CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4386|Reply: 18

Vasa tenggelam 333 tahun

[Copy link]
Post time 13-11-2007 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Mutazar Abd Ghani, yang melawat Stockholm, Sweden, baru-baru ini


KEADAAN Vasa yang masih mengekalkan sebahagian besar reka bentuk asal ketika mula dinaikkan ke permukaan Limbungan Kapal Stockholm.


Armada tercanggih abad ke-17 itu muncul di permukaan Limbungan Kapal Stockholm pada 24 April 1961

SEKITAR abad 14 hingga 17, kebanyakan negara di Eropah memiliki armada atau kapal perang yang hebat termasuk Portugis, Sepanyol dan Belanda.

Satu lagi negara Eropah yang tidak kurang hebat daripada segi memiliki armada perang yang digeruni sekitar abad ke-17 adalah Sweden, yang ketika itu sibuk untuk membina empayar di perairan laut Baltic di Utara Eropah. Musuh ketat negara itu pada masa itu adalah Poland.



Dalam usaha menentang musuh ketatnya itu, pada 1625 Raja Gustavus Adolphus dari Sweden mengarahkan angkatan tentera negara itu membina beberapa kapal perang baru, termasuk Vasa. Pembinaan Vasa dilaksanakan seorang pembina kapal berpengalaman berbangsa Belanda, Henrik Hybertsson di Limbungan Kapal Stockholm.

Vasa yang dilengkapi 64 meriam dan ditempatkan di atas dua dek, siap dibina dalam masa kira-kira tiga tahun dan sedia berlepas ke medan perang pada 10 Ogos 1628. Pada pagi bersejarah itu, ribuan orang termasuk diplomat dan tetamu asing berada di Limbungan Kapal Stockholm untuk menyaksikan pelayaran sulung kapal perang yang dianggap terbesar dan tercanggih di Eropah ketika itu.

Sebaik tembakan meriam dilepaskan ke udara sebagai penghormatan kepada pelayaran Vasa dan 150 anak kapal, ia bergerak perlahan-perlahan meninggalkan dermaga sambil mendapat tepukan gemuruh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2007 02:45 PM | Show all posts



Namun, hanya beberapa minit selepas kapal itu meninggalkan dermaga, Vasa kelihatan terumbang-ambing dan air mula memasuki ruang meriam yang terbuka menyebabkan bahagian sebelah kanannya mula sengit dan tenggelam perlahan-lahan. Hanya beberapa minit selepas itu keseluruhan kapal perang gergasi itu terbenam di dasar limbungan, sekali gus meragut antara 30 hingga 50 anak kapal yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan ribuan tetamu yang menyaksikan peristiwa bersejarah pelayaran sulung Vasa. Sebaik kejadian itu, kaptennya, Sofring Hansson ditahan pihak berkuasa Sweden untuk disoal siasat.

Pelbagai teori dikemukakan berhubung kejadian menimpa Vasa itu, termasuk tempoh pembinaannya terlalu singkat, memiliki dua dek untuk menempatkan meriam berbanding satu dek bagi kelaziman kapal perang pada zaman itu, tempat kargo (meriam) terletak di bahagian paling tinggi kapal berbanding kapal barang yang menempatkan kargo di bahagian bawah kapal dan perkiraan ukuran kapal yang dibuat berdasarkan anggaran. Semua faktor itu menyebabkan Vasa menjadi tidak seimbang apabila ia berada di atas air.

Selain kapten kapal, turut dipersalahkan ialah Hybertsson yang meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan pembinaan Vasa, dan kerja itu disambung rakan kongsi dan adiknya; Laksamana Klas Fleming (orang kuat tentera laut) kerana tidak menghentikan segera pelayaran Vasa apabila melihatnya dalam keadaan tidak stabil; selain Raja Gustavus kerana mahukan Vasa disiapkan seberapa segera dan tidak berada di limbungan ketika pelepasan kapal malang itu.

[ Last edited by  jofizo at 13-11-2007 02:53 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:46 PM | Show all posts
- deleted post -

[ Last edited by  jofizo at 13-11-2007 02:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:46 PM | Show all posts
- double post -

[ Last edited by  jofizo at 13-11-2007 02:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:47 PM | Show all posts
- deleted -

[ Last edited by  jofizo at 13-11-2007 02:50 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:47 PM | Show all posts
Namun, terkuburnya Vasa di dasar laut pada tanggal 10 Ogos 1628 itu tidak berakhir begitu saja riwayatnya kerana selepas 333 tahun kemudian iaitu pada 24 April 1961, ia muncul kembali pada permukaan limbungan kapal Stockholm.

Kejayaan menimbulkan semula Vasa yang terbenam kira-kira 30 meter di dasar laut adalah kerja keras selama lima tahun pasukan yang ditubuhkan khas kerajaan Sweden bagi kerja itu, bermula pada 1956. Orang pertama menemui bangkai Vasa yang terbenam sedalam 30 meter di dasar laut ialah pakar pencari kapal karam, Andres Franzen, yang dibantu pasukan penyelam daripada tentera laut Sweden, diketuai Per Edvin Falting.

