CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12805|Reply: 26

Dato' Shake

[Copy link]
Post time 11-5-2007 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Dato' Shake tetap 'macho'!
11-05-2007 04:18:54 PM
oleh ZIEMAN  

Usia bukan penghalang untuk berhati muda. Itulah yang dirasakan oleh Dato' Shake, penyanyi popular lewat tahun 70an yang kini menetap di Paris, ketika singgah di ibukota baru-baru ini.

Dato' Shake, yang kini berusia 50an berada di ibu negara untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya di acara Majlis Hari Ibu di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada Ahad, 13 Mei ini.

Artis lelaki yang masih maintain macho dan segak walaupun sudah meningkat usia ini, agak keberatan mendedahkan usia sebenarnya.

Dato' Shake mengaku dia tidak suka berterus-terang pasal umur kerana, "Saya selalu rasa muda. Bila orang menulis usia sebenar, seperti saya sudah layak bersara tetapi sebenarnya tidak. I feel young forever. Old age seems like you want to retire..."


Dato' Shake masih 'maintain' macho dan segak walaupun sudah meningkat usia

Bagi sesiapa yang mengenali Dato' Shake, inilah sikap Dato' Shake yang sebenarnya. Suka beterus-terang tanpa berselindung.

Hampir 34 tahun, artis bersusuk tubuh sawo matang dan berperwatakan ala-ala Red Indian ini menetap di luar negara.
Selama itu jugalah, penyanyi yang popular dengan lagu Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan ini menjadikan Los Angeles dan Paris tempat kediamannya bersama empat orang anak, dua perempuan dan sepasang kembar lelaki.

Menjaga personaliti dan ketrampilan agar selalu tampak menarik bukan sesuatu yang sukar bagi Dato' Shake. Dia berjaya mengekalkan ketampanannya kerana dia menjaga diet, permakanan dan selalu bersenam di gym.

"Siapa tak suka makan? Tapi saya berhati-hati apa yang saya makan. Semuanya secara sederhana tapi saya tak pantang...," kata Dato' Shake yang setia ditemani oleh Pengurus PR Seri Pacific, Mohammed Dhalan Berhan (Kib) ketika wawancara dijalankan.

Namun disebalik 'kedegilan' Shake mempertahankan misteri usianya, beliau tanpa berselindung mendedahkan bahawa dia sudahpun mempunyai lima orang cucu.

"Mendapat cucu adalah saat yang paling indah, sama juga seperti mempunyai anak kecil. Perasaannya hampir sama. Kanak-kanak menceriakan hidup kita, "kata artis kelahiran Johor ini.


Menurut Dato' Shake lagi, inilah kali kedua dia pulang ke tanah air untuk tahun ini.

"Bulan lepaspun saya balik sini juga tapi atas urusan kerja dan menziarah keluarga. Kali ini atas undangan Hai Ibu dan bertemu berminat dan rakan-rakan lama. Saya juga sedang merancang sesuatu untuk dilancarkan di sini tidak lama lagi tapi ianya masih di peringkat perancangan lagi," kata Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad.

Dato' Shake mempunyai sebuah keluarga besar yang terdiri dari lima lelaki dan tujuh adik beradik perempuan. Dia juga adalah bapa saudara kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman. Dato' Shake adalah anak ketiga bongsu dan ibu Azalina,  

Dato' Shake masih mengikuti perkembangan semasa tanahair walapun menetap di luar negara

Salmah Ahmad adalah kakak kepada Dato' Shake.

Menyingkap kegemilangan Dato' Shake, penyanyi ini memulakan kariernya dengan menyanyikan lagu-lagu penyanyi Tom Jones, Stevie Wonder, Elvis Presley dan The Beatles pada pertengahan tahun 70an.

Pada tahun yang sama, penyanyi berjiwa cekal ini tekad meninggalkan kampung halaman untuk mengembangkan karier seninya di England. Di sana dia telah belajar vokal dengan John Dolby, guru vokal klasik yang terkenal.

