View: 128114|Reply: 1228
|
Berita Hari Ini - 2007
[Copy link]
|
|
KORBAN AKAN DISWASTAKAN
Serah pengurusan kepada firma yang menang tender
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
PELAKSANAAN ibadah korban akan diswastakan mulai tahun ini.
Dengan penswastaan itu, Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) akan menyerahkan tanggungjawab pengurusan dan pentadbiran korban kepada syarikat swasta yang memenangi tender terbuka yang ditawarkan.
Tender itu akan dikeluarkan bagi pengurusan dan pembekalan kambing, penghantarannya ke Singapura sehinggalah kepada pengedaran ke masjid atau pusat ibadah korban.
JKMS pula akan bertindak selaku badan pengawal di bawah penyeliaan Muis dan bertanggungjawab dalam melantik syarikat swasta tersebut serta memantau perlaksanaannya.
Demikian diumumkan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semalam.
Semasa ditemui selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Sultan, Dr Yaacob berkata:
"Apabila kita menswastakan projek korban ini tentu sekali pihak JKMS akan bekerjasama dengan pihak Muis dan masjid. Ketiga-tiga pihak ini akan menggunakan pengalaman yang ada untuk menentukan pakej yang ditawarkan sesebuah syarikat swasta itu adalah yang terbaik, paling murah dan paling memenuhi keperluan masyarakat kita."
Presiden Muis, Haji Mohd Alami Musa, pula berkata pihaknya telah menjalankan kajian pasaran pada Mei lalu dan mendapati adanya respons daripada pihak swasta mengendalikan korban di sini.
Berita Harian difahamkan tiga syarikat tempatan - The Meat House, Big Foot Logistics Pte Ltd dan Nan Guan Construction Pte Ltd - menunjukkan minat.
Langkah menswastakan projek korban adalah inisiatif Muis bagi memastikan kelewatan kambing korban yang berlaku pada 2005 tidak berulang.
Ekoran kelewatan itu, peranan JKMS dan pelaksanaan ibadah korban telah dikemaskini dan kambing korban bagi dua musim ini telah tiba mengikut jadual.
"Kita boleh menjangkakan proses korban pada tahun-tahun akan datang berjalan lancar seperti yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu," ujar Haji Mohd Alami lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
SUMBANGAN CPF MUNGKIN DINAIKKAN
PM Lee: Ekonomi catat pertumbuhan 7.7 peratus tahun lalu
SUMBANGAN pihak majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mungkin akan dinaikkan antara satu dengan dua peratusan mata tahun ini sekiranya keadaan ekonomi negara terus berada di tahap yang baik.
Mendedahkan demikian dalam amanatnya sempena Tahun Baru, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah sedang mengkaji idea ini dengan teliti.
'Ekonomi kita terus berkembang. Pasaran buruh mantap, gaji juga meningkat. Peningkatan pada caruman pekerja sememangnya masuk akal. Tetapi kita tidak boleh meletakkan beban yang berat pada bahu syarikat atau kita menjejas daya saing mereka.
'Hanya dalam keadaan ekonomi yang terus kukuh, kita berupaya meningkatkan sumbangan majikan kepada CPF pada kadar antara 1 dengan 2 peratusan mata untuk 2007.'
Menurutnya, pemerintah akan membincangkan hal tersebut dengan pihak majikan dan kesatuan sekerja sebelum membuat keputusan menjelang Ucapan Belanjawan yang akan dibentangkan pada 15 Februari depan.
Majikan kini menyumbang 13 peratus ke dalam CPF pekerja, sementara pekerja pula 20 peratus - menjadikannya 33 peratus.
Kadar penuh 33 peratus itu dikurangkan daripada 36 peratus pada 2003.
Skim CPF telah diperhalusi supaya kadar sumbangan boleh berubah-ubah antara 30 dengan 36 peratus, bergantung pada keadaan ekonomi.
Langkah terbaru pemerintah dilihat sebagai respons positif terhadap gesaan para pekerja yang sejak beberapa tahun lalu meminta agar kadar sumbangan majikan dinaikkan semula.
Encik Lee dalam amanatnya itu mengumumkan bahawa ekonomi negara mencatat pertumbuhan 7.7 peratus tahun lalu.
Untuk tahun ini pula, ia dijangka tumbuh antara 4 dengan 6 peratus.
Menurut Encik Lee keadaan ekonomi yang baik membantu mewujudkan lebih 124,000 pekerjaan bagi tiga suku pertama tahun lalu, dengan sekitar separuh daripadanya dimanfaat warga setempat.
