CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12478|Reply: 21

Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupai

[Copy link]
Post time 2-2-2007 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupaiOleh Abdul Rahman Hashim

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 10:38 AM | Show all posts
sebenarnya aku pun tak tahu.

aku tahu kg setinggan abdullah hukum ngan stesen LRT abdullah hukum jerk

teruk kan aku?
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 2-2-2007 12:59 PM | Show all posts
sekarang berapa je kampungmelayu yg tinggal dlm kl ni..semua dah kene jual kat cina....org melayu ni nak kaya cepat je..tak pikir pasal anak cucu die,,nanti takde warisan melayu dlm kl ni baru nak nyesal..jangan menag sorak kg tergadai dah le...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 03:04 PM | Show all posts
Haji Abdullah Hukum
From Wikipedia

Nama asal Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun dan kemudiannya digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Apabila beliau menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa di Padang Arafah beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum. Nama ini kekal hingga ke akhir hayatnya. Haji Abdullah Hukum juga dikenali dengan gelaran anugerah sultan iaitu "Datuk Dagang Di Anjuk". Haji Abdullah Hukum telah dilahirkan pada 1835 dan kembali mengadap Ilahi pada sekitar tahun 1930-an.

Ayahandanya pula bernama Sekancing, ertinya "kunci pintu" dan bergelar Tuk Pangku. Namanya ditukar kepada Haji Abdul Rahim, semasa berada di Padang Arafah.

Haji Abdullah Hukum ini adalah dari suku kaum kerinci dan berasal dari kariah Sungai Abu, jajahan Sungai Penoh di negeri Kerinchi, Sumatera, Indonesia.

Kehidupan awal

Beliau datang berdagang bersama ayahandanya ke Tanah Melayu pada tahun 1850, ketika berumur 15 tahun. Mereka telah singgah di Melaka selama tiga malam dan menumpang di rumah Datuk Dagang Haji Said, bapa mertua kepada Tambi Abdullah yang terkenal kaya di Kuala Lumpur. Dari Melaka mereka belayar menuju ke Pengkalan Kempas. Dari situ Haji Abdullah Hukum mengambil upah menggalas kain daripada seorang saudagar kain keturunan Kerinchi, iaitu Haji Abdul Rahim untuk pergi ke Sungai Ujong. Mereka tinggal di situ selama lapan hari dan disebabkan tiada pekerjaan yang sesuai, mereka mengikut orang-orang menggalas kain untuk pergi ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dikatakan banyak pekerjaan, seperti boleh bertanam sayur dan melampan bijih timah.

Haji Abdullah Hukum telah menetap di Selangor selama lebih daripada 85 tahun, iaitu semasa berumur 24 tahun di bawah kerajaan Melayu (1850-1874) dan 61 tahun di bawah pemerintahan kerajaan kolonial British (1874-1930-an).

Riwayat

Haji Abdullah Hukum telah tinggal lama di Tanah Melayu dan hidup di dua zaman yang berlainan iaitu lebih dua dekad hidup di zaman "keris dan pemuras" di bawah pemerintahan kerajaan Melayu dan lebih enam dekad selanjutnya di bawah pemerintahan kolonial British.

Di sepanjang zaman tersebut beliau telah terlibat dalam berbagai-bagai kegiatan untuk mencari rezeki. Mula-mulanya beliau bekerja dengan Sutan Puasa, mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) dan selepas itu melampan di Setapak selama beberapa tahun. Tidak lama selepas itu ia menjadi petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

Haji Abdullah Hukum juga pernah menjadi juak-juak kepada Raja Mahmud bin Tengku Panglima Raja, seorang pembesar Selangor. Belia turut memainkan peranan dan terlibat dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

Selain itu beliau pernah menjadi peniaga kain di Semenyih, membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Haji Abdullah Hukum di琣ngkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut. Beliau juga pernah menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga mendapat kebenaran membuka kebun di Bukit Nenas dan membuka kawasan perkampungan Sungai Putih, iaitu di Jalan Bangsar kini. Akhirnya beliau menetap di Sungai Putih, iaitu di kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum. Beliau telah dilantik oleh Sultan Sir Abdul Samad (1857-1898) sebagai salah seorang ketua masyarakat di Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk. Apabila umurnya meningkat hampir 80 tahun (1912) beliau memohon bersara dari jawatan ketua itu dan mendapat pencen daripada kerajaan.

