CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14245|Reply: 66

3 kali bergerak dalam salat batal??

[Copy link]
Post time 19-2-2007 03:30 PM | Show all posts |Read mode
GERAKAN DALAM SHALAT


Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Baz




Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Saya mempunyai suatu problem, yaitu saya banyak bergerak ketika sedang shalat. Saya pernah mendengar ada suatu hadits yang maknanya, bahwa gerakan yang lebih dari tiga kali dalam shalat akan membatalkannya. Bagaimana kebenaran hadits ini ? Dan bagaimana cara mengatasi problem banyak melakukan gerakan sia-sia di dalam shalat.

Jawaban
Disunnahkan bagi seorang mukmin untuk menyongsong shalatnya dan khusyu鈥

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 12:34 AM | Show all posts
Posting yang berinfo...

(Saja je nak tambah bilangan post.Hehe..)
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:43 AM | Show all posts
Saya juga telah membaca hadis dimana Rasullullah saw pernah memangku cucunya dibelakangnya sambill solat.

Ada juga baginda mengalihkan kaki Aisyah ra semasa solat.

Bila saya di mekah, ada juga orang lelaki pak arab yang boleh menjawab telefon semasa solat.... dan kemudian sambung solatnya...

Tetapi bila saya disini, tok alim kata kalau gerak 3 kali dah batal solat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 01:33 AM | Show all posts

Reply #3 mamuslim's post

x ker pelik boleh jawab call ?? x kusyuk la semayang cenggitu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 02:22 AM | Show all posts
jawab henfon setakat tekan butang jer tuu.  tapi dia org mazhab lain.  mazhab shafie sahaja yang 3 kali pergerakan.  ada la hujah dia yang menyatakan demikian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 20-2-2007 12:43 AM
Saya juga telah membaca hadis dimana Rasullullah saw pernah memangku cucunya dibelakangnya sambill solat.

Ada juga baginda mengalihkan kaki Aisyah ra semasa solat.

Bila saya di mekah, ada juga orang lelaki pak arab yang boleh menjawab telefon semasa solat.... dan kemudian sambung solatnya...

Tetapi bila saya disini, tok alim kata kalau gerak 3 kali dah batal solat. ...



Haa eloklah tu ..semua ikut Pak Arab.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2007 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 20-2-2007 02:22 AM
jawab henfon setakat tekan butang jer tuu.  tapi dia org mazhab lain.  mazhab shafie sahaja yang 3 kali pergerakan.  ada la hujah dia yang menyatakan demikian.


:setuju: ..MAZHAB ln peraturan solatnyer tak terlalu ketat, bergerak byk mana pun tak kisah cuma untuk mazhab shafie..tatatertib solat adalah lebih ketat n aku lebih selesa dgn mazhab shafie..
aku ader terbaca hujah ttntg 3 x pergerakan akan menyebabkan solat kita batal tapi dah tak jmp dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by shax at 20-2-2007 12:30


:setuju: ..MAZHAB ln peraturan solatnyer tak terlalu ketat, bergerak byk mana pun tak kisah cuma untuk mazhab shafie..tatatertib solat adalah lebih ketat n aku lebih selesa dgn mazhab shafie ...


sis ...apapun mahdzabnyer, jike dah ada dalil dari Rasulullah, make seperti imam Syafii katakan "Kapan saja ada dalil dari hadits sahih, maka ketyahuilah itulah madzabku", lalu beliau juga berkata "Jika ada hadits sahih dan aku tak berpegang dengannya, maka kalian menjadi saksi bahwa sebenarnya aku telah gila". Itulah kerendah hatian (Waro) imam Syafi'i -rahiahullah-. Jadi, walau benar Imam Syafi'i berpendapat 3 gerakanbisa membatalkan shalat, tapi karena ada hadith sahih yang membantahnya, maka kita wajib berpegang kepada hadith sahih tersebut dan meninggalkan perkataan Imam Syafi'i. Karena inilah pesan dari Imam Syafi'i sendiri . Tapi, yang perlu kita sadari disini adalah, banyak orang yang menyandarkan sesuatu kepada Imam syafii tapi sebenarnya imam Syafii tidak berpendapat demikian. Sepertti di katakan dalam postku nii bahwa yang mengatakan 3 kali bergerak batal shalat adalah orang salih, dan bukan Imam Syaifii. Ade juge kemungkinan bahwa ini pendapat orang salih dari mahdzab syafii, tapi kita orang-orang yang masih awam berfikir itu fatwa imam Syafii, padahal bukan. Tapi kita harus tahuu lah right, bahwa kita di perintah untuk taat kepada Allah (Quran) dan RasulNya (sunnah), dan idak pernah kita di perintah untuk taat kepada manusia. Dan ketaatan kepada ulama tergantung dari pengambilan dia kepada Quran dan sunnah . Insha Allah faham kot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #7 shax's post

memang tidak ada, sebab ia diada-adakan supaya umat islam cenderung untuk mendapatkan solat yang kusyuk. waa...saya pernah belajar ni dulu, mase perbandingan mazhab.

