CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12369|Reply: 43

Puteri Santan Bertapis

[Copy link]
Post time 21-11-2007 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Dulu aku pernah dengar orang sebut pasal Puteri Santan Bertapis. Tapi aku try search nak tahu cerita tentang dia tapi tak pernah jumpa.Ada tak sesapa tahu tentang riwayat hidupnya, siapakah dia etc or sejarah yg berkaitan dengannya serta dia sebenarnya dari keturunan mana?

[ Last edited by  bantal_oren at 21-11-2007 06:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2007 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by bantal_oren at 21-11-07 06:00 PM
Dulu aku pernah dengar orang sebut pasal Puteri Santan Bertapis. Tapi aku try search nak tahu cerita tentang dia tapi tak pernah jumpa.Ada tak sesapa tahu tentang riwayat hidupnya, siapakah dia e ...



kalau refer kat wikipedia
ada ler selit sket
puteri santan bertapis nie ada kaitan dgn malim deman
alkisah diorg nie bercinta tp puteri santan bertapis nie diculik
oleh sape tak pasti .... maybe makhluk halus kot
pas puteri santan bertapis diculik malim deman bersumpah
tmpt dia jaga iaitu segamat akan dilanda banjir selama-lama nyer

fly da search tp takde cite penuh
maybe cite nie lebih pd dogeng n takde bukti kukuh dlm bentuk penulisan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 12:26 AM | Show all posts
santan bertapis...adehh..nak tergelak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 12:28 AM | Show all posts
malim deman slalu lahh dengar...

ekceli criter hikayat melayu ni pon benarnyer setarap ngan LOTR...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 07:57 AM | Show all posts
tapi ye ke segamat mmg tempat banjir??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 08:15 AM | Show all posts
ya ampun aku baca tajuk tadi waktu nak klik memati aku ingat thread kan Food n Recipe, kan ada santan cap puteri ahahhahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2007 08:33 AM | Show all posts
dah moden2 ni tukau le jadi puteri santan sepeket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2007 08:45 AM | Show all posts
Reference
"Segamat - Sejarah & Mitosnya" by Drs. Ungku Mohd. Zaman Tahir


Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".

Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman".
Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai    "Kampung Lubuk Batu".

Dan di pengkalan Lubuk Batu, kononnya terdapat 2 peristiwa penting telah berlaku. Pada hari Bendahara sampai ke Lubuk Batu itu cuaca sangat panas. Justeru, Bendahara Tepuk yang telah uzar dan tidak bergigi serta kakinya yang lumpuh terpaksa diusung ke pengkalan untuk mandi. Airnya yang jernih lagi sejuk betul-betul menyegarkan tubuh Bendahara lalu beliau pun berkata "Segar amat badanku ini". Kononnya perkataan "Segar Amat yang dilafazkan oleh Bendahara Tepuk itu lahirlah nama "Segamat".

Segamat juga disebut sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu.

Orang-orang Segamat suka berkunjung ke sebuah kawasan bernama Pasir Jenaling untuk berkelah. Ia merupakan sebuah kawasan yang airnya jernih and pasirnya putih berhampiran dengan pengkalan Esah (sekarang terletak di belakang Pawagam Cathay). Orang-orang luar yang datang ke Segamat melalui sungai akan berhenti di pengkalan Esah di mana terdapat pokok-pokok Jambu and leban ditebing sungai. Keadaannya yang condong telah menamakan Segamat sabagai "Jambu Condong" dan "Leban Condong".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2007 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 22-11-2007 08:15 AM
ya ampun aku baca tajuk tadi waktu nak klik memati aku ingat thread kan Food n Recipe, kan ada santan cap puteri ahahhahaa



Bahaya statement kau ni , takut nanti ada mod yg move kan thread aku ni ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 08:49 AM | Show all posts
tu cite yg pupular utk kg aku.  arwah atukaku kata bl dgr bunyi meriam tu tanda nak banjri besar.  tp aku setkt ni blm pernah lak dgr.  kalau kau berminat mungkin blh cari ungku zaman ungku tahir... dia rajin tulis cerita sejarah segamat.  dia duduk segamat lg rasanya.  dulu cikgu kat high school segamat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 22-11-2007 08:15 AM
ya ampun aku baca tajuk tadi waktu nak klik memati aku ingat thread kan Food n Recipe, kan ada santan cap puteri ahahhahaa

aku plak igt thread jokes
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 22-11-2007 09:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 22-11-2007 08:15 AM
ya ampun aku baca tajuk tadi waktu nak klik memati aku ingat thread kan Food n Recipe, kan ada santan cap puteri ahahhahaa


aku pun ingat benda yg sama.....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 22-11-2007 08:15 AM
ya ampun aku baca tajuk tadi waktu nak klik memati aku ingat thread kan Food n Recipe, kan ada santan cap puteri ahahhahaa



samelah.....ingat resepi baru tadi...
apa citer pasal puteri ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 10:31 PM | Show all posts
kenapa asal nama dia camnie yer? ke nie nama samaran jer....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #4 True-X's post

kalo hikayat melayu nih wat cam citer LOTR
fuhhh..menarik gak sbb ade unsur2 kayangan sume
tp....jgn jd mcm ade satu pilem tak siap2 bikin tu
ape ntah,naga tasik chini kot...


tp serius,nih baru tau ade nama puteri santan bertapis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 02:45 PM | Show all posts

menarik ler
takde cite full version ke?
i mean puteri santan bertapis dr keturunan mane?
sape malim dewa nie?
n cite nie masa kesultanan mane ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 05:16 PM | Show all posts

Nak tau cerita sebenarnya..

Teruskan perbincangan ini..jika telah mula merungkai cerita sebenar kami akan sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #15 azie_fariza's post

mcm nick name je.... anyway nm dia mmg unik... ingat kuih ape la td...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 06:59 PM | Show all posts

Reply #19 highlander07's post

satu versi cerita...

Puteri Santan Bertapis ni ada adik kembar yg bergelar Puteri Limau Nipis.. yg dibawa ke kayangan dan dikejar oleh Raja Malim Deman dgn burung borak itu adalah Puteri Limau Nipis. Puteri Santan Bertapis masih ada di bumi, disembunyikan oleh nenek kebayan..

ok, aku dah rungkai sedikit misteri ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066427 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list