Lagu Rindu
Renung mataku
Nyanyikan lagu rindu
Ku tetap di sini
Setia menantimu
Dengan doa yang kudus
Biar masa cemburu
Dan musim pun berlalu
Takkan pudar cintaku
Dunia seakan senyum
Mengintai gelora di lautan yang suci
Menangis tertawa biarlah bersama
Sehingga ke akhir hayatku ini厖匸/color]
Aku menarik nafas lega. Fuhh!! Akhirnya segala tugas untuk hari ini dapat aku selesaikan segera. Kalau tidak, alamatnya mengamuklah bos besar tu. Memang besar pun, perut dahlah buncit, bila pakai baju sendat semacam, macam nak terjojol keluar pusat tu. Eeeiiii厖 Rambut pula sehelai pun tak ada atas kepala. Licin macam cermin. Siap boleh buat pantulan imej atas kepala dia. Siapa lagi kalau bukan bos yang paling terkenal dalam kalangan kami sebagai pekerja pasaraya di sini, Encik Razaklah orangnya. Orang yang paling suka mencari kesalahan orang lain. Terutamanya kepada pekerja wanita seperti aku. Ada saja yang tak kena. Tahulah orang tua miang nak mengenyam. Tak boleh nampak pekerja perempuan baru masuk. Mulalah nak naik bulunya tu. Kasihan betul perempuan yang menjadi isterinya. Mesti hari-hari makan hati. Ish..Ishh匢shhhhh. Kalau macam tu, aku lebih rela membujang seumur hidup. Wakakahhh!!!
揂pa yang lucu sangat tu? |