Tapi kaedah solat dari mazhab syafie saya akui, lebih teratur dan lebih tersusun. tapi ini tidak bermakna solat dari mazhab lain adalah salah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sambaltempoyak This user has been deleted
Post time 21-2-2007 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 21-2-2007 03:52 PM
memang tidak ada, sebab ia diada-adakan supaya umat islam cenderung untuk mendapatkan solat yang kusyuk. waa...saya pernah belajar ni dulu, mase perbandingan mazhab.

Tapi kaedah solat dari maz ...




Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:52 PM | Show all posts

Reply #9 GasTrick's post

jadi ... jawapan bagi soalan ini adalah... adakah terbatal solat itu dgn 3 pergerakan?

Soalan belum terjawab.... mazhab mazhab pun tak bersepakat.. jadi siapa yg keluarkan fatwa bahawa solat itu batal?  
Bagi saya, taklah terbatal, tetapi buat apa kita nak bergerak byk2 dalam solat? Konsentrasi ajelah... ni nak garu sana, nak garu sini, ...

Sama juga kena jawab, bila kita solat subuh, kita menadah tangan utk bacaan qunut, itu melebih drp solat biasa.. kat mekah, tak de qunut, jadi hukumnya bagaimana kalau kita tambah? lagi lagi qunut tu sunat, tapi ramai kata kena sujud sahwi kalau terlupa, yang mana adalah tidak benar...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:58 PM | Show all posts
masaalah pergerakan ni masaalah khilaf.  kalau kita yakin lebih dari tiga tak batal, ikut saja.  tak payah le bahas siapa sipa betul atau salah.  yang salah tu org tak sembahyang langsung.  macam usoli fardha.

berkenaan qunut di mekah tu.  yang qunut subuh ni mazhab shafie sahaja, dan ianya sunat.  ikut imam tu wajib.  kalau imam tak qunut, makmum tu nak qunut juga ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by mamuslim at 21-2-2007 07:52 PM
jadi ... jawapan bagi soalan ini adalah... adakah terbatal solat itu dgn 3 pergerakan?

Soalan belum terjawab.... mazhab mazhab pun tak bersepakat.. jadi siapa yg keluarkan fatwa bahawa solat i ...


berlapanglah dada dalam hal ni,
melainkan jika kita lebih alim dari imam 4 mazhab tersebut
dan juga jikalaukita ni boleh dikategorikan mujtahid boleh buat ijtihad sendiri.
saya rasa hal ni tak sepatutnya jadi isu.

kalau nak bertalfiq pun janganlah kita campur campur semua ,
kalau nak guna cara Imam Syafii biarlah semuanya Imam Syafii,
kalau taknak berqunut ikut syafii, gunalah cara solat maliki yang lain ke dari
mula sampai habis.
kita tak boleh kalau main ceduk2 je ,
last2 kita pilih mana yang sesuai dengan kita pastu cakap
mazhab lain semua salah.
sekian dari hamba yang dhoif ini

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 21-2-2007 10:58 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:18 PM | Show all posts
Soal solah mengikut fahaman mazhab masing2 tak byk berbeza.

Kelebihan mazhab Sunnah ialah, dlm perbezaan kita masih blh menggunapakai pendapat Imam mazhab yg lain.

Malahan, ustazah sy, ketika beliau berada di China selama 3 tahun, bertaqlid pd Mazhab Hanafi. Bila mana beliau pulang ke tanahair, beliau kembali bertaqlid pd As-Shafie.

Bertaqlid atau pertukaran mazhab ketika berada di tempat org amat penting bg menyesuaikan diri kita dgn amalan masyarakat Islam tempatan. Itu juga bergantung samada kita rasakan taqlid pd Imam mazhab tertentu lbh sesuai dgn jiwa kita.

Mazhab Shafie lbh rapat kpd jiwa Nusantara. Mungkin atas dasar itulah, msyarakat rumpun Melayu agak sukar memisahkan mazhab Shafie dari amalan seharian.

Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:29 PM | Show all posts

Reply #14 Robotech's post

takde salahnye yang robotach cakap tu
cuma ada segelintir yang mencampur adukannya.

Syarat sah harus taqlid itu 6 perkara :-



Mengetahui ia akan masaalah yang ia hendak taqlid itu adalah yang mu`tabar disisi mazahab yang hendak ditaqlidnya itu.dan mengetahui
rukun-rukun dan yg menbatalkan didalam masaalah yg ia hendak taqlid dlm mazhab itu.


