CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7817|Reply: 34

ZAINAL ALAM KADIR - BUKTIKAN KEMAMPUAN -

[Copy link]
Post time 4-4-2007 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Zainal Alam buktikan kemampuan wartawan!
04-04-2007
Wahida Asrani  

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari nanti dia akan bergelar selebriti. Malah, 17 tahun yang lalu, ketika memulakan kerjaya sebagai wartawan akhbar, Zainal Alam Kadir merasakan profesion itulah yang akan terus dijawatnya sehingga bila-bila.

Memegang jawatan sebagai editor hiburan untuk salah sebuah akhbar tabloid kemudiannya banyak membuka peluang untuk Zainal Alam atau lebih mesra dengan panggilan Alam, mengenali dunia hiburan dengan lebih mendalam.

Malah, nama Zainal Alam Kadir merupakan antara wartawan hiburan yang disegani sampai kini. Ruangan dan pandangan peribadinya di akhbar perdana bahasa Inggeris dan tulisan beliau di akhbar tabloid bahasa Inggeris selalu menjadi bahan rujukan oleh ramai artis dan karyawan tempatan. Pandangan sinis dan kritik mahupun komen santainya lantang disuarakan dan mendapat reaksi positif dari mereka yang terlibat secara langsung dalam hiburan.

Yang membuat Alam merasa serba salah ketika itu ialah cintanya pada bidang seni juga turut bercambah di ketika yang sama. Melihat kecenderungan dan bakatnya dalam bidang lakonan dan nyanyian, Alam turut mendapat lamaran dari banyak pihak termasuk produser drama dan filem.   

Hari demi hari, ada saja tawaran yang diterimanya sama ada sebagai pengacara, pelakon, penulis skrip dan sebagainya. Semua ini ketika dia masih lagi berada di dalam dunia kewartawanan.

Alam menerima tawaran ini sekadar suka-suka dan ingin mencuba sesuatu yang baru pada mulanya. Memperolehi pendapatan yang lebih memberi insentif kepada Alam dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk berkecimpung di dalam bidang hiburan sebagai 'artis' secara part-time.


Alam kini bergelar artis serba boleh
(Foto The Star oleh Low Lay Phon)


Namun, pengacara popular program Wayang Kita ini terpaksa akur bahawa dia perlu 'mengorbankan' salah satu di antara dua kerjayanya itu setelah melihat jadual hariannya semakin hari semakin padat dan adakalanya dirasakan Alam turut mengganggu kelancaran tugas hariannya sebagai editor.

"April tahun lepas akhirnya saya buat keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai editor hiburan. Satu keputusan yang amat sukar setelah berbelas tahun saya berada di dalam dunia penulisan.

"Bayangkan ketika itu ramai yang beranggapan saya gila glamor dan sebagainya.

"Tapi, saya tidak menyesal dengan keputusan itu kerana selain memang berminat dengan bidang seni ini, saya juga perlu fikirkan masa depan saya dan ingin lihat keluarga saya hidup lebih senang," ujar pengacara serba boleh ini ketika ditemubual di Menara Star, baru-baru ini.



Walaupun sering menjadi sindiran, pengacara berusia 40 tahun ini merasa bertuah kerana terlebih dahulu mempunyai pengalaman melihat kehidupan anak seni ketika bergelar wartawan dan editor hiburan sebelum ini.

"Cuma kali ini, saya perlu melihat bidang seni ini dari perspektif yang berbeza kerana saya bukan lagi sebagai 'pengkritik' artis, tetapi saya pula yang menjadi subjek untuk dikritik.

"Agak kekok juga pada mulanya bila dulu kita yang sentiasa mengkritik artis melalui artikel-artikel, kini saya pula yang menjadi bahan kritik. Tapi, saya melihat ini sebagai cabaran baru.

"Apa yang saya boleh katakan, saya gembira dengan hidup saya sekarang. Walaupun agak penat, tapi saya amat berpuas hati," kata anak kelahiran Sungai Mati, Muar ini lagi.

