View: 3613|Reply: 36
|
Persembahan Ziana semakin hambar?
[Copy link]
|
|
Persembahan Ziana semakin hambar? Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Persembahan sempena Minggu Setiausaha di Perdana Grand Ballroom tawar, terlupa lirik
KHAMIS lalu, persembahan sempena Minggu Setiausaha mula menguak tirainya apabila dua nama besar dalam industri hiburan menakluk dua lokasi utama.
Penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ditemani pengacara berwibawa, AC Mizal menghiburkan lebih 800 tetamu di Perdana Grand Ballroom dalam persembahan anjuran PNB Darby Park. Sementara itu, di Hotel Sheraton Subang, Ning ditemani dua anak didiknya, Yanie dan Nikki melontarkan kekuatan vokal mereka pada acara makan tengah hari dengan rangkaian lagu popular.
Bertemakan A White Affair, kemunculan Ziana dengan lagu pertama, Dengarkanlah membangkit rasa teruja apatah lagi sudah lama tidak menyaksikan ibu dua cahaya mata lelaki ini beraksi secara langsung.
Mungkin kerana sedikit gugup, perbualan awal Ziana tidak begitu lancar. Bagaimanapun, Ziana bijak mengambil hati apabila memberitahu dia menjadi lebih bersemangat apabila dewan yang dihias cantik itu dipenuhi tetamu berbilang bangsa.
Lebih membuatkan Ziana terharu apabila ada di antara tetamu yang sanggup bertolak awal pagi dari Pulau Pinang semata-mata untuk menyaksikan persembahannya. Betapa Ziana terlalu bertuah kerana mempunyai kelompok peminat setia yang sentiasa menunjangi perjalanan karier nyanyiannya selama hampir dua dekad.
Berbeza persembahan yang pernah disaksikan, kemunculan Ziana kali ini cuba membawa peminat untuk mendekati rangkaian lagu popular yang jarang dinyanyikannya. Mungkin kerana itu, dia memerlukan sedikit masa untuk membawa tetamu larut dalam persembahannya. Namun, beberapa kesilapan yang agak ketara membuatkan penyanyi bertubuh langsing ini kelihatan seperti tidak cukup bersedia untuk berada di pentas.
Kelemahan itu menjadikan persembahan Ziana sedikit tawar, malah tetamu ada ketikanya lebih teruja menanti persembahan AC Mizal biarpun dia hanya bertindak sebagai pengacara.
Set pertama menyaksikan Ziana mengalunkan lagu seperti Aku Cintakanmu, Bunyi Gitar, Fever dan memperkenalkan lagu terbarunya, Dingin. Berlalu seketika untuk menukar persalinan, tetamu ditemani AC Mizal yang memberi persembahan cukup bertenaga menerusi lagu Truly, Gadis Melayu dan You抮e Beautiful.
Kembali dengan gaun putih potongan kimono moden, Ziana mengalunkan rangkaian lagu popularnya seperti Terkenang Jua, Kalau Mencari Teman, Syurga Di Hati Kita dan Setiaku Di Sini.
Entah di mana kekurangannya, pada sesetengah lagu Ziana terkapai-kapai apabila terlupa lirik dan sesekali bertanya kepada pengarah muzik petang itu, Sham Kamikaze lagu yang bakal dinyanyikan seterusnya. Barangkali kelantangan vokal Ziana tidak sehebat dulu, seperti katanya sebelum ini, dia ingin membawa peminat mendekati sisi barunya sebagai seorang penyanyi.
Namun, Ziana berjaya membuat percubaan berani dengan memilih lagu yang dipopularkan Beyonce Knowles, Listen yang dipetik daripada album runut bunyi Dreamgirls.
Ziana juga cuba membangkitkan nostalgia, malah mengheret ingatan peminat kepada sahabatnya yang sudah lama menyepikan diri, Amelina apabila memilih lagu dangdut, Rindu. Dia turut berduet dengan AC Mizal untuk lagu Yang Sedang-Sedang Saja.
Berlarutan sehingga jam 3.30 petang, persembahan Ziana memerlukan suntikan baru kerana ia tidak jauh beza dengan apa yang pernah disajikan sebelum ini. Namun, pada usia bakal menjengah 39 tahun, Ziana membuktikan dirinya masih mampu lagi menawan hati penganjur untuk memilihnya beraksi pada acara tahunan yang mengenakan bayaran lumayan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
micha tetap berpuas hati n bangga ngan zz. berbaloi hbskan rm260 untuk tgk zz.
zz msh mantain...
luv zz alwys |
|
|
|
|
|
|
|
ala cuma 2, 3 lagu jerk. maybe wartawan tu org yg sama pie utk 2 thn lepas.
tp aku setuju sbb ziana ni x pentingkan perubahan semasa. bosan pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
aku x pegi so no komen...
cuma personally aku rasa it ups to the individual taste la, in this case maybe wartawan tuh tak minat Ziana so biasa ar...dia expect Ziana to show something else or to be somebody else.
sebagai peminat, depa p nak tgk ZZ, who care how common, typical or klise sekalipun...sebab itu adalah Ziana Zain yg kami kenali dan sayangi!! i bet most of them pun memang datang semata-mata nak lihat persembahan kak Ziana seperti selalu tanpa mengharapkan apa2 gimik luar biasa yg tak perlu dan ntah apa2...
kalo nak something different...well u may choice any other artist that offers the differnces, but once u choose Ziana Zain....u get Ziana Zain, the one and only Ziana Zain!!
anyway lupa lirik tu memang trademark kak G so it is forgiven....
bukan apa, memang kak G perlukan kritikan membina cuma aku nampak wartawan ni ada motif lain. Before this bila kak G jayakan any persembahan dgn bagusnya...xde plak dia nak buat liputan satu muka surat, tapi bila kak G silap sikit je...terus jadi topik utama....such a bias report :@
anyhow....there is always a room for improvement |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan nie jahat tauww :@ zz masih mainten macam dulu...dan vokal nye hebat |
|
|
|
|
|
|
|
iye ker????????????????????/ |
|
|
|
|
|
|
|
kite da lama xtgk zz, so watpe nk tgk preubahan.
nk tgk ziana je... kalo ziana xnynyi pn da puas hati giler asalkan dpt jmpe ziana yg cntik meletop mcm micha nih...
[ Last edited by micha at 11-4-2007 12:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
best apa kak g nyanyi lagu beyonce..
meletups... |
|
|
|
|
|
|
|
biase la tu kalu lupe lirik...ct pon penah gak kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 auronxifoid's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by auronxifoid at 11-4-2007 09:39 PM
biase la tu kalu lupe lirik...ct pon penah gak kan....
tapi CT takde lah seteruk Ziana Zain... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by auronxifoid at 11-4-2007 09:39 PM
biase la tu kalu lupe lirik...ct pon penah gak kan....
tu la
mana ada artis yg tk pernah lupa lirik |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..ok la tu. dah minat semua jd indah. tp sometime nak mkn ikan bakar la. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 budakpendekk's post
:hmm:
zina zain ke ikan bakar.....zina zain ke ikan bakar.....zina zain ke ikan bakar.....zina zain ke ikan bakar.....:gado: |
|
|
|
|
|
|
| |
|