CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6821|Reply: 33

Alien,time machine,evolusi dan Islam

[Copy link]
Post time 15-1-2008 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan slam sejahtera..

Di sini aku nak kemukakan teori aku mengenai alien ataupun makhlukasing nih. Aku tau dekat thread lain dah ada orang cerita pasal aliennih, tapi dekat sini aku nak kemukakan teori aku mengenai alien ni.Anda semua bley komen, komplen, marah,modify atau buat apa saja dekatpendapat aku ni. Jangan percaya seratus peratus ye.....

Dari mana datangnya alien? Benar ke alien ni datang dari planet lain?Kalau alien ni datang dari planet lain yang jauhnya berjuta2 atauberbilion2 tahun cahaya dari bumi, maka alien ni lebih advance darimanusia kerana mereka mampu untuk mencipta kapal angkasa yg mampumenjelajah angkasa lepas. Tapi,wujud ke makhluk yang lebih bijakdaripada manusia kat dunia ni? Dalam Al Quran sendiri ada mengatakanmanusia itu makhluk paling tinggi darjatnya di samping makhluk lainkerana manusia dikurniakan akal.

Jadi?Wujud ke alien?

Pendapat aku,alien ni bukannya datang dari planet lain, tapi datangnyadari BUMI. Alien ni juga bukannya makhluk lain, tetapi alien ni adalahMANUSIA.

Mesti anda semua berasa pelik dengan teori tersebut kan?

Penjelasannya, alien ini sebenarnya manusia yang datang dari MASAHADAPAN. Maka UFO yang sering kita dengar itu mungkin merupakan TIMEMACHINE untuk alien ni datang ke masa sekarang ni.

Menurut saksi-saksi yang pernah nampak alien ni, mereka mengatakan rupabentuk fizikal alien ni bermata bulat dan besar, bewarna hijau dansebagainya. Pendapat aku mengatakan bahawa manusia zaman akan datangtelah BEREVOLUSI sehingga menjadi sedemikian rupa, mungkin keranaperang nuklear sehingga menyebabkan keseluruhan generasi manusiamenjadi mutat kerana terkena radiasi.

Mereka menculik manusia dan binatang pada zaman sekarang untuk dikaji,atau sebagai artifak sejarah mereka. Same gak mcm kita pada zaman niselalu mengkaji mengenai artifak dari zaman purba, tapi cara merekaberbeza. Mereka terpaksa membina time machine untuk mengkaji kembalisejarah ketamadunan manusia ni kerana pada zaman akan datang, hampirsemua tinggalan sejarah musnah akibat peperangan yang amat dahsyat.

Setakat ni je teori aku ni. Sila la reply ye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 11:29 PM | Show all posts

Reply #1 kerelovani's post

Manusia itu sendiri bukan berasal dari bumi tapi dari planet lain (syurga) sebelum diturunkan kebumi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by kerelovani at 15-1-2008 11:14 PM
Penjelasannya, alien ini sebenarnya manusia yang datang dari MASAHADAPAN. Maka UFO yang sering kita dengar itu mungkin merupakan TIMEMACHINE untuk alien ni datang ke masa sekarang ni.


Waalaikumsalam...

Takde salah kalau u nak kemukakan pendapat...tapi kalau u kata alien tak wujud kerana menurut Al Quran manusia merupakan makhluk paling bijak, dan takde lagi makhluk lain yang lebih bijak dari manusia...maka teori awak pasal manusia dari masa depan dan Time Machine juga hanya sekadar hipotesis ajer sebab dalam Al Quran sendiri ada Surah Al-Asr ada menyatakan;

Firman Allah bermaksud: 揇emi masa sesungguhnya manusia
berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan
kesabaran.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:42 PM | Show all posts
Heh.. bley pakai ke teori ni...
Manusia.. smpi bile2 xkn ley travel time...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:44 PM | Show all posts
dunia ni ada 70 buah lapisan, yang kita tahu 3.. alam manusia, alam ruh, alam jin..

mungkin alien adalah dari salah satu lapisan tersebut, time machine pula.. tak akan dapat diwujudkan.. kerana ia bertentangan dengan hukum alam, pergi ke masa hadapan dan masa lampau? kemudian mengubah masa lampau dan mengakibatkan kesan besar pada masa hadapan atau kini..   

aper la aku cakap nih.....


ntah, ko tanya Hiro Nakamura..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:47 PM | Show all posts
wow, banyak jawapan yang sama walaupun lain2 esei..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2008 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by kerelovani at 15-1-2008 11:14 PM
Assalamualaikum dan slam sejahtera..

