CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tyrande_81

Majlis Nikah di Masjid

[Copy link]
Post time 17-8-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by Jukebox at 17-8-2006 05:54 AM
Janganlah serkap jarang saja.....

sumber berita boleh baca sini http://www.akademifantasia.net/a ... .php?showtopic=1714

揔emungkinan besar, dewan solat utama akan ditutup ...



pertama sekali, saya mohon maaf kpd jukebox sebab saya tak jumpa jadual majlis pernikahan.  kalau ada sesiapa boleh berikan detail?  

kalau tutup mesjid bermaksud seperti yang jukebox boldkan tu, adakah kalau ia tidak mengganggu waktu solat, jukebox nak kata mesjid ditutup?  

saya yakin jadual yang sesuai telah diatur sebab itu berita tu sebut sesiapa hendak solat sunat (terutama tahyatul masjid) boleh solat di bahagian perkarangan.  mustahil nak buat waktu utama solat fardhu.  dan kemungkinan org yang datang tu ramai, maka sebab itu pihak mesjid membuat limit kepada siapa yang boleh masuk bahagian solat utama.  kalau nak bagi sesiapa saja masuk tentu la nanti teruk.  kalau macam ni bukan ler tutup mesjid namanya, malah membuka mesjid untuk upacara nikah.  cuma dihadkan sahaja orang-orang yang nak masuk bahagian solat utama.

[ Last edited by  ibnur at 17-8-2006 09:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 08:50 AM | Show all posts
Bernikah di Masjid, bagus juga.Tapi bila anak saudara kak uda menikah dulu, mak kak uda tak mahu buat dimasjid, sebabnya kata dia: 'takut tanggung dosa'. kak uda tanya sebab apa pula. Kata dia," nanti ramai yang datang, tapi takut tak menghormati mesjid seperti tak sembahyang tahyatul masjid esp. pengantin perempuan yang dah sarat bermekap and berbaju ketat, bercampur lelaki perempuan, bersembang-sembang'. Betul juga! So apa pendapat semua?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:04 AM | Show all posts
perempuan yang berpakaian aneka fesyen serta menayangkan jambul rambut di hujung selendang jadi seperti JomHeboh pula. Aduhai.. tiada keinsafan langsung. Hormatilah rumah Allah. Lakukanlah dengan cara yang lebih berkat.
berharap bahagian sekuriti masjid akan mengambil tindakan terhadap orang ramai yang kurang sopan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:06 PM | Show all posts
aku pun heran kenapa la trend sekarang ni orang semua nak buat 'akad nikah' kat masejid tu..
macam la ada hadis riwayatkan buat kat  masejid tu lebih afdal dari buat kat tempat lain... tak de dalil pun....
Bila dah buat kat masjid ni...semua orang nak masuk tengok akad.....
yang berhaid ker tak haid tu pun masuk sama dalam masjid.... jadi macam tempat melaram lak... tayang baju...barangan kemas... dll....
Masjid macam dah nak dikomersialed dah...
Lepas ni gamaknya masjid wilayah tu akan dikenali sebagai Masjid CT ataupun Masjid Datuk K......
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 10:56 PM | Show all posts
nape wat kat Masjid Wilayah?

nape tak wat kat Masjid Negara ke? Masjid Kuala  Lipis? Masjid Sg. Pasir Sg. Petani? Masjid Sg. Penchala?

ada kaitan ker Masjid Wilayah Persekutuan yg sofitiskated + architectural aspect yg mengkagumkan
dgn personality & popularity sesorang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 02:13 AM | Show all posts
org tue nak mendirikan masjid..kita biar bersangka baik kay...sesama melayu and sesama islam ngan kita kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 20-8-2006 10:55 AM | Show all posts

Assalamualaikum wbr...

mendirikan masjid mmg dituntut dlm Islam, tp Islam xsuruh melebih! hm...terus terang saya kurang ambil port pun ttg isu2 artis ni, nk kawin ke, nk bercerai ke, apa ke...tu hal peribadi.mmg kita perlu doakanmereka bahagia hingga ke anak cucu. ttp hakikat bahawa nikah bknla Allah kata WAJIB wat kat masjid... kalu nikah je wat kat masjid konon nk dpt berkat, tp sbl2 ni xde nk jejak kaki kat masjid, wut's the point?????