Pengorbanan yang tidak sia-sia dilakukan apabila Alam yang kini mengorak setapak lagi di dalam bidang seni dengan penubuhan produksinya sendiri, Alamorphosis, pada Januari lalu yang menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan artis, penganjuran majlis, penerbitan album, filem mahupun drama.



Alam tetap seperti dulu, peramah dan
merendah diri walaupun sudah bergelar
selebriti popular (Foto The Star oleh Low Lay Phon)



Bersama-sama dengan empat rakannya, Iqmal Fajri Muiz (bekas penulis skrip Wayang Kita), Ady Yaacob (bekas pengurus artis Maestro Talent), Amir Hafizi (bekas wartawan hiburan) dan Andry Sopian (pemuzik), mereka menggerakkan produksi tersebut dengan menggunakan kepakaran bidang masing-masing.

"Sudah lama idea untuk tubuhkan produksi sendiri tercetus sebenarnya sekitar tahun lepas. Berkat kesabaran dan usaha saya dan rakan-rakan akhirnya wujud lah Alamorphosis.

"Nama Alamorphosis ini sengaja dipilih untuk melambangkan perubahan di dalam hidup saya.

"Saya pernah menggayakan T-shirt yang tertera perkataan Alamorphosis pada Anugerah ERA tidak lama dulu dan ramai yang menyukainya. Sebab itu saya rasakan nama ini mungkin sesuai digunakan," kata Alam yang bertindak selaku Pengarah Urusan produksi tersebut.

Alamorphosis dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Morph Creative (menguruskan penerbitan dan penulisan), Morph Production (menguruskan produksi) dan Morph Talent (menguruskan artis).

Menurut Alam yang pernah bertugas di meja ekonomi sebelum berlaih ke meja hiburan, produksi itu sedang di dalam pembikinan album kedua kumpulan ALAMband, selain memberi tumpuan kepada pembikinan album sulung Alam sendiri yang telah tertangguh hampir empat tahun dan dijangka akan berada di pasaran pada tahun ini juga.


Alam juga pernah menganggotai kumpulan Sutera beberapa tahun lalu dan merakamkan lagu untuk drama bersiri Astana Idaman, berjudul Bukan Itu Bukan Ini, di mana dia juga antara pelakon yang menonjol  dalam drama popular itu.

"Alamorphosis juga akan menguruskan kerjaya beberapa bintang AF seperti Nana, Liza, Edlin, Keifli dan Reza. Saya lihat mereka ada bakat yang boleh diketengahkan dan ini yang akan kami cuba untuk bantu mereka tunjukkan bakat sebenar.

"Jika semuanya berjalan lancar, kami tidak akan teragak-agak untuk menguruskan kerjaya lebih ramai artis," tambah Alam yang telah berlepas ke Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini selama seminggu bersama lima pemenang Peraduan Kaki Wayang anjuran Astro yang turut disertai oleh penyanyi popular Anuar Zain.

Siapa sangka dari wartawan biasa kini Alam sudah mencapai status selebriti popular. Itulah yang dinamakan tuah, tidak terjangka oleh akal fikiran yang biasa. Dalam masa yang singkat sahaja, bekas editor hiburan ini sudah bergelar penyanyi, pelakon, pengacara, penulis skrip dan kini mempunyai produksi sendiri. Bukan calang-calang orang boleh melakukan apa yang dibuat oleh Alam.

Yang pasti, kejayaan yang dikecapi oleh Alam amat membanggakan warga wartawan hiburan. Alam telah berjaya membuktikan dia juga adalah seorang artis serba boleh dan bukan sekadar seorang pengkritik sahaja ketika dia menjadi wartawan satu ketika dulu.


