CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: casejulia

Maksudnya Tritunggal

[Copy link]
 Author| Post time 11-11-2006 09:43 PM | Show all posts
3. Triniti dalam formula baptisan air

Baptislah mereka dalam nama

Bapa
Anak, dan
Roh Kudus
(Matius 28:19)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2006 09:53 PM | Show all posts
[size=-1]4. Triniti dalam contoh yang diberi Rasul Paulus dalam Efesus 4

Roh Kudus
Hanya ada satu tubuh dan satu Roh . . . (ayat 4)

Anak (perkataan 'Tuhan' atau 'Lord' sering dipakai untuk Yesus)
Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan . . . (ayat 5)

Allah Bapa
. . . dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui orang, dan tinggal di dalam semua orang. (ayat 6)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2006 09:57 PM | Show all posts
[size=-1]5. Triniti dalam doa pemberkatan

Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu,

Allah mengasihi kamu, dan

Roh Allah menyertai kamu semua. (2 Korintus 13:13)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2006 10:10 PM | Show all posts
[size=-1]Ini hanya beberapa contoh di mana ketiga-tiga peribadi Allah dilihat bersama, setaraf dan sama-kekal.
Dan sesudah Ia(yesus) ditinggikan oleh tangan kanan Allah dan menerima Roh Kudus yang dijanjikan itu, maka dicurahkan-Nya apa yang kamu lihat dan dengar di sini(Kisah Para Rasul 2:33).

Contoh-contoh kewujudan Allah yang bersifat esa tetapi tiga yang banyak dalam Alkitab menjadikan akidah ini satu akidah utama iman Kristian. Setakat ini kita sudah melihat bahawa Allah esa dan adalah tiga peribadi.
Ketiga peribadi ini bukan tiga Allah yang berasingan mahupun satu Tuhan yang menyatakan (atau menjelma) diriNya dalam tiga rupa atau oknum.

Yang pasti, ada perbezaan di antara ketiga peribadi Allah khususnya dalam perhubungan dan kerja mereka. Seringkali para Muslimin dan muslimat telah membuat salah tanggapan bahawa umat Kristian itu menyembah 'tiga Tuhan'. ini adalah jauh sekali dari hakikatnya yang sebenar! Umat Kristian mempunyai pegangan yang teguh kepada KEESAAN ILAHI sepertimana yang telah diajar oleh Yesus serta murid-muridNya sendiri
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 11-11-2006 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by Truth.8 at 11-11-2006 03:18 PM
Why is my thread is deleted?? is wrong for me says that allah should not  be used  and u deleted?

u can delete my thread in judgment u answerable for it

tak perlu sampai judment day, now shei can answer for it here. :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by casejulia at 11-11-2006 05:26 PM

I have splitted your post and others post and threw it to CHRISTIANITY DEBATE. Reason: out of topic. Thank You.



u have called God name as allah yet u says different topic.

If allah is  God of Bible, than  Christians can convert to Islam because same god. does it make logic??

repent before too late.
dont mocked God holy name with pagan god name.
As i mentioned before, women should not debate in religion matter. they should  keep silent than opening their mouth.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2006 12:40 PM | Show all posts
[size=-1]
Originally posted by Truth.8 at 12-11-2006 00:16



u have called God name as allah yet u says different topic.

The topic is MAKSUDNYA TRITULGGAL and NOT maksudnya Allah. If you'd like to explain the term Allah in ur own words, you can create a new topic. Thank you

[ Last edited by  casejulia at 12-11-2006 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2006 03:37 PM | Show all posts
[size=-1]Perbezaan dalam Triniti

Walaupun setiap peribadi Allah itu berbeza mereka masih bersatu. Perkataan 'peribadi'dalam konteks Triniti membawa maksud walaupun setiap peribadi ini sedar-kendiri dan arah-kendiri, mereka tidak berfungsi bersendirian atau bertentangan dengan satu sama lain. Ada tiga peribadi yang berbeza dengan identiti tersendiri dalam sifat-sifat dan tugas-tugas mereka. Alkitab mengakui adanya perbezaan yang jelas antara ketiga peribadi Allah ini.