Haji Abdullah Hukum di Selangor

Kehidupan Haji Abdullah Hukum di Tanah Melayu di zaman "Keris dan Pemuras ".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 03:05 PM | Show all posts
Zaman "Keris dan Pemuras"

Selepas beberapa hari saja beliau berhijrah ke Tanah Melayu , semasa dalam perjalanan dari Sungai Ujung ke Kuala Lumpur beliau telah melihat satu kejadian yang dahsyat di Kajang. Beliau telah melihat perlawanan senjata yang dinamakan bertikam. Dalam kejadian itu ada seorang telah mati, ditikam oleh orang ramai sehingga darah nya mengalir. kejadian itu adalah disebabkan perempuan. Peristiwa ini berlaku pada 1850, tetapi ini bukanlah peristiwa terakhir yang dilihatnya kerana beliau juga turut menyaksikan "orang bertikam satu lama satu antara orang Pahang dengan orang Pahang juga, semasa ia membeli kerbau di Lubuk Terua (Semantan) Pahang. Menurutnya peristiwa itu berlaku "kerana yang seorang itu enggan memulangkan amanah dari Kuala Lumpur ... Yang mati itu ialah orang yang enggan".

Sebenarnya banyak sekali peristiwa pembunuhan yang telah disaksikan beliau,ini adalah kerana kerana kekacauan sering berlaku di Selangor seperti di Cheras, Hulu Kelang, Ampang, Hulu Langat dan termasuk Kuala Lumpur sebelum pertengahan tahun 1870-an. dan beliau sendiri adalah juak-juak kepada seorang pembesar Selangor, iaitu Raja Mahmud. Perang atau kekacauan ini selalunya berpunca daripada perebutan kawasan yang mengandungi hasil bijih dan seterusnya untuk berkuasa di sesuatu kawasan itu. Di Selangor contohnya, pada 1858 dikatakan telah berlaku pergaduhan di antara Raja Bugis dengan Raja Mengampang, kedua-duanya orang Mendahiling. Raja Mengampang mempunyai lampan bijih di Hulu Langat dengan kebenaran Sultan Abdul Samad. Tetapi Raja Bugis dari Kajang hendak membuka lampan pula di sebelah hulu Sungai Langat. Ini menimbulkan kemarahan Raja Mengampang. Haji Abdullah Hukum berkata, "Menurut adat zaman berkeris dahulu, ketika itu kita wajib menghunus senjata". Inilah yang berlaku hingga ramai kedua belah pihak tersebut terkorban. Pergaduhan itu berlaku selama tiga bulan.

Satu lagi contoh "zaman keris dan pemuras" ialah peristiwa yang berlaku di antara Raja Mahmud, Ketua kepada Hj. Abdullah Hukum dengan Raja Layang. Raja Mahmud ialah salah seorang pembesar Selangor di Kuala Lumpur yang berperang menentang serangan orang Pahang di sekitar 1873, di Hulu Kelang. Manakala Raja Layang (orang Minangkabau) telah bersekutu dengan orang Pahang. Raja Layang dikatakan telah melarikan diri ke Rekoh dan dengan itu Raja Mahmud berazam untuk membunuhnya. Raja Mahmud telah berangkat ke Kajang, tetapi Raja Layang yang berada di Rekoh sudah pun melarikan diri. Haji Abdullah Hukum adalah di antara ramai panglima dan juak-juak Raja Mahmud pada masa itu. Menurutnya sebaik saja Raja Mahmud tiba di Rekoh, dia telah bertemu dengan seorang Minangkabau yang nampaknya tidak ambil peduli kepadanya. Raja Mahmud bertanya seperti berikut: "Awak orang mana?" Jawabnya, "Saya orang Minangkabau", Raja Mahmud bertanya lagi, "Siapa ketuaan awak?" Jawabnya, "Raja Layang". Dengan itu dikatakan, "Itulah dua patah soal jawab sahaja. Orang itu pun ditikam oleh Raja Mahmud sama sekali sahaja mati di situ jua".