Pada tahun 1976, Shake telah diperkenalkan dengan sebuah syarikat rekod Perancis dan di sinilah kariernya mula berkembang. Hit pertamanya yang berjudul,  You Know I Love You dalam bahasa Perancis telah mencapai status emas dan platinum dan terjual dengan larisnya di banyak negara Eropah seluruh dunia.

Inilah juga titik tolak bagaimana nama 'Dato' Shake' tercipta kerana ramai orang Perancis sukar menyebut nama asalnya.
Walaupun mencipta nama menyanyikan lagu-lagu berbahasa Pernacis, bahasa ibunda tetap sebati dalam jiwa Dato' Shake.
"Di mana jua saya berada, saya akan tetap mengingati bahasa ibunda saya. I love my language. Its my language. Where I am I will show them what my language is," kata Dato' Shake yang pernah melancarkan albumnya bertajuk Keamanan pada tahun 2004, edaran MCatalogue on line.

Penyanyi yang bersikap 'low-profile' ini tidak perlu menguar-uarkan pencapaiannya di peringkat antarabangsa. Ini kerana namanya sudah cukup sinonim. Selama lebih 30 tahun mencipta nama di luar negara, album-albumnya laris terjual di negara-negara seperti Algeria, Morocco, Tunisia, the Ivory Coast, Canada, Belgium, Switzerland dan Luxembourg.   

Dato' Shake juga pernah dianugerahkan pingat L抋rt et de Lettre (In the Honor of Arts and Letters) kerana memperkenalkan bahasa Perancis di negara-negara yang bahasa pengantaranya bahasa Inggeris.

Walaupun jauh beribu batu, apa saja yang berlaku di sini masih tidak terlepas pandang oleh Dato' Shake, baik perkembangan hiburan, politik atau apa saja.

"Saya tahu apa yang sedang berlaku dalam industri kita. Dengan internet, saya dapat mengikuti perkembangan negara dan senario muzik kita. Muzik di sini masih sama, malah di mana-manapun sama saja, cuma dimensi masalah dalam industri muzik sahaja yang berbeza."

Dato' Shake, yang tetap peramah seperti dulu, berkata, "Angin perubahan yang dibawa oleh bermacam-macam muzik di negara barat boleh dirasakan di sini juga."

"Banyak muka baru yang diketengahkah dan mereka semuanya berbakat. Apa yang mereka perlukan ialah seorang guru yang baik. Saya juga tahu beberapa nama yang sedang top sekarang tapi tak payah sebutlah....

"Jangan ingat saya tak tahu dan tak baca perkembangan industri muzik. Ini negara saya, I have to know what's goin on...," jelasnya lagi yang turut tersentuh bila mendengar perkhabaran pemrgian sahabat lamanya, Allahyarhamah Seha yang diketahuinya melalui internet.

"Saya rasa sungguh sedih mendengar pemergian Seha, seorang kawan lama. Sebagai kawan, saya akan senantiasa mendoakan dia," katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia rindu untuk kembali menetap di sini, Dato' Shake berkata, agak sukar untuk dia berbuat demikian kerana dia mempunyai banyak tanggungjawab.

"Saya ada karier muzik dan menjalankan perniagaan di sana seperti bisnes aparel. Anak-anak dan cucu-cucu saya juga memerlukan saya, jadi saya terikat.

"Bukannya saya tidak rindukan kampung halaman. Cuma kesempatan tidak ada. Lagipun, prioriti saya adalah terhadap anak-anak dan isteri. Yang lain-lain tidak penting sangat...," katanya lagi.

Kematangan dan keserasian hidup bersama isteri tercinta, Datin Milena membuat pasangan ini kekal bahagia walaupun sudah berpuluh tahun hidup bersama.

Dato' Shake, yang pernah menjadi kegilaan ribuan peminat perempuan, tetap bersih dari sebarang skandal dan gosip dan masih berjaya mempertahankan kerukunan rumahtangganya hingga sekarang.