Sektor pengeluaran dan perkhidmatan mencatat pertumbuhan teguh sementara sektor pembinaan mencatat peningkatan buat pertama kali sejak enam tahun lalu dan kadar pengangguran pula merosot 2.7 peratus.
Tahun 2006 merupakan 'tahun emas' bagi sektor pelancongan kata Encik Lee dengan lebih 9.5 juta pelancong - sejuta daripadanya rakyat Cina - mengunjungi negara ini.
Keyakinan pelabur terhadap Singapura pula teguh, dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mampu menarik $8.8 bilion pelaburan dalam aset tetap - tahap tertinggi sejak beberapa tahun lalu.
Namun, disebabkan globalisasi dan kemasukan jutaan pekerja China, India dan Vietnam ke dalam ekonomi dunia, menyebabkan pertumbuhan gaji jadi tidak seimbang dan Singapura katanya tidak terkecuali.
Memberikan contoh, Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) secara purata tumbuh 4.3 peratus setahun untuk lima tahun ini tetapi kenaikan gaji yang sebenar, selepas dibuat penyesuaian akibat inflasi, tumbuh hanya separuh atau 2.1 peratus sahaja - menyebabkan jurang gaji terus melebar.
Atas dasar itu, Pemerintah menjadikan Dayakerja sebagai tunggak keempat jaringan sosial bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
'Pemerintah akan terus bekerja dengan setiap warga Singapura dalam usaha kita menghadapi fasa pembangunan selanjutnya,' ujarnya sambil mengucapkan 'Selamat Tahun Baru' kepada semua. |
|
|
|
|
|
|
|
WARGA BOLEH GUNA MEDISAVE BAGI TIGA LAGI PENYAKIT KRONIK
MULAI hari ini, pesakit boleh menggunakan simpanan Medisave mereka untuk membayar kos rawatan pesakit luar bagi tiga lagi penyakit kronik.
Penyakit itu ialah tekanan darah tinggi, gangguan lipid (lemak dalam tubuh) dan angin ahmar.
Penggunaan Medisave untuk rawatan penyakit kronik itu bermula Oktober lalu dengan penyakit kencing manis.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), peluasan Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP) itu boleh membantu pesakit membuat bayaran rawatan pesakit luar di klinik-klinik yang menyertai program tersebut.
Sejauh ini, sebanyak 22,000 tuntutan Medisave bernilai $2 juta telah dibuat oleh pesakit bagi rawatan luar tersebut.
'Kami menjangkakan penggunaan Medisave akan bertambah apabila lebih ramai pesakit dan penyedia khidmat menyedari tentang skim ini. Secara purata, pesakit ini menggunakan Medisave mereka untuk membayar sekitar 60 peratus kos rawatan perubatan mereka,' kata MOH dalam kenyataannya semalam.
Menurutnya, doktor swasta (GP) berperanan penting dalam menjayakan CDMP.
Sejauh ini, 700 atau separuh daripada klinik GP di sini telah menyertainya.
Keempat-empat penyakit yang kini disertakan ke dalam program itu dianggarkan menjejas sekitar 1 juta warga Singapura.
Untuk membantu pesakit dan anggota keluarga mereka memantau penggunaan Medisave di bawah program itu, Lembaga CPF memperkenalkan kenyataan ringkasan berasingan bagi CDMP.
Kenyataan itu boleh dilihat di laman web CPF di www.cpf.gov.sg dengan menggunakan Singpass.
Pesakit juga boleh memeriksa senarai GP di bawah CDMP menerusi laman web Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) di www.hpb.gov.sg.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim tersebut di laman web itu atau di ta lian segera 1800-223-1313. |
|
|
|
|
|
|
|
HILANG WANG SYARIKAT
SEORANG pemotong kaca yang diberi kepercayaan majikannya untuk mengeluarkan wang tunai bagi membayar gaji pekerja dan tunai runcit, telah kehilangan wang syarikat berjumlah $15,928.
Ini semua gara-gara kecuaiannya meninggalkan wang tersebut di dalam kotak barangan di motosikalnya.
Kejadian mencuri itu berlaku di tempat meletak kereta di Blok 64, Yung Kuang Road, dekat Taman Jurong Jumaat lalu. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
bombing in bangkok....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
'USTAZ' MINTA BANTUAN WANG MENERUSI SMS
Oleh
Halifi Hussin
BEBERAPA pemilik syarikat Melayu/Islam berkata mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki yang menggelar dirinya 'ustaz' dan meminta bantuan kewangan.
