CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Presa1200

Perihal Umur Perkahwinan 'Aisyah RA dgn Nabi MuhammadSAW...

 Close [Copy link]
Post time 23-11-2006 12:30 AM | Show all posts
Sama ada Sy Aisyah berumur 6 atau 16th ketika dinikahi nabi dan berumur 9 atau 19th ketika mula2 tinggal bersama nabi sedikitpun tidak mengurangkan atau menambahkan kemuliaan Rasulullah.

Bagaimanapun sekiranya kita membaca dan memperhalusi kajian terperinci yg dilakukan oleh Maulana Habibur Rahman dgn hujah2nya yg meyakinkan,kemungkinan umur Sy Aisyah adalah 19th atau lebih ketika berkahwin adalah tidak dpt ditolak.

Selama ini kita cuma 'mengikut arus perdana' yg sentiasa diulang2 bhw umur Sy Aisyah sekian2 ketika dinikahi nabi.Tidak adanya kajian terperinci dilakukan krn mungkin kurangnya keperluan berbuat begitu pd masa lalu.B'manapun apb dunia semakin terbuka dgn minda manusia juga sama terbukanya dan timbulnya cabaran2 baru terhadap agama maka tidak dapat tidak sesuatu perlu dilakukan utk mencari 'jawapan yg lebih meyakinkan' utk isu yg satu ini.

Saya kira ini tidaklah menyangkut soal akidah dan hukum hakam tentunya.Lagipula tidak mengubah maksud mana2 ayat alquran.Cuma perubahan angka2 tertentu yg selama ini berkemungkinan tersilap oleh sikap kurang cermat kita dlm mengimani hadis.

Bukan bermaksud utk menuruti dan mengikut rentak musuh2 Islam dsb,tp penilaian semula ini sangat menarik dan munasabah.:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 22-11-2006 19:30
Sama ada Sy Aisyah berumur 6 atau 16th ketika dinikahi nabi dan berumur 9 atau 19th ketika mula2 tinggal bersama nabi sedikitpun tidak mengurangkan atau menambahkan kemuliaan Rasulullah.

Bagaima ...

:setuju: Ni zaman IT la... Dunia dah jadi tanpa sempadan. Maklumat dari kutub utara boleh sampai ke kutub selatan dalam beberapa saat saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by manzilla at 23-11-2006 18:35

:setuju: Ni zaman IT la... Dunia dah jadi tanpa sempadan. Maklumat dari kutub utara boleh sampai ke kutub selatan dalam beberapa saat saja...

Betul...
berfikirlah dengan waras dan gunakan segala kemudahan yang ada.......
:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 23-11-2006 12:30 AM
Saya kira ini tidaklah menyangkut soal akidah dan hukum hakam tentunya.Lagipula tidak mengubah maksud mana2 ayat alquran.Cuma perubahan angka2 tertentu yg selama ini berkemungkinan tersilap oleh sikap kurang cermat kita dlm mengimani hadis
Bagaima ...


Hmm.....

saya tak pasti tentang akidah itu
tetapi pasal hukum hakam.....................
jika kita tolak atau mengabaikan hadis tersebut
berlakulah sedikit perubahan hukum hakam dalam perkahwinan
terutama dari segi perkahwinan kanak-kanak... mungkin laa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 05:30 PM | Show all posts

Dulu lain sekarang lain.

Para ulama sepakat bahawa fatwa boleh berubah dengan berubahnya masa, tempat, masyarakat dan keadaan.Suatu ketika dulu sebelum kajian tentang rokok dibuat ulama mengatakannya hukumnya makruh, tak boleh salahkan ulama, mungkin ketika itu tidak ada keperluan untuk mengkaji rokok, jadi mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan apa yang mereka tahu. Setelah kajian tentang rokok dibuat dan bahayanya telah dibuktikan, ulama mengharamkan pula rokok. Kelihatannya hujah mereka pula yang lebih kuat daripada golongan ulama dahulu. Manusia semakin maju dari hari ke hari. Kalau ulama zaman sekarang mengharamkan kahwin kanak-kanak pun apa peliknya. Hujah mereka lebih kuat kalau nak dikira.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:25 PM | Show all posts
Lain Ulu Lain Parang,
Lain Dulu Lain Sekarang.


p/s - Tapi ada yang cakap lucah, macam kata orang utara - lain bulu lain orang.:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2006 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by manzilla at 24-11-2006 05:30 PM
Para ulama sepakat bahawa fatwa boleh berubah dengan berubahnya masa, tempat, masyarakat dan keadaan.