Seorang guru Kristian, Kevin Conner, menyatakannya begini:
a. Anak menyedari Allah sebagai peribadi yang berbeza darinya (Yohanes 5:32,37)
b. Bapa dan Anak dibezakan sebagai Yang Memberi dan Yang Diberi(Yohanes 1:14-18, 3:16)
c. Anak sedar bahawa Dia dihantar oleh Bapa dan bahawa Roh Kudus akan dihantar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 10:36 14:16, 15:26

Maka ada satu kemajmukan tugas di mana ketiga-tiga peribadi mempunyai tugas yang berbeza tetapi bekerjasama dalam kesatuan, setiap satu bergantung kepada yang lain

[ Last edited by  casejulia at 12-11-2006 04:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2006 04:11 PM | Show all posts
[size=-1]Ada juga satu tahap penundukan: Bapa dahulu, Anak kedua dan Roh ketiga. Bapa bekerja melalui Anak oleh Roh. Sifat-sifat ini tidak berubah dan menjadi tanda-tanda jelas perbezaan peribadi-peribadi dalam Allah.

Bapa selalu dipaparkan sebagai penyebab segala sesuatu (Kejadian 1:1), yang memulakan proses keselamatan (Yohanes 3:16) dan yang mengutus (Yohanes 1:10-12).

Anak dilihat sebagai Firman yang kekal (Yohanes 1:1-3), anak Allah yang tunggal (Kolose 1:19, 2:9) dan wahyu Allah yang nampak dalam bentuk manusia (Ibrani 1:3).

Roh Kudus ialah yang keluar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 15:26), Dia yang menginsafkan manusia akan dosa mereka (Yohanes 16:8-11) dan yang bersaksi bahawa kita ialah anak-anak Allah (Roma 8:15-16)

Sebagai kesimpulan, marilah kita membaca apa yang ditulis Dr. Dale pada kurun kesembilan belas:

"Dari kekekalan hingga kekekalan Allah ialah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Bapa ialah Allah tetapi bukan tanpa Anak atau Roh Kudus. Anak ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Roh Kudus. Roh Kudus ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Anak. Hanya ada satu Allah tetapi di dalam Allah ada tiga peribadi. Mereka bukan tiga Allah, tetapi di dalam kehidupan dan kewujudan Allah, ada tiga pusat kesedaran, kehendak dan aktiviti, dan mereka ini kita kenal sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2006 04:18 PM | Show all posts
[size=-1]Ilustrasi-ilustrasi Triniti

Maka adalah jelas bahawa Triniti itu satu fakta jelas dalam Alkitab. Tetapi seperti yang dinyatakan diawal tulisan ini, ianya satu misteri dan satu kebodohan kepada ramai orang. Maka dalam berkomunikasi banyak ilustrasi telah dihasilkan untuk membantu minda manusia yang terhad untuk memahami kebenaran ini (walaupun ianya tidak berjaya dilakukan sepenuhnya). Perlu saya katakan di sini bahawa banyak daripada ilustrasi yang telah diberi adalah salah dan telah membantu mengeruhkan fahaman orang tentang akidah ini. Saya akan memberikan beberapa contoh yang lebih logik dan boleh membantu pemahaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2006 08:07 PM | Show all posts
[size=-1]Ilustrasi-ilustrasi Triniti