"Kita perlu belajar untuk setia dengan pasangan kita. Lagipun mungkin jodoh saya. This is my love forever....," katanya sambil meminta izin beredar untuk pergi menunaikan solat Jumaat.



[ Last edited by  Syd at 11-5-2007 05:19 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 05:18 PM | Show all posts
Dato' Shake mengaku dia tidak suka berterus-terang pasal umur kerana,"Saya selalu rasa muda. Bila orang menulis usia sebenar, seperti sayasudah layak bersara tetapi sebenarnya tidak. I feel young forever. Oldage seems like you want to retire..."

sah2 die nih x sedor diri...rumah kata pergi,kubur kata mari.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 07:53 PM | Show all posts
  nyampahnye jantan pakai subang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 08:02 PM | Show all posts
suka lagu 'Lina'

masa haku kecik derjah tiger.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 08:03 PM | Show all posts

Reply #3 jac_diehard_fan's post

ok apa...pakai subang tp hati ada baik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 08:09 PM | Show all posts

Reply #5 sinnerz's post

tabuley aku mmg nyampas gile walupon die baik ke ape ke... sudah tercatit yg org lelaki taley pakai subang.. camne la agaknye nak walikan anak kang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2007 08:09 PM | Show all posts
pakai subang....ciri2 mak hayam kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 08:36 PM | Show all posts

Reply #2 forfavor's post



tua x sedo diri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2007 08:09 AM | Show all posts

Reply #7 harisbee's post

hahaha...abes tuh syam kamikaze pon mak hayam la..??ff:
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 08:10 AM | Show all posts

Reply #8 Raindancer's post

tu la psl...ngan rambot mayang mengurai die tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:37 PM | Show all posts

Reply #9 forfavor's post

syam kamikaze pun mak hayam la kalu gitu...sapa soh ko pakai subang..ciri2 kewanitaan hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2007 09:27 AM | Show all posts
Datuk Shake selepas 34 tahun

SEJAK berhijrah ke Perancis pada 1973 dan mencipta nama sebagai penyanyi di negara itu, Datuk Shake tidak pernah merakamkan klip video lagu-lagu nyanyiannya di negara ini.

Bagaimanapun, awal bulan ini penyanyi berasal dari Johor Bahru itu pulang ke tanah air kerana merakamkan sebuah klip video lagu terbarunya.

Shake yang masih merahsiakan judul lagu dalam bahasa Perancis yang dinyanyikannya itu berkata, Malaysia menjadi lokasi utama pilihannya.

Menurut datuk kepada lima orang cucu ini, beliau memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi penggambaran klip videonya itu semata-mata kerana satu matlamat iaitu semangat cintakan negara ini yang masih menebal dalam hatinya.

Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR bersama Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad sewaktu beliau berkunjung ke ibu negara, baru-baru ini.


Matlamat Datuk merakamkan klip video terbaru di negara ini?

DATUK SHAKE : Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk merakamkan klip video lagu-lagu nyanyian saya di negara ini tetapi baru kini hasrat saya itu tercapai. Selama ini saya banyak menggunakan lokasi penggambaran di luar negara terutamanya di Perancis kerana kerjaya saya sebagai penyanyi lebih banyak tertumpu di sana. Apatah lagi penggambaran klip video saya itu kena pada masanya kerana tahun ini negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50.


Apa kaitan 50 tahun merdeka dengan klip video terbaru Datuk itu?

Sebenarnya saya mahu menggunakan lagu itu untuk mempromosikan negara ini di luar negara. Saya akan menggunakan latar belakang tempat-tempat menarik di negara ini dalam klip video saya itu.Apabila siap klip video saya itu nanti, ia akan ditayangkan di stesen-stesen TV di negara-negara yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Antaranya negara Perancis, Algeria, Luxembourg, Maghribi dan banyak lagi.

Bagaimana idea itu boleh tercetus?

Idea ini juga sudah lama tercetus kerana saya selalu berfikir apakah bakti yang saya boleh sumbangkan untuk negara. Walaupun tinggal lama di luar negara tetapi saya selalu terfikir tentang perkara itu.

