View: 7150|Reply: 13
|
[PENDAPAT] Kisah Di Sebalik Nama Alor Gajah
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 12:53
Kisah Di Sebalik Nama Alor Gajah
Oleh Mohd Bakri Darus
MELAKA, 15 Ogos (Bernama) -- Sesiapa yang memasuki Melaka dari sempadan Negeri Sembilan, sudah pasti akan melalui Alor Gajah, satu daerah yang terkenal dengan kisah pahlawan Naning, Datuk Dol Said yang menentang British dalam Perang Naning pada 1832.
Singgah menjamu selera pastinya antara hidangannya adalah masakan Minang, resipi warisan penduduknya kerana Alor Gajah pada mulanya dikatakan didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12.
"Jangan terkejut kalau dengar pertuturan penduduk di sini lebih kepada loghat orang Negeri Sembilan. Ramai di sini mengamalkan adat Pepatih, tak sama dengan orang Melaka yang mengamalkan adat Temenggong," kata seorang penduduk Malek Yahya, 40.
Nama Alor Gajah pula diambil daripada tabiat sekumpulan gajah liar kononnya diketuai seekor gajah putih yang gemar melalui alur di sebatang sungai dan penduduk menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.
Dari kawasan belantara, kini daerah Alor Gajah seluas 66,302 hektar meliputi 16 pekan kecil dan 31 buah mukim terus membangun dengan penekanan utama sektor perindustrian, pelancongan, pertanian dan pendidikan.
Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Durian Tunggal dan Pulau Sebang adalah nama pekan kecil yang sedang dibangunkan oleh kerajaan.
Alor Gajah yang bersempadan dengan daerah Tampin, Negeri Sembilan merupakan antara pintu masuk utama dari Lebuhraya Utara Selatan ke negeri ini sekaligus menjadikannya daerah "penyambut" tetamu kepada pelawatnya.
"Dulu sebelum adanya Lebuhraya Utara Selatan, nak lintas jalan di sini pun susah banyak kereta, lori dan bas. Inilah jalan utama untuk pergi ke bandar Melaka-Muar hingga Johor Baharu (dari Kuala Lumpur/negeri utara)," kata Malek yang rumahnya berhampiran jalan tersebut yang telah dinaiktaraf kepada empat lorong.
Pembinaan jalan empat lorong Simpang Empat-Melaka-Muar itu memudahkan lagi perjalanan selain menjana pertumbuhan pusat perniagaan, perindustrian dan perumahan.
ALOR GAJAH KAYA PRODUK PELANCONGAN
Daerah Alor Gajah sememangnya kaya dengan tarikan pelancong tetapi jumlah mereka yang berkunjung ke sini tidaklah sesesak di Bandar Hilir dan Ayer Keroh yang lazimnya dilihat pada hujung minggu dan cuti persekolahan.
Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Pantai Telok Gong dan Pantai Kemunting adalah lokasi menarik untuk berkelah bagi mereka yang mengemari keindahan pantai.
Bagi mereka yang ingin melihat penyu bertelur eloklah berkunjung ke Pantai Kemunting dan di situ juga terdapat Muzium Penyu dan Pusat Pengurusan Penyu Melaka, sebuah pusat yang bertanggungjawab memelihara dan membiak haiwan yang semakin pupus khususnya spesies penyu karah.
Bagi penggemar burung, bolehlah berkunjung ke Hutan Rekreasi dan Persinggahan Burung Tanjung Tuan untuk melihat ribuan burung hijrah yang singgah di situ secara bermusim lazimnya pada Februari hingga Mac.
Di sini juga terdapat lokasi melihat anak bulan dan planetarium - Balai Cerap Al-Khawarizmi di Pengkalan Balak, produk baru yang memberi kelainan kepada pelawatnya.
Daerah ini juga mempunyai kawasan rekreasi menarik seperti Dataran Alor Gajah, Empangan Rekreasi Durian Tunggal, Taman Rama-rama Durian Tunggal, Taman Tema Air A'Famosa Resort, Safari World di A'Famosa, Taman Burung di Durian Tunggal, Taman Rekreasi Bukit Beringin, Taman Rekreasi Lubok China, Taman Keretapi di Pulau Sebang (Stesen Keretapi) dan Kompleks Air Panas Gadek.
Daerah ini juga mempunyai tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati antaranya peninggalan Kota Belanda, Rumah Api Tanjung Tuan, Muzium Daerah Alor Gajah dan bangunan lama seperti masjid yang struktur binaannya yang unik dan masih utuh.
Tarikan terbaru, D-Paradise Tropical Fruit World & Aboriginal Native Village di Kampung Brisu yang ditanam dengan kira-kira 800 spesies pokok buah-buahan.