1.Perkataan-perkataan untuk Allah yg esa
  • Kali pertama nama Allah disebut dalam Alkitab (Kejadian 1:1) perkataan Ibrani Elohim ialah perkataan yang dipakai. Perkataan ini bermaksud Allah tetapi dengan erti kemajmukan dalam kesatuan
    Ref: http://www.blueletterbible.org/tmp_dir/c/1163418209-2777.html#1
  • Perkataan Ibrani untuk perkataan esa pula, yang dipakai untuk menyatakan Allah itu satu dalam Alkitab, bukanlah perkataan yachead yang bermaksud "angka satu" tetapi echad yang bermaksud "satu sebatian atau kesatuan terkumpul yang terdiri dari lebih satu peribadi." Satu contoh biasa penggunaan perkataan ini ialah dalam Kejadian 2:24 di mana dikatakan pasangan yang sudah berkahwin telah menjadi satu (echad). Pengertian yang sama juga boleh ditemui dalam Perjanjian Baru di mana perkataan "yeis" digunakan dan bukan "monos". "yeis" bermaksud "satu metafora untuk menyatakan kesatuan dan kerukunan." Jelaslah bahawa dari perkataan-perkataan yang dipilih, konsep satu kesatuan lebih disukai daripada angka satu.
    Ref: http://www.blueletterbible.org/tmp_dir/c/1163418663-9510.html#24
  • Dalam Kejadian 1:26 kemajmukan Allah dinyatakan apabila dicatat: Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita . . . Penggunaan perkataan "kita" di sini membawa maksud majmuk (seperti dalam Bahasa Arab, perkataan Ibrani untuk "Kita" bermaksud tiga atau lebih). Ketiga-tiga peribadi Allah terlibat dalam penciptaan manusia. Dalam Kejadian 11:7, Allah juga menggunakan kata ganti nama 'kita' untuk merujuk kepada diri-Nya: "Baiklah Kita turun dan mengacau-bilaukan bahasa mereka..."

    Di dalam Al-Quran pun, penggunaan perkataan majmuk ketika Allah bercakap sering dipakai. Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.

    [ Last edited by  casejulia at 14-11-2006 05:24 PM ]
  • Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 13-11-2006 08:21 PM | Show all posts
    [size=-1]2. Contoh-contoh dari Alkitab

    Ada beberapa contoh menarik dalam Alkitab yang boleh dipakai untuk menjelaskan konsep Triniti. Walaupun begitu, harus saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:
  • Bahtera Nabi Nuh. Bahtera itu mempunyai tiga tingkat walaupun hanya satu bahtera. Ini boleh dipakai untuk mewakili ke tiga peribadi Allah dari segi identiti mereka.
  • Semak yang terbakar dihadapan Nabi Musa. Suara yang kedengaran mewakili Allah Bapa (Keluaran 3:4-6), semak yang terbakar mewakili Anak, Akar dan Cabang (Yesaya 11:1-2) dan api mewakili Roh Kudus.
  • Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 13-11-2006 08:42 PM | Show all posts
    [size=-1]3. Contoh-contoh dari alam semulajadi

    Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:
  • Daun shamrock atau clover yang mempunyai tiga bahagian pada satu daun
  • Cahaya dan tiga komponennya: kimia, cahaya dan haba
  • Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal
  • Komposisi air: Islam memandang Allah sebagaimana orang biasa memandang satu titik air - hanya satu gumpalan cecair. Orang Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik air sebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen). Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah!
  • Segitiga - satu tetapi mempunyai tiga sudut
  • Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa, anak dan suami
  • Satu perempuan tetapi tiga identiti: isteri, ibu dan anak perempuan
  • Alam semesta terdiri dari ruangan, benda dan masa
  • Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang

    [ Last edited by  casejulia at 14-11-2006 05:13 PM ]
  • Reply

    Use magic Report

    Post time 14-11-2006 09:42 AM | Show all posts
    Originally posted by casejulia at 13-11-2006 08:42 PM
    3. Contoh-contoh dari alam3. Contoh-contoh dari alam semulajadi

    Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:

    Daun ?hamrock? atau ?lover? yang mempunyai tiga bahagian pada satu daun

    Cahaya dan tiga komponennya: kimia, cahaya dan haba

    Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal

    Komposisi air: Islam memandang Allah sebagaimana orang biasa memandang satu titik air ? hanya satu gumpalan cecair. Orang Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik air ?ebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen). Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah!


