CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10047|Reply: 56

Demam Pilihanraya Batu Talam Bermula

 Close [Copy link]
Post time 5-1-2007 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Demam Pilihanraya Batu Talam Bermula
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Selasa, 16 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Raub, Pahang, manakala pengundian pada Ahad, 28

Seramai 10,525 pemilih termasuk 14 pengundi pos semuanya anggota polis layak mengundi pada pilihan raya kecil itu berdasarkan daftar pemilih terakhir diwartakan 30 November lalu dan diperakui semula semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata jumlah pengundi di Batu Talam berkurangan berbanding 10,866 sebelum ini selepas senarai pemilih yang meninggal dunia dikeluarkan berdasarkan rekod serta pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

揙leh itu, tidak timbul soal pengundi hantu dan kita berharap ti ada gangguan dalam proses pilihan raya ini. Contohnya, jangan tahan bas kerana khuatir ia membawa pengundi hantu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2007 08:07 PM | Show all posts
Analisis: BN mahu pastikan kemenangan DUN Batu Talam

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam yang dijangka diadakan 28 Januari ini, adalah yang keempat sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju kepemimpinan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003.

Selepas memperoleh mandat besar pada pilihan raya umum Mac 2004, sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Abdullah diuji apabila pilihan raya kecil DUN Kuala Berang, Terengganu terpaksa diadakan pada 28 Ogos 2004, berikutan kematian wakil rakyatnya, Komaruddin Abdul Rahman, 46, akibat serangan jantung.

Pilihan raya kecil itu dianggap penting, kerana ia menjadi bukti kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN bahawa sokongan yang diberikan pada pilihan raya umum itu adalah berdasarkan kekuatan parti dan bukannya individu.

Justeru, berkat hasil kerja keras jentera BN, calon DUN Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail, 45, berjaya menewaskan calon Pas yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dengan majoriti 2,059 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, Komaruddin mengalahkan calon Pas, Dr Mamad Putih, dengan majoriti 1,695 undi.

Sebelum itu pada 12 Julai 2004, jentera pilihan raya BN khususnya di Sarawak dikejutkan dengan tragedi nahas helikopter milik Hornbill Skyways yang turut mengorbankan Adun Ba'Kelalan, Datuk Dr Judson Sakai Tagal.

Ba'Kelalan yang terletak di dalam Parlimen Bukit Mas, di utara Sarawak mempunyai 7,696 pemilih yang terdiri daripada suku Lun Bawang, Kelabit, Iban dan Melayu.

Pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Nelson Balang Rining, bekas setiausaha peribadi Dr Judson menentang calon Bebas yang juga peguam, Baru Bian.

Kegigihan jentera kempen BN Sarawak nyata membuahkan hasil apabila Nelson memperoleh 2,843 undi berbanding Baru, yang hanya meraih 1,391 undi selepas proses pengundian diadakan pada 18 September 2004.

Kejayaan BN di kedua-dua kerusi DUN itu menyuntik semangat kepada barisan kepemimpinan negara yang diterajui Abdullah untuk meneruskan pelbagai projek pembangunan bagi menuju Wawasan 2020.

Hampir setahun kemudian, kematian Adun Pengkalan Pasir Mas, Kelantan, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar dari Pas, pada 31 Oktober 2005 akibat kanser, memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Wan Abdul Aziz memenangi DUN Pengkalan Pasir yang menjadi kubu kuat Pas sejak 1990, dengan majoriti 56 undi selepas menewaskan Hanafi Mamat (BN) pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya kecil itu, BN meletakkan kembali Hanafi untuk menghadapi saingan daripada calon Pas, Hanipa Ahmad dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Keputusan pilihan raya kecil yang memihak kepada BN itu, mencetuskan tidak puas hati ahli Pas apabila mereka memfail petisyen di mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan membatalkan keputusan pilihan raya kecil berkenaan.

Petisyen itu difailkan dengan alasan berlakunya perbuatan rasuah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 termasuk sogokan wang, jamuan dan penyamaran sebagai pengundi seperti menggunakan nama pengundi yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, mahkamah pada Jun 2006, menolak petisyen Pas itu sekali gus mengekalkan kemenangan Hanafi dengan majoriti 134 undi.

Kini, BN di bawah kepemimpinan Abdullah diuji sekali lagi di DUN Batu Talam ketika ura-ura pilihan raya umum bakal diadakan tahun ini tersebar di kalangan rakyat.