Ni pandangan sendiri ke? atau bersumber rujukan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 22-11-2006 10:44 AM
Bateesta... part mana yang semuanya betul tu? Adakah kahwin dalam umur 6 tahun itu betul dan kahwin umur 16 tahun itu juga betul?

Adakalanya... setengah para cendikiawan islam ni... hal2 sebegin ...

Faham baik2 apa yg aku ckp. Maksud aku betul tu ialah ORANG YANG MEMPERCAYAI FAKTA YANG DIPEGANGNYA LAH YG PALING BETUL , bkn kebenaran hakiki yg hanya ALLAH sahaja mengetahuinya , harap crystal clear:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 24-11-2006 17:28



Ni pandangan sendiri ke? atau bersumber rujukan?

Ntah? aku pun baca dalam risalah je... HiHi!:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:10 PM | Show all posts
Nauzubillah...aku pun dari dulu rase macam something wrong dengan kisah Nabi SAW berkahwin dengan Siti Aisyah RA sebab kalau benarlah dah tentu ramai sahabat-sahabat Nabi SAW akan ikut sama berkahwin dengan kanak-kanak kerana mahu mengikut sunnah..Walaubagaimanapun itu pendapat aku ajer dan aku cuma manusia ajer dan tak lari dari silap...

[ Last edited by  antiQue at 5-2-2007 07:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 04:56 PM | Show all posts
musykil gak camne aisyah buleh cerita detail macamana abubakar hijrah bsama nabi di siang hari padahal ketika tu dia baru berusia 4 atau 3 tahun (menurut versi kawin ketika 6 tahun)

rujukan: sahih bukhari

apapun tak leh abaikan mana2 pendapat...

kita apa tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 22-12-2006 04:56 PM
musykil gak camne aisyah buleh cerita detail macamana abubakar hijrah bsama nabi di siang hari padahal ketika tu dia baru berusia 4 atau 3 tahun (menurut versi kawin ketika 6 tahun)

rujukan: sah ...


Memang betul kita tak boleh menolak 100% hadis-hadis kerana ia semua diriwayatkan oleh orang yang hidup sezaman dengan Nabi SAW...sebab tuh kita berpegang dengan ASWJ bukan Syiah sebab Syiah memang tolak 100% hadis sebab mereka bengang dengan para Sahabat.

P/S: Sapelah kita nak mengkritik sahabat sedangkan habuk pasir di tapak kuda para sahabat pun tak sama taraf dengan kita nie...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 22-12-2006 05:29 PM


Memang betul kita tak boleh menolak 100% hadis-hadis kerana ia semua diriwayatkan oleh orang yang hidup sezaman dengan Nabi SAW...sebab tuh kita berpegang dengan ASWJ bukan Syiah sebab Syiah me ...


syiah tak tolak 100% hadith... get your facts right first...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-12-2006 12:20 AM


syiah tak tolak 100% hadith... get your facts right first...


Yup..mereka tak tolak semua, tapi mereka tolak kebanyakkan Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang mereka consider dah murtad. Even semua khalifah-khalifah besar kecuali Saidina Ali k.w. dikafirkan oleh mereka selepas kewafatan Nabi SAW.

Tuh sebab bole timbul citer-citer merepek cam Nabi SAW kawin dengan kanak-kanak..harap bole amik iktibar dari sini.

[url=http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/umreaisyah.htm#KEENA]HUJAH  KEENAM
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 22-12-2006 04:10 PM
Jahat penipuan yang dibuat oleh golongan Syiah nie...Nauzubillah...aku pun dari dulu rase macam something wrong dengan kisah Nabi SAW berkahwin dengan Siti Aisyah RA sebab kalau benarlah dah tent ...



common sense that makes sense
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 22-11-2006 11:20 AM


Saya juga difahamkan begitu.  Baginda tidak terus bercampur dengan Siti Aisyah selepas sahaja Baginda berkahwin.

