CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3774|Reply: 21

MakCik PC

[Copy link]
Post time 2-12-2007 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Ada info tentang MakCik PC?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2007 10:48 AM | Show all posts

Balas #1 harunakill\ catat

takde.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #1 harunakill's post

boleh baca kat sini kut.. ada spec dia lah..tapi tak lengkap sgt

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_02.htm


‘Makcik PC’ ternipis di dunia

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD


KOMPUTER ‘Makcik PC’ yang dilancarkan oleh Abdullah Ahmad
Badawi pada Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2007 di
PWTC, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 30 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan komputer ternipis di dunia hasil ciptaan terkini Mimos Bhd. (Mimos) yang dikenali sebagai ‘Makcik PC’.

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan Mimos menghasilkan komputer tablet itu sebagai bukti keupayaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau juga yakin produk tersebut mampu melonjakkan nama Malaysia di peringkat global.

‘‘Sebelum terciptanya komputer ini, saya pernah meminta Mimos mencipta satu komputer yang murah dan mudah pada Ogos lalu untuk digunakan oleh semua peringkat umur masyarakat termasuk warga emas.

‘‘Akhirnya terciptalah komputer yang dikenali dengan ‘Makcik PC’ ini. Saya bangga dengan keupayaan Mimos menghasilkan satu komputer yang boleh memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan produk itu semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri menyifatkan komputer itu amat istimewa dan mudah digunakan oleh semua golongan masyarakat.

Abdullah memberitahu, beliau terdorong mencadangkan kepada Mimos untuk menghasilkan sebuah komputer seumpama itu kerana mahu rakyat negara ini mampu memiliki sebuah komputer.

Komputer seberat kurang 800 gram yang dilengkapi dengan gajet terkini seperti WiFi, bluetooth dan jaringan Wimax sebagai sambungan rangkaian Internet tanpa wayar itu akan dijual di antara AS$160 (RM537) dan AS$300 (RM1,008) seunit.

Abdullah percaya harganya yang berpatutan membolehkan lebih ramai mampu memilikinya dan dengan itu jurang digital di kalangan masyarakat khususnya luar bandar dapat dikurangkan.

‘‘Saya percaya komputer ini akan menarik lebih ramai rakyat mendalami ilmu ICT,’’ ujarnya.

Selain untuk pasaran tempatan, komputer tersebut juga kata beliau, boleh dieksport ke luar negara.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, komputer itu dibangunkan agar boleh digunakan oleh semua peringkat umur.

‘‘Mimos akan bekerja dengan peserta industri untuk mengkomersialkan produk ini dalam tiga model untuk digunakan suri rumah, pelajar dan peniaga kecil,” katanya.

Mimos belum dapat menjangkakan bilakah komputer tersebut akan berada di pasaran.


[ Last edited by  bzzts at 2-12-2007 04:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #3 Cattleya's post

takde sebut pula pakai OS apa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 03:30 PM | Show all posts

Reply #4 ultra78's post

tengok kat sini, macam OS powerpoint je... waaakakak....

by Nigel Yap   
Saturday, 01 December 2007 02:22 AM

No MIMOS isn't going around promoting or selling aunties with IT knowledge. The Makcik in question here actually means MIMOS' MAK-CIK PC (yes the name sounds ridiculous whichever way you see it), a device that they are currently developing that ought to help reduce the digital divide between the more tech savvy and affluent Malaysia and the more less tech savvy and rural Malaysia. Just think of it as Malaysia's version of the One Laptop Per Child (OLPC) PC that Nicholas Negroponte conceived except it being made in Malaysia.


The MIMOS CyberTablet
  

MIMOS is also working on a low-cost tablet PC called the CyberTablet that would cater to primary and secondary school students. The CyberTablet would mainly be used in education, especially the smart schools, to 'enhance' teaching and learning experience. Well from experience, anything that enters school usually ends up not being fun so I doubt the students will be enjoying a game of WOW or F.E.A.R with the CyberTablet should it come out and be implemented.

Its great to see that something is being developed here in order to reduce the digital divide though we'll just have to wait and see WHEN it will actually come out. And just in case you're wondering how much these devices will cost, well the MAK-CIK PC has an expected target retail price of less than US$160 while the CyberTablet should cost between US$160 to US$300.  

Read on for pictures of the MAK-CIK PC and expected functionalities of both it and the CyberTablet.  

  

The MAK-CIK PC is being designed to be lightweight and mobile and to work with any TV. The device is also expected to be equipped with Wi-Fi (and soon WiMAX) capabilities to enable remote connectivity. It will also have built in flash memory instead of a large hard disk capacity to achieve the desired form factor and lightness.  


The MAK-CIK PC
  

The content/applications currently built into the MAK-CIK PC device is divided into 4 categories – Communication, Information, Community and Learning. Studies are also being conducted to gauge the response of the MAK-CIK PC by the group most affected by the digital divide - the rural elders.