Raja Mahmud memasuki pekan Rekoh untuk mencari Haji Abdul Samad, orang Minangkabau juga. Apabila ditemui Haji Abdul Samad, Raja Mahmud bertanya, "Siapa ketuaan Pak Haji? Jawabnya, "Tuankulah!" Dengan itu, niat Raja Mahmud hendak membunuhnya tidak terlaksana. Di sebaliknya, "Haji Abdul Samad dipeluknya" dan diberikan "wang sepuluh ringgit belanja menanam orang yang di瑃ikamnya tadi". Selepas peristiwa ini Raja Mahmud pulang ke KuaIa Lumpur.

Ini adalah satu aspek daripada adat di zaman tersebut. Namun begitu, terdapat juga adat di mana seorang pembesar seperti Raja Mahmud ini dikehendaki membayar diyat apabila anak buahnya melakukan kesalahan. Satu peristiwa yang diceritakan oleh Haji Abdullah Hukum ialah mengenai seorang keturunan Kerinchi yang mengambil upah menggalas bijih timah terbunuh dalam satu rompakan. Perompak itu dikatakan orang Raja Mahmud. Dengan itu sekumpulan 30 orang Kerinchi telah pergi menemui Raja Mahmud. Dialog berikut membawa maksud yang tersendiri,

"Apabila sirih telah dikapur maka Imam Perang Mangku iaitu kepala dan jurucakap orang Kerinchi itu pun berkata harap diampun Tengku? Kedatangan patik-patik semua ini ialah kerana hendak mengadu seorang daripada waris kami telah mati dalam kawasan Tengku. Itulah kami sembahkan jika hilang minta dicari, cicir minta dipungut, kalau luka minta dipampas dan jika mati minta didiyat".

Raja Mahmud telah memberikan "sarong keris terapang emas" sebagai jadi tanda diyat itu dan ini akan ditebusnya dengan wang $100 kemudiannya.

Haji Abdullah Hukum dan Kuala Lumpur

Apabila Hj. Abdullah Hukum mula-mula sampai di Kuala Lumpur, beliau menumpang tinggal di rumah Haji Abdul Ghani, orang Air Bangis yang berkedai di suatu lorong yang kemudiannya dikenali sebagai Java Street. Selain itu pekan Kuala Lumpur hanya mempunyai satu lorong lain, iaitu dikenali kemudiannya sebagai Market Street semasa itu Ampang Street (Lorong Ceti) belum muncul lagi. Di kawasan ini terdapat kolam-kolam ikan yang dimiliki oleh Sutan Puasa. Beliau bersama Raja Bi1ah ialah pembesar bagi masyarakat Kuala Lumpur ketika itu bertugas mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kiang atau Sungai Gombak. Cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Di tahun 1850-an itu rumah kedai di Kuala Lumpur beratap bertam, dinding pelupuh (buluh) dan orang yang berniaga di situ seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu, iaitu keturunan Rawa dan Mendehiling.

Jalan keluar masuk kuala Lumpur ialah menggunakan perahu atau berjalan kaki. Perahu dagang mengambil masa di antara 10-15 hari bergalah dari Kelang untuk sampai ke Kuala Lumpur. Kalau airnya daiam boleh sampai dalam tiga hari.