Sekurang-kurangnya lima orang yang dihubungi Berita Harian mengesahkan telah menerima SMS lengkap dengan nombor akaun bank lelaki itu untuk mereka salurkan derma.
Kebanyakan mereka menerima SMS tersebut berulang kali sejak dua minggu lalu. Namun, tidak seorang pun daripada mereka menghulurkan derma kepada 'ustaz' itu kerana sangsi kesahihan dan tujuannya.
Mereka juga tidak membuat laporan polis.
Syarikat kesemua penerima SMS tersebut pernah meletak iklan di halaman Klassified Berita Harian.
Usaha Berita Harian menghubungi lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai 'Ustaz Abu Abdullah' menerusi nombor telefon bimbitnya tidak berhasil.
Salah seorang penerima SMS itu, Cik Rohana Haji Amir, 40-an tahun, pemilik Hana Bridal, berkata beliau sering menerima panggilan meminta derma tetapi ini kali pertama menerusi SMS.
'Saya selalu mendapat panggilan meminta derma kerana sering mengeluarkan iklan dalam Berita Harian menggunakan nombor telefon bimbit saya.
'Tetapi, ini kali pertama saya menerima rayuan melalui SMS. Apa yang merunsingkan ialah lelaki itu mendakwa dirinya seorang ustaz,' ujar beliau.
Apabila Berita Harian merujuk pada senarai asatizah yang diiktiraf dalam laman web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), tiada nama 'Ustaz Abu Abdullah'.
SMS yang dihantar 'ustaz' itu berbunyi: 'Wallaahi, rumah, api air, lima bulan tertunggak. Wallaahi, lepas dua tiga hari ini, saya tidak punya sesenpun untuk makan minum, tambang sendiri, apalagi keluarga. Saya mohon rahmat Cik, sumbangan ikhlas. Semoga Allah rahmati Cik sekeluarga. Saya sangat perlukan bantuan segera. Tolong saya kerana Allah. $10 pun tak apa.'
Pemilik Restoran Kartika Jaya, Cik Rosnani Gani, 46 tahun, berkata: 'Saya rasa pesanan SMS itu adalah satu penipuan. Jika lelaki itu benar-benar dalam kesusahan, saya sedia me nolongnya tetapi dengan cara yang betul.
'Beliau juga boleh mendaftar untuk mendapatkan bantuan daripada badan-badan kebajikan setempat yang sedia menghulurkan khidmat mereka.'
Pemilik Sham Enterprise, penyedia khidmat pengantin, yang ingin dikenali hanya sebagai Encik Hisham, 38 tahun, memberi pandangan serupa.
'Saya cuba menjawab SMS itu dan menyuruh lelaki itu bekerja dengan saya jika benar-benar memerlukan wang, tetapi hingga sekarang saya belum menerima sebarang jawapan.
'Menghantar pesanan memerlukan wang. Ini bermakna lelaki itu mampu membayar bil telefon serta memiliki telifon bimbit,' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
DUA LELAKI DIBERKAS KERANA CABUL SEMASA RAI TAHUN BARU
POLIS memberkas dua lelaki kerana mengambil kesempatan daripada kesesakan menyambut ketibaan Tahun Baru di Orchard Road dengan mencabul kehormatan wanita.
Mereka diberkas serta-merta ekoran dua aduan yang polis terima daripada mangsa. Polis tidak memberi butiran mengenai dua lelaki itu.
Sekitar 1,000 pegawai dikerah meronda dan menjaga ketenteraman awam semasa sambutan meriah itu di Orchard Road dan Marina Bay.
Pegawai Agensi Sekitaran Nasional (NEA) juga turun padang untuk memastikan orang ramai tidak membuang sampah sembarangan dan kebersihan terjaga serta tiada penjaja mengambil kesempatan berjaja secara haram.
NEA telah mengeluarkan saman terhadap 13 penjaja haram yang menjual semburan buih, peralatan perayaan, makanan dan minuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 3-1-2007 09:09 AM
'USTAZ' MINTA BANTUAN WANG MENERUSI SMS
Oleh
Halifi Hussin
BEBERAPA pemilik syarikat Melayu/Islam berkata mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki yang menggelar ...
kekekeke...
makin canggih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 3-1-2007 09:09 AM
'USTAZ' MINTA BANTUAN WANG MENERUSI SMS
Oleh
Halifi Hussin
BEBERAPA pemilik syarikat Melayu/Islam berkata mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki yang menggelar ...
