CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67589|Reply: 349

Bangi - bandar makhluk halus

[Copy link]
Post time 6-8-2007 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Bangi bandar makhluk halusOleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my


BANGI: Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja terkenal dengan jolokan bandar ilmiah berikutan ramai dihuni golongan cendekiawan tetapi turut menjadi kawasan kegemaran untuk diduduki makhluk halus.

Perkara itu didedahkan 'orang lama' yang menjadi antara penduduk paling awal menetap di kawasan berkenaan, Mohamad Salleh Kassim, 73, yang menceritakan pengalamannya ketika sesi soal jawab bersama wakil persatuan penduduk sempena Sambutan 30 Tahun Bandar Baru Bangi, yang diadakan di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Mohamad Salleh yang juga menjadi pengamal perubatan alternatif berkata, ramai di kalangan penduduk sering menerima gangguan menakutkan hampir setiap minggu sejak kawasan berkenaan mula dibuka hingga kini.

揃anyak kejadian pelik berlaku di kawasan ini seperti jentera penggelek jalan bergerak sendiri walaupun tiada pemandu. Paling banyak, kejadian histeria di kalangan penduduk dan penuntut universiti berhampiran.

揝aya sering dipanggil untuk menghalau jin yang mengacau di kawasan ini selain merawat mangsa rasuk hampir setiap minggu. Terbaru, saya diminta menghalau jin yang sering mengganggu penghuni asrama sebuah pusat latihan agensi kerajaan di sini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 01:45 PM | Show all posts
Aku study dan bekerja di B. B. B, dulu.
Dari ladang kelapa sawit sampai lah aku sesat bila rounding kat situ pada masa ni.
Pembangunannya memang pesat.
Aku juga ada mengalami beberapa insident- di tempat kerja ngan di rumah sewa.
Lebih teruk lagi apabila pembukaan kilang2 kat situ berjalan ngan rancak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #2 rdzaccess's post

apa lagi?
kasik cerita lah semua itu cerita seram/aneh etc

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2007 02:12 PM
apa lagi?
kasik cerita lah semua itu cerita seram/aneh etc



yer betu tu...cepat lerrrr...citerrrr kat sini....:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

khalid94 This user has been deleted
Post time 6-8-2007 02:55 PM | Show all posts
...........aku dah lar duduk kat b.b.bangi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 02:58 PM | Show all posts
aku dah 20++ thn dok bangi..dari kecik sampai la beso..so aku dikira otai la kat situ...mmg ada bende2 pelik yg berlaku..kat dpn umah aku tu selalu eksiden..sbb ustaz haron din ckp time senja mmg tmpt laluan org bunian balik... then dulu kat rumah neighbour aku tgh2 malam korang bole tgk org berkuda (dia pakai style zaman org dolu2) hmm..bende2 tu mmg wujud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 03:03 PM | Show all posts
huu...saye skrg tgh study kat ukm..

tatau la plak yang mcm2 cerita hantu ada kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #6 lolaxpdc's post

Bang, blh bagitau ndak kat seksyen brp benda nih berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-8-2007 14:12
apa lagi?
kasik cerita lah semua itu cerita seram/aneh etc



Ada-ada kat kilang Carrier Int. tuh.
Anjing German Sherphard pun lari terus masuk kandang die.
Ekor dier masuk kat celah kaki belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by nauze at 6-8-2007 15:03
huu...saye skrg tgh study kat ukm..

tatau la plak yang mcm2 cerita hantu ada kat sini..


