View: 7244|Reply: 21
|
[MERGED] Autism / Sindrom Asperger (Autism Spectrum Disorder)
[Copy link]
|
|
RM30,000 untuk NASOM
Menerusi jualan roti halia sebanyak 3,000 keping, Hotel Palace ofthe Golden Horses dan Hotel Palace Beach and Spa, Seri Kembanganmeneruskan kegiatan amal mereka kepada rumah-rumah kebajikan.
PESAKIT autisme mempunyai masalahkemahiran dalam
bidang pemotoran, keseimbangan, merefleksikan tindakan
dan masalah kepekaan. - Gambar hiasan
SETELAH berjaya mengumpul kutipan amal sebanyak kira-kira RM11,000untuk disumbangkan kepada Rumah Faith, Kajang, Selangor pada bulanDisember 2006, kegiatan kebajikan dua hotel iaitu Hotel Palace of theGolden Horses dan Palace Beach and Spa, Seri Kembangan, Selangor tidakterhenti di situ.
Baru-baru ini, kegiatan amal itu diteruskan lagi. Kali ini iadidedikasikan kepada Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).
NASOM adalah organisasi amal tidak berasaskan keuntungan yangberdaftar dan ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional padatahun 1986, dengan matlamat untuk menyediakan khidmat seumur hidup buatpesakit autism di negara ini.
Ia menyediakan rangkaian perkhidmatan sokongan yang luas untukmembantu pesakit autism terutamanya kanak-kanak dan ahli keluargamereka.
Autism adalah masalah neurologi kompleks sepanjang hayat yangmenjejaskan keupayaan pesakit untuk berkomunikasi, bergaul dengan oranglain dan mempamerkan pergerakan yang aneh.
Tabiat pesakit autism bukan sahaja menyukarkan mereka bahkan jugaahli keluarga, pihak yang menjaga kesihatan mereka serta guru. Pesakitjuga mempunyai masalah kemahiran dalam bidang pemotoran, keseimbangan,merefleksikan tindakan dan masalah kepekaan.
Selepas sebulan, para pekerja kedua-dua hotel itu berusaha menjualroti halia Krismas pada harga minima RM10 setiap satu, hotel tersebutakhirnya mampu menggandakan pengumpulan wang berbanding kempenterdahulu.
Dengan jualan 3,000 keping roti halia yang dihasilkan oleh jabatanpastri hotel di bawah chef pastri Kumar, mereka berjaya mengumpulkanRM30,000.
Pengurus Besar Hotel Palace of the Golden Horses dan Hotel PalaceBeach and Spa, Sally Wong, pada pertengahan Januari lalu telahmenyampaikan cek kepada ahli lembaga pengarah NASOM, Datin Rosalind Keedi sebuah majlis minum teh kecil yang berlangsung di NASOM, BandarPutri Klang.
Selepas majlis penyampaian cek itu, ketua-ketua jabatan dan parapekerja dari hotel-hotel berkenaan telah dibawa melawat ke rumah-rumahkumpulan NASOM.
Kemudian, pihak hotel berkenaan bermurah hati menyediakan minumanteh kepada kira-kira 50 orang dari NASOM manakala pekerja-pekerjanyamenghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian Carol Krismas.
Sebagai tanda penghargaan kepada orang awam yang menderma dalam kempen yang dinamakan Wish Upon A Star itu, setiap mereka mempunyai peluang untuk memenangi satu daripada enam hadiah cabutan bertuah, ihsan dua hotel berkenaan.
Apabila mereka membeli roti halia tersebut, mereka diberikan sebuahkadbod berbentuk bintang untuk dituliskan doa peribadi mereka bersamanombor telefon untuk dihubungi.
Bintang-bintang tersebut kemudian dikumpul dan dipamer padapokok-pokok yang terletak di kedua-dua hotel. Semasa majlis penyerahancek inilah cabutan bertuah tersebut dilakukan.
Hadiah utama ialah penginapan satu malam di suite mewah Minister diPalace of the Golden Horses sementara hadiah kedua menerima penginapansatu malam di bilik Chalet Palace Beach and Spa.
Hadiah ketiga dan keempat masing-masing ialah penginapan satu malamdi bilik Deluxe Palace of the Golden Horses dan penginapan satu malamdi bilik Superior Palace Beach and Spa.
Selain itu, ada juga hadiah untuk pemenang berupa bufet makan tengahhari bagi dua orang di Carousel Cafe, Palace of the Golden Horses danbufet makan tengah hari untuk dua orang di Restoran Abdul dan Charlie,Palace Beach and Spa.
Acara cabutan bertuah telah diadakan selepas upacara penyerahan cek.Para pemenang telah dimaklumkan melalui telefon pada hari yang sama.
Palace of the Golden Horses dan Palace Beach and Spa merupakan hotellima bintang di bandar resort MINES. Kedua-dua hotel terletak di lokasiyang strategik iaitu hanya 25 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, 45minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepangdan 20 minit dari Putrajaya.
DATIN Rosalind Kee (dua dari kiri) menerima cek
daripada pihak hotel.