Hendaklah taqlid dahulu sebelum jatuh perbuatannya . Maka jangan setelah jatuh perbuatan baru nak niat taqlid mazhab yang lain seperti masaalah : Dia sentuh isterinya maka batal wudu`nya dlm mazhab syafie tiba-tiba ia hendak taqlid mazhab hanafi supaya tidak batal wudu`nya . (maka tidak sah)


Tidak memilih yang mana-mana memudahkan baginya seperti :- ia ambil wudu` sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab syafie dan
sembahyang tidak membaca Bismillah pada imam atau seorang diri, dan ma`mum tidak payah baca fatihah ikut mazhab hanafi .
(maka tidak sah)


Imam yang diikutinya mesti sah mujtahidnya . Seperti syafie , hanafi, hambali dan maliki. Maka tidak sah taqlid kepada imam yang tidak sah mujtahidnya seperti :- Ibnu Taimiyyah, Ibnu Kholdun dan Muhammad bin Abd Wahab (wahabi).


Jangan  jadi talfiq pada qodiah (bab) yang satu seperti :- Mengambil wudu` menyapu sedikit daripada kepala mengikut syafie dan
dalam hal menyentuh perempuan yang ajnabi tidak batal wudu` ikut hanafi sedangkan mazahab syafie batal ia .. maka tidak sah
wudu`nya.


Tiada barang yang menjadi batal hukum qadhi seperti :- Tholak tiga sekali berlafaz tuan qadhi kata boleh ruju` nescaya batal hukum
qadhi kerana menyalahi ijma` sahabat dan tabiin dan ulama yg mujtahidin.




   Dan setengah daripada Hukum qadhi yang jadi batal ialah seperti dalam masaalah Nikah Muta`ah , nikah dengan tiada wali dan saksi ,
Talak tiga (talak bain) tiada syarat wathi` (setubuh) oleh mahallil  dan lain-2 .





Kitab Sullam Al-Sibyan li Syiekh Hj Chik Ibnu Ahmad Al-Qodhi

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 21-2-2007 09:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:26 PM | Show all posts
kalau kita solat subuh kadang2 baca n kadang2 tak baca doa qunut. boleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 22-2-2007 03:26 PM
kalau kita solat subuh kadang2 baca n kadang2 tak baca doa qunut. boleh ke?


bacaan qunut dalam solat, bacaan solawat kepada nabi dalam qunut dan bacaan
solawat kepada keluarga Nabi dalam qunut adalah tergolong dalam sunat ab'adh.
Nama kata sunat, kalau tak buat tak berdosa, dan solat masih sah. Bagi sunat abadh
kalau tak buat, di SUNATkan sujud shahwi dua kali - itupun sunat, bukan wajib.

Bacaan qunut ini adalah sunah nabi, jadi tidak menjadi persoalan besar adakah ianya
akan membatalkan solat ataupun tidak. Di Mekah, tuan imam memberi masa yang
cukup untuk para pendukung mazhab shafii untuk membaca qunut. Tak perlu baca
yang panjang-panjang. Cukup kalau baca baris yang terakhir bermula dari Waastaghfiruka
waatu bu ilaih dan solawat Nabi. Dan tak perlu angkat tangan, walaupun itu tidaklah akan
membatalkan solat (pergerakan angkat tangan tak sampai 3x dan bukan untuk mengisyaratkan
apa-apa). Itulah yang saya pelajari dan amalkan.

Berbalik kepada pergerakan 3 x, Setahu saya mazhab shafii punya requirements bagi
solat sunat membolehkan pergerakan 3x ie tidak membatalkan solat. Sebab tu, kalau
nak solat sunat sambil naik motosikal  pun boleh kalau mahu. Yang membatalkan itu adalah
bagi solat fardhu. Mungkin Imam Syafie berpendapat, semua kes2 hadith pasal Nabi
bergerak lebih 3 x dalam solat itu (yg tuan ikhwanindo lampirkan) adalah ketika Nabi
bersolat sunat. Wallahualam.

[ Last edited by  always_typo at 22-2-2007 03:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:44 PM | Show all posts
mase mengaji time kecik2 kn ade kelas fardhu ain..pak imam kite pn ade bgtau..time solat kalu tiga kali gerak da batal..satu lg kalu sekiranya kite menggaru ketika gatal gunekan jari telunjuk sahaja untuk menggaru sambil jari2 yang lain ditekapkan di sekeliling tempat yang kite hendak garu td...

[ Last edited by  aliz_mie at 22-2-2007 03:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:09 PM | Show all posts
Di katakan 3 kali bergerak dalam solat batal tapi berkali-kali orang Islam melakukan maksiat, judi dan zina takder pulak bising-bising. Inilah bahaya pemikiran yang memberatkan persoalan2 remeh temeh manakala isu-isu sejagat dan besar terhadap umat islam di pinggirkan. Waduh...waduh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:18 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-2-2007 04:09 PM
Di katakan 3 kali bergerak dalam solat batal tapi berkali-kali orang Islam melakukan maksiat, judi dan zina takder pulak bising-bising. Inilah bahaya pemikiran yang memberatkan persoalan2 remeh t ...


psttt..ape kate ko bukak thread pasal isu2 yg ko bangkitkn tu..bole kite bincang sesame..kn ke tiap2 thread ade isu2nyer tersendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.202617 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list