|
'Malaysia Gemilang' ganti 'Keranamu Malaysia'
29-01-2007 05:45:15 PM
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara, slogan baru 'Malaysia Gemilang' akan menggantikan 'Keranamu Malaysia' yang sudah enam tahun dilaungkan.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata 'gemilang' adalah satu perkataan yang paling tepat unruk menggambarkan pencapaian negara saat ini.
"Malaysia kini berada di kemuncak kejayaan dalam teknologi, sains, pendidikan, pertanian, ekonomi, seni dan warisan dan banyak lagi. Peringkat kegemilangan ini menjadi kebanggaan kita semua rakyat Malaysia," katanya kepada media selepas merasmikan pertandingan mencipta logo dan slogan Hari Merdeka ke-50 hari ini.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|