Walaupun, DUN Batu Talam hanya menawarkan 10,525 undi, keputusan pilihan raya kecil itu boleh dianggap kayu pengukur sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.

Keyakinan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa semua jentera Umno dan parti komponen BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Batu Talam tidak boleh dipandang remeh.

Malah, Najib memberi jaminan bahawa BN sentiasa menganggap pilihan raya kecil itu sama seperti pernah BN lalui dan kali ini akan berusaha memastikan kemenangan lebih besar dan selesa dicapai, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 02:08 PM | Show all posts
ikut lah deme.... yang pasti memang penuh lah warga asing (luar) yang berkampung kat sini... tak kira dari parti tupperware lain.. pandailah deme semua memangkah nanti... jangan pangkah muka udah:nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2007 05:33 PM | Show all posts
BN kater dema mesti menang....PAS kater ini medan pemanas badan sblom p/raya akan datang......tak taw ler kome wehh:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 10:49 PM | Show all posts
heemmm
yg undi tu undi la betul2
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 11:10 PM | Show all posts
berpesta la kat batu talam erk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2007 07:30 AM | Show all posts
apa-apa pon toll dah naik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 08:16 AM | Show all posts
kome rasa kalo oghang batu talam nih mintok memender pon pada masa nih.....ermmmm  mesti dapat ler wehhhhh yer dok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 10:28 AM | Show all posts

Reply #8 Kerengge's post

jam nie, ko nak mintak jln raya sampai dlm kebun pun dpt

minta jgn x mintak wehhhhhh

bukan selalu dpt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 7-1-2007 10:28 AM
jam nie, ko nak mintak jln raya sampai dlm kebun pun dpt

minta jgn x mintak wehhhhhh

bukan selalu dpt


:setuju:  peluang cam nih bukan selalu dapat.....kalo jalan belubang tuh cepat 2 ler bagi tau sblom mengundi.....gerenti esok dah stat wat keje....:clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 10:43 AM | Show all posts
Isu jambatan dijangka hangatkan pilihanraya Batu Talam

Isu pembinaan jambatan batu di Kampung Gersing yang tertangguh sejak 20 tahun lalu dijangka menjadi bahan hangat kempen dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam daerah Raub, Pahang hujung bulan ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 10:44 AM | Show all posts
Bekas wakil rakyat saran BN pilih calon tempatan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Datuk Syed Ali Syed Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperolehi majoriti yang lebih tinggi sekiranya ia menurunkan anak Batu Talam dalam pilihanraya kecil DUN tersebut hujung bulan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 10:46 AM | Show all posts
Azinuddin calon utama pilihan BN di Batu Talam?

Naib Ketua Umno bahagian Raub Datuk Ir Azinudin Abdul Rahim disebut-sebut sebagai calon utama untuk dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Batu Talam hujung bulan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 10:47 AM | Show all posts
Apa kata BA ( Barisan Alternatif ) dalam pilihanraya Batu Talam

Dalam pilihanraya umum 2004 lalu seramai 78.70% adalah pengundi Melayu, Cina 11.30%, India 5.60% dan lain-lain 4.50%.
Sudah banyak isu-isu yang membebani rakyat. Isu kenaikan harga minyak, kenaikan tol di lima lebuhraya, isu jambatan bengkok, isu kenaikan harga barang, isu campurtangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan, isu AP dan berbagai-bagai isu lagi.
Inilah masanya rakyat terutamanya penduduk DUN Batu Talam membuat perubahan dan menyatakan protes mereka kepada kerajaan. Penulis mengharapkan BA dapat menewaskan BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti BN sebagai pemangkin untuk BA menghadapai piliharya umum ke-12 kelak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 04:14 PM | Show all posts
Pastinya jadi tumpuan, terutamanya kawasan Felda Tersang 1,2 & 3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 08:12 PM | Show all posts
pepalih.....aok ader sedara mara ker kat Felda tuh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 09:13 PM | Show all posts
ikut suka ati ko lah labu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 12:27 AM | Show all posts
aper2 pon pengundi jgn tertipu....sbb dema jugak yg merasa bahang nyer nanti......
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:19 AM | Show all posts


'Ular besar' nak mengempen pengundi Batu Talam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 12:00 PM | Show all posts
kalau parti pembangkang tak letak calon pun takper... tahun ni kan pilihanraya.. masa tu leh kempen sampai habis-habisannnnnn ...

:nerd:
:nerd:
:nerd:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083026 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list