MIMOS CyberTablet

The product version of MIMOS CyberTablet will be equipped with:

-          Wi-Fi, Bluetooth and WiMAX connectivity

-          Flash memory

-          Softphone (VoIP Phone)

-          Virtualization software to allow software applications to be downloaded on the fly from MIMOS Grid Computing

-          Personalization software developed by MIMOS

-          The latest social networking tools


err... lawak je... diorang guna opensource tuh...

klik sini utk original link dan baca komen org lain : http://www.lowyat.net/v2/latest/a-mak-cik-from-mimos-2.html
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 04:26 PM | Show all posts

Reply #5 bzzts's post

apelah yang boleh dibuat dengan mende ni..beli pc klon seketul je cukup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #6 skycrew's post

buLeh guna untuk kiosk, sebab mende ni touch screen.
dah tentu menu dia customizeable. utk home user... ape jadah la nk beli ni...

tapi kalu USD160-300 kiranya bawah RM1k kira still murah la.
apa2hal pun specs detail dia lom tau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 08:09 AM | Show all posts
kalau bawah RM500 kira murah la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2007 09:42 AM | Show all posts
awal2 ni cam x manarik jer... coz baru keluar.. wait for versi ke dua atau ke tiga... benda baru.. belum satbil lagi.. banyak lagi bug kene fixed... huhuhuhu...
kalau aku beli aku nak gune untuk ape yer... umpama ade handset.. tapi sapi still mengira dgn calculator... ade note.. tapi still gune kertas....  

makcik pc khas untuk golongan tertentu sahaja.... gile ah nak buat assingment gune benda ni... orang korperat2 boleh la gune ganti pda atau ganti pa terus...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 12:48 PM | Show all posts
ok apa.... best.. apasal keluaran malaysia dipandang rendah.. ianya lebih baik dari mp3 player yg harga ratusan ringgit tapi tak ada peranan apapun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 01:02 PM | Show all posts
bukan masalah keluaran malaysia dipandang rendah.. versi pertama banyak bugs... perlu di fixed kan..
takkan ko x tau kenapa syarikat besar seperti microsoft yg mengeluarkan sistem aplikasi mengeluarkan service pack...
sebab hal camni la... kalau dia ade version ke 2 atau ke 3 yg lagi better... aku pun nak pakai...

contoh lain csl keluarkan phone tv.. tapi function lain x menarik pun... camera mega pixel rendah... mana tau hs tuh versi ke 2 atau ke 3  lagi better... asal bende baru je terus nak beli.. kang menyesal tak sudah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2007 10:31 AM | Show all posts
nampaknye citer eureka tu bukan sekadar omong2 kosong
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 10:31 AM | Show all posts
x best, x best ... tapi rase nak try jek
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:14 PM | Show all posts
gajet yang baru kuar...

baik beli laptop sekeping...lagi senang.

tambah bape ratus je lagi...

tapi lain orang, lain pendapat la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 08:08 PM | Show all posts
Tak  nampak   macam   pc pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 11:00 AM | Show all posts
sesuai utk peringkat usia 6 tahun ke bawah & 60 tahun ke atas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 12:21 PM | Show all posts
kan best kalau dapat buat poll... pastu vote dah submit result kat company ni.. feedback orang ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:21 PM | Show all posts
aky tak paham betul apsal la nama dia MAkcik PC... aku ngan husband tergelak macam nak rak bila dengar kat buletin utama ... even pak lah pun masa nak sebut nama dia pun macam malu-malu then siap tanya org belakang dia ... "apa nama mender nih ..?" then balaci2 dia kat belakang pun cam segan2 gituh pastu sengih2 then pelan2 sebut "Makcik PC".. pastu pak bila pak lah sebut .." Ha ..Makcik PC.." satu dewan pakat gelak kaw2 ... ntah hapa2 ntah .. tkkan lah pak lah tuh tak tahu sedangkan dia buat ucapan .. nampak sgt dia pun ala ala segan nak sebut nama tuh ...

what's on earth depa semua duk pilih nama yg langsung tak komersial tuh?? banyak lagi nama lain kalau iya pun nak martabatkan bahasa melayu (as what they claimedlah kan .. )  memang nama buruk giler .. nanti dah upgrade boeh lah letak ..Pakcik Pc Plak ... apa2 ajer lah dorang nih ...

[ Last edited by  watieaziz at 12-12-2007 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 01:51 AM | Show all posts

Makcik pc - dah 2 tahun release tapi xjual2 daa....

ape jadi ni.. dekat 2 tahun daaahh...

dulu masa mule2 keluar, nama makcik pc..pastu tuka nama jadi i-dola, jean-i..

pastu takkan nak tukar nama lagi jadi n-ajib , ros-mah lakk....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 06:01 PM | Show all posts
apasal ko nak politikkan mimos makcik pc ni? poyo jer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060827 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list