View: 3513|Reply: 14
|
Benazir Bhutto dalam kenangan (+ famili Bhutto)
[Copy link]
|
|
Benazir Bhutto dalam kenangan: Tokoh wanita Islam terulung
TINGGAL KENANGAN: Benazir bersama suami, Asif Ali dan anak perempuan, Assefa pada 13 Januari 1995.
| Hasrat pemimpin PPP kembali berkuasa di Pakistan tidak kesampaian
BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam.
Dua saudara kandungnya – Murtaza dan Shahnawaz – juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.
Dilahirkan pada 1953 di wilayah Sindh dan mendapatkan pendidikan di Universiti Harvard dan Oxford, Benazir mewarisi kepercayaan rakyat yang banyak dipupuk oleh bapanya.
Walaupun pada mulanya Benazir berasa berat hati untuk memasuki politik, beliau muncul dua kali sebagai perdana menteri dengan penggal pertama dari 1988 hingga 1990 dan kedua dari 1993 hingga 1996.
Dalam kedua-dua penggal beliau dipecat oleh presiden atas dakwaan terbabit dengan rasuah. Kerjaya politik Benazir banyak mengalami tempoh turun dan naik.
| TERIMA TETAMU: Benazir dan suami menyambut ketibaan Presiden Palestin, Yasser Arafat di Islamabad pada 13 September 1996.
| Popularitinya memuncak ketika beliau kali pertama menjadi Perdana Menteri, Benazir disanjung di seluruh dunia sebagai antara pemimpin wanita terulung.
Ketika usia muda dan masih jelita, Benazir menonjolkan dirinya dengan imej yang segar berbanding persekitaran politik yang banyak didominasi lelaki separuh umur.
Bagaimanapun, selepas kejatuhannya daripada kuasa pada penggal kedua, namanya banyak dikaitkan dengan rasuah dan pentadbiran lemah.
Benazir dikenali dengan azam yang tinggi dan kekerasan hatinya selepas menyaksikan bapanya dipenjara dan didakwa atas tuduhan membunuh oleh Jeneral Zia ul-Haq pada 1977 yang meneraju kerajaan selepas rampasan kuasa.
| MENGAMUK: Sekumpulan penyokong Benazir membakar bas di Karachi selepas bekas Perdana Menteri itu terbunuh kerana serangan bunuh diri, semalam.
| Benazir dipenjara sejurus sebelum bapanya dihukum mati pada 1979 dan menghabiskan sebahagian besar daripada hukuman penjara lima tahun itu dalam penahanan bersendirian.
Ketika dapat keluar penjara untuk dirawat di hospital, Benazir menubuhkan pejabat Parti Rakyat Pakistan (PPP) di London dan melancarkan kempen untuk menggulingkan Jeneral Zia.
Beliau kembali ke Pakistan pada 1986 dan berjaya menarik sokongan besar pada rapat umum poilitik yang dianjurkan oleh partinya.
Selepas kematian Jeneral Zia dalam satu letupan atas pesawat yang dinaikinya pada 1988, Benazir menjadi antara perdana menteri wanita pertama yang dipilih secara demokratik di negara Islam.
Dalam kedua-dua penggal beliau sebagai Perdana Menteri, peranan dimainkan oleh suaminya, Asif Ali Zardari banyak menimbulkan kontroversi.
Asif Ali memainkan peranan penting dalam kedua-dua penggal pentadbiran Benazir dan dituduh 'mencuri' berjuta-juta duit kerajaan.
Tuduhan itu dinafi keras oleh Asif dan Benazir. Ramai penganalisis politik berpendapat kejatuhan Benazir banyak disumbang oleh sikap tamak suaminya itu.
Namun, selepas 10 tahun, tidak satu pun daripada 18 tuduhan rasuah terhadap Asif Ali dibuktikan di mahkamah. Bagaimanapun, Asif Ali menghabiskan lapan tahun di penjara sementara kesnya dibicara.
Beliau dibebaskan pada 2004 selepas diputuskan mahkamah tuduhan terhadapnya adalah lemah.
Benazir sendiri menghadapi sekurang-kurangnya lima tuduhan rasuah, semuanya tidak diputuskan oleh mahkamah sehingga beliau menerima keampunan pada Oktober 2007.
Ketika tempoh menghadapi tuduhan rasuah, Benazir hidup dalam buangan di Dubai dengan tiga anaknya sebelum disertai Asif Ali pada 2004.
Benazir kembali ke Pakistan pada 18 Oktober selepas Presiden Pervez Musharraf menandatangani undang-undang memberi pengampunan kepada beliau.
Pada sambutan kepulangannya di Karachi, konvoi yang membawa Benazir diserang penyerang bunuh diri tetapi beliau terselamat. Kali ini, beliau menemui ajal di Rawalpindi dan warisan politik bapanya berakhir. – Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
PROFIL: Benazir Bhutto
Tarikh Lahir: 21 Jun 1953
Bapa: Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)
Suami: Asif Ali Zardari
Pendidikan: Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)
Kerjaya Politik:
1979: Memimpin PPP
1988: Perdana Menteri Pakistan
1990: Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah
1993: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri
1999: Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan
2006: Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat dalam soal rundingan bersama Presiden Pervez Musharraf.
2007: Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama lapan tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya kat pakistan dan india.... nyawa ahli politik sentiasa berada di hujung tandukk...... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita dari Utusan Online.
Benazir dibunuh[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]BERGELIMPANGAN...Penyokong Benazir Bhutto yang terselamat meraung menyaksikanmayat-mayat yang berkecai dalam letupan bom di Rawalpindi, Pakistan,semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
bace ni..sadis gile..
By MATTHEW PENNINGTON and JERRY SCHWARTZ, Associated Press Writers Thu Dec 27, 5:55 PM ET
ISLAMABAD, Pakistan - Benazir Bhutto was many things |
|
|
|
|
|
|
|
takziah utk beliau.
byk kali percubaan, dia selamat
tp kali ni kena jugak..
dah ditakdirkan dia meninggal macam ni..
huhu mmg mengejutkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kEk_KeL@d|'s post
not surprising at all.. i was expecting die akan mati bile sampai paki.... cume tak tau bile... |
|
|
|
|
|
|
|
sama laa..
aku pikir
time dia jejak balik paki pun, aku ckp tak lama lagi mati laa nih |
|
|
|
|
|
|
|
syd...
since ko dah taruk (+family) tu nak tanya gak....bini sultan pahang yang sekarang nih ade kena mengena ngan benazir nih ker?
anak2 benazir nih kecik2 lagi ke weh....sian diaorg.... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm....dah elok2 tgl kat luar nak blk jugak pakistan. nilah die, politik n rebut kuasa punya pasal sanggup wat ape aje, risiko kene bunuh pun sanggup. |
|
|
|
|
|
|
|
Benazir's body to be laid to rest next to her father's grave Ratodero, Sindh, Dec 28, (PPI) - The body of Mohtarma Benazir Bhutto will be laid to rest next to her father's grave at her ancestral graveyard in Garhi Khuda Bux Bhutto near Larkana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 piot's post
ada kena mengena ker?
sultanah tu dia asal India Utara sana |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 piot's post
kecik2 tak silap aku..
this was taken in London in 1999.. |
|
|
|
|
|
|
|
i have full respect for this woman |
|
|
|
|
|
|
| |
|