Malah ada diceritakan kisah Siti Aisah mengajak Nabi kita berlumba lari de ...


yg nih ader dlm kisah2 muktbar.....memang baginda dikahwinkan lebih awal.......tp baginda hanya bersama Aisyah bila dia dah cukup umor.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2007 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 17-11-2006 04:39 PM



saya tak kisah semua itu apa perbuatan nabi muhammad sememangnya saya tak pernah pertikaikan, apa yang saya kisah adakah hadis dari Hashim tersebut boleh dipercayai apabila bercanggah denga ...


Hadis dari Hisham bin Urwah, memang ada masalah sikit..aku pernah terbaca dari satu artikel dulu ttg isu ini, ttp entah mana dah artikel tu, ia dah jawab tentang isu ini bahawasanya Hadis Hisham Urwah itu adalah hadis yg boleh dipetikaikan kesahihannya kerana sewaktu itu perawi tersebut juga dipertikaikan keperibadiannya.

(ooppsss....rupanyer dah ader di posting kat atas tu..sila baca yg dipost oleh rurouni-khairul tu...)

Bginilah,

tujuan dpertikaikan perkahwinan RSAW dan Saidatina Aisyah itu adalah sbg satu provokasi sebnarnya oleh pihak kafir dan munafik.

1. Memberi keraguan kpd hadis2 yg diriwayatkan oleh S.Aisyah (Good for Syiah sebb memberi mereka hujah yg baik utk menolak hadis2 yg digunapakai oleh Sunni)
2. Memberi keraguan kepada peribadi mulia RSAW
3. Memberi keraguan kepada hukum hakam yg bersumberkan Al Quran dan Hadis (Good for Syiah sebab memberi mereka hujah yg baik utk menolak al quran hadis2 yg digunapakai oleh Sunni)
4. Memberi perasaan inferiority complex kepada umat ISlam atas tuduhan RSAW mengahwini budak kecil
5. Cuba membuktikan RSAW itu sendiri tdk memberi contoh yang baik
6. Satu seranganperibadi ke atas kemuliaan RSAW (Atas dakwaan RSAW itu bukan layak utk menjadi pemimpin)
7. Serangan peribadi kepada Saidina Aisyah (ini cukup baik utk Syiah sebb mereka ada bukti utk menguatkan hujah mereka mengkafirkan S. Aisyah)

Maka renungilah dengan akal dan hati yg mencintai RSAW dan ahlulbaitnya, maka di sana tdk ada keraguan lagi kepada kita semua bahawa walau apa fakta sekalipun yg dicanang dan apa saja bukti yg cuba dibuktikan oleh org kafir dan munafik ini maka kita tetap atas keyakinan yg tdk berbelahbahagi.

p/s : tak perlu ler bawa thread ni ke subboard yer mod2....bila bincang soal isu spt ini, tak logik ler klau tk sebut aliran pendapat firqah2 yg ader....

[ Last edited by  rainbows at 4-2-2007 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by Mulan at 4-2-2007 12:51 AM



common sense that makes sense


Yup, that's why we must not always let ourself to be "spoon fed" by intrested party for such non-sense!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 01:32 AM | Show all posts
Masalah kita mmg diajar apa yg generasi kita ajar dari kecik. Sometimes spai mati pun kita x tau crita sbnar. Mmg x salah sesiapa pun, mmg cerita tu camtulah utk trus menuju ke arah takdir yang telah ditetapkan
Cth , ada orang dpt info konon2 sumber dia lah plg betul dr orang lain and etc , maka brlaku chaos , so smua elemen2 tu part of the stories lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 09:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 13-12-2010 09:28

Penjelasan umur Aisyah

PARA pembaca dan pengkaji serta pencinta ilmu yang budiman. Saya yakin ada pembaca budiman yang terperanjat dengan artikel yang diterbitkan sebelum ini, mengenai umur Aisyah.

Artikel itu disediakan dengan bantuan beberapa teman sepejabat. Mungkin ada yang kurang senang dengan artikel tersebut memandangkan isi kandungannya tidak menyebelahi penetapan umur Aisyah ketika bernikah dengan Nabi SAW.

Para pembaca harus faham bahawa untuk membincangkan sesuatu topik yang besar seperti ini perlukan ruangan yang lebih besar.