Aku dulu kat Kamsis A, lebihkurang atas bukit.
Kawan aku tu dulu dia ni suka berjalan dalam tido.
Kat bilik air ada jugak... Jadi sebelum masuk  mess kitorang kena perabis apa yang nak terkucil dulu.
Pas tu baru tido...
Reply

Use magic Report

nirzath This user has been deleted
Post time 6-8-2007 07:12 PM | Show all posts
rdzaccess ...tumpang tanya sikit ...dulu kat kamsis A tu tahun bila .....aku pun belajar kat ukm gak  ..tapi tak duduk situ ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:25 PM | Show all posts
zaman tol bangi baru siap.. kat tepi tasik tu
selalu nampak cik L
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 10:44 PM | Show all posts
kawan aku dulu keje kat bandar baru bangi...dia cakap biasa jer pun walaupun orang banyak cakap bandar tuh bandar berhantu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 02:48 AM | Show all posts

Reply #10 rdzaccess's post

uiks...kamsis A yang lebih kurang atas bukit? yang skrg ni kolej ibrahim yaakob tu ke?

takkan kamsis dato' onn pulak..dato onn ni bukannye atas bukit...rasanya kolej dato' onn ini kolej yg paling lama..

hoo...camtu pulak..ape benda yang ada dalam toilet tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:42 AM | Show all posts
Originally posted by nauze at 7-8-2007 02:48
uiks...kamsis A yang lebih kurang atas bukit? yang skrg ni kolej ibrahim yaakob tu ke?

takkan kamsis dato' onn pulak..dato onn ni bukannye atas bukit...rasanya kolej dato' onn ini kolej yg pal ...


Skarang ni tak tau lah pulak , mereka dah tukar nama dia.
Dah bertahun tak melawat kat sana tapi cuma lalu ajer.

Kekadang ada jugak solat Juma'at kat masjid tu.
Kekawan terbaru pun tak de yang masuk U ( kerana saya amat kurang bersosial sekarang )

Dia dekat ngan padang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:46 AM | Show all posts
Kekadang waktu memalam/pagi tu dengar bunyi orang mandi sekali dengan air paip mencurah2, bila buka pintu tu ( dari datangnya bunyi tersebut) tak de apa2 ~~ kosong.

Kekadang pulak kedengaran pintu di buka dan di tutup, pergi check tengok tak de jugak.

Ada satu malam tu sorang kawan dia berjalan dalam tidor. Puaslah member gi usha dia, panggil nama (nama nick), dia tak sedar lansung dan terus berjalan sampai kat padang.
Pas tu aku panggil nama penuh dia siap ngan bin sekali baru sedar. Terpinga2 dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 07:04 AM | Show all posts
Originally posted by nauze at 6-8-2007 01:48 PM
uiks...kamsis A yang lebih kurang atas bukit? yang skrg ni kolej ibrahim yaakob tu ke?

takkan kamsis dato' onn pulak..dato onn ni bukannye atas bukit...rasanya kolej dato' onn ini kolej yg pal ...


Masa saya dulu, Kamsis A1: Dato Onn1, kamsis A2: Dato Onn2 (kamsis ROTU), Kamsis B: Aminuddin Baki; Kamsis C: Ungku Omar, Kamsis D : Burhanuddin Helmi, Kamsis E: Ibrahim Yaakob, Kamsis F: Kajai. Yang lelain tu tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:19 AM | Show all posts
nih aku nak citer pengalaman yg dilalui oleh aunty aku...dia dok kat b.b.b,kisah ni terjadi pada tahun 2001 masa tu anak lelaki dia berumur 7 tahun.Pada satu petang tu anak dia p bermain ngn kawan2 dia kat area india!Anak dia balik waktu maghrib sambil luka kat kaki akibat terpijak paku.Then,esoknya bila anak dia nak g sekolah tiba2 terus nangis beria2 tak nak naik bas dan tak nak g skolah..masa tu uncle aku outstation selama seminggu.Anak dia tak pulak cakap kat aunty aku yg dia nampak ada jin jantan tunggu dia kat tepi bas.Aunty aku dengan geramnya bantai la anak dia tu sampai birat sebab tak nak g skolah.Mestilah mak marah kan kalau tak g skolah berhari2.Dah 2 hari kejadian barulah anak dia citer dia nampak ada hantu besar (jin) tunggu depan gate umah dia,bukan kat gate jer kat tepi bas,kat sekolah pun 'mende' tu ikot. Bila nak g toilet kat umah pun takut nak masuk sorang2 coz 'mende' tu ada kat dalam toilet,bukan ada sekor jin jer malahan datang lagi sekor...masyaallah.Aunty aku ni dah tak tentu arah coz dia ni bapak penakut orgnya.Sib baik jiran2 ada leh tolong.Bila malam jer aunty aku tido umah jiran yerlah takut 'mende' tu kacau anak dia.Maka,hebohlah dikalangan saudara mara aku.Ada yg datang melawat...tapi sedara mara aku pun naik seram bila anak dia cakap hantu tu ada kat belakang aunty2 aku yg lain.Bila dia nampak jer dia cakap selamber sambil menangis2..then ada masa2 boleh melawan orang2 dewasa.Means,menda tu dah masuk tubuh dia lah...hmm..Aunty aku minta bantuan jiran dia yg pandai buang2 jin nih..jiran dia tu kata 'mende' tu ikut sebab anak dia main kat kawasan bekas kuil india dan dalam pada masa yg sama terpijak paku sambil berdarah2 kat situ.So thats y hantu india tu ikot balik.Jiran aunty aku ni bgtau dia dan husband dia supaya azan tiap2 kali waktu magrib dan tak leh lemah semangat,kalau tak mende tu lagi suka.Jiran aku siap cakap lagi benda tu ejek2 dia...ishh...ishh...lemah aku dengar cenggitu!Tapi sekarang dah tak der lagi coz umah dia dah 'dipagar'.