Mungkin ini adalah salah satu sumbangan saya. Malah, saya turut berbangga apabila klip video saya ini diterbitkan oleh anak sulung saya iaitu Amaro.

Ada rancangan untuk mengadakan konsert di sini?

Saya memang ada rancangan untuk mengadakan konsert solo di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebelum hujung tahun ini. Kalau boleh biarlah konsert itu dapat diadakan sekitar bulan November atau Disember ini.

Apatah lagi sudah lebih lima tahun saya tidak mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya masih lagi dalam perbincangan dengan pihak pengurusan Istana Budaya.

Akhir sekali, apakah harapan Datuk terhadap konsert yang Datuk rancangkan itu?

Saya berharap agar konsert itu dapat direalisasikan kerana saya mahu ia boleh meninggalkan nostalgia bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 pada tahun ini. Saya merancang untuk mengetengahkan elemen-elemen muzik Timur dan Barat pada konsert itu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 11:23 AM | Show all posts
ensme gile dia ni
tak kisah le bersubang ke apa ke.. aku teruja kat dia dari dolu lagik
nak pulak dia nyanyi lagu nama aku.. lagi la aku teruja
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 12:06 PM | Show all posts
suka lagu2 dia best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 17-7-2007 11:23 AM
ensme gile dia ni
tak kisah le bersubang ke apa ke.. aku teruja kat dia dari dolu lagik
nak pulak dia nyanyi lagu nama aku.. lagi la aku teruja

MsAnonymous        17-7-2007 11:23 AM        Credits +10

No wonder... eheheh..

Aku pun menyampah tgk dia ni.. Aku suka lagu Umi je..



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 01:00 AM | Show all posts

Reply #15 freekey's post

apa tepek2 kedit aku kasik tu?
10 je pun.. sibuk tau

hiks..aku bukan kenal sgt dia ni
dia gi obersea.. aku still merangkak lagik.. (eh.. aku tak merangkak.. duduk, terus berdiri... then jalan..huhu)
tapi aku tgk dia cam triple H.. ensem woo.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2007 04:29 PM | Show all posts
nih mcm spesies kak nita gak laa nih...
meh nk teke...meshti 50++ umo dea nih,,,
org tua2 slalu dok pesan...
sedar diri...sedar diri...
tp kalo dh cani gaya nyer.....hurrmm~...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 05:00 PM | Show all posts

yang geli tu taknak bgtau umur ni..

ngalahkan artis pompuan lak...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2007 05:05 PM | Show all posts
57 kan umo dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 01:00 PM | Show all posts
Amaro Shake pentingkan kesempurnaan
24-07-2007 11:53:21 AM
Oleh ZIEMAN  


BUKAN saja perwatakan mereka tidak sama, malah kecenderungan minat seni juga berlainan. Itulah Amaro Isor Shake, anak kesayangan kepada penyanyi lagenda kita, Datuk Shake.

Pertama kali bertentang mata dengan Amaro yang mempunyai wajah mirip kepada pemuda Arab, ramai akan menganggap Amaro seorang yang tidak mesra dan sedikit sombong.

Namun setelah menghabiskan beberapa jam dengannya, ternyata itulah sikap Amaro yang sebenarnya. Bukan sombong cuma agak pendiam dan suka menyendiri.

Keperibadian Amaro yang tegas, tidak mudah tersenyum dan memilih perkataan dengan begitu berhati-hati memberi gambaran yang Amaro lebih dewasa dari usia sebenarnya iaitu 25 tahun.

Agak melucukan apabila Shake sendiri merasakan sikap Amaro lebih dewasa dari dia sendiri.


Amaro Isor lebih suka beraksi di belakang tabir
(Foto The Star oleh S.S. Kanesan)

"Itulah sikap Amaro. Ramai orang ingat dia serius dan sombong tapi sebanrnye dia ni a thinker and philosopher. Kembarnya Nicholas lagi serius...," kata Shake selamba.

Amaro juga merupakan saudara kembar kepada Nicholas Shake, seorang pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood.