[ Last edited by amazed at 29-10-2008 11:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mcmn kite nk kenal org yg mnghidap penyakit autisme nie? |
|
|
|
|
|
|
|
Sindrom Asperger (Autism Spectrum Disorders)
Salam semua...
saya mempunyai seorang anak lelaki. umo 4 tawon. Baru2 ni, doktor sahkan anak saya menghidap PDD (Pervasive Developmental Disorders) . Antara percaya tidak, saya pegi lagi jumpa pakar dr NGO. Lepas beberapa ujian ke atas anak saya, anak saya memang kena PDD & lebih spesifik lagik anak saya dikatakan mengidap Sindrom Asperger salah satu pecahan autisme. sedihnyer tak terkata...ye la kan..anak sorang jer...
Secara ringkasnya FYI, seperti yang dialami anak saya, sindrom ini merujuk kpd kesukaran berkomunikasi dan berinteraksi sosiol walaupun anak saya mempunyai kemampuan verbal yang normal.
Sekarang ni, saya sedang mengumpul info2 tentang sindrom asperger ni bg memudahkan saya memahami anak saya. Sebelum ni, saya ingat dia mcm bebudak lain. Masa saya panggil dia, dia tak pedulik, siap ler saya gi marah sebab dah byk kali ajar pon, masih tak pedulik kalau kena panggil. Mcm2 kerenah lagik ler yang saya memang tak phm....
Kepada forumer semua, kalo ader di antara anda yg tahu pasal sindrom ni, terutama yg ader pengalaman...sudi-sudikan la kongsi kat sini yer. Saya sangat2 memerlukan lebih byk info....
|
|
|
|
|
|
|
|
erm..nk tnye leh..die cenderung kepada aper ek?... |
|
|
|
|
|
|
|
wah, nampak ada potensi jadi seorang yang bijaksana.. |
|
|
|
|
|
|
|
mini, for ur info, mak2 kepada anak autism ni bincang kat board parenting tip n issue |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 jebeng's post
tak tau nak cakap cam na...
yg saya perati aper2 yg dier minat, mesti dier akan baca n tulis bebalik...
biasanya dier mintak saya tulis dulu..pastu dier akan tulis...lagi..lagi..n lagi...
banyak benda dier boleh tulis n baca (mungkin dier dah hafal kot )...
dier hafal byk sign board bertulis..cth mcm Dilarang Merokok..
kalau bendera negeri2 kat Malaysia ni..jgn cakap ler..memang terer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 sayang_papa's post
yer ker..? tq papa..
nanti saya jenguk2 kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada sorang peserta American Next Top Model yg ada penyakit asperger ni
nmpk dia cam ok jek, cuma sensitif sket n idup dlm dunia sendiri
dia cam pendiam.
so, rsnya pengidap asperger nih kira ok la cos iq etc semua ok
cuma kurang bersosiol, ok ler...anggap jek dia tuh cam yg jenis pendiam
lgpun yg normal nih pun ada gak yg tak reti bersosiol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 comei's post
anak saya banyak mulut...
dier paham org cakap..tapi nak balas perbualan tu memang tak reti..
alahaii..anakku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 mini's post
owh...rsnya tade apa yg nak dirisaukan sgt kot mini
cuma kena selalu motivate dia
org sekeliling especially bebudak maybe xphm dgn situasi dia
n probably akan cr pasal dgn anak mini nnti
so, mini kena start ajar dia spy byk2 sbr
n klu blh jgn simpan dendam
ajar dia luah perasaan kat mini @ wat diary ke |
|
|
|
|
|
|
|
Syndrome Asperger
Mini,
nanti saya cuba kaji rawatan rawatan terkini untuk syndrome ni. Masa conference perubatan yang saya hadiri awal tahun dulu ada Dr yang bentangkan mengenai penggunaan stem sel untuk merawat autism ni dan ada yang berjaya. Biar saya check dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 comei's post
anak saya blom pandai menulis..conteng2 boleh ler..
conteng benda yg sama...ninja boy..kampung boy..& beberapa benda yg dier suka..
memula dulu selalu gks gelak bila dier tulis tu..tp bila dah tau..
rasa kesian ler pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 drm's post
terima kasih yea drm..
budi mu ku kenang... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 mini\ catat
Rawatan stem sel untuk autistic disorder ada di malaysia. Untuk maklumat lanjut, mini boleh contact BCRO (Bio-cellular Research Organization) @:
Office Address:
Level 10.2, Menara Asia Life,
No. 189, Jalan Tun Razak, 50400,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Email: [email protected]
Person to contact:
+60-12-8036666 (Michelle Wong, Patient's Support & Technical Director)
+60-19-3399441 (Dato Dr. Abdul Halim Jalil, Medical Director)
E-mail Address: [email protected] [email protected]
Saya rasa mini perlu bincang dengan pakar pediatrik berkenaan dengan kesesuaian stem cell therapy tapi sebab procedure ni baru dan revolutionary, cuba dapatkan senarai Dr yang mengamalkan stem cell treatment kat Malaysia drp BCRO.
Mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 drm's post
terima kasih bebanyak sebab byk membantu..
saya akan cuba hubungi contact no yg diberi...
terima kasih sekali lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 gadiz's post
yg paling ketara sekali..dorang tak pandai nak bersosiol dgn org sekeliling..
dalam ramai2 org tu..memang nampak ler kepelikan pengidap autism ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
u hantar anak u kat mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|