CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3653|Reply: 6

Deja Moss

[Copy link]
Post time 26-7-2007 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Deja Moss promosi negara di Surabaya dan MakassarOleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH


PERANAN artis bukan sekadar 憁enyanyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2007 05:03 PM | Show all posts
Deja Moss sambut harijadi dengan majlis doa selamat
07-08-2007 04:20:29 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ  


KELAINAN cara menyambut harijadi seperti yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang popular dengan lagu Asmara Ini patut dicontohi oleh artis-artis lain.

Sharifah Hadijah Wan Moss atau Deja Moss yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 mengadakan majlis kesyukuran bertempat di Restoran Puteri di Sg. Penchala milik pelakon Rubiah Suparman dan produser filem Habsah Hassan semalam.


Deja menghidangkan pulut kuning dan rendang harijadinya kepada Ustaz Badrul
(Foto mStar oleh Siti Azira Abd Aziz)

Niatnya bukanlah untuk menunjuk-menunjuk namun niat ikhlas yang datang dari hatinya jelas terpancar pada malam itu seiring dengan azamnya untuk melakukan lebih banyak amal ibadat pada masa akan datang.

"Orang tak tau hati kita tapi kalau boleh biarlah menuju ke sana (kebaikan). Selagi masih muda ni buatlah apa yang patut." kata penyanyi yang sedang dalam pembikinan album Repackaged terbarunya.

Menurut Deja, dia mula memasang niat untuk melakukan majlis sedemikian setelah menghadiri majlis kesyukuran yang dilakukan oleh Rubiah Suparman baru-baru ini.

"Kalau dulu saya tak berapa sangat hendak sambut hari jadi. Biasanya, duduk di rumah dengan family."katanya lagi.

Di dalam majlis tersebut, Deja dan para tetamunya bersolat jemaah waktu Maghrib dan Isyak di samping  membaca surah Yasin dan menghayati tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Dr Badrul Amin.


Erra dan Deja sempat bergambar bersama peminat mereka, Akmal, di majlis tersebut.
(Foto mStar)



Dr Badrul yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu dijemput khas untuk menyempurnakan majlis tersebut dengan mengimamkan solat jemaah dan menjadi penghulu sewaktu bacaan surah Yasin.

Ramai rakan artis, wartawan serta sahabat handai Deja yang hadir untuk memeriahkan majlis termasuklah Erra Fazira, Sharifah Zarina dan suami, Anuar Zain, Rem, Nina Juren, Riezman Khuzaimi dan isteri, Ahmad Idham dan isteri.

Penyanyi yang popular dengan lagu Langit ke 7, Sharifah Zarina, turut bersetuju dengan cara Deja menyambut harijadinya itu.

"Bagus untuk artis. Kita glamour pun, siapa yang jadikan. Jadi, kita perlu ingat kepada Allah yang murahkan rezeki" katanya yang bakal melahirkan album baru tidak lama lagi.

Manakala penyanyi, pelakon dan pengasas produk kecantikan Ferra Kosmolook, Erra Fazira menganggap majlis tersebut adalah suatu petanda yang baik dan lebih diberkati.

"The other way (Cara lain) sambut hari jadi..."katanya yang baru menyertai syarikat rakaman SRC minggu ini.


Sharifah Zarina dan suaminya Buswani Abdillah turut hadir memeriahkan majlis Deja
(Foto mStar)

Deja 'Masih Di Sini'

Menyentuh tentang album Repackaged Deja yang bakal di terbitkan pada bulan November nanti, ianya akan memuatkan 10 buah lagu yang berentak balada dan pop rock.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut adalah lagu Takkan Mengalah, Masih Di Sini, Berikan Masa dan Aliran Sungai.

"Lagu Takkan Mengalah adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi Hazami berkisar tentang galakan dan dijangka hits bersama lagu Masih Di Sini." katanya yang baru pulang dari Indonesia mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan baru-baru ini.

Dalam sibuk membikin album, Deja juga akan menerbitkan buku resipi kek lapis sempena bulan Ramadan nanti dan harganya dijangka kurang daripada RM10.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 12:01 PM | Show all posts
Deja Moss dan Fendy bila lagi?

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke-34 tahun buat penyanyi Deja Moss yang disambut pada pada 6 Ogos lalu. Khabarnya ramai rakan-rakan artis dan wartawan termasuk Anuar Zain dan Erra Fazira hadir ke majlis itu. Ia diadakan di Restoran Puteri milik Kak Chah (Produser Habsah Hassan) dan kawan baiknya pelakon Rubiah Suparman itu.

Selain majlis hari lahir, Deja turut mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat untuk rakan-rakan dan ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia.