tak baik eh gunakan nama Ustaz, dah la tu hari ustaz motor tu dah kasi trouble, ni ustaz sms lak... |
|
|
|
|
|
|
|
teruk nya.. that time i also saw that teddy .. but mcm takder orang pon pay attention to the tree.. agaknyer they saw someone take. others terus follow suit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilah21 at 3-1-2007 10:18 AM
teruk nya.. that time i also saw that teddy .. but mcm takder orang pon pay attention to the tree.. agaknyer they saw someone take. others terus follow suit..
ya :setuju: satu ambik semua ikut |
|
|
|
|
|
|
|
PESAWAT ADAM AIR HILANG
NASIB PENUMPANG, KRU BELUM DIKETAHUI
MAKASSAR (Sulawesi): Nasib 102 penumpang dan kru pesawat syarikat penerbangan Adam Air yang hilang dalam cuaca ribut masih belum diketahui semalam, selepas para pegawai memohon maaf di atas kesilapan mengatakan bangkai pesawat itu sudah dijumpai.
Para pegawai awal semalam berkata bangkai pesawat Boeing 737-400 itu telah dikesan di pergunungan Sulawesi, manakala ada laporan berkata 12 penumpang terselamat.
'Lokasi itu belum ditemui. Kami memohon maaf bahawa lapo ran yang kami sampaikan adalah tidak benar,' kata Marsyal Udara Eddy Suyanto, komander pangkalan udara Hasanuddin di Makassar, kepada pemberita.
Encik Suyanto awal semalam memberitahu Radio El-Shinta bangkai pesawat sudah dikesan sebuah pesawat tentera dan seorang jurucakap Adam Air berkata 12 penumpang terselamat.
Bagaimanapun Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Hatta Radjasa, berkata tidak benar lokasi nahas sudah dijumpai.
Pesawat itu membawa 85 penumpang dewasa dan 11 kanak-kanak, termasuk empat bayi, serta enam kru. Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta berkata tiga daripada penumpang pesawat itu adalah warga Amerika.
Pesawat itu hilang dua hari selepas sebuah feri membawa lebih 600 orang karam di perairan dekat pulau Jawa. Sekurang-kurangnya 200 penumpang telah diselamatkan tetapi para pekerja penyelamat masih mencari 400 penumpang yang masih hilang.
Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam berkata beliau sangat prihatin tentang nahas-nahas itu. - AP, Reuters. |
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 3 Januari 2007
Mudah cetak | E-mel
USAH PERSOAL HASRAT JPJ MENYAMAN KERETA OPC
SAYA rasa tertarik apabila membaca rungutan Encik Rashid Osman dengan tajuk Hairan dengan aturan baru JPJ Johor (BH, 30 Disember 2006).
Saya juga rasa terkilan dengan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor yang akan menyaman dan menyita kenderaan OPC Singapura seandainya menggunakan jalan raya mereka tanpa Lesen Tambahan (SL) dalam waktu sibuk.
Begitu juga, ramai pemilik OPC yang berasa bingung, keliru dan tertekan akan peraturan yang tiba-tiba muncul ini.
Tetapi kita juga harus memahami keadaan khususnya tentang konsep OPC itu sendiri.
Sebagai pemilik OPC, kita tertakluk pada peraturan pihak berkuasa di sini (LTA) yang mensyaratkan kereta berkenaan hanya boleh digunakan pada sesuatu masa sahaja.
Berkaitan dengannya, saya berpendapat pihak JPJ Johor, sebagai pihak penguatkuasa di sana, berhak mengambil tindakan undang-undang seperti yang dinyatakan terhadap kereta OPC. Merekalah yang lebih arif tentang peraturan dan undang-undang mereka.
Mungkin mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri sehingga terpaksa mengambil tindakan tersebut.
Tidak perlulah kita terus mempersoalkan hak mereka dan tidak perlulah kita berazam untuk tidak ke sana, kerana satu hari nanti semua azam itu akan luput.
Sebagai orang luar yang bertamu ke tempat mereka, seharusnya kita menghormati dan mematuhi peraturan mereka, sepertimana semasa mereka bertamu ke tempat kita dan perlu mematuhi peraturan jalan raya di sini.
Mohammad Ali Bajuri
================================================================
Encek Ali.... saya pula nak bertanya kepada encek, kenapa undang-undang buatan manusia ini hanya di Johor??? tidak dilakukan dinegeri-negeri lain?? malah JPJ pusat pun tak tahu menahu tentang perkara ini...
