CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11488|Reply: 46

Berita Terbaru Banjir di Pahang

 Close [Copy link]
Post time 23-12-2006 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Berita Terbaru Banjir di Pahang

Ini berita yg koy dapat dr surat khabor bita arian.....

3,719 daripada 717 keluarga dipindahkan ke 27 pusat pemindahan petang semalam, berbanding 1,627 orang kelmarin.

Daerah Kuantan mencatat mangsa palimg ramai, iaitu 2,225 daripada 416 keluarga yang dipindah ke 13 pusat pemindahan, manakala Rompin ( 1,494 mangsa / 14 pusat )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2006 01:01 PM | Show all posts
saper2 porumners dari Pahang yang taw bita terbaru banjir kat Pahang...citer ler kat cni...kadang2 dalam surat kabor.....citer secara umum jerk.....kalo bole citer khusus ckit...tempat, kat mana, setakat mana doh air naik....sekurang2 nyer bole ler plan nak gi mana.....tak ler nnt kener banjir.....:tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2006 03:53 PM | Show all posts
update banjir di Pahang.....setakat pukul 12.30 pm hari ini.....

Kawasan terlibat adalah Kuantan dan Rompin....cuaca mendung tetapi hujan semakin berkurangan....
Jumlah mangsa banjir setakat ini adalah:

di Rompin  --   1515 mangsa berbanding sebelum ini 1632 orang
di Kuantan --- 1758 mangsa berbanding sebelum ini 2502 orang

sebahagian mangsa banjir telah pulang kerumah masing-masing.
penduduk di kawasan Sg Isap Damai, Kuantan diminta berwaspada tentang air pasang yang boleh menyebabkan banjir buruk berlaku.
Buat masa ini cuma jalan di km 27, Kuantan ke Sg Lembing masih ditutup pada semua lalu lintas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 07:21 AM | Show all posts
update setakat 12.30 pm 24/12/2006

keadaan banjir agak teruk...bilangan mangsa banjir bertambah daripada 4967 ornag bertambah kepada 5763 orang. Keadaan ini disebabkan fenomena air pasang besar yang berlaku pada malam tersebut. Bilangan mangsa di pusat pemindahan di Pekan bertambah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 07:25 AM | Show all posts
update setakat 7.00am hari ini.....

keadaan banjir di seluruh negeri Pahang beransur pulih....jumlah mangsa banjir beransur kurang dan kebanyakkan mangsa telah pun dibenarkan pulang kerumah masing2.

Jumlah manhsa yang masih ada di pusat perpindahan:

Pekan --  1138 orang daripada 227 keluarga.
Kuantan ---   1566 orang di dua pusat perpindahan  Sg Isap dan Jaya Gading.
Rompin --   1196 orang di 12 pusat perpindahan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2006 04:33 PM | Show all posts
sedikit gambar - tarikh 23-24 Dis 2006

surau perkampungan kemboja, jalan pekan-paloh hinai

siap ada volleyball dalam air banjir tu :bgrin: malaysia boleh




perkampungan kemboja




sekitar sangkar patin




sekitar kg ganchong




[ Last edited by  Mulan at 25-12-2006 04:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2006 10:40 PM | Show all posts
Mulan....naper lak nama kampung tuh....Kampung kemboja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2006 10:42 PM | Show all posts
update setakat malam ini....

keadaan banjir beransur pulih.....ramai mangsa telah pulang kerumah masing2...
Jumlah mangsa di pusat perindahan sudah berkurangan kepada 1270 orang berbanding pagi tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 25-12-2006 23:40
Mulan....naper lak nama kampung tuh....Kampung kemboja...


tolong jawab bole...sbb dia penduduk kampung tu 100% pendatang dari kemboja..ala senang cite urg hanyut kemboja time perang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by blasahjela at 26-12-2006 12:16 AM


tolong jawab bole...sbb dia penduduk kampung tu 100% pendatang dari kemboja..ala senang cite urg hanyut kemboja time perang dulu


tq blasahjela, pasal tolong jawabkan...

betul la tu, tapi pelarian pun, depa mewah la ni sebab pandai berniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 09:42 AM | Show all posts
Banjir kedua mungkin melanda Johor, Pahang