    Segitiga ? satu tetapi mempunyai tiga sudut


    Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa, anak dan suami


    Satu perempuan tetapi tiga identiti: isteri, ibu dan anak perempuan


    Alam semesta terdiri dari ruangan, benda dan masa


    Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang


    @No soy religiosa, yo solo amo a Jesus (I'm not religious, i just  
    semulajadi

    Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga a ...


    kalau difahamkan dari huraian anda, setiap ketiga2 unsur tersebut bergantung kepada satu sama lain untuk menjadi sesuatu teras dan tunjang.  ini menunjuk kelemahan2.    dan tidak boleh dibandingkan sebagai kekuatan yg boleh melaksanakan kekuatan tersebut.    ini tidaklah dikatakan tuhan, penguasa, atau pemerintah. dan semua makhlok tunduk dan patuh pada NYA.
    bagi Islam jika sesuatu yang masih bergantung dan berharap kerjasama  satu sama lain itu bukanlah dinamakan tuhan  yg layak disembah.  tapi yg berdiri dgn sendirinya, tiada permulan dan tiada juga berakhir. yg maha menguasai, dan maha bijaksana dan yg tidak meminta pertolongan, yg memerintah dunia dan akhirat. itulah Allah yg sebenarnya.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 14-11-2006 11:32 AM | Show all posts
    kalau difahamkan dari huraian anda, setiap ketiga2 unsur tersebut bergantung kepada satu sama lain untuk menjadi sesuatu teras dan tunjang.  ini menunjuk kelemahan2


    Saya rasa apa yang sr. pertikaikan ini tidak menjuruskan kepada kelemahan konsep ketuhanan Kristian. Perumusan orthodox adalah, ketiga-ketiga peribadi tersebut adalah satu kehendak, satu kuasa, satu kesempurnaan dll.

    Bergantung kepada sesuatu tidak semestinya membawa kepada konotasi yang negatif. Tuhan Islam memerlukan manusia, iaitu para nabi untuk menyampaikan ajaran, adakah boleh dirumuskan Tuhan sr. tidak berupaya sehingga memerlukan nabi?

    Tuhan sr. menggunakan para malaikat untuk mencatat amalan manusia, kemudian pada hari penghakiman, catatan ini akan dibuka untuk di adili. adakah ini boleh disimpulkan bahawa tuhan sr. tidak maha berkuasa sehingga memerlukan para malaikat untuk mencatatkan segala amalan manusia?

    Jadi, betulkah fahaman  sr?
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 14-11-2006 05:10 PM | Show all posts
    [size=-1]4. Komposisi manusia

    Bagi saya ini ialah contoh yang paling dekat kepada konsep Triniti dan sesuai dijadikan ilustrasi bagi komposisi Allah yang tritunggal.
    Manusia ialah makhluk majmuk yang mengandungi tiga komponen yang berbeza tetapi saling berkait: tubuh, jiwa dan roh.
    Dalam 1 Tesalonika 5:23 kita dapat membaca: Semoga Allah menjaga roh, jiwa dan tubuh kamu, sehingga tidak cacat cela pada masa Tuhan kita Yesus datang kembali.

    Manusia adalah satu triniti sama seperti Allah. Ini tidak menghairan kerana Allah dengan sengaja telah memilih untuk menciptakan manusia dalam imejNya ? komposisi manusia adalah satu penyataan komposisi Allah kerana manusia telah diciptakan mengikut gambaran Allah. Dari buku Kejadian, yang menjelaskan penciptaan manusia, ada tercatat: Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan (Kejadian 1:27)
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


     Author| Post time 14-11-2006 05:32 PM | Show all posts
    [size=-1]Akhirnya, perlu saya akui bahawa semua contoh-contoh ini hanya satu bayangan yang malap, dan bersama elemen-elemen rohani yang lain, memberi satu gambaran kepada kita bahawa, jika diterokai dengan mendalam, apa yang dimaksudkan dengan Triniti. Triniti sememangnya satu misteri dan tidak ada ilustrasi yang tepat dan sempurna. Kita hanya mempunyai kenyataan-kenyataan yang hebat dan bermisteri dari Alkitab. Walaupun begitu, ilustrasi-ilustrasi ini ada gunanya tetapi pemahaman serta penerimaan kita akan akidah Triniti tidak bergantung atasnya. Allah lebih baik menyampaikan apa yang telah dinyatakan oleh Alkitab dan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah membuat pilihan menerima dan mempercayainya
    Reply