Di sini aku nak kemukakan teori aku mengenai alien ataupun makhlukasing nih. Aku tau dekat thread lain dah ada orang cerita pasal aliennih, tapi dekat sini ...


aku tak menolak teori ko, tapi aku ade persoalan....

"kalo aku la yg jadi alien tu, aku counter attack je dgn negara yg buat kemusnahan waktu zaman skrg ni, dah tu plak nape aku tak attack2 lagi sejak manusia jumpa aku since 1940an (start dari sini byk sighting psl UFO/alien ni)? Lebih baik aku "grip" je dulu manusia lupa tu b4 mereka hanyut dan menjahanamkan cucu cicit aku, tapi aku tak buat2 lagi, nape ye?"

So, mungkin ada sape2 ade pendapat psl hal ni (sekiranya betul UFO/alien ni dtgnya dari masa depan dan sebenarnya berasal dari bumi je)..

p/s: Bagi aku, hanya UFO/alien yg dtg dari outer ring sistem suria kita je yg malas amik "port" perihal yg berlaku kat bumi sampai jahanam anak cucu cicit manusia di masa hadapan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 15-1-2008 11:42 PM

Disini bole dikatakan masa takkan menunggu kita dan kita sentiasa beradadalam kerugian kerana masa yang berlalu kita takkan dapat balik...walaucamne sekalipun!...kalau manusia dibolehkan mencipta Time Machine untukpatah balik ke masa lampau atau pergi ke masa depan sesuka hati, makakita tak lagi berada dalam kerugian sebab kita mampu mengawalmasa....jadi teori Time Machine dan manusia dari masa depan tuhbertentangan dengan Al Quran maka harus ditolak.




Ye,mmg aku setuju. No doubt about it. Tapi macam mana kalau kita memang bley balik ke masa lampau, tapi kita tidak bley ubah masa depan kita sendiri. Contohnya, jika kita pergi ke masa silam(contohnya tahun 1985) dan kita mengebom negara Amerika, Negara Amerika memang telah kena bom pada zaman lampau yang kita pergi tu, tapi jika kita pergi semula ke tahun asal kita (tahun 2008),negara Amerika tidak pernah kena bom pada tahun 1985. Ini kerana kita telah mewujudkan satu lagi dimensi baru. Jadi ada dua dimensi, iaitu dimensi Amerika pernah kena bom pada 1985 dan dimensi asal iaitu Amerika tidak pernah kena bom. Paham x ayat aku ni?Berbelit2 skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 12:08 AM | Show all posts

Reply #8 kerelovani's post

Paham...kalau tak silap aku cam Teori Kontinum Masa dan Ruang Albert Einstein tuh....camnepun ia hanya kekal sebagai hipotesis ajer bagi aku sebab belum penah dibuktikan.

Walahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 12:20 AM | Show all posts
masuk akal ker..
tp aku rasa UFO n alien tu adalah dari kalangan jin ...
mahluk Allah yang palin bijak adalah manusia kerna ia mempunyai akla.. Jin ada akal ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 01:45 AM | Show all posts

Reply #1 kerelovani's post

satu hipotesis yg menarik, jika alien guna time mesin mai dimensi kita maka dia harus tahu koordinat dimensi kita.
keyword dia - harus tahu koordinat masa dan ruang universal dlm dimensi kita

kalu dah tahu sistem dimensi kita maka barulah boleh mai sini anytime.

katakan alien tu berjaya mai sini dan mengubah variable dlm dimensi kita maka dia telah membuka satu dimensi baru tetapi selari dengan dimensi sebelum kedatangannya. cthnya, dimensi kita satu jalan yg lurus tetiba si alien ni mai dlm koordinat tertentu dan membuat perubahan. titik permulaan perubahan itu telah menyebabkan jalan yg lurus tadi jadi dua jalan, satu kiri dan satu kanan dan ia selari.
begitulah jika dia pergi ke koordinat yang lain, perubahan itu menyebabkan terbukanya dimensi baru.
  jadi disini tidak timbul alien tu boleh mengubah sejarah manusia kerana apa yg diubahnya itu berada dalam dimensi yg baru terbuka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 10:49 AM | Show all posts
Pendapat aku plak.....alien adalh keturunan jin kerna dr segi fizikal ianya menyamai rupa bentuk jin.Jin telah hidup jutaan tahun & mereka mempunyai teknologi yg lebih canggih.(Sila rujuk buku karangan Isa Dawood 'Dajjal dan Segitiga Bermuda').....tentang time machine adalah mustahil jin atau manusia boleh menggunakannya kerna jisim manusia tidak dapat menyerap bersama2 tubuh badan merentasi masa....senang citer cam photo finish olahraga....tubuh pelari tu memanjang cam disedut & begitulah keadaan tubuh manusia jika menggunakan time machine.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 11:42 PM | Show all posts
cam bes je cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 12:16 PM | Show all posts
...............
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 12:52 PM | Show all posts
assalamualaikum..
tertarik membaca isu ini.. senang disini penulis ingin mengemukakan juga teori yg telah lama penulis fikirkan.. cuma tiada kesempatan dan ruang..
berhubung dgn teori saudara kerelovani yg menyatakan bahawa UFO itu adalah manusia sendiri yg dtg dr ms hadapan, pd pendpt penulis teori saudara tidak dpt penulis terima kerana telah Allah S.W.T nyatakan di dlm Al-Quran yg manusia tidak boleh merentas masa..