Jika Nicholas, seorang pelakon yang sedang meningkat naik di Hollwyood dan pernah membintangi filem National Lampoon's Dorm Daze 2, The Fallen, The Best dan 20/20, Amaro pula lebih kepada bidang pengarahan dan penulisan skrip.

"Saya meminati bidang pengarahan sejak berusia 16 tahun lagi. Ketika itu ramai pemuda seusia saya lebih minat berlakon tapi saya suka melakukan kerja-kerja di belakang tabir," kata Amaro yang mendapat pendidikan seni pengarahan filem dari LR Strasburg School di Amerika.


Dato' Shake dan Amaro bagaikan kawan karib
(Foto The Star)

Menurut ibu Amaro, Datin Milena yang berada sama ketika sesi wawancara yang berlangsung di Premier Lounge, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, tahap pencapaian untuk memasukki Beverley Hills High School agak berlainan.

Pengaruh dan wang ringgit tidak menjamin tempat di dalam sekolah tersebut. Yang penting minat dan keperibadian yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar itu.

"Saya difahamkan, jawapan yang diberi oleh Amaro membuat pengetua sekolah itu memberi dia peluang untuk belajar di sekolah itu," kata Milena, model kelahiran Yugoslavia yang juga merupakan pelakon teater terkenal satu masa dulu.

Amaro, yang tekun mendengar penjelasan ibunya berkata, "Saya ditanya kenapa saya minat mengarah dan saya menjawab..."I'll be the best!"

Disebabkan ketekunan dan kerajinan daya usaha yang ditunjukkan oleh Amaro, dia merupakan pelajar terbaik dalam sekolahnya.


Amaro punya masa depan cerah di dalam kerjayanya
(Foto The Star)

Bagi Shake, minat yang ditunjukkan oleh anak kembarnya, baik Nicholas dan Amaro, sudah dapat dijangka sedari kecil lagi.

"Saya dapat rasa yang mereka sudah bersedia melakukan sesuatu yang mereka mahu. Untuk berjaya dalam bidang seni, walau apa bidang sekalipun, kita perlu ada minat yang mendalam, keyakinan dan frame of mind. You mesti betul-betul minat dengan bidang ini kalau ingin berjaya. Selebihnya adalah nasib...," kata Shake yang kelihatan ceria sepanjang wawancara itu.

Kata Shake lagi, "Saya sendiri tahu anak-anak saya ni real atau tidak. Seandainya mereka tidak real, saya tidak akan mengalakkan mereka dalam bidang ini. Buat apa?."

Ketika menuntut di Beverley High Schools, Amaro terdedah dengan berbagai exposure dari bidang pengacaraan, penulisan skrip, berlakon dan mengarah. Pada ketika tertentu, personaliti atau pelakon terkenal Beverley Hills akan berkunjung ke sekolah mereka untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang kemahiran masing-masing.

"Sekolah kami mempunyai TV channel kami sendiri, jadi apa saja projek atau tugasan yang diberikan akan disalurkan ke siaran ini." jelas Amaro lagi yang melanjutkan pelajarnnya di California Arts Institute ketika usianya 19 tahun.


Dato' Shake dan Datin Milena begitu memahami Amaro
(Foto The Star)

Pembelajaran selama 3 tahun di sini banyak memberi pendedahan baru kepada Amaro dalam bidang fotografi, lighting, editing, lakonan teater, pengarahan dan banyak lagi aspek yang berkaitan.

Dorongan minat yang tebal dalam bidang pengarahan bagaikan memberi semangat baru kepada Amaro untuk mara setapak lagi.

"Saya terpaksa berkorban masa yang panjang di set penggambaran untuk mendapatkan hasil yang terbaik," jelas Amaro yang pernah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk Rex Buster di Festival Filem Cannes baru-baru ini.

Filem ini turut dibintangi oleh Nicholas dan dihasilkan oleh Twin Scorpion Production, milik kedua beradik ini.