Semasa berborak dengan Deja, Rabu lalu, Niezam bertanyakan dia beberapa perkara termasuklah sejauh manakah Deja dengan Azfendy Azzuddin yang dikatakan sedang dilamun cinta?

Maklumlah semenjak dua menjak ni ada orang terserempak mereka sering berdua. Malah semasa konsert Rhoma Irama di Kuala Lumpur tak lama dulu pun Deja dan Fendy pun tak keberatan memberi aksi menarik apabila jurugambar menghalakan lensa ke wajah mereka.

Ramai yang mengesyaki mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun kata Deja ia sekadar 憈eman tapi mesra
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 09:55 AM | Show all posts
AROMA RASA: Deja Moss melapis di bulan puasa
22-08-2007 06:21:52 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM  



MENJELANG Ramadan, penyanyi kelahiran Sarawak ini akan merehatkan suara bagi melaksanakan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan.

Deja Moss yang baru menyambut harijadi ke 34 baru-baru ini turut melakukan aktiviti yang paling digemarinya iaitu membakar kek lapis.

"Sejak dari Tingkatan Satu lagi saya memang gemar menolong emak saya membakar kek lapis. Selain dari rasanya yang sedap, saya juga suka rupa bentuknya yang berlapis dan berwarna-warni," ujar Deja yang ditemui baru-baru ini.


Deja menunjukkan kek lapis Sarawak buatannya
(Foto The Star oleh Sia Hong Kiau)

Hasil dari ketekunannya mempelajari resepi kek lapis Sarawak ibunya itu, Deja kini mengambil tempahan daripada orang ramai yang ingin menikmati kelazatan kek lapis Sarawak pada Hari Raya nanti.

Menurut Deja, kek lapis buatannya hanya menggunakan bahan-bahan yang bermutu agar rasanya enak dan tahan lama.

"Untuk membakarnya pula memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama terutamanya kek lapis yang bercorak," katanya lagi.  

Maka tidak hairanlah kek lapis Deja dijual dengan harga RM20 sepotong dan RM120 untuk sebiji kek bersaiz 8" x 8".

Deja kini sudah mempelajari tidak kurang dari 20 jenis resepi kek lapis tetapi antara yang  popular dan sering ditempah adalah kek lapis Ruby Natasha, Puak Kumbu dan Tikar Mengkuang.

Deja yang dibantu oleh adik perempuannya juga gemar membuat kek Horlicks dan kek Hati Pari.

Sempena Ramadan juga, Deja akan melancarkan buku resepi Kek Lapis Sarawak Selera Deja Moss yang mengandungi 14 jenis resepi kek lapis kegemarannya.

Buku resepi tersebut boleh didapati di kedai-kedai buku utama dengan harga RM8.50 mulai bulan depan.

Bagi yang berminat untuk menempah kek lapis buatan tangan penyanyi yang popular dengan lagu Asmara ini pula boleh membuat tempahan melalui emel [email protected].
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 02:02 PM | Show all posts
Deja utamakan keluarga selepas berkahwin
29-08-2008 01:42:02 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BERKUNJUNG ke majlis berinai penyanyi bervokal lantang Deja Moss di kediamannya yang terletak di Jalan Ampang malam semalam, jelas terpancar 'seri pengantin' di wajahnya yang bakal bergelar raja sehari pada esok hari, Sabtu 30 Ogos.

Deja, 35 akan dinikahkan dengan Azfendy Azzuddin, 29 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Keceriaan Deja semakin bertambah apabila sahabat handai dan kaum keluarganya yang datang dari Kuching, Sarawak turut sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Sambil melihat Deja dipakaikan inai oleh dua orang pekerja dari Nor Inai Sri Dahlia yang terletak di Kota Damansara itu, kami semua dihidangkan dengan Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak yang dibuat sendiri oleh Deja.


Deja ketika sesi memakai inai. Turut kelihatan pereka pelamin Deja iaitu
Wawa (dua dari kiri).

Sedang duduk berbual dengan ibu Deja, Kasma Redwan, kelihatan dia begitu gembira untuk menerima menantu ketiganya, Andy selepas perkahwinan abang dan adik perempuan Deja.

Turut memeriahkan majlis itu adalah bapa dan ibu angkat Deja iaitu Datuk Haniff Taib dan Datin Julie Haniff yang merupakan ibu bapa pelakon Datin Nina Juren.

Selain itu, penyanyi Sharifah Zarina bersama anak dan suaminya juga menceriakan majlis dengan bahasa loghat Sarawak mereka sehingga ada kalanya sukar difahami apa yang mereka perkatakan.