          ada juga pndpt yg mngatakan alien itu adalah Jin, pndpt tersebut boleh diterima tetapi penulis sedikit musykil disini, mengapa ramai saksi yg dpt melihat UFO tersebut sedangkan Jin(dan sekutu nya) itu tidak dpt di lihat oleh mata kasar manusia (kecuali dgn izin Allah S.W.T). Ribuan org telah melihat UFO ini, bnyak gambar dpt ditgkap semasa UFO berlegar2 di udara. kejadian ini bkn berlaku sekali dua, tetapi beratus kali, mungkin beribu. jika alien itu Jin, mengapa bentuk teknologi(UFO etc..) jin dpt dilihat oleh manusia..

           pendapat penulis ialah, UFO itu sememangnya wujud dan makhluk yg memandu UFO itu sendiri ialah manusia yg berasal dr planet lain. di sini penulis mengemukakan hujan berkenaan teori penulis itu. cuba saudara pembaca renung kembali, bumi kita ini berusia dlm 4.5 - 5 billion tahun (menurut kajian), dlm tempoh masa itu, bumi terbentuk, wujudnya hidupan spt dinasor di muka bumi, hinggalah wujudnya manusia pertama di muka bumi iaitu Adam. fikir sejenak, sebelum tempoh wujudnya bumi, katakan 10 billion thun yg lalu, apa yg Allah S.W.T buat?? disini penulis berpndpat bahawa sebelum wujudnya bumi, sudah ada manusia2 lain telah dicipta oleh Allat S.W.T ygg tinggal di planet lain. Di sebabkan masyarakat meraka di cipta lebih awal berbanding manusia di bumi, mereka berjaya mengkaji lebih bnyak pengetahuan ciptaan Allah S.W.T. ini yg menyebabkan mereka maju. masyarat mereka hidup terlalu lama..

            Penulis mengemukakan hujan utk menyokong teori tersebut.. Dlm Al- Quran ada menceritakan mengenai perbualan diantara Allah S.W.T dgn Malaikat.. Ringkasan nya spt ini.. Allah S.W.T telah mencipta bumi lalu memberitahu kepada malaikat yg Dia mahu mncipta manusia di muka bumi. Lalu malaikat bertanya kepada Allah S.W.T, mengapa perlu diciptakan manusia kerana manusia itu selalu berbunuhan. Jwb Allah S.W.T, sesungguhnya Aku lebih mengetahui sesuatu perkara. ( betulkan penulis sekiranya berlaku kesilapan)
            
            Baca kembali pertnyaan malaikat kepada Allah, malaikat bertnya mengapa perlu diciptakan manusia sedangkan manusia itu saling berbunuhan? disini malaikat sudah tahu sikap manusia itu yg saling berbunuhan. bagaimanakah malaikat tahu yg manusia itu suka berbunuhan?? nah, disini telah timbul perbincangan para ulama dan mereka bersepakat meyatakan bahawa manusia yg dinyatakan oleh malaikat itu adalah golongan manusia zaman batu. spt yg kita tahu manusia zaman batu itu adalah spt yg para saintis temui, mempunyai tengkorak yg aneh dan sbgnya..

             tetapi penulis sendiri musykil, mengapa manusia zaman batu itu di gelar manusia sedangkan manusia pertama berada di muka bumi ialah nabi Adam a.s. manusia yg hidup pd zaman batu itu bkn manusia. nabi adam adalah manusia pertama di muka bumi yg dianugerahkan kepandaian akal fikiran. manusia zaman batu tidak cukup sifat, dan tidak berpengetahuan agama. jadi pada pendpt penulis sendiri, manusia yg dikatakan oleh malaikat itu adalah manusia yg btl2 manusia. dikurniakan akal fikiran. sebab itulah mereka mampu membina teknologi.

