiri untuk menampung keperluan makanan.

sewa rumah bulanan ialah sebanyak RM380, pada tahun depan akan berkurang ke RM350. sekarang ini terdapat 3 buah rumah iaitu rumah papan asrama lelaki, rumah asrama perempuan dan tukang masak (Puan Azlina) dan sebuah rumah lagi di seberang jalan (yang ini aku tak perasan). sewa rumah asrama lelaki ialah RM140, rumah di seberang jalan ialah RM160. mungkin asrama perempuan RM80. pada tahun depan, Encik Khairul akan berhenti menyewa rumah di seberang jalan, dan pajak tanah untuk rumah papan sekarang, menjadikan jumlah keseluruhan untuk perbelanjaan rumah/tanah pada tahun depan berjumlah RM350 sebulan.

yuran tahunan bagi pelajar sekolah rendah ialah kira-kira RM80 seorang, bagi pelajar sekolah menengah kira-kira RM100 seorang. terdapat variasi dalam yuran, namun demikian, jumlah keseluruhan yuran tahunan pasti menelan belanja RM2000.

bil air datang 2 bulan sekali, dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM250/2 bulan. bil eletrik pula ialah kira-kira RM150 sebulan. bil elektrik yang tertunggak selama 3-4 bulan berjumlah kira-kira RM800 itu telah dilunaskan oleh Encik Khairul melalui sumbangan yang diterima pada bulan puasa yang lalu. dengan kata lain, tiada lagi bil yang tertunggak sekarang.

termasuk Encik Khairul, terdapat 2 lagi pekerja lain iaitu seorang tukang masak merangkap warden perempuan (Puan Azlina) dan seorang Ustaz. Di dalam kertas, gaji tukang masak ialah RM400. itupun biasanya tidak bayar sebab tiada wang. Cuma bulan puasa yang lalu dapat bayar sebab dapat banyak sumbangan. Tukang masak tidak perlu bayar duit sewa rumah/elektrik/air. Rumah tukang masak adalah bersebelahan penginapan perempuan (maknanya asrama perempuan ada 2 pintu). gaji Ustaz ialah RM500 dan mesti dibayar setiap bulan.

Menurut Encik Khairul, mereka tidak pernah mendapat liputan media sebelum ini.  krew Bersamamu ada datang beberapa kali untuk berbincang  tarikh penggambaran, namun atas sebab sebab yang ***tidak diketahui***, mereka tidak dapat datang untuk penggambaran.

Kesimpulannya:
-tiada sumbangan tetap dari badan/agensi besar
-sangat perlu kepada sumbangan Tuan/Puan/orang ramai

-angka angka:
sumbangan diterima : RM800 sebulan

sewa rumah:RM380 sebulan
bil air:RM125 sebulan
bil elektrik:RM150 sebulan
yuran sekolah:RM2000 setahun
gaji tukang masak:RM400 sebulan
gaji ustaz:RM500 sebulan
makan:??? cuba congak sendiri.

Jika sudi, masukkanlah sumbangan anda ke :
Ambank  
003-202-100094-2
Yayasan Nurul Iman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 30-10-2006 03:36 PM | Show all posts
memandangkan projek satu dan projek dua telah berjaya, aku rasa kita boleh melancarkan projek ketiga, iaitu projek mengumpul dana bulanan secara tetap.

sepertimana yang telah aku bentangkan sebelum ini, projek ketiga ini ialah membentuk satu kumpulan forumer yang akan menyumbang secara tetap setiap bulan untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan yayasan. seorang khadam akan mengingatkan para forumer tersebut supaya memasukkan wang ke dalam akaun yayasan setiap awal bulan.

secara teorinya, kalaulah kita dapat mengumpulkan 60 orang forumer yang sudi menderma sebanyak rm10 setiap bulan, kita sudah dapat cover sewa rumah dan bil elektrik.

aku harap mereka yang sudi terlibat di dalam projek ini dapat meng pm aku supaya aku dapat membuat senarai penderma tersebut.nyatakan juga berapa sumbangan yang ingin anda sumbangkan setiap bulan. cadangan aku ialah RM10 setiap bulan.walau bagaimanapun, boleh bagi RM5.00, dan boleh juga bagi RM500.00, bergantunglah kepada keselesaan poket kalian.

tidak semestinya anda dapat membuat sumbangan setiap bulan, mungkin ada ketika ketikanya berlaku kekeringan dompet. jangan risau, anda tidak akan didenda atau dipandang serong. jadi, tidak perlu risau atau malu untuk menyertai projek ini.

kepada mereka yang tidak mampu membuat sumbangan setiap bulan, boleh juga menyumbang pada bila-bila masa, dan pada mana- mana jumlah. tiada had dalam sumbangan.

yang demikianlah cadangan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 09:15 PM | Show all posts
Aku sokong apa sahaja untuk membantu golongan anak yatim dan dari kalangan keluarga miskin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 09:20 PM | Show all posts
Jom update nama yg sudi membantu adik-adik kita nih...
Aku mulakan dulu yee... korang boleh tambah sendiri...


1.Fazamania
2.
3.


sila tambah .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090494 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list