CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3005|Reply: 2

meh ketawa ramai2

[Copy link]
Post time 29-11-2006 01:03 PM | Show all posts |Read mode
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
4. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang).
5. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...nasi pun habis.
6. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
7. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
8. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
9. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
10. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
11. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
1 2. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
13. Harapkan pagar, pagar mana boleh diharap bodoh.
14. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
15. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
16. Biar lambat asalkan perlahan.
17. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
18. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata, nanti kena fine tau!
19. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
20. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
21. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
22. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
23. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
24. Patah tumbuh, hilang report polis.
25. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
26. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
27. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan didalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
28. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
29. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
30. Kalau kail panjang sejengkal, beli kail yang panjang sikit.
31. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai, bodoh!
32. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2006 01:28 PM | Show all posts

Reply #1 pejuang_abadi's post

ado sesapo laie nak tambah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 07:36 PM | Show all posts
Hi,pejuang_abadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.110365 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list