napa nk kecoh2kan isu perkahwinan mereka ni? wedding of the year? yikes!~ oh puh~lease~~ kenapa kita agung2kan penghibur lebih dr mengagungkan syiar Islam? aku dh berbulu mata tgk kisah dorg kat paper, dlm posting2 blog kwn2 aku. x kirala cemuh atau sokong, dua2 aku xsuka. napa bincang perkara yg xdpt pahala sebaliknya tmbh dosa je... mengumpat dpt dosa tau.aku harap sgt dorg cpt2la kawin...then g la honeymoon jauh2 d tmpt yg xdpt dkesan wartawan supaya paper akan kembali dipenuhi berita2 yg lebih berfaedah dan penting.

harapan saya:
1. semoga tidak akan ada keluaran khas dlm paper khusus ttg perkahwinan mereka...saya dan ramai lg xminat nak tgk dan baca. rugi wit org je beli paper nk tgk isu and mslh negara, bkn pernikahan sepasang manusia yg tarafnya disisi Tuhan xde beza dgn org lain...tetap HAMBA-ALLAH.kalu nak wat jugak, apa kata jual secara berasingan, biar yg berminat shj beli.
2. semoga jln2 kat KL Conf Center xkan jam.
3. semoga masih ada para wartawan yg prihatin dgn masyarakat M'sia membuat liputan berita2 yg lebih penting spt janda beranak 10 yg terpaksa berkeja siang mlm menyara anak2 yg masih kecil, kemalangan jln raya, isu2 anak2 muda yg makin menjadi2, isu2 luar negara, serta isu2 peringkat nasional yg melibatkan kepentingan seluruh rakyat, bkn hanya beberapa individu shj.
4. semoga pasangan tersebut mendpt keberkatan dan keredhaan Allah...
5. semoga kita semua, termasuk saya berhenti membuat ulasan2 serta spekulasi sensasi ttg mereka. takut malaikat belah kiri kita bz mencatit...
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 21-8-2006 12:28 AM | Show all posts

Assalamualaikum wbr...

bknla... kalu dorg nk kawin, biarla... xyahla nak kata apa2. kita mmg ble tegur, ckp kat pasangan ni wat apa yg btul.
tp saya ada beberapa sbb utk merasakan hal ini perlu distopkan:
1. sok mereka akn bernikah.
2. pasangan pengantin akn dgr ke pendpt kita2? dorg still akn wat ikut ske hati gak kan?
3. adakah kita dijemput? klu diundang, kita pergi.

klu ada saudara kita yg goal, even dia seorg fasik pun, kita BERTANGGUNGJWB uruskna semampu ble. mcm juga org nk DIRIKAN MASJID, mmg bnar, kita wajib hadir kalu diundang.

plz read wut i'm writing without any bias thought ok? read it with deep breath... with full of concentration. the thing is their marriage is taken too seriously by OTHERS, malahn jd isu, sampai ada yg mengata tu xingat dunia. kata lebih2. jd kes mengumpat lak. salahkah saya menyuarakan pendpt demi kepentingan org lain?? sbb saya sedar bhw saya juga ada t/jwb terhadap sesama makhluk je, saya rasa saya wajar suarakan apa yg perlu. kelak kita pun akn ditanya gak.

saya bkn xnk ambil tahu ke apa ke. saya cuma xberminat nk tahu lebih2. setakat tahu mereka telah menjlnkan apa yg Allah SWT suka..Alhamdulillah... malahan saya doakan kesejahteraan mereka. cuma perlukah isu mereka sampai jd muka dpn paper? smpai nk tutup masjid pun ckp kat media...bunyi terlalu sensitif bg sesetgh pihak.myb, AJK masjid akn pastikan waktu tu dilakukan ketika bkn waktu solat utama. so, sok...er...today dorg akn selamat diijabkabulkan. kita tgk n lihatla serta doakan kebahagiaan mereka.