Aku ni pun dalam kategori penakut jugak,bila sekali-sekala tido umah aunty aku mesti susah nak lelap yerlah teringat citer hantu yg ikot anak dia nih...walaupun hantu tu dah tak der lagi. Sampai sekarang aunty aku kata dia menyesal pukul anak dia masa tak nak g sekolah tu..kalaulah dia tahu dia takkan bg anak dia g skolah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 08:31 AM | Show all posts
dulu aku stay kolej Burhan.. pernah gak la alami menda2 weird ni, tapi aku anggap mainan mimpi je kot.. sebab kadang aku rasa macam mimpi.. tapi ntah la.. walaupun hati berdebar2 jugak waktu kejadian..

salah satu kejadian masa tu aku duduk bilik seorang. one day aku tertido lupa nak off PC.. sedang tido tu tetiba dalam sayup, aku ternampak somebody duduk kat depan PC aku (membelakangkan aku).. dalam hati aku terdetik sapa plak pompuan ni pagi2 buta dok guna PC aku. puas aku renung sebab aku tak kenal sangat dari belakang. and then pompuan tu toleh slow-slow ke belakang pandang kat aku. rupanya kawan aku, Dee. tapi waktu dia menoleh kat aku dengan slow motion tu, muka dia nampak weird cam tengah kerling kat aku sambil senyum sinis.. lepas tu aku terus terjaga. tengok PC takde pun orang.. terus aku padam PC dan sambung tido.

esok pagi, best friend aku Ryn datang bilik. Ryn cakap "wei.. tolong aku decorate sampul hadiah ni boleh? harini besday Dee la, aku nak kasik hadiah kat dia.."..

terus aku teringat 'Dee' datang pagi tu dok depan PC aku.. huhu.. tapi aku tak citer apa la kat Ryn taknak dia takut kang terus tak datang bilik aku laks.. lepas tu setiap kali jumpa Dee, hati aku mesti rasa berdebar.. kesimpulannya, jangan lupa tutop PC sebelum tido..

sebelum tu pun ada gaks kejadian lain cam nampak bayang orang tengah merusuh sambil bawak kayu panjang2.. nampak bayang kat atas pintu je (ni kat blok asrama tingkat 4 burhan).. tapi aku tido je dalam takut2 tu.. aku ni satu la walaupun aku takut ke apa, tido tetap tido.. hehe..

[ Last edited by  iey_iyda at 7-8-2007 08:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:48 AM | Show all posts
yeah yeah

mari mari orang bangi
atau orang yang penah dok bangi

penah study kat bangi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 1.149573 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list