Ketika ditemui, keseluruhan badan Vasa disaluti lumpur tebal dan masih ada 25 rangka anak kapal dalamnya. Pasukan penyelam menebuk enam terowong dan memasukkan enam saluran pam untuk menyedut keluar lumpur dari bahagian dalam kapal, bagi membolehkan ia dimasuki. Dengan peralatan agak terhad ketika itu, pasukan penyelam yang memasuki bahagian dalam kapal hanya dapat melihat satu kawasan yang gelap gelita, selain suasana sejuk sehingga mencucuk tulang.

Namun, berkat kegigihan dan usaha tidak kenal penat, pasukan penyelam terbabit akhirnya berjaya juga membawa masuk kabel keluli melalui terowong yang ditebuk untuk diikat pada kerangka kapal bagi membolehkan kerja menaikkan kapal.

Akhirnya usaha menaikkan bangkai Vasa dapat dimulakan pada Ogos 1959. Bagaimanapun ketika itu timbul ketidaktentuan di kalangan mereka yang terbabit dalam usaha menimbulkan Vasa iaitu sama ada kapal itu kekal seperti bentuk asal dalam satu bahagian ataupun ia sudah terpisah antara satu sama lain.

Menakjubkan, apabila kapal itu timbul pada permukaan air di Limbungan Kapal Stockholm tepat pada jam 9.03, 24 April 1961, lebih 60 peratus masih dalam bentuk asal sebuah kapal, kecuali kerosakan pada bahagian tertentu. Penemuan Vasa bagaikan satu keajaiban iaitu bahan yang tidak disentuh pada abad ke-17 masih kekal seperti sedia kala ketika ditemui semula pada abad ke-20.

Sebaik ditimbulkan, pasukan arkeologi muzium membaiki dan memulihara semula bahagian Vasa yang mengalami kerosakan. Bahan kimia khas dikenali sebagai polyethylenglycol (PEG) digunakan untuk mengekal serta memulihara kapal berkenaan supaya tidak mengecut atau buruk apabila kapal itu dikeringkan.

Pada 1962, sebuah muzium sementara dikenali Muzium Vasa di Stockholm dibina bagi menempatkan Vasa dan ia dianggap sebagai bahan tunggal terbesar pernah dipulihara. Kini, Muzium Vasa dianggap antara muzium luar biasa dan paling popular di Eropah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2007 02:48 PM | Show all posts
FAKTA: Vasa
Dibina: 1625
Siap: 1628
Pelayaran sulung: 10 Ogos 1628
Tenggelam: 10 Ogos 1628
Ditimbulkan semula: 24 April 1961
Panjang keseluruhan: 69 meter
Panjang petak kargo: 47.5 meter
Lebar: 11.7 meter
Tinggi: 52.5 meter
Bahagian Dalam Air: 4.8 meter
Displacememt: 1,210 tan
Kawasan Pelayaran: 1,275 meter
Kelengkapan: 64 meriam termasuk 6 motar
Anak Kapal: 445 termasuk 145 kelasi
Askar: 300 (tidak berada di atas kapal ketika Vasa tenggelam)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:49 PM | Show all posts
- double post -

[ Last edited by  jofizo at 13-11-2007 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 02:52 PM | Show all posts

Reply #1 jofizo's post

Aku kekadg terpkir gak la kan..
nape kita x kuarkan kapal Repulse dan Prince of Wales (atau kapal2 bersejarah lain) yg tenggelam kt perairan negara kita nih?
aku tau la kos nk kuarkan kapal2 karam ni mahal tp nape omputih sanggup kuarkan...??
nampak sgt omputih ni menghargai sejarah dorg... x mcm kiter..!!

[ Last edited by  ijad_adiputera at 13-11-2007 02:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:55 PM | Show all posts
lamanya...kukuh tu senibina kapal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:56 PM | Show all posts

Reply #9 ijad_adiputera's post

sikap m'sia mcmbesalah, nanti kalau org nak kuarkan baru la gi sibuk2.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:56 PM | Show all posts
lamanya...kukuh tu senibina kapal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #9 ijad_adiputera's post

sikap m'sia mcm besalah, nanti kalau org nak kuarkan baru la gi sibuk2.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 13-11-2007 14:52
Aku kekadg terpkir gak la kan..
nape kita x kuarkan kapal Repulse dan Prince of Wales (atau kapal2 bersejarah lain) yg tenggelam kt perairan negara kita nih?
aku tau la kos nk kuarkan kapal2 ka ...


HMS Prince of Wales dan Repulse tak boleh ditimbulkan sebab dah disiytihar sebagai War Graves. Lagipun depa tenggelam tengah laut (wlaupun tak la dalam sangat) berbanding Vasa yang masih dalam kawasan pelabuhan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #10 orang_letrik's post

Advantage kapal yang tenggelam di perairan utara seperti Sweden ialah suhu sujuk yang memperlahankan proses pereputan.
Reply

Use magic Report

^
Post time 13-11-2007 03:08 PM | Show all posts
macam kapal jack sparrow jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 03:10 PM | Show all posts
kenangan last 2 years masa visit Vasa.....mmg kagum...sbb  kapal ni mmg besar...
masuk lam SEK 150 ~ RM 90. Tapi mmg best...

ni bentuk Muzium dia dr luar....(abaikan gambar org di depan nye..ekeke)


ni pemandangan belakang Vasa...


close up
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 03:18 PM | Show all posts


model kapal Vasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 06:21 PM | Show all posts
Aku baca dia tenggelam sbb lubang meriam tuh rendah..air masuk..sian..baru belayar bbrp ratus meter dah tenggelam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.355589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list