plz..plz..plz...open up ur mind!

p/s: dunia zmn skrg mmg xdpt trima kritikan yg membina...semua nak dgr sokongan je.. sedangkan dlm pentadbiran negara pun parti pembangkang itu wajib supaya kerajaan x cross the line!

wallahu'alam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 10:23 AM | Show all posts

salam,

Sabda Nabi saw,

"Umumkanlah perkahwinan, selenggarakanlah di masjid dan bunyikanlah rebana. "
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Tidak ada larangan bagi wanita untuk pergi ke masjid, tetapi perlu memenuhi beberapa syarat sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama, berdasarkan beberapa hadis, :

- Jgn memakai bau2an yg harum
- Jgn memakai perhiasan
- Jgn memakai gelang yg berbunyi
- Tidak berpakaian megah dan mewah (menjolok mata)
- Tidak bercampur dgn lelaki
- Tidak menyerupai lelaki atau seumpamanya yg dpt mendtgkan fitnah
- Aman dlm perjalanan pergi dan pulang dr masjid dan aman dr fitnah dan bahaya yg mungkin berlaku.

T etapi bila tidak memenuhi syarat -syarat di atas, maka wanita diharamkan untuk pergi ke masjid.

Sila dptkan maklumat yg lebih sahih dr ahli agama yg bertauliah.

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 21-8-2006 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 10:29 AM | Show all posts

Nasi tambah

Sebelum dilangsungkan majilis akad nikah disunnahkan untuk membaca khutbah, sekurang-kurangnya membaca:

"Segala puji milik Allah, salawat dan salam semoga terlimpah atas diri Rasulullah."

Adapun lengkapnya adalah seperti khutbah Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda menunaikan ibadah haji:

Segala puji milik Allah, kepadaNya kami memuji dan memohon pertolongan, kepadaNya kami memohon ampun. Kami berlindung kepadaNya dari kejahatan diri kamu dan dari kekejian diri kami. Barangsiapa mendapat petunjuk Allah maka ia tidak akan sesat, dan barangsiapa yang disesatkanNya maka tidak ada petunjuk baginya.
Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sampai kalian mati sebelum menganut Islam.
Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, T uhanmu yang telah menciptakan kamu semua dari jiwa yang satu. Daripadanya Allah menciptakan pasangannya. Allah mengembangkannya menjadi lelaki
dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah Tuhan yang kepadaNya kamu saling meminta kepadaNya dan memohon kasih sayang, sungguh Allah itu maha mengawasi kamu.
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, Allah akan mempetbaiki nasibmu dan akan mengampuni segala kesalahanmu. Barangsiapa taat kepada Allah bererti ia akan mendapat keberuntungan yang besar.

Akad ini sah hukumnya tanpa didahului dengan khutbah.

Ada riwayat dari Rasulullah s,a.w. bahawa beliau pernah menikahkan salah seorang sahabatnya tanpa khutbah. Tetapi yang lebih utama adalah akad nikah yang didahului dengan khutbah meskipun dengan khutbah yang ringkas.

Dalam khutbah itu supaya disebut nama Allah dan selawat atas Nabi dan keluarganya, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Semua persoalan yang tidak dimulai dengan "alhamdulillah" akan kurang berkatnya".

Demikian pula disunnahkan untuk adanya doa sesudah akad, orang yang mengakadkan supaya memberikan doa, sekurang-kurangnya dengan ucapan:

"Semoga Allah melimpahkan berkatNya atas kalian berdua, semoga Allah menghimpun kalian berdua dalam kebaikan, semoga Allah melimpahkan rezekiNya untuk kalian, dengan rezeki yang berupa takwa dan semoga Allah selalu memberikan taufikNya kepada kalian berdua. "