Kalau nak adakan sesuatu undang-undang tu..., kenapa tak diformalitikan??? tak diisytiharkan??? dan tidak di beritahu awal-awal????
ini last minit.., baru dapat tau berita ni.... apa ke hel nyee???
nampak sah dorang rambang dengan doler singapore.... tak gitu Encek Ali???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilah21 at 3-1-2007 10:18 AM
teruk nya.. that time i also saw that teddy .. but mcm takder orang pon pay attention to the tree.. agaknyer they saw someone take. others terus follow suit..
takde pulak kojol kena karen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sutera_abadi at 3-1-2007 12:42 PM
Forum : 3 Januari 2007
Mudah cetak | E-mel
USAH PERSOAL HASRAT JPJ MENYAMAN KERETA OPC
SAYA rasa tertarik apabila membaca rungutan Encik Rashid Osman dengan tajuk Hairan dengan aturan ...
:music:
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja :music: |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
anyone saw the saddam video? |
|
|
|
|
|
|
|
Da tengok daaa... kat youtube banyak video nyer....
just taip Saddam.... akan keluar banyak video yg berkaitan saddam
Originally posted by matz_rockz at 4-1-2007 08:44 AM
anyone saw the saddam video? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sutera_abadi at 3-1-2007 12:42 PM
Forum : 3 Januari 2007
Mudah cetak | E-mel
USAH PERSOAL HASRAT JPJ MENYAMAN KERETA OPC
SAYA rasa tertarik apabila membaca rungutan Encik Rashid Osman dengan tajuk Hairan dengan aturan ...
ini reply dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia
KERETA WAKTU LENGANG BEBAS MASUKI JOHOR
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini
PARA pemilik kereta plat merah atau kereta waktu lengang (OPC) boleh menarik nafas lega kerana kereta jenis itu bebas memasuki Johor Bahru (JB) tanpa sekatan waktu.
Ini bermakna kereta sedemikian tidak perlu mempunyai Lesen Tambahan (SL) seperti yang dikenakan di sini.
Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan empat perenggan petang semalam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, berkata:
'Pihak Suruhanjaya Tinggi ingin mengulangi bahawa Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menghalang kemasukan kereta OPC ke Malaysia pada bila-bila masa pun. OPC bagaimanapun, harus dilindungi insurans.
'Laporan yang menyatakan peraturan khas akan dilaksanakan terhadap OPC mulai 1 Januari lalu adalah tidak berasas sama sekali.'
Kenyataan itu menambah, Malaysia mengalu-alukan setiap pengunjung Singapura ke Johor atau ke mana-mana sahaja di negara itu dan berharap mereka dapat menikmati pelbagai acara yang dianjurkan sempena 'Tahun Melawat Malaysia 2007'.
Isu sekatan waktu memandu itu timbul menyusuli laporan Berita Harian yang mendedahkan kebingungan beberapa pemandu kereta plat merah yang mendakwa ditahan dan diberi amaran pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa memandu di JB.
Laporan Berita Harian itu memetik Pengarah JPJ Johor, Encik Mohd Rosli Ramli, sebagai mengesahkan peraturan yang mewajibkan kereta plat merah mempamerkan lesen tambahan ketika memandu di JB mulai Isnin lalu.
Ketika dihubungi semalam, beliau enggan memberi sebarang ulasan dengan hanya berkata: 'segala keputusan telah diserahkan kepada pihak kedutaan (Malaysia di Singapura) untuk menjelaskannya'.
Di bawah peraturan, seseorang pemandu OPC perlu membeli SL berharga $20 sehari sebelum boleh memandu kereta dalam waktu sekatan.
Tanpa SL, mereka boleh dikenakan saman maksimum $5,000 bagi kesalahan pertama, dan $10,000 bagi kesalahan berulang.
Seorang pemilik OPC, Cik Diana Saini, 30 tahun, berkata: 'Senang hati sekarang. Tak perlu risau ditahan JPJ semasa di JB walaupun saya memang beli lesen tambahan kalau perlu memandu pada masa-masa sibuk,' tambahnya.
--------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Pihak Suruhanjaya Tinggi ingin mengulangi bahawa Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menghalang kemasukan kereta OPC ke Malaysia pada bila-bila masa pun. OPC bagaimanapun, harus dilindungi insurans.
Laporan yang menyatakan peraturan khas akan dilaksanakan terhadap OPC mulai 1 Januari lalu adalah tidak berasas sama sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice song...
tapi tak related langsung....
coz benda ni apa pasal perlu diikut sedangkan dorang saman utk poket sendiri
eniway hari ni dah keluar warta berita semua kete OPC bleh jln di M'sia....
nampak sah pekeje-pekeje JPJ Johor ni lapar doler $ingapore
Originally posted by Browneyes at 3-1-2007 11:39 PM
:music:
Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja :music: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|