View: 35057|Reply: 8
|
Tokoh-tokoh pahlawan N. Sembilan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 3-8-2009 22:09
Datuk Siamang Gagap pahlawan Negeri Sembilan
Oleh Hussain Said
LAKARAN wajah Datuk Siamang Gagap
Kahar Mukmin berjaya halau Inggeris dalam Perang Bukit Putus
JIKA negeri lain berbangga kerana memiliki pahlawan terbilang menentang Inggeris, Negeri Sembilan juga tidak terkecuali mempunyai tokoh yang boleh dibanggakan dan disanjung tinggi kerana berjuang menentang penjajah itu.
Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus", peristiwa yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan adat Perpatih itu.
Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad Tunggal pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam.
Datuk Siamang Gagap yang berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya ketika itu sama seperti Menteri atau Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta kerajaan.
Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap apabila dikatakan bersendirian dalam menentang orang Rawa (Temusi) yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran Seri Menanti dan kerana kehandalannya itu beliau diberi gelaran itu oleh Yamtuan Radin.
MASJID yang dibina Datuk Siamang di Kampung Terusan Juasseh
Walaupun Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar istana yang penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya itu dari 1861-1869.
Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya dirinya dilantik menjadi Yamtuan.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana dikatakan enggan melantiknya dan Datuk Siamang Gagap secara tegas mengangkat Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta kerajaan.
Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana yang kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972.
Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.
Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus".
Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya.
Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819 memainkan peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan.
Inggeris yang datang ke Sungai Ujung (dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih timah menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.
Menerusi janji dan bantuan Inggeris itu menyebabkan krisis takhta kerajaan negeri bertambah parah yang akhirnya berlaku peperangan antara Sungai Ujung dan Seri Menanti yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus".
Dalam peperangan itu, penduduk Seri Menanti yang berdiri teguh di belakang Yamtuan Antah diketuai oleh Datuk Siamang Gagap sementara penduduk Sungai Ujung diketuai Kapten Murray, seorang pegawai tentera Inggeris.
Pada peringkat awal, pasukan Datuk Siamang Gagap berjaya mengundurkan lawan hingga ke Paroi tetapi pihak Inggeris kemudian menambah kekuatan dengan membawa askar sepoi dari Melaka untuk membantu.
Pihak Inggeris dengan senjata lengkap akhirnya memenangi pertempuran pada 1874 itu dan bagi mengelakkan ditawan, Yamtuan Antah melarikan diri ke Johor sambil Datuk Siamang Gagap meneruskan perjuangan menentang kemasukan Inggeris ke Seri Menanti.
Ketika Datuk Siamang Gagap merancang mahu bertindak balas, beliau mendapat tahu Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick Alusysweld.
Namun, dikatakan perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu terus mendapat tentangan daripada Datuk Siamang Gagap dan bagi mengendurkan suasana, pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Makkah.
MAKAM Datuk Siamang di Masjid Kampung Terusan Juasseh, Kuala Pilah.
Ketika pemergian Datuk Siamang Gagap ke Makkah, Inggeris dikatakan mengambil kesempatan memeterai perjanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui perjanjian itu sudah ditandatangani.
Selepas menandatangani perjanjian itu, Inggeris berjaya meletakkan pengaruhnya dengan lebih berkesan di Seri Menanti dan kedudukan bandar diraja itu kian tersepit selepas Yamtuan Antah mangkat kira-kira empat bulan selepas perjanjian itu.
Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.
Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakan melantik Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagai Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan.
Mengikut sumber Datuk Siamang Gagap yang benci dan menentang kuat terhadap Inggeris kemudian mengundurkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri berkenaan.
FAKTA: Datuk Siamang Gagap
Nama sebenarnya Kahar Mukmin
Gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa
Mempunyai badan sasa dan tegap dengan bulu mata kening tebal menutup pelupuk mata
Pernah dikatakan belajar di Sumatera, Indonesia
Berkahwin dengan gadis bernama Cik Kembang
Mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap selepas menewaskan orang Rawa secara sendirian
Pembesar istana dan terbabit dalam pelantikan Yamtuan
Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus"
Dikatakan melarikan diri ke Pahang selepas Inggeris menguasai Seri Menanti
Dikatakan meninggal dunia di Makkah, Pahang dan Kampung Terusan. |
|
|
|
|
|
|
|
wah bleh gi mesjid ni...masih guna lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mala0n's post
tuh macam masjid dah lama jek laon..masjid dah kena tinggal...