Bermula dari tahun 1859, penduduk Kuala Lumpur menjadi semakin bertambah. Pembesar-pembesar Melayu mula menggunakan ramai pekerja Cina untuk membuka kawasan lombong di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya di Ampang. Akibatnya orang-orang Cina juga mula terlibat dalam perniagaan. Yap Ah Loy, Kapitan Cina (1868-1885) memiliki kira-kira separuh daripada rumah kedai di Kuala Lumpur.

Sehingga awal 1880-an hanya 70 daripada 220 rumah kedai berada di tangan orang Melayu. Menurut Haji Abdullah Hukum, orang-orang Melayu yang kaya pada masa itu kebanyakannya ialah orang Minangkabau.

Selain golongan peniaga, terdapat juga orang Melayu yang membuka beberapa kawasan penempatan dan kebun di Kuala Lumpur. Di antaranya ialah di Setapak yang dahulunya dikenali sebagai Sungai Tapak, di Pudu, Bukit Nenas, Petaling, Batu dan di Sungai Putih (Jalan Bangsar).

Antara tanaman penduduk Melayu di tempat-tempat tersebut ialah padi, sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih. Pokok-pokok yang disukai oleh orang Melayu yang menerokai pembukaan Kuala Lumpur ini ialah kopi dan lada hitam.

Disebabkan penduduk Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu agak ramai, maka didirikan juga dua buah masjid. Yang pertama didirikan oleh Encik Baki, orang Melaka yang juga bapa mertua kepada Haji Abdullah Hukum dan dinamakan Masjid Melaka kerana ia didirikan atas pakatan orang Melaka dan tukang serta pegawainya juga terdiri daripada mereka. Tempat masjid itu ialah di Kampung Melaka (Batu Lane kemudiannya). Tetapi masjid itu akhir琻ya diambil alih oleh masyarakat India Muslim dan sejak itu (terutamanya pada 1930-an) ia dikenali sebagai Masjid Keling atau Masjid Chulia. Pada ketika itu orang Minangkabau juga telah mendirikan sebuah masjid lain, iaitu berdekatan dengan gedung Gian Singh pada 1930-an.

Disebabkan adanya dua buah masjid bagi masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, maka terjadilah perselisihan kerana masing-masing hendak mendirikan solat Jumaat di Masjid mereka. Ini hampir menimbulkan perkelahian besar. Tetapi dengan campur tangan Sultan Abdul Samad, sembahyang Jumaat telah diadakan secara bergilir-gilir maka selesailah perselihan faham tersebut.

Sejak Kuala Lumpur dibuka hingga 1890-an, Bukit Nenas adalah pusat kuasa bagi masyarakat Melayu kerana wakil Sultan menetap di situ. Jika ada sebarang keramaian tradisional seperti sempena perlantikan ketua atau pembesar masyarakat Melayu, maka ia diadakan di Bukit Nenas. Antaranya sempena perlantikan Tuk Alam Setapak, Tuk Bela Sungai Cantik, Imam Perang Muhammad Arif, Raja Utih dan Tuk Dagang Dianjak (Haji Abdullah Hukum sendiri), dimana satu keramaian telah diadakan selama tujuh hari tujuh malam menurut adat keramaian zaman dahulu.

Sungguhpun Kuala Lumpur menjadi semakin maju dan berkembang pesat selepas campur tangan British pada 1875, namun penduduk Melayu yang berjaya untuk berkongsi kemajuan awal Kuala Lumpur sejak 1850-an telah mula tersisih daripada arus pembangunannya.Ini dikuatkan lagi dengan perkembangan dimana masyarakat Melayu telah berpindah dari bandar Kuala Lumpur untuk membuka perkampungan baru di pinggir kota, berakhirnya pemilikan Masjid Melaka oleh orang Melayu Melaka,penutupan perkuburan Islam (Melayu) di kuala antara Sungai Gombak dengan Sungai Klang, terbentuknya Kampung Baru, Kuala Lumpur atas usaha pentadbiran British untuk melihat masyarakat Melayu berterusan berada di sekitar bandar Kuala Lumpur, tetapi berada dalam dunia mereka yang tersendiri, iaitu dibuai oleh nostalgia hidup dalam alam perkampungan yang aman damai.