Selain mengarah beberapa filem seperti The Best, The Fallen dan Rex Buster, Amaro juga banyak mengahsilkan video clip untuk beberapa penyanyi termasuklah untuk Datuk Shake sendiri.


Amaro yang begitu artistik
(Foto The Star)

Dua video klip yang telah dihasilkan Amaro untuk Shake adalah What Now My Love dan Demon et Merville (Talisman)

Ditanya bagaimana perasaan Amaro berkerja dengan ayahnya.

"Ayah saya seorang yang unik. Dia berbakat besar, free spirit dan tahu apa yang dia mahu. Sikap dan peribadinya jauh berbeza dengan saya. Disebabkan personaliti yang begitu, dia tidak makan tua.

Dari segi kerja, kami berdua amat profesional. Di set, dia akan melawak dan beramah mesra seperti biasa sedangkan saya serius dan tidak banyak bercakap," jelas pemuda kelahiran Paris ini.

Bulan hadapan, Amaro akan sibuk di lokasi untuk mengarah filem seram Hollywood.

"Saya tidak sabar untuk mengarah feature film pertama saya iaitu sebuah filem seram. Tajuknya saya tidak dapat beritahu. Walaupun sudah mengarah beberapa filem tapi inilah satu-satunya filem Hollywood yang menelan belanja yang besar dan saya amat teruja untuk membuktikan bakat saya," jelasnya lagi.


Anak bujang Dato' Shake yang masih single
(Foto The Star)

Amaro yang minat menonton filem-filem arahan M Night Shyamalan, Stanley Kubrick, Alfred Hitchcock dan JohnWoo bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem yang disegani di rantau sini satu hari nanti.

"Walaupun dilahir dan dibesarkan di luar negara, saya tidak pernah menganggap diri saya asing di sini. Ayah banyak memberi pendedahan kepada saya agar jangan sekali-kali melupakan asal usul saya.

Ayah orang Malaysia dan ibu pula dari Yugoslavia. Saya tidka pernah lupakan kedua negara ini. Saya teringin menerbit dan mengarah sebuah filem Melayu nanti selepas saya mendapat pendedahan yang secukupnya di Hollywood.

"Industri perfileman berkembang dengan sihat di sini. Saya telah ditanya oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi tentang hasrat untuk membuat filem Melayu. Sudah tentu ia amat membanggakan kalau saya dapat menghasilkan filem Melayu itu.

Bagi Amaro, sesebuah filem itu akan tampak menarik sekiranya ia mempunyai beberapa kriteria tertentu.


Amaro pentingkan kesempurnaan
(Foto The Star)

"Bila membuat filem, kita kena tahu apa yang ingin kita sampaikan secara visual. Dan samada penyampaian kita itu sampai atau tidak. Sebab itulah saya boleh menonton apa jenis filem sekalipun sekiranya ia sebuah filem yang baik," katanya lagi.

Amaro yang juga telah banyak mengahsilkan skrip filem berkata dia lebih senang membuat interpretasi skrip orang dari skrip dia sendiri.

"Rasanya lebih senang dan lebih mencabar begitu. Saya suka menyelitkan elemen dramatik kepada filem-filem saya," kata Amaro yang mengakui dia seorang analytical.

Amaro berkata dia masih dalam proses mempelajari teknik pengarahan yang terbaik dan mencari-cari apa sebenarnya 'movie magic' itu. Oleh sebab itu jugalah, banyak masa Amaro dihabiskan untuk memerhati gelagat manusia tidak kira di mana dia berada.

"Saya juga seorang yang berhati-hati dan agak cerewet. Saya terlalu mengharapkan kesempurnaan (perfection) mungkin sebab itu saya serius," katanya lagi.

Amaro juga amat meminati filem-filem Bruce Lee dan apa saja budaya dari negeri Jepun.

"Entahlah mungkin sebab ianya unik. Bukan saja budaya Jepun, saya juga tertarik dengan filem Ninja dan Samurainya," kata Amaro lagi.

[ Last edited by  Syd at 19-8-2008 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042982 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list