               spt yg dinyatakan oleh kebnyakkan saksi yg pernah melihat alien, mengambarkan rupa mereka, bermata besar, berkulit hijau, pendek, dan sbg.. mungkin gmbaran itu benar. manusia boleh berevolusi. manusia di muka bumi sendiri berevolusi. dahulu manusia lebih tinggi dari manusia zaman sekarang.

               smpai disini shj penerangan penulis, akan penulis terangkan lagi sekiranya terdpt bukti2 yg dpt menyokong teori penulis ini..

assalamualaikum..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 01:19 PM | Show all posts
ralat :-
hujan ---- Hujah..

p/s : bila... aku sudah tiada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by akukamudandia at 4-2-2008 12:52 PM
assalamualaikum..
tertarik membaca isu ini.. senang disini penulis ingin mengemukakan juga teori yg telah lama penulis fikirkan.. cuma tiada kesempatan dan ruang..
berhubung dgn teori saudara k ...


wsalams,
teori ttg "pelbagai Adam" ada dibincangkan di sini:

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=185755&extra=&highlight=atlantis&page=1

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=85564&extra=&highlight=adam&page=1 (sampingan)

mungkin sedara boleh upkan balik thread lama tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:15 AM | Show all posts
pd pndpt saya, alien tu mmg wujud, dtg dpd planet yg lain. cuma buat masa ni belum ada  perhubungan yg rasmi atau terbuka sbb  tamadun kita belum capai sesetengah pencapaian teknologi, cthnya mesin berkelajuan cahaya. klu depa muncul secara terbuka skang ni, x mustahil kita akan mintak teknologi depa, jd ia akan melanggar hukum alam atau proses evolusi masyarakat kita klu tetiba je nnt org2 bumi maju tanpa usaha sendiri

saya jugak berpendapat sesetengah tamadun silam mmg pernah berhubungan secara rasmi dgn alien2 ni, mcm tamadun mesir, aztec & atlantis. di zaman tu mungkin tamadun2 ni pernah mencapai satu tahap kemajuan yg sgt tinggi, lebih tinggi dpd yg ada skang. perasan tak kita kebanyakan ilmu2 yg kita warisi skang berasal dpd tamadun yunani, rom, arab & barat sahaja? dimana ilmu2 peninggalan tamadun mesir, aztec & atlantis? semuanya dh hilang ditelan bersama kemusnahan tamadun2 ni. klu adapun yg tinggal kpd kita skang ni hanyalah bangunan2 mcm piramid & kuil, bknnya buku2 yg berisi ilmu2 ?

tentang time machine tu, secara teorinya mmg boleh berlaku. cuma samada kita boleh ubah masa lepas atau akan dtg, itulah terpulanglah kepada Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:42 PM | Show all posts
Umur kita didunia ini berkait rapat dengan matahari dan graviti bumi. Kita maklum bahawa orang-orang terdahulu (ribuan tahun dahulu) mempunyai umur yg panjang mungkin kerana bumi dulu mengambil masa lebih pendek utk mengelilingi matahari (refer teori big bang dan pengembangan alam semesta).

Graviti bumi pula secara terus menerus menarik sel-sel kita sejak sel kita yg pertama terbentuk dirahim sehinggalah kita wafat. Tarikan yg tidak konsisten itu beserta dengan oksida bumi menyebabkan sel-sel semakin tua dan lemah serta berpenyakit yang akhirnya membawa kepada kematian.

Jadi, untuk hidup lebih lama macam makhluk UFO tu yg mungkin makhluk asal bumi yg terselamat dari bala bencana bumi maka perlulah kita bina pesawat yg dapat melepasi kelajuan cahaya dan menjelajah dari satu galaksi ke galaksi yg lain agar terbebas dari gariviti bumi. So lepas beberapa puluh tahun menjelajah galaksi, kita balik semula kebumi dan kita dapati rupanya bumi telah berusia 2 ribu tahun walhal baru 20 tahun kita mengembara dengan UFO.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 03:35 PM | Show all posts

Reply #16 akukamudandia's post

sori,tp ku x percaya alien tu adalah jin..kalo mereka tu jin,itu maknanya jin lebey advance lagi teknologi de dari manusia..

berdasarkan kepercayaan kita sebagai muslim,xde lagi makhluk yg lebey advance dr manusia (correct me if im wrong).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.166405 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list