Dewasa ini nama Haji Abdullah Hukum hanya tercatat pada nama Kampung Hj Abdullah Hukum, ramai yang tidak tahu tentang beliau dan kaitan beliau dengan sejarah Selangor dan Kuala Lumpur.Maka dengan itu usaha-usaha harus dijalankan untuk menyelidiki dengan lebih dalam lagi tentang susur galur dan sejarah beliau demi mengelakkan sejarah negara kita akan terus terkubur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 03:08 PM | Show all posts
terima kasih: http://ulama.blogspot.com/2005/03/ulama-minangkabau.html

AKTIVITI DI KUALA LUMPUR

Catatan Haji Abdullah Hukum tentang Kuala Lumpur mula-mula diterokai sangat menarik juga, sebagai contoh bahawa hubungan dari Kelang ke Kuala Lumpur ketika itu masih menggunakan jalan sungai. Kalau musim kemarau bergalah menggunakan perahu dari Kelang ke Kuala Lumpur ditempuh antara 10 sampai 15 hari. Pada musim hujan, kerana air penuh, ditempuh hanya tiga hari saja. Menurut Haji Abdullah Hukum pula, bahawa jalan keluar masuk Kuala Lumpur ketika itu belum ada. Orang-orang keluar masuk ikut jalan perahu atau jalan jejak orang. Rumah-rumah kedai Kuala Lumpur atap daun. Dinding rumah pula dari tanah liat. Jambatan di Jawa Street diperbuat daripada buluh. Jambatan dekat pasar diperbuat daripada dua batang kayu. Ketika Kuala Lumpur mulai berkembang, masyarakat Minangkabau ramai berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan kealiman Haji Utsman bin Abdullah mulai terserlah maka pada waktu itulah orang-orang Minangkabau sepakat mengajak beliau pindah ke Kuala Lumpur kerana ingin mendalami lagi ilmu-ilmu tentang Islam. Untuk jaminan hidupnya tinggal di Kuala Lumpur masyarakat telah menghibahkan untuk beliau sebidang tanah. Tanah itu ialah sepanjang pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang iaitu tanah yang dimulai dari Masjid Jamik Kuala Lumpur sampai ke kawasan yang berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang.

Pengusaha

Haji Abdullah Hukum salah seorang murid Haji Utsman bin Abdullah dalam Warta Ahad, Oktober - November, 1935 mencatatkan bahawa Haji Utsman bin Abdullah yang diriwayatkan ini adalah mula-mula menjadi Imam dan kemudian menjadi Kadi Kuala Lumpur yang pertama. Beliau termasuk golongan orang kaya di Kuala Lumpur pada zaman itu.
Sungguhpun Haji Utsman bin Abdullah seorang ahli sufi, pengamal Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dalam masa yang sama beliau juga tidak ketinggalan di tengah-tengah masyarakat yang bukan Islam di Kuala Lumpur pada zamannya, kekayaannya adalah setanding dengan orang-orang yang bukan Islam. Haji Abdullah Hukum murid beliau mencatatkan orang-orang kaya yang berasal dari Minangkabau yang sezaman dengan Haji Utsman bin Abdullah di Kuala Lumpur peringkat awal ialah Haji Abdus Samad, Haji Abdul Majid Panjang, Haji Abdus Samad Panjang, Haji Abdus Samad Kecil, Haji Muhammad Ali, Haji Utsman (Imam kemudian Kadi Kuala Lumpur), Haji Zainal Abidin, Hajah Fatimah, Haji Abdullah Panjang, Hasyim, Banginda Kaya Haji Arsyad dan Datuk Maharaja. Dari kalangan orang Mandailing pula ialah Sutan Puasa. Orang Kerinci ialah Haji Arsyad. Orang Melaka ialah Datuk Abdullah dan mentua Haji Abdullah Hukum. Orang Pulau Pinang ialah Che' Din, Encik Baki. Orang Aceh ialah Haji Saleh dan ada seorang orang Linggi. Dan orang Terengganu ialah Che' Soh.

