CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18566|Reply: 26

Kucing Tempatan DI negeri Sarawak

[Copy link]
Post time 26-3-2007 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Negeri Sarawak terletak di pantai barat laut Pulau Borneo. Pulau Borneo ialah pulau ketiga terbesar di dunia yang mempunyai hutan tua tropika yang berumur berjuta tahun dan masih dipenuhi dengan kepelbagaian biologi seperti flora & fauna. Di negeri Sarawak dan Pulau Borneo ada sebanyak lima jenis Kucing Hutan. Kesemua Kucing Hutan Borneo ialah haiwan Karnivor yang memakan mamalia kecil, burung dan serangga. Kucing Hutan ini lebih gemar tinggal di dalam hutan dipterokarpa. Sebagai haiwan nokturnal, kucing hutan ini mencari makanan pada waktu malam. Pulau Borneo tidak mempunyai kucing hutan besar seperti harimau ataupun harimau kumbang. Galeri ini memperkenalkan Kucing Hutan Borneo khasnya kucing hutan yang terdapat di negeri Sarawak.



Nama Saintifik: Felis Catus
Nama Biasa: Kuching Rumah
Kucing tempatan seperti Kucing Sarawak selalu dikaitkan dengan manusia. Kucing Sarawak boleh dibezakan dengan kucing-kucing yang lain melalui ekornya yang pendek dan kadang-kadangnya bengkok. Warna badannya pula beraneka jenis iaitu putih, kelabu, hitam ataupun jingga.





Nama Saintifik: Neofelis Nebulosa
Nama Biasa: Harimau Dahan
Ini ialah kucing hutan Borneo yang terbesar. Badannya mempunyai warna berjalur-jalur jingga keemasan menyerupai harimau. Kucing hutan yang jarang-jarang di temui ini hanya terdapat di hutan tua, tinggal di atas pokok dan memburu kera sebagai makanan.




Nama Saintifik: Felis Bengalensis
Nama Biasa: Kucing Batu
Kucing ini kerap ditemui di kawasan belukar di seluruh negeri Sarawak. Bulunya berwarna kekuning-kuningan dengan bintik bulat hitam dan ekornya pula pendek. Kucing ini biasanya nokturnal dan memakan mamalia kecil serta burung termasuk ayam ternakan.




Nama Saintifik: Felis Badia
Nama Biasa: Kucing Merah
Kucing paling jarang di temui di dunia dan hanya terdapat di kepulauan Borneo. Rekod menunjukkan bahawa kucing ini pernah kelihatan di Baram Negeri Sarawak dan Lembah Danum, Negeri Sabah. Kucing hutan ini amat berlainan daripada kucing hutan yang lain yang tidak banyak mempunyai jalur dan bintik pada badannya. Bulunya yang berwarna keemasan coklat dan merah coklat dengan tompok putih dibawah ekor hingga hujung ekornya.


EKOLOGI KUCING
Kucing Hutan mempunyai kuku yang agak kuat dan boleh bergerak amat laju untuk menangkap mangsa. Kucing hutan ini akan berkeliaran dalam hutan tua dan jenis yang besar selalunya memburu bersendirian. Binatang ini tinggal di atas pokok tetapi kadang kala  mengembara di atas tanah dan ada kalanya suka bergaul semasa musim mengawan. Makanan biasa Harimau Dahan ialah rusa hutan, kera dan mamalia kecil. Kucing Batu pula memakan tikus dan serangga. Segelintir Kucing Hutan telah berhijrah ke hutan tua dan belukar mencari makanan berdekatan dengan kediaman manusia. Tidak banyak hal ekologi Kucing Hutan di Pulau Borneo ini dapat diketahui oleh manusia. Maka ada sesetengah pihak beranggapan bahawa kucing hutan ini daripada dari keturunan kucing tempatan (Felis Catus) tetapi asal-usul dan ekologi binatang ini kurang dapat dikesan dengan begitu pasti.

BIOLOGI KUCING
Kucing betina boleh mengandung dua kali dalam setahun. Tabiat menggaru menandakan kucing betina dalam musim membiak. Waktu penghamilan ini akan berlarutan dari dua hingga tiga bulan dan jumlah anak kucing hutan boleh dilahirkan bergantung pada jenis. Anak kucing tempatan dan anak kucing hutan memang lah buta sewaktu dilahirkan dan sangat bergantung pada ibunya. Ibu kucing akan memberi makanan pada anaknya, menjaga kebersihan dan melindungi anaknya daripada dimakan oleh bapa anak kucing.