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 11:48 PM | Show all posts
pernikahan dah selamat dijalankan diwaktu pagi tanpa mengganggu waktu utama solat fardhu...  isu dah selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 12:38 AM | Show all posts
nampak ramai jugak makcik2 jambul karat masa dlm berita tadi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 01:21 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 17-8-2006 09:00 PM

pertama sekali, saya mohon maaf kpd jukebox sebab saya tak jumpa jadual majlis pernikahan.  kalau ada sesiapa boleh berikan detail?  

kalau tutup mesjid bermaksud seperti yang jukebox boldkan tu, adakah kalau ia tidak mengganggu waktu solat, jukebox nak kata mesjid ditutup?  

saya yakin jadual yang sesuai telah diatur sebab itu berita tu sebut sesiapa hendak solat sunat (terutama tahyatul masjid) boleh solat di bahagian perkarangan.  mustahil nak buat waktu utama solat fardhu.  dan kemungkinan org yang datang tu ramai, maka sebab itu pihak mesjid membuat limit kepada siapa yang boleh masuk bahagian solat utama.  kalau nak bagi sesiapa saja masuk tentu la nanti teruk.  kalau macam ni bukan ler tutup mesjid namanya, malah membuka mesjid untuk upacara nikah.  cuma dihadkan sahaja orang-orang yang nak masuk bahagian solat utama


Saya juga nak minta maaf sama ibnur sama buat terasa atau tersinggung.......depa pun dah selamat bernikah. Mungkin juga iku kata ibnur, saya nak komen lebih2 lagipun tak kena sebab takda disana
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 04:01 AM | Show all posts
Baru baca BH online....ada gambar pelamin yang disediakan dalam masjid Wilayah. Camana tu?

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 06:32 AM | Show all posts
Mula-mula saya risau juga dengan kehadiran pelamin tu dalam masjid tu... tapi masa majlis tu, nampaknya mereka tak gunakan sangat pun pelamin tu.. ianya hanya digunakan untuk menempatkan pengantin perempuan sewaktu upacara menyarung cincin pertunangan saja. So kira OK lah juga tu.

Cuma memang tak selesa tengok keadaan semasa majlis tu berlangsung.. terlalu banyak "adat istiadat" yg saya rasa lebih sesuai dilakukan di rumah saja.

Apa pun, segalanya dah selamat. Tutup buku saja kot

[ Last edited by  antiQue at 22-8-2006 06:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 12:15 PM | Show all posts
yap...saya pun musykil dgn segala aktiviti yg dijalankan dalam masjid wilayah semlm,selain dari upacara akad nikah.

semuanya mcm menimbulkan kemusykilan org ramai....dgn majlis bertunang buat dlm masjid,segala hantaran pun bwk masuk masjid,pdhal,masa akad nikah cuma duit hantaran jer rasanya yg penting....siap ada dayang2 lg,berhias2 bagai dlm masjid tuh dgn bunga,kain2 langsir belkang pelamin tuh...siap berbalas pantun lg....

bukan ker masjid tu selain dari tmpt solat/ibadat,adalah juga tmpt untuk majlis2 ilmu...bukan tmpt untuk meraikan sesuatu....mmg tak salah kalu sekadar buat akad nikah kat masjid...tapi yg acara lain2 tuh,saya tak patut buat kat masjid.....

*ini hanyalah pendapat saya....kalu salah,tolong betulkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2006 12:44 PM | Show all posts
Ziana2006 ni bukannyer arif sgt tentang nie...tapi,sebagai seorang Muslim Ziana2006 inginlah menegur sikit tentang majlis semlm tue...Rasa2 Ziana2006,tak boleh kalau lelaki dan perempuan bercampur aduk macam rojak belimbing dgn cermai semlm tue...they have to seperate between laki2 ngan pompuan by using kain ker langsir........ntahla,kalau popular sekalipon,kita ni adalah hamba yang terlalu hina kerana hamba yg paling dekat disisiNya ialah hamba yang paling bertakwa dan hormatilah Rumah Allah itu.....sekadar renungan:pray:

[ Last edited by  ziana2006 at 22-8-2006 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 02:55 PM | Show all posts
Perbuatan cemar kemuliaan masjid perlu dielak
Oleh Mohd Shukri Hanapi


MASJID adalah rumah Allah dan tempat ibadat umat Islam. Selain itu, ia antara tanda wujudnya umat Islam di sesuatu tempat di bumi ini. Masjid adalah tempat pertemuan dan tanda perpaduan umat Islam serta tempat mereka mengabadikan diri kepada Allah.