Selain sebagai seorang Imam dan Khatib Kuala Lumpur, kadi, serta terlibat sebagai seorang pengusaha, beliau juga giat mengajar. Di antara muridnya ialah Sultan Abdus Shamad Selangor, Raja Mahmud, Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum, dan ramai lagi. Sutan Puasa yang tersebut diriwayatkan berasal dari Mandailing, Sumatera Timur, beliau adalah Ketua Melayu (Dato' Dagang) yang pertama di Kuala Lumpur

Berdasarkan catatan Haji Abdullah Hukum, bahawa masjid yang pertama di Kuala Lumpur ialah yang didirikan oleh ayah mentua beliau bernama Encik Baki. Masjid tersebut didirikan di Kampung Melaka (Batu Lane), dinamakan dengan ``Masjid Melaka'' selanjutnya dinamakan juga dengan ``Masjid Keling'' juga Masjid ``Chulia''. Masjid Melaka didirikan oleh pakatan orang-orang Melaka, tukangnya juga berasal dari Melaka. Oleh itu semua pegawai masjid tersebut adalah ditangani oleh orang-orang yang berasal dari Melaka. Selanjutnya mendirikan sebuah masjid baru yang terletak dekat gedung Gian Singh di Jawa Street.

Oleh sebab terdapat dua masjid yang berdekatan, iaitu Masjid Melaka dan Masjid Minangkabau, maka telah terjadi perselisihan sesama orang Melayu kerana masing-masing akan mendirikan sembahyang Jumaat dalam masjidnya. Menurut Mazhab Syafie bahawa tidak dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat yang berbilang-bilang dalam satu negeri kecuali apabila darurat. Sekiranya terjadi sembahyang Jumaat yang terdapat dua masjid atau lebih, maka yang sah sembahyangnya ialah di mana masjid yang lebih dulu takbiratul ihram, imam dalam masjid itu. Perselisihan sesama Islam dan sebangsa Melayu itu dapat di atasi secara bijaksana oleh Sultan Abdul Samad dengan cara supaya mendirikan sembahyang Jumaat secara bergiliran. Sekali Jumaat didirikan di Masjid Melaka, Jumaat yang berikutnya didirikan di Masjid Minangkabau, demikianlah seterusnya.

Peranan

Perselisihan sesama Islam dan sama-sama bangsa Melayu yang pernah terjadi ketika Kuala Lumpur mula-mula dibangun, serta peranan Sultan Abdul Samad seperti tersebut di atas patut dijadikan iktibar. Selain peranan Sultan Abdul Samad, yang termasuk salah seorang murid Haji Utsman bin Abdullah, dapat diambil kesimpulan bahawa tentu ada peranan yang dimainkan oleh Haji Utsman bin Abdullah sendiri. Nampaknya walaupun beliau berasal dari Minangkabau namun beliau tidak memihak kepada sesuatu pihak mana pun. Sebagai seorang ulama yang sekali gus seorang imam, khatib dan kadi ketika itu, beliau hanya terdiam, kemudian berfikir.
Buah fikirannya tidak disampaikan secara langsung kepada dua belah pihak yang sedang berselisih kerana kemungkinan pada pandangan beliau akan sia-sia belaka. Adalah langkah yang sangat bijak, buah fikirannya itu dipersembahkan kepada Sultan Abdul Samad. Demikianlah langkah yang kita perlukan pada semua penguasa (umara) dan ulama sepanjang zaman, sekiranya terjadi perselisihan sesama Islam dan sebangsa Melayu atau serumpun Melayu hendaklah diselesaikan secara bijaksana dan dapat diterima oleh semua pihak yang berselisih. Hendaklah kita sedar bahawa menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak adil, apatah lagi berpihak kepada yang salah, adalah ibarat api di dalam sekam, padam pada satu ketika dan akan membakar pada ketika yang lain. Saya berpandangan bahawa Islam wajib bersatu padu, dan demikian juga bangsa Melayu juga wajib bersatu walau di negara mana pun mereka berada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2007 12:24 AM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