Pereka pelamin dan meja makan untuk majlis pernikahan Deja, Miyizat-ul-Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Wawa dari Cleo Studio turut hadir sekaligus membincangkan tentang persiapan majlis nikah Deja dan Andy.

Kata Wawa, selepas menikah, Deja dan Andy akan bersanding di pelamin yang berkonsepkan Inggeris berwarna putih dan silver.


Aksi Deja yang ceria dan jelas terpancar seri pengantin di wajahnya.

"Pelamin itu akan diserikan dengan kuntuman bunga ros putih. Walaupun ia nampak ringkas, tetapi pelamin itu kelihatan cantik apabila diletakkan kerusi Cleopatra. Saya rasa Deja dan Andy pasti sukakannya sebab idea ini datang daripada Deja dan saya.

"Selain itu, saya juga menyediakan meja makan utama untuk Deja dan Andy termasuk meja makan untuk keluarga mereka dan tetamu yang hadir nanti. Meja tersebut juga bertemakan warna putih dan silver," ulas Wawa yang sebelum ini pernah menguruskan majlis perkahwinan selebriti Bob Azrai.

Dalam pada itu, Deja pula berkata dia akan memakai busana berwarna putih dan bertudung litup berwarna putih rekaan Albert Keith manakala Andy akan menyarungkan sepasang baju Melayu, bersamping dan bersongkok rekaan pereka yang sama di majlis tersebut.


Andy dan Deja bakal bergelar raja sehari esok.

Kira-kira pukul 11 malam, Andy hadir dalam majlis berinai itu dan dia turut mengenakan inai pada tiga jari kanannya.

Pada mulanya Andy enggan memakai inai namun apabila dipujuk oleh Deja, akhirnya Andy bersetuju. Kemesraan serta perasaan malu-malu terpancar pada riak wajah kedua bakal mempelai ini.

Melihat kepada keintiman Deja dan Andy yang saling duduk sebelah-menyebelah, timbul pertanyaan tentang rahsia pengikat kasih mereka berdua. Mungkin mereka ada mengambil petua daripada orang-orang tua?

"Apa yang penting dalam hubungan kami ini adalah komunikasi dan saling percaya antara satu sama lain. Saya rasa kami tak perlu sangat petua dan nasihat daripada orang-orang tua kerana kami percaya kepada jodoh. Selain itu, saya selalu memohon kepada Tuhan supaya kuatkan jodoh kami selepas solat," ujar Deja yang menerima panggilan Sharifah daripada Andy.

Di tanya tentang persediaan untuk menerima cahaya mata dalam masa terdekat selepas diijabkabulkan esok, jawab Deja, "Insya Allah, semestinya kami sudah bersedia untuk memikirkan tentang anak sebab itulah yang diinginkan dalam perkahwinan.".

Selepas berkahwin nanti, Deja berkata, dia masih lagi akan meneruskan karier seperti sedia kala cuma tanggungjawabnya akan lebih diutamakan untuk keluarga dahulu.

"Saya tak nak terlalu kerap ke sana ke mari seperti dahulu dan akan terhadkan kebebasan," tutur Deja.


Corak bunga yang diperbuat daripada inai Mekah menyerlahkan tangan dan kaki bakal pengantin ini.

Andy pula menambah, "Selepas berkahwin, saya tidak meletakkan apa-apa syarat yang ketat untuk Deja. Cuma dia perlu memberikan keutamaan dan layanan yang sepatutnya kepada saya. Selain itu, dia juga perlu terhadkan masa bekerja untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga.

"Kalau boleh kami nak selalu bersama-sama apabila ke mana-mana..," putus Pengurus Besar, DC Industrial Sdn. Bhd ini yang sekali-sekala tersenyum memandang Deja.

Bercerita tentang majlis pernikahan Deja dan Andy esok, pengantin lelaki akan memberikan tujuh dulang berbalas sembilan dulang hantaran.

Manakala wang hantaran dan mas kahwin akan diumumkan esok.

Dalam majlis itu nanti, Deja menganggarkan kira-kira 400 orang tetamu yang hadir termasuk 50 orang anak yatim. Kata Deja, memang niatnya untuk membantu golongan susah seperti anak-anak yatim dengan bantuan Datin Julie yang dipanggil 'mummy' itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:00 PM | Show all posts
wahhh..walopon aku x minat dia,tp selamat pengantin baru utk deja....

selamat memecahkan dara....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2008 07:08 PM | Show all posts
aku minat deja moss nih. vokal2 mcm ni mmg aku minat. merdu x merdu tu no 2. yg penting all out.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069785 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list