    Use magic Report

    Post time 15-11-2006 10:00 AM | Show all posts
    Originally posted by shalom at 14-11-2006 11:32 AM


    Saya rasa apa yang sr. pertikaikan ini tidak menjuruskan kepada kelemahan konsep ketuhanan Kristian. Perumusan orthodox adalah, ketiga-ketiga peribadi tersebut adalah satu kehendak, satu kuasa, ...

    maaf ye, bukan untuk merendah2kan korang di Forum CC, tetapi untuk menyatu perbezaan.   
    Dari 99 nama dan sekaligus menujukkan sifat2 yg ada pada NYA, salah satu ialah  sifat "Al-Mulk"  kekuasaan/pemerintahan bukan pergantungan malaikat dan nabi2.  dia (ALLAH) boleh mencipta cakrawala tanpa bantuan sesiapun . kerana untuk menyelamatkan dunia maka diutuskan Muhamad bagi menyelamat dunia " Firmannya " Tidak Aku utuskan engkau Muhammad, melainkan memberi keselamatan"
    Reply

    Use magic Report

    Post time 15-11-2006 11:01 AM | Show all posts
    salam sr.


    maaf ye, bukan untuk merendah2kan korang di Forum CC, tetapi untuk menyatu perbezaan.   


    Saya rasa perbezaan ini tidak akan dapat disatukan. Lainlah kalau kita hendak terjerumus ke dalam kancah pluralisme.

    Seperti yang telah dijelaskan, konsep Trinity menekankan kesatuan Tuhan. Tuhan yang satu, wujud dalam DiriNYA tiga peribadi. Peribadi ini wujud dalam satu kekuasaan, satu kehendak, satu kuasa, satu kemuliaan. Tiada perbezaan dan tiada kekurangan. Bukan seperti konsep trimurti dalam hindu, yang satu mencipta, yang satu memelihara, dan yang satu lagi memusnah.

    Dalam pengertian Trinity Ontological, sebelum segala sesuatu, sebelum terciptanya alam semesta, sebelum tercipta jisim, ruang dan masa, sebelum tercipta manusia dan para malaikat, permulaan adalah Tuhan satu yang Trinity.Tuhan ini berkomunikasi antara satu sama dalam di dalam segala kesempurnaan cinta kasih.

    Wujudnya penciptaan alam semesta dan segala makluknya adalah kerana Tuhan hendak berkongsi cinta kasih itu dengan ciptaanya.

    Dalam perbincangan Trinity Economical, Tuhan Trinity ini apabila mewahyukan diri kepada manusia menyatakan diri sebagai Bapa, Putera/Firman  dan Roh Kudus. Tiga peribadi tetapi satu dalam keutuhan, kekuasaan dll.


    Jadi dalam soal ini tidak timbul istilah kekurangan kekuasaan atau apa sahaja yang sama maksud dengannya.



    dia (ALLAH) boleh mencipta cakrawala tanpa bantuan sesiapun .




    Ya, saya setuju. Sebab itu juga apa yang dipercayai oleh orang Kristian. Tuhan mencipta segala sesuatu tanpa memerlukan segala-galanya, malahan ia bermula dengan dari 搕iada apa
    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-11-2006 03:52 PM | Show all posts
    Originally posted by shalom at 15-11-2006 11:01 AM
    salam sr.




    Saya rasa perbezaan ini tidak akan dapat disatukan. Lainlah kalau kita hendak terjerumus ke dalam kancah pluralisme.

    Seperti yang telah dijelaskan, konsep Trinity menekankan k ...

    itulah penyatuan pengajaran dari Allah, insyaalah kita akan menemui sealiran...bukan pluralime.
    pada asal kita sama...tetapi perpisahan ditengah jalan....dari itu kita fikir..jalan mana yg harus kita lalu untuk bertembung dengan asal.

    [ Last edited by  hammer at 16-11-2006 03:56 PM ]
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    17-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058863 second(s), 39 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list