CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: ibnur

Panduan Haji dan Umrah (merged threads)

[Copy link]
Post time 20-8-2007 11:46 PM | Show all posts
alhamdulillah....dpt juga serba sedikit ilmu dari thread ini....

terima kasih pada yang sudi berkongsi pengalaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 09:03 AM | Show all posts

Reply #61 Syd's post

aduss x habis2 lagi ka mufti perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ni..

lebih baik ditegur bab2 pokok dari perkara2 cabang nie..
wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 09:40 AM | Show all posts
Jangan lengah daftar haji: Abdullah


KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak berlengah mendaftarkan nama dengan Lembaga Tabung Haji bagi membolehkan mereka berada dalam senarai terawal menunaikan ibadat haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata sikap segelintir bakal jemaah menunggu sehingga duit simpanan cukup sebelum mendaftar di Tabung Haji menyebabkan mereka berdepan pelbagai risiko, termasuk ditipu sindiket.

Katanya, sindiket terbabit kebanyakannya bijak memperdaya bakal haji terutama warga emas dengan niat untuk mendapatkan wang melalui cara mudah.

揂da yang berjanji mendapatkan kuota untuk mengerjakan haji segera tanpa perlu menunggu giliran Tabung Haji dengan syarat menyerahkan semua wang simpanan dalam Tabung Haji sebagai deposit.

揗alah, ada sindiket yang berjanji memberikan visa kepada bakal jemaah supaya dapat segera ke Makkah,
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:32 AM | Show all posts
Navigasi umrah maya

Oleh ADHAM SHADAN

Aplikasi umrah maya ciptaan pelajar, Syed Huzaifah Syed Omar ini dapat membantu pengguna sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.



MENGGUNAKAN gogal khas untuk menikmati navigasi umrah maya, pengguna dapat mengadakan latihan amali maya sebagai persiadaan untuk menunaikan umrah yang sebenar.

--------------------------------------------------------------------------------


MASALAH kekeliruan yang dialami semasa mengerjakan umrah dua tahun lalu, telah menjadi cetusan idea buat seorang pelajar tahun akhir Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya untuk memperkenalkan sebuah aplikasi terbaru yang impresif iaitu virtual umrah atau umrah maya.

Menerusi aplikasi tersebut yang dimainkan di Internet, pengguna akan dapat membiasakan diri dengan suasana ibadah umrah di Mekah terlebih dahulu sebelum mereka benar-benar menjejaki tanah suci itu.

"Semasa melakukan umrah pada tahun 2006, saya mengalami beberapa kekeliruan ketika melaksanakan tawaf dan saie. Misalnya, saya keliru sama ada saya berada di Safa atau Marwa ketika melaksanakan ibadah saie.

"Memang kita telah diajar mengenainya dalam kursus sebelum bertolak, tetapi setelah tiba di tempatnya yang sebenar, ramai yang keliru kerana faktor keadaan sekeliling yang asing dan orang yang ramai," kata Syed Huzaifah Syed Omar, 23, pelajar tahun akhir MMU yang mencipta aplikasi berkenaan kepada Kosmo! ketika ditemu bual di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Masih berada pada peringkat prototaip, projek itu dipercayai yang pertama seumpamanya di dunia. Sebelum ini, aplikasi yang wujud sekadar dalam bentuk animasi atau 3D tanpa memiliki unsur interaktif seperti permainan komputer.

Dengan umrah maya, pengguna dapat merasai sendiri bagaimana keadaan ketika menunaikan umrah di Tanah Suci dengan melakukan navigasi sendiri. Dalam erti kata lain, pengguna mengawal diri mereka sendiri untuk mengerjakan umrah.

Seperti juga permainan komputer yang lain, pengguna perlu menyelesaikan satu misi dan misi aplikasi ini ialah menyempurnakan ibadah umrah.