Allah berfirman bermaksud: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat yang disebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk. (Surah al-Taubah, ayat 18)

Masjid tidak dapat disamakan dengan tempat lain seperti rumah persendirian, gedung perniagaan atau pasar.

Masjid adalah rumah Allah dan menjadi tempat umat Islam melakukan ibadat kepada-Nya. Ia juga menjadi lambang kekuatan agama Islam dan kekukuhan umatnya.

Memandangkan masjid itu tempat suci dan mulia, sewajarnya kita memelihara kemuliaannya dengan tidak melakukan sebarang pencemaran atau kekotoran di dalamnya.

Seperti kita dilarang masuk ke masjid dalam keadaan berbau busuk, sama ada daripada bau pakaian atau mulut.

Perkara ini ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: ?Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda ketika dalam Peperangan Khaibar: Sesiapa yang memakan daripada pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia memasuki masjid.? (Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Azan, Hadis no. 806).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Jabir, katanya: ?Rasulullah melarang makan bawang merah dan bawang muda. Oleh kerana terpaksa memakannya, lalu kami memakan. Kemudian Baginda bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang makan dari pohon yang tidak sedap ini (iaitu berbau busuk) janganlah dia mendekati masjid kami kerana malaikat juga akan terhidu bau busuk seperti manusia.? (Riwayat Muslim dalam Kitab Masjid Hadis no. 874).

Justeru, kita hendaklah menjaga kebersihan diri sebelum ke masjid kerana malaikat akan terganggu seperti manusia juga terganggu jika ada bau busuk dan kotoran.

Setiap umat Islam hendaklah menggunakan rumah Allah kerana dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Orang beriman hendaklah mengagungkan rumah Allah kerana menggunakannya bermakna ia mengagungkan Allah.

Jelas kepada kita bahawa orang ke masjid bertujuan melakukan ibadat adalah tetamu Allah yang sentiasa mendapat rahmat, penghormatan dan kemuliaan, lebih-lebih lagi mereka yang beriktikaf di dalamnya.

Kita sebagai umat Islam yang menjadi tetamu Allah yang mahukan kesempurnaan dalam beribadat, hendaklah menjaga adab ketika berada di masjid.

Ia seperti berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak berbual-bual kosong, tidak membicarakan hal berkaitan keduniaan serta tidak melakukan perbuatan keji yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid.

Perihal memelihara adab dan kesopanan ketika berada di dalam masjid ini ditimbulkan sebagai usaha mengatasi masalah di masjid seperti kejadian tidak menjaga kebersihan, mencuri harta benda, membuat bising dan bergurau senda, bercakap ketika khutbah serta bercakap soal politik dalam masjid.

Justeru, jelas agama Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid.

Ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana perbuatan ini juga boleh mengganggu perasaan khusyuk orang yang sedang mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Bagi menjamin kesempurnaan ibadat jemaah, ibu bapa mempunyai peranan untuk mengawasi tingkah laku anak mereka supaya dapat menjaga dan memelihara adab ketika berada di dalam masjid seperti anjuran agama Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 03:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 06:20 PM | Show all posts
sebab ct tu celebrity kot no...sbb tu isu dia nikah kat masjid ni jd gamat sikit...
ok la, akak rasa lepaih ni meh le kita ambik iktibar atas apa jua komen yg u all bagi, yg baik
kita ambik, tg tak elok...leave it. Lepas ni kalau kengkawan / sedara mara kita nak akad nikah kat mesjid, kita kena la kepochi sikit, tolong bagi nasihat ke apa ka...mcm u all cakap ...
**sedih tgk org kita blur ttg peranan mesjid ni..
wallahuallam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.069163 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list