CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2628|Reply: 12

zakat: pengertian dan kewajipan

[Copy link]
Post time 18-9-2007 09:45 AM | Show all posts |Read mode
http://forum.cari.com.my/redirec ... 855&ptid=300741
Originally posted by Gemukkkkkkk at 10-9-2007 02:48 PM
aku cadangkan setiap hari kita ambil giliran (atau masing-masing sukarela) sumbangkan 1 pengajaran berbentuk hadis, ayat al-quran, kisah sejarah, etc untuk dipaparkan di thread ni, bermula 1 ramadhan.
untuk kebaikan kita bersama jua...



oleh itu, saya akan mulakan dengan bab zakat.  saya tak pandai bab agama jadi saya cuma akan ceritakan setakat apa yang saya tahu dan harap anda semua dapat tokok-tambahkan apa yang patut.

saya juga akan ceritakan sedikit-sedikit setiap hari supaya kita tidak tenggelam semasa mencuba fahami segalanya dalam masa 1 hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2007 09:51 AM | Show all posts
zakat..  terbaik untuk anda dan asnaf.  siapakan yang layak terima zakat?

"Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah SWT dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah SWT, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(At-Taubah:60)


apa-apa pun, teman ucapkan terimakasid kepada majlis agama islam dan adat melayu perak darul ridzuan yang keluarkan brochure pasal zakat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 10:01 AM | Show all posts
apa itu zakat?

dari segi bahasa:
bererti 'bersih', 'suci', 'berkat' dan 'berkembang'.  pengertian 'bersih' dan 'suci' dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan mensucikan diri dan jiwa orang kaya dari sifat kedekut dan bakhil.  dalam erti kata lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki, tamak dan dendam daripada golongan yang berharta dan kaya kepada orang yang miskin dan meminta-minta.

dari segi syarak:
zakat dari segi syarak pulak ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

zakat terbahagi kepada 2:
1) zakat fitrah
2) zakat harta (seperti emas, perak, simpanan, perniagaan, tanaman, ternakan, pelaburan/saham, kwsp/ltat, harta rikaz dan pendapatan).

okeh.. sambung esok pulak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 10:02 AM | Show all posts
off-topic kejap:  adakah perasaan PHD tegar yang sinonim dengan bangsa melayu ni disebabkan kerana tidak/liat membayar zakat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 09:44 AM | Show all posts
dalil-dalil kewajipan wajib berzakat:

At-Taubah:103
At-Taubah:60
Ad-Dzariyyat:19
Saba':39
Al-Lail:5-11

errrr tak larat le nak naip ayat sepenuhnya.  nanti-nanti le teman naipkan ye  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:08 AM | Show all posts
moga Allah membalas usaha anda mengsharekan info kt sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2007 02:33 PM | Show all posts
kenapa topik ni tak ramai orang reply
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:34 AM | Show all posts
sudahkah kita membayar zakat..

lebih afdal bayar sekarang lewat2 nanti lupa...alang2 gaji dah masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 01:03 AM | Show all posts
terime kasih tuan gemuk...
dpt jugak teman tambah ilmu hr nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:04 AM | Show all posts
Sesungguhnya zakat itu menyucikan harta kita....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 01:29 AM | Show all posts
A'kum tuan rumah (tuan Gemuk), izinkan teman nak tambahkan lagi info mengenai zakat ye...

Hikmah sekiranya zakat itu ditunaikan kepada institiusi zakat & tidak diagihkan sendiri kpd asnaf zakat:-

i. Kebanyakan manusia tidak terlepas daripada bala bencana, penyakit dan kemelaratan hidup. Dengan pensyariatkan itu, si fakir mempunyai jaminan dan haknya tidak diabaikan begitu sahaja.

ii. Golongan fakir kebiasaannya meminta daripada pemerintah, bukan daripada peribadi yang kaya demi memelihara kehormatan dan air mukanya. Ia juga didorong rasa malu utk meminta-minta dan memelihara perasaan dan hatinya dpd terluka akibat kata2 yg menyakitkan.

iii. Dgn tidak menyerahkan urusan ini kepada peribadi tertentu bererti menjadikan urusan pembahagian zakat itu sama besarnya. Jika tidak ramai dikalangan golongan kaya yg memberi zakat kpd ssorg fakir sahaja, sementara fakir yg lain dilupakan.

iv. Sesungguhnya zakat itu bukanlah khusus kepada peribadi miskin & org yg memperjuangkan agama, tetapi ada antara sasarannya yg berkait dgn kemaslahatan kaum Muslimin yg tidak boleh dilakukan olh org perseorangan, tetapi olh pemerintah & pemuafakatan kaum Muslimin seperti memberi zakat pada golongan mualaf, mempersiapkan perlengkapan & sukarelawan utk jihad fisabilillah serta mempersiapkan para da'i utk menyebarkan risalah Islam.

Sesungguhnya Islam adalah agama & pemerintahan, al- Quran & kekuasaan. Untuk menegakkan kekuasaan & pemerintahan ini memerlukan sumber kewangan yg kukuh sehingga terlaksana syariatnya. Justeru, zakat dlm ajaran Islam adalah sumber kewangan yang penting & tetap utk negara. Wallahualam..

"Kemusykilan Zakat" bersama Ustaz Muhamad Uda Kasim (Eksekutif Dakwah & Penerangan LZS (MAIS)) petikan dari majalah "ASNAF".
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 06:25 AM | Show all posts
tumpang baca thread nyahmok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 10:12 AM | Show all posts
korang dah bayar zakat ke belum???  dah nak habis bulan ni.

ok, syarat wajib zakat fitrah ialah :-
1) islam
2) ada lebihan harta untuk makanan sekeluarga beserta tanggungan termasuk binatang peliharaan bagi satu-satu hari raya, termasuk malamnya.

jatuh hukum wajib ialah setelah terbenam matahari pada akhir ramadhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.087070 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list