Menggunakan navigasi kursor, pengguna dikehendaki menyelesaikan dua peringkat iaitu peringkat tawaf dan peringkat saie. Permainan dimulakan dengan peringkat yang pertama iaitu tawaf. Untuk menyelesaikan peringkat berkenaan pengguna mestilah menghabiskan tujuh pusingan tawaf.

Selesai peringkat tawaf, pengguna beralih kepada peringkat saie. Di peringkat saie, pengguna perlu berulang alik dari Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali.

Menariknya, menerusi aplikasi ini, anda bukan sahaja mengetahui di mana lokasi Hajar Aswad, garis permulaan tawaf, garis permulaan saie, 56 pintu masjidil haram dan sebagainya bahkan anda juga mengetahui informasi-informasi berkaitannya.

"Ketika melaksanakan misi, pengguna akan bertemu kotak-kotak 'I' yang mempunyai informasi tersembunyi. Mengambil kotak I itu akan menemukan pengguna dengan informasi-informasi berkenaan aspek-aspek tertentu dalam umrah seperti memakai ihram, maklumat tentang Hajar Aswad, sejarah saie, mengapa perlu berlari lebih pantas di satu bahagian berwarna hijau, larangan semasa ihram dan doa-doa yang berkaitan," katanya.

Maklumat-maklumat itu disampaikan dalam bentuk yang menarik iaitu berbentuk kandungan video. Ia juga mempunyai suara yang dirakamkan oleh Syed Huzaifah sendiri.

Lebih menyeronokkan, aplikasi tersebut turut dimasukkan efek bunyi seperti bunyi orang membaca al-Quran, bunyi azan atau bunyi percakapan manusia seperti yang lazim didengari di Masjidil Haram.



SYED Huzaifah Syed Omar mengambil masa setahun menyiapkan virtual umrah.

--------------------------------------------------------------------------------

"Untuk benar-benar menikmati pengalaman umrah tersebut, aplikasi ini boleh dihubungkan dengan gogal HMD yang membolehkan pengguna merasakan bahawa diri mereka benar-benar berada di persekitaran Masjidil Haram," katanya yang mengambil masa setahun untuk menyiapkannya.

"Saya mencipta aplikasi ini berasaskan konsep melayari, mempelajari dan memahami. Saya mahu orang ramai membiasakan diri dengan keadaan di Masjidil Haram, tahu bagaimana susun aturnya dan faham mengapa mereka melakukan ibadah tersebut. Saya tidak mahu mereka berasa keliru apabila tiba di sana seperti yang berlaku pada saya dan beberapa jemaah terdahulu. Saya berharap mereka dapat membiasakannya terlebih dahulu," ujarnya sambil menjelaskan aplikasi ini dibangunkan menggunakan perisian Virtools 4.1 Development dan 3d Studio Max.

Apakah masalah yang dilalui dalam melaksanakan projek tersebut? Syed Huzaifah berkata, ia merupakan projek tahun akhir individu dan semuanya perlu dilakukan berseorangan.

"Antara masalah yang dihadapi ialah untuk membina struktur sebenar Masjidil Haram kerana kekurangan sumber. Lantaran itu, saya berusaha mendapatkan sesuatu yang hampir serupa. Adakalanya, berlaku gangguan teknikal apabila saya cuba memasukkan satu elemen baru ke dalamnya.

"Saya juga perlu melakukan tugasan ini secara sendirian. Jadi, saya mestilah menguasai segenap perkara, sedangkan saya tidak mungkin mampu menguasai segalanya. Kekangan masa dan kewangan juga antara masalah yang dilalui," katanya yang percaya ia bakal dikomersiolkan dalam tempoh dua tahun lagi.

Merancang untuk menambah lebih banyak elemen, termasuk memperluaskannya kepada ibadah haji, mungkin selepas dia menunaikan haji kelak.



DIKAWAL menggunakan kekunci navigasi pada komputer.

