"First of all.. I'd like to thank to my parents.. *waving at his parents*, my first and second wife...
my manager Miss Stephanie, my friends, Brangelina, Britney Spears,
Oprah, Justin Timberlake, my yo yo friend Eminem ! Wassup Bro !! .. and all of you who have supported me..
and to Mr. Ravi.. Dr. Phil..."
---------------SERIOUS NOW-------------------- ***********************************************
Assalamualaikum warga-wargi BOD Singapore / Brunei serta warga CARI.COM am nya, Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Terlebih dahulu, besyukur kehadrat Allah SWT, dengan bakat melukis yang dikurniakan kepada saya. Seterusnya kepada kengkawan saya kat Bod Singapore Brunei ni, baik yang Singaporean, Malaysian dan warga pejabiran Brunei di thread mun paham bisai yang telah mengundi saya semasa peringkat awal pengundian lagi.. terima kasih banyak-banyak... tanpa undian korang, saya takkan menang naib johan nih.. Karakter dan suasana di BOD inilah yang telah mengilhamkan saya dalam pembikinan kad raya untuk peraduan kali ini. Dalam kad raya tersebut terdapat banyak yang bermotifkan suasana hari raya dalam keharmonian ketiga-tiga buah negara iaitu Negara Brunei Darusslaam, Singapura dan Malaysia, dijadikan tema bagi kad raya tersebut. . . . Tidak juga saya ucapkan terima kasih kepada Moderator Holmes, kerana mempromosikan dan " memajali" jua untuk saya turut serta dalam peraduan ini dan memberikan sokongan moral dan mental dengan pejabiran nyanyah mulutnya pemajal.... ( ) dan juga kepada Moderators BOD Singapore / Brunei Kak Virgomal Cayunk dan Tig_Cun dan Moderators jemputan dari BOD-BOD lain kerana telah berkesudian memilih saya sebagai pemenang kedua bagi peraduan ini. . . . Dikesempatan ini juga, LT ingin memohon maaf kepada kengkawan yang tidak ada terlukis dalam kad raya tersebut, kerana sebetulnya,ilham itu datang secara tiba-tiba, dan tangan itu melukis bagaikan "dilukis" oleh ilham tersebut. Dan sesungguhnya, apa yang saya cuba paparkan ialah mesej dan tema lukisan tersebut. Oleh itu, sudah tentu nama-nama serta karakter dalam lukisan tersebut adalah dipilih dan terlukis berdasarkan secara random sahaja. Apa yang penting adalah, mesej serta tema tersebut dapat di sampaikan kepada semua forumers dalam BOD ini dan dihayati oleh semua forumers tidak mengira pangkat, darjat mahupun status social. . . . . . .. " Hidup Bahagia Tanpa Diskriminasi" "Hidup Ceria dengan amalan Integrasi" Salam Raya di Aidilfitri, Daripada LailaTempawan dari Brunei Darussalam moga diberkati...." . . . . . ..
Salam Raya dari Brunei, LailaTempawan
********************************************* p/s: ewah2, macam dah terima MTV award lah pulak.. Anyway, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin... |