PEMULIHARAAN
Semua kucing hutan di Sarawak ini terlindung di bawah Ordinan Perlindungan Binatang Liar (1990). Semua pihak atau ditegah memburu atau membunuh atau menyimpan kucing hutan sebagai binatang peliharaan tanpa lesen yang sah dari Jabatan Hutan disebabkan binatang ini terlindung dan hampir pupus. Spesimen yang dapat dilihat di galeri ini berupa spesimen Muzium yang bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang kepelbagaian jenis kucing hutan di Pulau Borneo. Anda boleh melihat dan menyaksikan beberapa ekor kucing ini di Taman Negara kita. Kerjasama anda adalah perlu untuk memelihara kucing yang cantik ini dengan memberitahu pihak Pegawai Hidupan Liar dan pihak Muzium yang terdekat sekiranya terjumpa ataupun terlihat kucing hutan ini. Kucing hutan ialah sebahagian daripada alam semulajadi dan warisan mukabumi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 05:56 PM | Show all posts

Reply #1 putra_bengal's post

okeyyy...copp dari sehari2 nak tanye nih...for example..kalu lar kucing persian tu originality die dari sekian negara; bengal pulak dari sekian negara; maine coon lak dari sekian negara...agak2 apa trademark kucing dari Malaysia? dah ade ke? or masih lagik lam tabong uji...ahakss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 05:59 PM | Show all posts

Reply #2 hatemetoday's post

huhu.. malaysia nie takda yg betul terperinci kot... i think sebab semua kucing rumah pun berasal dari luar.. masa jajahan parameswara dulu byk pedagang bwk mai kucing dari negara depa...  speaking utara la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 06:01 PM | Show all posts
apa pon kucing merah tuh nampak ganas seyy walopon die tak bercorak...berotot...maskulin...kepale almos botak tu bulu pendekkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 06:28 PM | Show all posts

Reply #4 hatemetoday's post

yup payah nak dapat tu.. org putih panggil baycat.. putra penah tgk sekali jer kalau tak silap kat zoo negara masa dulu.. sekarang takda dah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #2 hatemetoday's post

ada sebenarnya
aku penah dgr ada breed malaysia...tapi ada yg kata breed singapore
maksudnya mmg pure breed malaysia...

kena check balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #6 wiranordin's post

tu ler...hubby aku pon tu ari ade sbot kat MACPA exhibition ade tunjuk sekor...dorang claim malaysian breed..kekekekekek..

OFF TOPIC..wira semalam aku g kedai uncle kat ttdi..ade sekor anak kucing oang buang (katenye)...tabby tapi spot2 pattern..kaler kelabu..jantan..ngko tak minat kee? ...aku ko jgn tanye...aku 'elejik' kucing kecik...*lariiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 12:17 PM | Show all posts

Reply #5 putra_bengal's post

it reminds me watak kartun citer thundercats...especially pat kepala botak die tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2007 02:56 PM | Show all posts

Reply #8 hatemetoday's post

hehehe.. ingat masa zaman muda2 dulu... hate nak mai ker perjumpaan kita kat BB
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:20 AM | Show all posts

Reply #9 putra_bengal's post

insyaAllahhh kalu tak dak aral cheq maiii larr ngan pasokan cheq...akekekkekek....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 09:34 AM | Show all posts
if i'm not mistaken there's a pedigree cat called Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 08:11 PM | Show all posts

singapura cat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 08:12 PM | Show all posts

kucing merah

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 08:48 PM | Show all posts

Reply #12 putra_bengal's post

alalalalala kiutttnyeee:geram:
comey la mata diee:love:
ni leh bela tak?musti mahal gle kan
mampu tgk gambo ajelerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 08:51 PM | Show all posts

Reply #14 ati1402's post

yg singapore tu leh bela kot.. yg bawah tu di lindungi.. hehehe.. secomel kucing, comel lagi org..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 08:52 PM | Show all posts

Reply #13 putra_bengal's post

ishkk yg iniii..emm takott la me tgkk..garangg
cam menakutkan sgt muka die..
tp ekor die cunn!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2007 08:55 PM | Show all posts

Reply #15 putra_bengal's post

oopss...hehe
kucing comel gle!!iskkk:geram:
kaler fur die pun comey..kuning ceraih cair gituu..
kalo jaga elok msti berkilat-kilat!uihhh sape la bela kucing nihh
ade ke kat mesia ni yeq..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 09:05 PM | Show all posts

Reply #17 ati1402's post

hehehe... ati bela clouded leopard la.. lagi cantik.. sultan pahang ada sekor.. wo berkilat.. best.. besar skit dari kucing.. tapi yg bestnya kan, bunyi dia mcm kucing gak... tapi besar anjing wo.. manja..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 09:10 PM | Show all posts

Reply #18 putra_bengal's post

sultan bela:
alamak aihhh maintenance tinggi woo..org x berduit cam haku ni cane laa jaga putra ..kang x psl2 kucing tu jaga diri die sndirik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2007 09:16 PM | Show all posts

Reply #19 ati1402's post

nak tgk ker? jom kita gi istana.. hehehe.. ala tak susah bela harimau dahan nie.. makan makanan kucing jer.. tapi kuantiti bnyk la.. huhu.. yus ni pun tak berduit.. ada duit skit ari tu dah beli sangkar shogun RM230.. hehehe.. makanan ikan pun sehari dah RM5..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060394 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list