Oleh JAAFAR AHMAD dan IZWAR ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR 25 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:49 PM | Show all posts
hmm sian sangat kat mak sedara meow dan family dia...kami dok kat sg karang...tapi Alhamdulillah umah omak meow ni memang kawasan tinggi...kalau kat mak sedara meow tu memang every year naik air...sian sangat kat derang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2006 07:03 PM | Show all posts
kalo ader banjir kedua...koy rasa lagik teruk kot.....harap2 tak ler....cian sedara2 kita yg kena tuh....sumer arta habis......
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:30 AM | Show all posts
itu la... dunia akhir zaman nih.. memacam jadik... memintak nyer berita tu x betul la... sian derang tu... pulak tu ader yg amik kesempatan.. time2 macam nih la derang nak mencurik... n ader gak la hikmahnyer biler tuhan turunkan ujian cenggini... baru la kiter tau yg kiter nih mmg kerdil sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:45 AM | Show all posts
Hujan dua negeri sehingga Isnin

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca meramalkan Johor dan Pahang akan terus mengalami hujan lebat sehingga Isnin ini yang dipercayai akan menyebabkan banjir di kedua-dua negeri berkenaan tidak akan surut dalam tempoh terdekat.

Jurucakap jabatan berkenaan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan gangguan monsun membentuk kelompok awan aktif di tenggara Johor, sekali gus menyebabkan beberapa negeri sekitar seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan menerima kekerapan hujan yang tinggi.

Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berlarutan ia dikhuatiri akan menyebabkan banjir kali kedua terutama di kawasan rendah jika sistem perparitan sedia ada dan sungai tidak mampu menampung jumlah air yang bertambah.

揓usteru, kita menasihatkan penduduk di negeri Johor dan tenggara Pahang berjaga-jaga terutama dalam jangka waktu terdekat ini kerana hujan di kedua-dua negeri itu tidak menunjukkan tanda akan reda.

揚embentukan kelompok awan aktif ini juga akan menyebabkan Melaka dan Negeri Sembilan menerima hujan sekejap-sekejap di sebelah pagi dan lebat daripada petang sehingga malam,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by picme at 27-12-2006 09:30 AM
itu la... dunia akhir zaman nih.. memacam jadik... memintak nyer berita tu x betul la... sian derang tu... pulak tu ader yg amik kesempatan.. time2 macam nih la derang nak mencurik... n ader gak la ...


koy heran tul....ader gak yg ambik kesempatan diatas kesusahan orang lain.....eeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 12:51 PM | Show all posts
ntah la kome pun pelik... itu la manusia nih.. bile akal fikiran dikuasai nafsu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 11:27 PM | Show all posts
apa berita terbaru keadaan banjir kat pahang....koy tak dapat biter langsung....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:13 AM | Show all posts
Cuaca buruk di Johor, Pahang hingga Aidiladha

KUALA LUMPUR 27 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:18 AM | Show all posts
Najib mahu semua pihak bersiap hadapi banjir kedua
Oleh NAZRULLAH ROSLI

KUANTAN 28 Dis. ? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam operasi banjir di seluruh negara bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir yang diramalkan akan berlaku.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, pihak berkuasa termasuk jabatan dan agensi kerajaan perlu bersiap sedia dari segala segi untuk menghadapi bencana itu.

?Kita mesti berada dalam keadaan bersedia, maknanya semua jabatan dan agensi kerajaan terbabit perlu berada dalam keadaan bersiap menangani ancaman banjir kali kedua ini.

?Ini termasuk mereka yang menjaga dan memantau keadaan cuaca, seterusnya kepada pentadbiran pada peringkat daerah dan kampung seperti mereka yang terlibat dalam menyampaikan maklumat banjir,? katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perbarisan perisytiharan pasukan Malcon Unifil di Padang Kawad 1, Kem DaraLockwood di sini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan banjir akan melanda buat kali kedua khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur selepas kejadian banjir pertama di kawasan selatan tanah air.

Jabatan Meteorologi menasihatkan orang ramai bersiap sedia menghadapi kemungkinan berdepan dengan banjir sekali lagi berikutan berlaku pembentukan semula kelompok awan ekoran gangguan monsun.

Najib berkata, pasukan keselamatan seperti tentera, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

?Kalau tidak banjir, alhamdulillah. Tetapi kalau berlaku, kita mesti bersiap sedia supaya operasi yang kita laksanakan kelak akan dapat dijalankan dalam keadaan efisien,? katanya.

Beliau juga berkata, semua pihak yang terbabit dalam operasi banjir harus memastikan nyawa manusia diberi keutamaan selain menyelamatkan harta benda setakat yang mampu.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_02.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.502308 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list