Jadi, dalam ruangan yang sempit, masa yang terhad dan kepakaran yang terbatas pastinya terdedah kepada kelemahan dan kekurangan.

Harapan saya, para pembaca tidak mengambil kesempatan mencela dan mengata di belakang. Kita semua bertanggungjawab menyebar dan mempertahankan ajaran Islam serta menjaga kesuciannya. Lebih-lebih lagi yang berkaitan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, pembawa syariat Allah.

Rupanya, kebanyakan kita lupa kepada ayat Allah SWT yang bermaksud: … dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan takwa dan jangan sama sekali kamu bantu membantu dalam perkara dosa maksiat dan pencerobohan…(al-Maidah: 2)

Menolak hadis-hadis yang sahih adalah jenayah dalam Islam. Kami yang berusaha mempertahankan hadis-hadis yang sahih tidak akan menolak hadis-hadis yang sahih. Lebih-lebih lagi hadis dari Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Apa yang berlaku adalah satu kecuaian yang tidak disengajakan dalam memilih pendapat dalam penetapan umur Aisyah r.a yang dirujuk.

Bagi membetulkan fakta dinyatakan pendapat yang rajah dan selari dengan hadis-hadis yang sahih seperti berikut.

Penetapan umur Aisyah r.a ketika dinikahkan dengan Rasulullah SAW adalah ketika Aisyah berumur enam tahun dan Rasulullah tinggal bersama berumur sembilan tahun bukanlah ijtihad ulama sehingga boleh ditentukan kesahihan dan kesalahannya.

Penetapan ini adalah daripada nukilan sejarah yang telah pasti kesahihannya dan mesti diakui dan diterima tanpa bantahan. Dikhuatiri bantahan dan penolakan terhadap penetapan umur Aisyah r.a dinikahi Nabi saw ketika berumur enam tahun mengundang kepada penolakan hadis-hadis yang sahih dari sudut sanad dan matannya.

Hal ini berdasarkan beberapa faktor yang akan dinyatakan sebagaimana di bawah.

l Penetapan atau pengakuan ini adalah bersumberkan kata-kata pemilik kisah sendiri iaitu Ummul Mukminin Aisyah r.a. Bukan juga sesuatu yang ditetapkan oleh ahli sejarah. Kisah perkahwinan ini diriwayatkan oleh Aisyah r.a sendiri:- Daripada Aisyah r.a. berkata: Nabi SAW. melaksanakan pernikahan denganku ketika aku berumur 6 tahun. Kami pergi ke Madinah dan tinggal sementara di perkampungan Bani al-Harith b. al-Khazraj. Kemudian aku ditimpa penyakit yang menyebabkan rambutku gugur. Lalu rambutku tumbuh semula. Ketika aku bermain-main dengan rakan-rakanku, ibuku Ummu Ruman memanggilku. Aku pun mendapatkan ibuku tanpa mengetahui apa yang dikehendakinya. Ibuku memegang tanganku dan membawaku sehingga memberhentikanku di hadapan pintu rumah. Aku merasa gementar dan sesak nafas, apabila gementarku semakin hilang, ibuku mengambil sedikit air dan membasahkan wajah serta kepalaku. Lalu ibuku membawaku masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah aku dapati sejumlah wanita-wanita Ansar. Mereka berkata: Di atas kebaikan dan keberkatan, kebaikan yang akan datang. Ibuku menyerahkanku kepada mereka. Mereka mempersiapkanku dan memperelokkan keadaanku. Tanpa aku menyedari, pada waktu duha Rasulullah SAW tiba, maka aku diserahkan kepada Baginda. Ketika itu aku berumur sembilan tahun.

Riwayat daripada Aisyah r.a ini ada di dalam kitab hadis yang paling sahih selepas kitab Allah iaitu Sahih al-Bukhari (3894) dan Muslim (1422).

Kisah ini diriwayatkan atau datang dari Aisyah r.a melalui jalur periwayatan (sanad) yang banyak selain riwayat yang paling masyhur iaitu daripada Hisyam bin Urwah bin al-Zubair, daripada bapanya Urwah bin al-Zubair, daripada Aisyah r.a dan jalur Hisyam bin Urwah ini merupakan riwayat yang paling sahih.

Urwah bin al-Zubair ialah antara perawi yang paling mengenali Aisyah, kerana Aisyah adalah ibu saudaranya.