--------------------------------------------------------------------------------



"Apapun, aplikasi ini cuba membuktikan bahawa teknologi dan agama boleh bergerak seiring.

"Tambah pula, ini mampu membuang tanggapan bahawa umat Islam ketinggalan dalam bidang teknologi, lebih-lebih lagi teknologi virtual. Selain itu, dengan suntikan hiburan, ia boleh menarik minat muda-mudi untuk mendekati ibadah.

"Bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam juga boleh mendapat gambaran sebenar melaksanakan ibadah di Masjidil Haram menerusi aplikasi ini kerana mereka tidak dibenarkan menjejakinya," katanya memberitahu terdapat beberapa pihak yang telah menyuarakan minat untuk bekerjasama dengannya dalam membangunkan aplikasi ini.

Dimainkan menerusi satu laman web yang bakal didedahkan kelak dengan plug in virtools web player, orang ramai boleh melihat atau mencuba sendiri aplikasi ini yang buat pertama kalinya dipersembahkan kepada umum pada pameran projek-projek tahun akhir MMU yang berlangsung semalam dan hari ini di MMU, Cyberjaya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi ini atau mahu menghubungi Syed Huzaifah atas urusan berkaitan bolehlah mengirim emel kepada virtual.umrah@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:33 PM | Show all posts
Persoalan Agama: Kanak-kanak wajib ulang haji

APAKAH hukum membawa kanak-kanak belum baligh menunaikan haji. Adakah kanak-kanak berkenaan tidak perlu lagi mengerjakan haji apabila dewasa?

Abdul Muiz Dahalan
Meru, Selangor

Harus membawa kanak-kanak yang belum baligh mengerjakan haji. Jika kanak-kanak berkenaan sudah mumaiyiz (tahu membezakan antara kotor dan bersih) serta tahu membuat kerja haji sendiri, maka hajinya sah. Dia boleh berniat haji bagi dirinya dengan syarat diizinkan bapa atau walinya.

Jika kanak-kanak belum mumaiyiz dan bersama bapa atau walinya, maka bapa atau walinya meniatkan dan melakukan ibadah haji bagi kanak-kanak itu.

Ibu bapa kanak-kanak mendapat pahala daripada pekerjaan haji kanak-kanak itu. Menurut hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Seorang wanita sudah mengangkat anak lelakinya kepada Rasulullah SAW seraya berkata "Wahai Rasulullah adakah bagi anak ini haji? Jawab Rasulullah SAW "Ya, dan bagi puan pahala" (Riwayat at-Tirmizi)

Namun, apabila sudah mencapai umur baligh atau dewasa, kanak-kanak wajib mengerjakan haji sekali lagi untuk dirinya sendiri kerana kefarduan hajinya belum tertunai ketika kecil (kerana belum baligh dan dianggap sebagai haji sunat).
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:34 PM | Show all posts
Persoalan Agama: Cium dinding Kaabah amalan bidaah

KETIKA bapa saudara saya mengerjakan haji tahun lalu, dia menceritakan perbuatan sesetengah jemaah seperti menyapu kain ihram di dinding Kaabah, mencium dinding Kaabah dan menggosok makam Nabi Ibrahim kononnya boleh mengurangkan dosa. Apakah pandangan Islam mengenai perbuatan ini?

Munirah Sulaiman
Rawang, Selangor

Perbuatan dan amalan berkenaan tidak ada dalam ajaran Islam. Ia hanya perbuatan bidaah qabihah (amalan yang diada-adakan dan tidak elok). Sedangkan cara penyucian dosa dalam Islam antaranya ialah memohon ampun kepada Allah SWT, bertaubat atas dosa yang dilakukan dan banyak berbuat baik bagi menebus kesilapan lampau seperti berpuasa dan bersedekah.