------------------------------------

saya memang minat alam ni --
best rancangan kaki wayang! -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2007 06:44 PM | Show all posts
tak sapa sangka anak ustaz Kadir ni bleh jadi terkenal. tapi mmg dia satu family suka menyanyi.
time kat sekolah kuat debate. bekas budak STMI sungai Mati.

satu kampung katakan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 11:27 PM | Show all posts

Reply #2 apikwaeh's post

eh ko orang sungat mati ke??

aku pun...adeii..aku kat serom ko kat mane??
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 12:03 AM | Show all posts
amboi korang bertiga ni memang sekampung ek....kim slm kat jenal alam...tanya dia betul ker dia nak kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 01:55 AM | Show all posts
tak minat betul aku kat zainal ni... mcm apon pun ader gak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 08:11 AM | Show all posts
apikwaeh very the tak ?
saje tanya coz
alam kadir tu nampak very the . .
sm tak yah habaq aa, seluruh alam taw. ..

saje gurau jer no. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2007 12:19 PM | Show all posts
Mak dia cikgu Eton...cikgu aku masa darjah 3 dulu...kat Sg. Mati, Muar...
Adik dia...Zainal Fitri sekelas ngan aku...
Mak dia mmg pandai nyanyi..dulu2 slalu nyanyi nasyid...kat RTM1...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #3 sayang_mulut's post

Aku owang sg.mati gak...heheh
kira sekapal ngan zainal alam...tapi lain2 alam
nana af1 sedara zainal...kabornya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #3 sayang_mulut's post

hee ko serom apa SM??
Sg Mati tu banyak serom, banyak parit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 12:38 AM | Show all posts
dolly tak minat dia ni jadi celebrity
suker dia jd wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 01:47 AM | Show all posts
ramainye dak sg mati. nana tu umah atuk dia kat pulo penarik. alam ni kalo paren aku tak bitau aku tatau la dia ni orang sg mati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:06 AM | Show all posts
pondan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #11 AntagonisYgKeut's post

From Sg. Mati With Love...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:45 AM | Show all posts

Reply #12 peacefrog's post

dengar gossip dia nih partner Aznil...wallahu'alam sapa dia Zainal Alam!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:54 AM | Show all posts

Reply #9 apikwaeh's post

serom 2...aku sedara ngan nash..atuk die duduk serom 2 gaks..

atuk noraniza idris pun dari serom...sepupu ngan moyang aku kabar nye..kekeke..

sedara aku banyak artis jugak...ade la lagi yang tak kenal2..penyanyi ghazal dari muo tu banyak sedara aku...

aku rase aku pun ade darah2 zanail alam kot...maklum la sejenis..

anyway..apik serom berape??

pakcik aku masih duduk serom 7...sorang2 je..sedih


sorry mod..aku nak borak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 09:55 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

muke die memang muke kampung kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #15 sayang_mulut's post

haaa?? ko serom 2 rupanya. sure ko kenal anak2 ahyak kan.. <kes menjejak geng yg dah lama tak contact>
aku serom 8. pasal ghazal2 nih, ko ingat tak pakcik serom 5 yg dah meninggal.atau ko sedara dia... ker ko tak kenal??

oppss sori mod. almaklumlah jumpa org sekapal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 06:40 PM | Show all posts

Reply #17 apikwaeh's post

anak2 ahyak??cine ke??aku bukannye lahir kat sane...mak aku orang serom 2..mak aku tau la kot..anyway..serom 2 hilir ke atau  hulu..die ade2 tau..

ko serom 8 ke??pakcik akt kat serom 7...serom 5 eh??ramai je sedara aku yang dah mati kat serm 5 ni....hehehe...

aku tak kenal sangat la orang2 kat sane...sebab aku duduk bandar lepas parents aku kawin..hehehe

hehe..mod sekali lagi...sorry..excited nak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 08:04 PM | Show all posts
zamira ko ni umo bape. 30 lebih ke. sayang mulut ko ni sedara awang la jadinya? sorry mod aku nak borak jugak kat siniff:
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 06:11 PM | Show all posts
to me mamat ni dah mula 'terover' lately ni ... just an opinion .. esp masa breakfast with the stars .. dia conquer hingga si joey terpinga2 dibuatnya ... alam oh alam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073306 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list