Satu sejarah yang mesti diketahui oleh setiap warga Kuala Lumpur. Jangan lepas nie anak-anak muda Melayu bila tanya Abdullah Hukum cuma tau nama stesen LRT ajer..Malu betul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2007 02:09 PM | Show all posts
heheheh
maka aku pun termalu bila baca posting hang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2007 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 2-2-2007 10:37 AM
Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupaiOleh Abdul Rahman Hashim

Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.




Aku setuju tentang ini. Sebab ramai bila ditanya akan jawab Yap Ah Loy Dari Haji Abdullah Hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 5-2-2007 09:44 PM




Aku setuju tentang ini. Sebab ramai bila ditanya akan jawab Yap Ah Loy Dari Haji Abdullah Hukum.


Betul tuh! Kita tak nafikan sumbangan Yap Ah Loy dalam pembangunan KL...tapi Hj Abdullah Hukum lah orang yang mula-mula meneroka KL...Die leh dianggap sebagai 'Pioneer' pada ibu negara Malaysia nie! Sumbangan beliau tak boleh dilupakan.

P.S: Jangan nanti anak cucu kita bile orang luar tanya, "Sape pengasas KL?" Diorang jawab "seorang kapitan Cina bernama Yap Ah Loy!"
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 03:53 PM | Show all posts

Reply #7 rurouni_khairul's post

adus...   merah muka i...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 6-2-2007 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 5-2-2007 10:52 PM


Betul tuh! Kita tak nafikan sumbangan Yap Ah Loy dalam pembangunan KL...tapi Hj Abdullah Hukum lah orang yang mula-mula meneroka KL...Die leh dianggap sebagai 'Pioneer' pada ibu negara Malays ...



YA BETUL TU..PERTAHAN KAN HAK KITA..INI TANAH AIR KITA..TANAH TUMPAH DARAH NENEK MOYANG KITA..DENGAN DARAH MEREKA MEMPERTAHANKANNYA..JADI..DIDIKLAH ANAK CUCU KITA DENGAN SEJARAH BANGSA KITA...JANGAN SAMPAI NANTI ANAK CUCU KITA BUTA SEJARAH ASAL USUL BANGSA SENDIRI..(saya bukan nak bermain ngan isu perkauman..jangan salah faham..cuma semangat perjuangan utk agama bangsa n tanah air...)

p/s...jangan sampai satu hari nanti anak cucu kita kencing di pusara kita sambil berkata..kenapa engkau tidak mahu mempertahankan hak bangsaku sehingga tergadainya maruah bangsaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by bettyboops at 6-2-2007 03:53 PM
adus...   merah muka i...


Takper..biar kita merah muka ari nie..Jangan anak cucu kita merah muka akan datang...


Originally posted by dempol at 6-2-2007 04:40 PM


YA BETUL TU..PERTAHAN KAN HAK KITA..INI TANAH AIR KITA..TANAH TUMPAH DARAH NENEK MOYANG KITA..DENGAN DARAH MEREKA MEMPERTAHANKANNYA..JADI..DIDIKLAH ANAK CUCU KITA DENGAN SEJARAH BANGSA KITA...JANGAN SAMPAI NANTI ANAK CUCU KITA BUTA SEJARAH ASAL USUL BANGSA SENDIRI..(saya bukan nak bermain ngan isu perkauman..jangan salah faham..cuma semangat perjuangan utk agama bangsa n tanah air...)

p/s...jangan sampai satu hari nanti anak cucu kita kencing di pusara kita sambil berkata..kenapa engkau tidak mahu mempertahankan hak bangsaku sehingga tergadainya maruah bangsaku.....