Justeru, bagi mengelakkan diri keliru atau terikut-ikut melakukan perkara atau amalan yang dilakukan sesetengah kelompok di Tanah Suci yang sebenarnya tidak patut dilakukan, jemaah haji perlu bersiap sedia dengan kemantapan iman dan juga ilmu melalui kursus haji, buku, kaset atau vcd ceramah yang disampaikan oleh guru haji bertauliah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 06:18 PM | Show all posts
salam...
mickey ada sikit persoalan pasal umrah...hope ada yg blh tlg jawabkan...

kalau seorg perempuan yg blm berkahwin..then dia berniat nak pi umrah...
blh ke dia pergi seorg diri tanpa muhrim?
muhrim ni kena adik beradik lelaki kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Sweetmama at 21-10-2010 16:37
salam...
mickey ada sikit persoalan pasal umrah...hope ada yg blh tlg jawabkan...

kalau seorg pe ...
Pr|nCeSS^M|cKeY Post at 20-10-2010 18:18



    bole pergi sorang kalau tiada mahram lelaki,
    tp dtemani dgn sorang perempuan yg dipercayai
    (i.e. akhlaknya, pengetahuannya)...
    d lady could be a freind, relative...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2010 09:30 PM | Show all posts
bole pergi sorang kalau tiada mahram lelaki,
    tp dtemani dgn sorang perempuan yg dipe ...
Sweetmama Post at 21-10-2010 16:36


selain dari tu, boleh pergi secara berkumpulan dengan orang-orang yang boleh dipercayai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 10:30 AM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 06:46 PM | Show all posts
selain dari tu, boleh pergi secara berkumpulan dengan orang-orang yang boleh dipercayai.
ibnur Post at 21-10-2010 21:30


thanx 4 da info...
skrg mickey nak tanya...sorry ya byk tanya...
kalau mickey nak pi umrah..takde mahram n takde kwn yg nak temani...

blh tak bila mickey pi kelas utk org2 nak pi umrah..
mickey jumpa seseorg n mickey ckp kat dia yg mickey nak dia jd teman mickey utk pi umrah.
blh tak kalau pi dgn org mcm tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 10:07 PM | Show all posts
good thread... moga dapat beri petunjuk... & moga dipermudahkan urusan dan niat nak ke sana.. insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 11:32 PM | Show all posts
Bagus topik ni....
aku ni insyallah bulan mac 2011 akan g umrah..(sebenarnya langsung tak terpk  pun lagi)
Tiba2 jer suami ajak pergi tahun depan...huhu...
memang nak kena belajar mendalami bab2 agama ni dan perkara2 perlu diketahui semasa mengerjakan umrah....

mudahan aku dapat buat dengan sebaiknya...amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:42 AM | Show all posts
BOLEH MICKEY...

bole aje pegi dgn group tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 07:59 PM | Show all posts
nak tanya, mcamane kalau mase tgah buat umrah/haji bagi muslimah, kalau haid dtg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 10:28 PM | Show all posts
nak tanya, mcamane kalau mase tgah buat umrah/haji bagi muslimah, kalau haid dtg?
selenagomez Post at 23-3-2011 19:59


Nak tahu jugak masa tu tengah buat apa? Dah berniat ihram atau belum?  Sudah selesai tawaf atau belum?  kalau belum selesai tawaf, kena la berihram sampai suci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2011 01:06 PM | Show all posts
ada sesiapa ada info mengenai mekah dan madina buat masa ini.  Nak tahu lokasi jemaah haji semasa tinggal di mekah dan madina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2011 10:02 PM | Show all posts
ada sesiapa ada info mengenai mekah dan madina buat masa ini.  Nak tahu lokasi jemaah haji semasa ti ...
exjepun Post at 28-3-2011 13:06


Bergantung kepada muasassah.  mereka yang arrange penginapan dan mereka juga yang pilih hotel-hotel.  Kebiasaannya, di madinah dekat masjid nabawi.  di mekah pulak ada yang tak sampa 50 meter dan ada yang lebih 1 km dari Masjid al-haram.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072540 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list