*kohnya abatar tuh dalam video clip GELI MAT kan..??? |
|
|
|
|
|
|
|
hehe geli mat? aku tgk yg GIRLY MAN...lawak gak lyrics ikut english.
btw...aku rasa kat NS ni byk masjid lama yg diorg tak publish pasal sejarah...and ada yg terbiar. sayang nye... |
|
|
|
|
|
|
|
tuka la nama lain, buat malu jer
dah la siamang, gagap pulak...
buat malu tul |
|
|
|
|
|
|
|
Makam Tok Botok sepi, terbiar
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]
KEADAAN Makam Tok Botok di Jalan Seremban-Labu yang kini terus sepi tanpa pengunjung serta tidak diselenggara dengan baik.
SEREMBAN 2 Ogos - Tok Botok? Barangkali banyak yang tidak mengenali siapakah pemilik nama tersebut. Namun sekiranya melalui Jalan Seremban-Labu di sini, anda mungkin akan mendapat sedikit gambaran tentang ketokohan beliau.
Di situ bersemadi Tok Botok iaitu pejuang terkenal negeri ini yang amat disegani suatu ketika dahulu.
Berdasarkan sumber sejarah, Tok Botok atau nama sebenarnya, Tok Sheikh Mohamad adalah orang pertama yang menerokai kawasan Labu dari Arab dan Jawa.
Tok Botok juga adalah ayah kepada Datuk Bandar Tunggal yang berperang dengan Datuk Kelana kerana berebut kawasan bijih timah pada tahun 1874 sebelum dibuang ke Singapura dengan wang pampasan sebanyak $7 pada ketika itu.
Kawasan persekitaran makam Tok Botok itu pada asalnya merupakan kawasan bijih timah yang pertama di negeri ini dan ia terbukti dengan adanya sungai di kawasan berhampiran yang semakin mengecil.
Tetapi itu hanyalah cerita lama, hakikatnya kawasan berkenaan kini diliputi dengan semak-samun dan sepi tanpa pengunjung.
Lebih menyedihkan kawasan yang mempunyai papan tanda sebagai kawasan sejarah negeri itu turut menempatkan sampah sarap dan timbunan batu selain sebuah tokong kecil di lokasi berkenaan.
Bagi Setiausaha Persatuan Sejarah Negeri Sembilan, Datuk Sudin Kamari, sebenarnya masih banyak lagi makam yang terdapat di negeri ini yang dilihat terbiar walaupun terdapat usaha pihak berkaitan dalam menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan sejarah.
Jelas beliau walaupun ia sekadar sebuah makam namun dari sudut sejarah, ia perlu dilindungi supaya generasi baru dapat mengetahui dan mendalami individu yang terkenal pada satu ketika dulu.
"Kita akui masih banyak lagi makam yang terdapat di negeri ini terbiar dan bagi saya walaupun makam tetapi ia perlu dijaga lebih-lebih lagi kawasan itu adalah kawasan sejarah.
"Dilihat dari aspek agama pula, kawasan berkenaan perlulah dijaga kerana ia dibimbangi akan mendatangkan syirik," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sudin juga menjelaskan, perkara berkenaan juga mendapat perhatian dari pihak persatuan yang mahu supaya kawasan seumpamanya terus dijaga rapi bagi membolehkan orang ramai dan para pengkaji sejarah dapat mengetahui peranan tokoh di negeri ini.
Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya tiada langkah-langkah yang proaktif dan tersusun oleh pihak tertentu, ia akan menyebabkan nilai sejarah akan luput ditelan zaman.
"Perkara ini akan dibawa kepada pihak yang berkenaan kerana kita khuatir nilai-nilai sejarah yang terdapat di negeri ini akan terus dilupakan dan lebih menyedihkan ia lenyap tanpa ada langkah yang bersesuaian.
"Ini termasuklah pembersihan dan memagar kawasan berkenaan supaya nilai sejarah itu terus dikekalkan malah ia juga berpotensi untuk menjadi salah satu tempat sejarah setanding dengan tempat-tempat lain di negara ini," kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
tok janggut
off topic jap::::::
syd, ko owg negeri 9 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
den rasa dokek rombau byk gak kubur @ sejarah lama. |
|
|
|
|
|
|
|
6# Syd
Thanks for the posting Syd. Saya setiap minggu lalu Seremban-Labu dan ingin tahu juga siapa Tok Botok ni selepas papan tanda makam nya di naikkan. Nama yang tak pernah di dengar sebelum ni. Tapi memang ada kawasan tempat orang buang sampah berdekatan dgn makam itu seperti yang di tunjukkan di akhbar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|