PELANCONGAN PENDIDIKAN BANTU ALOR GAJAH
Pelancongan pendidikan, satu daripada 12 sub sektor pelancongan yang diperkenalkan kerajaan dalam menarik ramai pelancong ke negeri ini, dilihat akan menjadi daya penarik pelawat ke daerah ini.
Untuk itu, beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) diwujudkan yang bukan sahaja menawarkan peluang untuk para pelajar meneruskan pelajaran malah keluarga yang datang menjenguk anak-anak mereka juga akan mengambil kesempatan untuk melawat lokasi pelancongan, membeli belah serta menjamu selera.
Antara IPT terbaru yang dibina ialah Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM) di Kuala Sungai Baru yang setakat ini mempunyai pelajar 2,600 orang dan kapasitinya adalah 5,000 pelajar.
IPT lain ialah Universiti Institut Teknologi MARA di Lendu, Kolej Universiti Teknologi Kebangsaan Malaysia di Durian Tunggal, Pusat Matrikulasi Londang, Kolej Risda, Institut Yayasan Alor Gajah, Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Universiti Kuala Lumpur.
Pusat Latihan pula ialah Pusat latihan RELA di Sungai Udang, Pusat Giat MARA, Kem Bina Negara Hutan Percha, Pusat Rakan Muda, Pusat Latihan RISDA di Ayer Paabas, Adtec Technology Centre, Institut Teknologi Kejuruteraan Kimia Malaysia (MICET) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
KEMUDAHAN LALUAN DIPERTINGKATKAN
Bagi mengoptimumkan faedah daripada sumber pelancongan ini, kerajaan negeri juga sedang berusaha mempermudahkan pelancong untuk sampai ke destinasi berkenaan termasuk memperbesarkan jalan sedia ada dan membina jalan baru.
Antaranya ialah membina jalan raya empat lorong dari Simpang Empat (Alor Gajah) ke bandaraya Melaka dan hujung tahun ini akan siap hingga Sungai Rambai/Kesang, Muar.
Pembinaan jalan empat lorong dari Ayer Keroh ke Sungai Udang akan membolehkan ramai pelancong pergi ke Masjid Tanah, Kuala Linggi dan kawasan lain di daerah itu dengan cepat.
Pembinaan jalan di sepanjang persisiran pantai Selat Melaka iaitu dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah dan Klebang juga akan membolehkan kawasan sepanjang persisiran pantai dikunjungi dengan lebih mudah.
Pendek kata, Alor Gajah yang dahulunya menyimpan banyak rahsia sejarahnya kini bukan setakat ingin berkongsi sejarah silamnya malah menawarkan destinasi menarik untuk setiap pengunjung.
-- BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada ifalah yg sesekali ke AG ni.....Landskap dia memang lawa n ade citarasa tersendiri...dari segim pembangunan pula..ianya lebih pesat berbanding jasin (pandangan kasar dr persepektif infra)..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat ko amik gambar D Mart ni ye..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Cik_Leha at 13-10-2006 02:15 PM
Sempat ko amik gambar D Mart ni ye..hehehe
Taklah!.......cari kat inet tadi....:love:
Alor Gajah yang terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar, kini Alor Gajah menjadi sebuah daerah yang sedang pesat membangun.
Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.
Majlis Luar Bandar Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Alor Gajah pada 1 Julai 1978.
Kini daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang mengikut banci penduduk bagi tahu 2000. Pekan Alor Gajah terletak 24km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan |
|
|
|
|
|
|
|
aku balik tak suka pi pekan alor gajah....
aku rasa pekan masjid tanah lagi besar dari pekan alor gajah nie... |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah psl gajah
hehehhehehe...
20 thn idup kat mlk bru tau asal usul alor gajah
wakakkakak |
|
|
|
|
|
|
|
mmm nak tnye kan ade sign board yg g mekkah la, uk la, londan la kt tgh bandar alor gajah tu da xde ek...
sbb aritu g tgk da xde da..
pasal cabut..bkn da lama ke kt tgh2 jln tu..
hehehe byk kenangan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
cheh ingtkan pendak je
skali panjang daaaa....
x jadi bace |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan laluan aku nak gi keje nihh..
banyak perubahan dah skang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miss_ard at 10/14/06 09:22 AM
mmm nak tnye kan ade sign board yg g mekkah la, uk la, londan la kt tgh bandar alor gajah tu da xde ek...
sbb aritu g tgk da xde da..
pasal cabut..bkn da lama ke kt tgh2 jln tu..
hehehe byk kena ...
Dah lama dah takde..ntah sape yg cabut agaknye...heheehe |
|
|
|
|
|
|
|
uik....teringat zaman2 sekolah dulu...:lol
tempat2 ku melepak...tempat2 ku makan....dan juga ponteng sekolah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|