Bila baca P/S ko aku teringat pakcik aku..die suke cakap camtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 01:16 PM | Show all posts
Bagus thread ni.. Baru aku kenal sape Abdullah Hukum.. Napela kite tak didedahkan diperingkat sekolah lg? Tahun2020 nanti, apelah agaknye yg anak2 zaman tu tahu?
Reply

Use magic Report

de_kerinchi This user has been deleted
Post time 28-2-2007 03:57 PM | Show all posts
Terima kasih saudara Syd kerana telah mewujudkan topik ini....

Sejarah yang sepatut nya tidak dilupai... kalau ada siapa yang mempunyai gambar Datuk Dagang di Anjuk Hj Abdullah Hukum diharap dapat upload kan disini

Terima kasih....

de_kerinchi
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #14 shidie27's post

Yup, memang bagus..takde la pasni kita asyik ingat orang Cina yang bukak KL nie sampai kita rase seolah-olah menumpang kat tanahair sendiri.

Ingat! Yap Ah Loy tak pernah claim die buka KL. Die cuma seorang kapitan Cina. Tapi sebab British nak lemahkan semangat dan pemikiran bangsa Melayu mereka nafikan Abdullah Hukum dan naikkan nama kapitan Cina tuh. In the end, kita rase seolah-olah macam bangsa Melayu nie jahil dan daif sangat. Begitulah hebatnya 'sejarah' bila dijadikan senjata oleh imperialis!

[ Last edited by  rurouni_khairul at 2-3-2007 10:08 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2007 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by de_kerinchi at 28-2-2007 03:57 PM
Terima kasih saudara Syd kerana telah mewujudkan topik ini....

Sejarah yang sepatut nya tidak dilupai... kalau ada siapa yangmempunyai gambar Datuk Dagang di Anjuk Hj Abdullah Hukum diharap ...


ni u punye blog eh ?

http://www.anjunglarik.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

de_kerinchi This user has been deleted
Post time 5-3-2007 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 2-3-2007 11:24 AM


ni u punye blog eh ?

http://www.anjunglarik.blogspot.com/


Ia saya punya blog jemput lah masuk... terima kasih

[ Last edited by  de_kerinchi at 5-3-2007 08:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 10:07 AM | Show all posts
Abdullah Hukum dari pedagang jadi pembesar
Oleh Mohd Azis Ngah




ABDULLAH Hukum antara pembesar Melayu yang disegani di Kuala Lumpur.

Sultan Selangor lantik Abdullah Ketua Masyarakat Kuala Lumpur

KAMPUNG Hj Abdullah Hukum, Jalan Haji Abdullah Hukum di Bangsar dan yang terbaru, Apartmen Haji Abdullah Hukum adalah antara tempat yang diambil sempena nama Haji Abdullah Hukum.

Siapakah sebenarnya Haji Abdullah Hukum? Tentu ramai generasi muda yang tidak mengetahui nama tokoh besar ini dalam sejarah tanah air dan kaitannya dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Nama sebenar Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun. Beliau kemudian digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Ketika menunaikan fardu Haji ke Makkah dan berada di Padang Arafah, beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum.

Nama itu terus kekal hingga ke akhir hayatnya dan digunakan sehingga sekarang. Tokoh besar ini dilahirkan pada 1835 dan meninggal dunia sekitar tahun 1930-an ketika berusia kira-kira 100 tahun.

Ayahnya dikenali sebagai Sekancing yang bermakna 慿unci pintu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 10:07 AM | Show all posts
Fakta: Abdullah Hukum

# Mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) bekerja dengan Sutan Puasa.

# Mendulang di Setapak.

# Petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

# Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran) kepada seorang pembesar Selangor, Raja Mahmud Tengku Panglima Raja .

# Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

# Peniaga kain di Semenyih.

# Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut.

# Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.079664 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list