Riwayat-riwayat lain berkenaan kisah ini adalah melalui:

l Riwayat al-Zuhri daripada Urwah bin al-Zubair dari Aisyah r.a. (Muslim 1422)

l Riwayat al-A'mash, daripada Ibrahim, daripada al-Aswad, Aisyah berkata: Rasulullah SAW mengahwininya ketika dia berumur 6 tahun, tinggal bersamanya ketika berumur 9 tahun dan Rasulullah wafat ketika Aisyah berumur 18 tahun. (Muslim 1422)

l Riwayat Muhammad bin Amr, daripada Yahya bin Abdul Rahman bin Hatib, daripada Aisyah. (Abi Daud 4937).

Para perawi yang menyokong riwayat Urwah bin al-Zubair pula adala: al-Aswad bin Yazid, al-Qasim bin Abd Rahman, al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, Amrah binti Abdul Rahman dan Yahya bin Abdul Rahman bin Hatib.

Perawi yang menjadi mutabi' bagi Hisyam bin 'Urwah bin al-Zubair adalah Ibn Syihab al-Zuhri dan Abu Hamzah Maimun maula Urwah.

Perawi yang mengambil daripada Hisyam bin Urwah daripada penduduk Madinah Abu al-Zinad Abdullah bin Zakwan, anaknya Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad, Abdullah bin Muhammad bin Yahya bin Urwah. (Ini menunjukkan Hisyam turut meriwayatkan kisah ini sewaktu dia berada di Madinah).

Di kalangan penduduk Mekah Sufyan bin Uyaynah; penduduk al-Ray, Jarir bin Abd Hamid al-Dobbi. Di kalangan penduduk Basrah ialah Hammad bin Salamah, Hammad bin Zayd, Wuhaib bin Khalid dan sebagainya.

Semua ini bagi menjawab sangkaan bahawa Hisyam bin Urwah bersendirian meriwayatkannya dan sangkaan bahawa Hisyam telah bertukar atau berubah hafalannya di akhir umurnya.

Imam al-Zahabi berkata: "Hisyam bin Urwah, salah seorang ulama tetapi apabila sudah berumur, hafalannya sedikit kurang, beliau tidak pernah al-Mukhtalid (bercampur @ berubah antara yang salah dengan yang benar dalam riwayat)."

Apabila beliau sampai di Iraq di akhir umurnya, beliau menyampaikan ilmu dan terdapat amat sedikit yang tidak dinyatakan ketepatannya. Perkara ini juga berlaku kepada Malik, Syu'bah, Waqi' dan ahli-ahli hadis yang terkemuka. (Mizan al-I'tidal 4/301-302)

Adapun pendapat yang mengatakan bahawa Hisyam bin Urwah dan Suhail bin Abi Sahih telah mukhtalid, benar seseorang itu akan berubah sedikit dengan hafalannya iaitu tidak seperti ketika mudanya, maka beliau tidak beberapa pasti akan hafalannya.

Begitu juga kisah perkahwinan Nabi SAW dengan Aisyah r.a ketika beliau berumur sembilan tahun. Diriwayatkan oleh selain Aisyah, di kalangan mereka yang sempat bersamanya dan lebih mengenalinya daripada orang lain.

Telah diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad daripada Muhammad bin Bisyr, berkata: "Muhammad bin Amr telah memberitahu kami, Abu Salamah dan Yahya juga telah memberitahu kami ….. Di dalam riwayat ini dinyatakan bahawa umur Aisyah ketika akad adalah 6 tahun dan tinggal bersama ketika 9 tahun. (Musnad Ahmad 6/24)."

Berkata Imam al-Bayhaqi, ketika mengulas hadis: "Aku tidak mengetahui tentang ibu bapaku melainkan mereka sudah memeluk agama Islam berkata Aisyah dilahirkan di dalam Islam, kerana bapanya memeluk Islam sewaktu permulaan Rasulullah SAW dilantik."

Maka jelas melalui hadis-hadis sahih di atas bahawa umur Aisyah ketika dinikahi oleh Nabi SAW adalah enam tahun.

Mudah-mudahan jawapan yang ringkas ini memberi manfaat kepada mereka yang ikhlas mencari kebenaran.


/- Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080317 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list